Dukacita dimaklumkan seorang Ahli AMK Indera Mahkota, Kuantan, saudara Rizalman Bin Majid yang menetap di Kg Sg Ular, Kuantan telah meninggal dunia semalam dan jenazah beliau telah pun selamat dikembumikan di Tanah perkuburan
Islam Kg. Sg. Ular.
Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman mewakili seluruh pimpinan MPN Pahang serta ahli-ahli Keadilan Negeri mengucapkan Takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Allahtarham serta di tempatkan di dalam golongan yang Soleh dan berjuang kerana Islam. Sesungguhnya perjuangan Allahyarham sewaktu hidupnya di dunia ini untuk menegakkan keadilan tetap akan dikenang sepanjang masa. Keadilan Pahang, khususnya AMK Pahang merasai suatu kehilangan besar di atas pemergian pejuang muda ini.
Sesiapa yang ingin memberikan boleh lah menghubungi saudara terdekat beliau 0199520608 (FARIZ).
INNALILLAHI WAINNA ILAI HI RAAJIUUN....
ReplyDeleteAl-Fatihah...
Al Fatehah.
ReplyDelete