KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, December 28, 2011

BERAPA RAMAI YANG TELAH DICANTAS OLEH AZMIN?

Membaca artikel yang disiarkan di dalam Malaysia Today di SINI, jelas kelihatan serangan mereka terhadap parti Keadilan semakin tumpul.  Akhirnya, mereka cuba melaga-lagakan ahli-ahli Keadilan dengan cerita bahawasanya parti ini dikawal sepenuhnya oleh Anwar - Azmin.

Bagi menambahkan sedap cerita, mereka mendakwa Azmin selaku Timbalan Presiden kini sibuk dengan adegan `cantas mencantas' puak yang dahulunya tidak menyokong beliau sewaktu pemilihan di dalam parti.  Tujuan cerita ini dibawa adalah untuk melemahkan Keadilan dari dalam setelah berbagai usaha untuk menghancurkan parti yang bakal menabalkan Ketua Umumnya ke Putarajaya ini telah gagal dilakukan dari luar.  


Sebelum ini mereka berusaha untuk memecahbelahkan Keadilan dengan PAS dan DAP.  Mereka cipta fitnah untuk menjatuhkan imej DS Anwar, namun tetap gagal.  Mereka beralih kepada Azmin dengan berbagai tuduhan ke atas beliau seperti tuduhan memiliki kekayaan luar biasa dengan simpanan wang jutaan ringgit di luar negara.  Paling terdesak, mereka tampilkan seorang dari keluarga Azmin yang tidak diakui anak oleh bapanya untuk menfitnah abangnya sendiri.  Semua itu gagal dilakukan.

Akhirnya, mereka kembali kutip isu pemilihan yang lalu.  Benarkah dakwaan mereka Azmin kini mencantas atau meminggirkan mereka yang tidak menyokongnya sebagai Timbalan Presiden sewaktu pemilihan yang lalu?  Memetik seperti apa yang diluahkan oleh Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, merangkap Ketua Cabang K.Krau Tuan Hj Suhaimi Said, di dalam satu penulisan dan wawancaranya baru-baru ini beliau menyangkal samasekali Azmin bersikap sedemikian.  Buktinya, Cabang K.Krau adalah di antara dua tiga Cabang yang menyokong penuh Azmin sewaktu bertanding Timbalan Presiden.  Tetapi, sehingga kini Azmin tidak pernah berkunjung ke K.Krau tetapi Azmin telah berkunjung di beberapa Cabang yang tidak menyokongnya dahulu.
Tuan Hj Suhaimi Said, masih mengharap lawatan Azmin ke K.Krau

Ertinya, tuduhan yang menyebut Azmin meminggirkan mereka yang tidak menyokongnya adalah satu tuduhan yang direka cipta.  Di Pahang khususnya, tiada seorang pun yang dipecat atau terpinggir akibat tangan Azmin.  Justeru itu, kerjasama dan hubungan baik di kalangan pimpinan Keadilan berjaya dipertahankan.  Jika benar Azmin bertindak seperti yang mereka dakwa, nescaya Keadilan Pahang sudah lama berpecah belah kerana boleh dikatakan majoriti Cabang di Pahang ini tidak menyokong beliau ketika itu.

Sikap positif Azmin yang belajar dari pengalamannya di dalam Umno dahulu yang terkenal dengan sikap cantas-mencantas ini telah membantu beliau berhubung baik dengan semua ahli.  Sewajarnya kita sebagai ahli Keadilan khususnya tidak mudah terperangkap dengan berbagai strastegi musuh yang mahu menghancurkan Keadilan dari dalam.  Nawaitu kita hanya satu iaitu `Kuburkan Umno/Bn".

3 comments:

  1. biar pun pahit itu keenarannya memg azmin belajr cantas mencantas dlm UMNO..dan gara2 azmin lah punca pkr berpecah belah azmin...wfauzdin rakyat lebih suka kejujuran..percayalah

    ReplyDelete
  2. Saya tidak melihat itu di Pahang...Anwar pun org kata camtu juga...Bahkan Hj Hadi dlm PAS pun dikatakan mcm2....so, takde yg sempurna..maka pilih je yg terbaik....

    ReplyDelete
  3. pejamkan aib rakan, besarkan kebaikannya, kuburkan prasangka,lebarkan lapang dada, majukan diri dan motivasikan rakan lain agar terus cemerlang... mana gading yg tidak retak. kelemahan jadikan kita model muhasabah setiap malam sebelum tidur.

    ReplyDelete