Blog ini telah menyiarkan Wawancara Siri 1 sebelum ini, Klik di SINI. Berikut adalah wawancara seterusnya bersama Timb. Pengerusi Keadilan Negeri Pahang, Sdr Ahmad Nizam Abd Hamid juga Ketua Cabang Temerloh.
Selepas ini, beberapa pimpinan Keadilan Pahang juga akan diwawancarakan dan akan disiarkan di dalam blog ini dari semasa ke semasa.
--------------------------------------------------------------------------------------
Soalan: Apakah isu utama di Temerloh yang Sdr rasa parti akan memberikan tumpuan di dalam kempen PRU akan datang?
Jawaban: Sebenarnya terdapat pelbagai isu yang boleh dibangkitkan namun demikian saya kira yang perlu dititkberatkan ialah yang berkaitan dengna kualiti hidup penduduk Temerloh. Saya maksudkan
dengan perkhidmatan dan prasarana yang perlu dipertingkatkan lagi selain daripada yang bersangkutan dengan isu tanah serta pembangunan daerah Temerloh keseluruhannya.
Saya masih belum melihat sehingga ke hari ini suatu pendekatan baru bagi menjadikan Temerloh sebagai bandar yang maju malahan jika dilihat keseluruhan rakyat Temerloh masih belum wujud sebarang pendekatan baru inovatif dan berani untuk mengangkat rakyat Temerloh sebagai rakyat berpendapatan tinggi seperti didendangkan oleh PM Najib. Dan tentunya janji-janji pilihanraya lalu masih belum ditunaikan oleh BN. Universiti yang dijanjikan hanyalah janji kosong yang hingga ke hari ini tidak nampak bayangnya.
Soalan: Adakah setakat ini Sdr berpuashati dengan gerak kerja dan kerjasama yang diberikan oleh AMK dan Wanita khususnya di Cabang Temerloh? Apakah Cabang Temerloh kini benar-benar telah bersedia untuk menghadapi PRU akan datang?
Jawaban: Saya setakat ini masih berpuas hati dengan prestasi AMK dan Wanita walaupun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dan dimantapkan lagi.
Soalan: Apakah masalah besar yang dihadapi oleh parti di kawasan Temerloh yang menjadi satu cabaran buat Sdr untuk mengatasinya?
Jawaban: Setakat ini kita tidak mempunyai masalah besar yang boleh merencatkan perjuangan. Cuma saya kira masalah yang kami hadapi adalah sama dengan Cabang-Cabang lain iaitu dana yang terhad.
Soalan: Umum mengetahui MP Temerloh sekarang, YB Saifuddin dilihat sering diserang oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong Umno sendiri kerana beliau dilihat lebih terbuka di dalam beberapa isu yang diperjuangkan oleh PR. Terbaru isu AUKU. Adakah Sdr merasa ini merupakan satu kelebihan kepada PR untuk merampas kerusi Parlimen Temerloh sekiranya YB Saifuddin dikekalkan bertanding di situ?
Jawaban: Kepada saya, saudara Saifuddin Abdullah masuk salah parti. Politik baru dan Gelombang ketiga Demokrasi yang beliau war-warkan saya yakin tidak akan mendapat sambutan di dalam UMNO yang masih lagi berselimut feudal itu. Kritikan, kecaman dan serangan ke atas saudara Saifuddin saya anggap sebagai masalah beliau dan UMNO. Kita tidak sekali-kali bersikap ‘complacent’ dengan serangan orang UMNO terhadap beliau malah bagi kita gerakkerja dan aktiviti parti berjalan seperti biasa khususnya memberikan penerangan kepada rakyat.
Soalan: Terdapat khabar-khabar angin atau cakap-cakap kedai kopi yang mendakwa hubungan Sdr dengan seorang dua pimpinan Keadilan (Ketua Cabang) agak renggang. Adakah semua cerita ini benar ? Jika benar, adakah ianya hanya sekadar perbezaan pendapat atau masalah peribadi di antara Sdr dengan mereka?
Jawaban: Saya tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pimpinan Keadilan lain. Saya suka mengingatkan bahawa saya adalah ketua Cabang yang termuda di kalangan pemimpin-pemimpin Cabang yang lain.
Memang ada sedikit sebanyak perbezaan pandangan dan pendapat, tetapi saya kira perbezaan tersebut tidaklah boleh dikatakan sebagai wujudnya masalah. Saya bersikap menghormati semua pimpinan kerana menyedari bahawa mereka ini dipilih oleh anggota parti di cabang masing-masing.

Sebagai rakan sejawat dan sebagai Timbalan Pengerusi Negeri saya mengambil sikap proaktif dan hanya memberikan pandangan jika diminta atau apabila keadaan memerlukan kerana saya sekali-kali tidak mahu dilihat mencampuri urusan rumahtangga Cabang lain malah lebih penting daripada itu saya menghormati rakan-rakan saya yang berjuang dengan seluruh kekuatan mereka. Kerana itu saya menyeru supaya bukan sekadar mempertahankan malah sentiasa memperkasakan ‘esprit de corp’ sesama pimpinan selain menghormati autonomi Cabang itu sendiri.
Soalan: Bagaimana pula dengan dakwaan bahawa Keadilan di Pahang telah `dicatur' oleh Timbalan Presiden YB Azmin Ali, terutamanya berkaitan pemilihan calon nanti. Benarkah masih ada puak-puak di dalam Keadilan Pahang? Mohon Sdr jelaskan.
Jawaban: Saya tidak melihat perkara ini berlaku. Bagi saya mereka yang ada hari ini semuanya berada di dalam puak Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.
Soalan: Hubungan Sdr dengan Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman?
Jawaban: Saya mengucapkan syukur kepada Allah dan berterimakasih kepada YBhg Dato’ Hj Fauzi Abdul Rahman kerana memberikan kepercayaan dan amanah kepada saya untuk membantu beliau sebagai Timbalannya. Saya mempunyai rasa hormat yang mendalam dan mempunyai hubungan yang saya kira lebih daripada seorang ketua dan anak buah dengan beliau. Saya yakin dengan pengalaman beliau di dalam politik sejak puluhan tahun mampu untuk dimanfaatkan untuk memimpin parti ke peringkat yang lebih tinggi.
Soalan: Boleh Sdr beri pandangan tentang hala tuju pentadbiran di bawah Najib sekarang ini?
Jawaban: PM Najib cuba membawa dasar baru yang menggunakan istilah yang cukup lunak seperti Transformasi, ETP, NKRA dan lain-lain lagi. Malangnya segala dasar dan polisi ini dilihat tidak lebih daripada ‘lip service’ semata-mata tanpa pengisian. Malah Najib dilihat menjadi seorang PM `flip-flop' yakni yang setiasa berdolak dalik serta langsung tidak konsisten.
Korupsi dan Salahguna Kuasa
Yang lebih memburukkan keadaan ialah Najib satu-satunya PM dalam sejarah politik tanahair yang sebelum menjadi PM lagi sudah punya isu atau masalah yang kita sifatkan sebagai `jerangkung di dalam almari '(skeleton in the closet). Semua ini dan kegagalan memahami perubahan dunia hari ini bahawa retoriks semata-mata tidak lagi mendapat tempat di mata rakyat. Pun begitu,saya sering menyebut di dalam beberapa ceramah bahawa perjuangan PM Najib vis-a-vis UMNO bukan lagi kerana menjaga kepentingan orang Melayu atau untuk survival orang Melayu tetapi semata-mata untuk mempertahankan ‘way of life’ mereka setelah sekian lama bergelumang dengan lumpur korupsi dan salahguna kuasa.
Mimpi Ngeri Najib
Mari kita bayangkan sekiranya pemimpin UMNO termasuk Najib kehilangan kuasa, segala salahguna kuasa dan kebejatan selama ini akan terbongkar dan ini yang sangat-sangat mereka takuti. Kerana itulah, agar mimpi ngeri ini tidak menjadi kenyataan, UMNO/BN akan mempergunakan apa sahaja cara, kaedah dan pendekatan bagi mempastikan `status quo' kekuasaan akan tetap berada di tangan mereka. Isu kepentingan Melayu, kepada saya hanyalah dijadikan alasan sedangkan hakikat sebenarnya Najib hanya mahu mempertahankan cara hidup mereka.
TAMAT

No comments:
Post a Comment