KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, February 26, 2015

BEBASKAN ANWAR - JOM SERTAI PETISYEN INI

54,000 sertai petisyen kepada Obama, anda bila lagi?

(Oleh Ermizi Muhamad)

KUALA LUMPUR 25 FEB: Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Akmal Nasir menyeru rakyat Malaysia menyertai petisyen atas talian terhadap Barack Obama supaya Presiden Amerika itu (AS) itu memainkan peranan membebaskan Saudara Anwar Ibrahim.

 
 
Katanya, penyertaan itu bukan hanya untuk pembebasan Anwar tetapi melibatkan soal prinsip demokrasi serta hak asasi yang memerlukan sokongan rakyat khususnya golongan muda.

“Keadilan inilah yang perlu diberikan penumpuan bagi membebaskan individu yang menjadi tahanan politik kepada kerajaan Barisan Nasional,” kata Akmal dihubungi.

Petisyen yang dimulakan oleh bekas duta AS ke Malaysia, John Malott itu sehingga berita ini ditulis berjaya mengumpulkan hampir 54,000 tandatangan daripada 100,000 jumlah yang disasar.

Angka itu harus dicapai supaya gesaan orang ramai yang tidak puas hati dengan kes Fitnah II itu layak disemak White House sebelum dimajukan kepada pakar berkaitan dasar berkaitan.

Mengulas lanjut, Akmal menegaskan, perbicaraan Fitnah II dan sabitan bersalah ke atas Anwar bermotifkan politik bagi menjatuhkan karier politik Ketua Pembangkang itu.

“Kami berpendirian teguh bahawa Anwar hanyalah mangsa kepada kezaliman dan inilah yang perlu ditentang rakyat Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, kebangkitan dan sokongan rakyat diharap dapat mengembalikan prinsip negara demokrasi sebagaimana prinsip perlembagaan negara ini yang dikatakan tidak mengenepikan suara rakyat.

Petisyen itu dirancang diserahkan kepada Obama pada 12 Mac depan.

Antara lain, petisyen itu menyebut, Anwar seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan sahabat lama AS yang dipenjarakan atas ‘tuduhan yang direka-reka’.

Orang ramai boleh menyertai petisyen tersebut DI SINI.

Wednesday, February 18, 2015

MPN PAHANG MENZIARAHI KAK WAN DAN TURUN BERSOLIDARITI

Pada petang semalam (Selasa - 17/2/15), MPN KEADILAN Negeri Pahang telah mengatur rombongan untuk menziarahi Presiden, Datin Seri Wan Azizah di kediamannya di Segambut, KL.  Kunjungan ini adalah bagi melahirkan rasa sedih dan dukacita KEADILAN Pahang terhadap nasib yang menimpa keluarga Kak Wan, di mana suaminya seorang tokoh Reformasi negara yang juga Ketua Umum KEADILAN telah dizalimi dan terpenjara angkara fitnah dan konspirasi politik.



Rombongan dari MPN diketuai oleh Pengerusinya, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (MP Indera Mahkota), YB Fuziah Salleh (MP Kuantan), Sdr Zakaria (MPP), Sdr Bostamim (Naib Pengerusi MPN), Sdr Kamarzaman (SU MPN) dan ramai lagi pimpinan Cabang serta ahli-ahli Cabang yang turut serta.  Menyambut ketibaan rombongan adalah Kak Wan sendiri dan juga anak lelakinya, Ehsan.  

Selepas berkunjung ke rumah Kak Wan, kesemua ahli rombongan terus berkejar ke Sg Buluh di hadapan penjara untuk menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di samping menunjukkan bantahan terhadap kezaliman rejim yang memenjarakan tokoh reformasi kesayangan rakyat ini.  Sebelum ini, MPN telah mengeluarkan kenyataan media mengutuk dan mengecam atas tindakan yang tidak bertamadun yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim untuk mereka membunuh kerjaya politiknya.



KEADILAN Pahang akan terus memperjuangkan nasib Ketua Umum dengan apa cara sekalipun dan siri penerangan akan dijalankan ke seluruh pelusuk negeri Pahang, InsyaAllah.


Tuesday, February 17, 2015

SELAMAT TAHUN BARU CHINA - KEADILAN PAHANG


KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Selamat Tahun Baru China kepada penganut-penganut agama Budha dengan harapan agar perpaduan kaum di negara ini dapat diteruskan serta dipertingkatkan lagi di samping kita berganding bahu memastikan negara tercinta ini bebas dari ketidakadilan dan kezaliman.

Semoga perayaan tahun ini dapat dirayakan dengan penuh kegembiraan walaupun kita merasai akan kehilangan tokoh reformasi kita, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini terpenjara, manakala kita juga merasai kehilangan tokoh yang kita sanjungi, Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz yang telah meninggalkan kita.

Semoga ketiadaan dua tokoh ini akan memperkuatkan semangat kita untuk menentang rejim yang zalim ini.

Friday, February 13, 2015

KENYATAAN MEDIA KEADILAN PAHANG - KES FITNAH LIWAT II


KENYATAAN MEDIA

Tanggal 10 Februari 2015, merupakan hari yang kelam buat negara.  Sungguh pun tidak terlalu mengejutkan apabila Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam kes Fitnah Liwat II dan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana stigma kebebasan kehakiman diragui semenjak dari peristiwa pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan hakim-hakim lain.  

Penghakiman kes ini dilihat sebagai tidak menepati prinsip undang-undang yang unggul dan 'established'.  Hal ini boleh dilihat dari komen-komen yang diberikan oleh para peguam terkemuka seperti Queen's Counsel Mark Trowell  yang hadir bagi pihak Inter-Parliamentary Union (IPU) di mana beliau menegaskan Mahkamah Persekutuan telah terkhilaf di dalam membuat keputusan memenjarakan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Mark Trowell menyifatkan keputusan tersebut "superficial, failing to adequately deal with key issues brought up by the defense team".  Beliau berpandangan Ketua Hakim Negara, Yang Arif Arifin Zakaria telah gagal berikan perhatian dan mempedulikan keraguan terhadap integriti sampel DNA.

Begitu juga kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia yang menyatakan terdapat kejanggalan di dalam kes tersebut.

Pada masa yang sama kecaman-kecaman daripada masyarakat antarabangsa yang menegaskan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa kepada kerakusan dan konspirasi politik musuh beliau.

Berdasarkan kepada pandangan-pandangan tersebut dan meneliti perjalanan kes ini serta kes Liwat 1 pada tahun 1998, KEADILAN Pahang mengecam keputusan Mahkamah Persekutuan yang dilihat telah gagal mempertahankan prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang.  Malah, kami percaya bahawa kes ini tidak lebih dari konspirasi politik dan fitnah jahat yang mempergunakan Institusi Kehakiman untuk membunuh karier politik Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai musuh nombor satu pemimpin-pemimpin tertentu di negara ini.

Kami sependapat dengan pandangan IPU yang disuarakan oleh Queen's Counsel Mark Trowell dan pendapat Majlis Peguam Malaysia.

Kami menegaskan bahawa hukuman penjara ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak akan sekali-kali melemahkan semangat dan daya juang rakyat, malah akan menyemarakkan iltizam dan semangat juang rakyat untuk menegakkan keadilan.  Sehubungan dengan ini, kami telah menyusun program-program penerangan ke seluruh pelusuk negeri Pahang bagi menjelaskan kepada rakyat konspirasi dan fitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kami juga mengambil catatan di atas penjelasan Pejabat Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat berkenaan 'tercepatnya' kenyataan resmi dikeluarkan dari JPM berkenaan hukuman yang dijatuhkan sedangkan kehakiman belum memuktamadkan penghakiman.

Kami memberi amaran kepada JPM agar tidak perlu berbuat demikian, malahan lebih baik meyakinkan diri mereka sendiri bahawa tetap wujud pemisahan kuasa antara "pentadbiran dengan kehakiman".  Bagi kami, jelas tiada.

Kepada Presiden Parti, Kak Wan dan keluarga, yakinlah anda tidak bersendirian.  Jutaan rakyat di luar sana bersama anda.  Sesungguhnya janji Allah, pasti ada hikmah di sebalik lipatan bala.

Akhirnya, kami mengulangi iltizam kami untuk terus memperjuangkan impian Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pembebasannya.

"Kepada pelaku-pelaku komplot jahat ini, yakinlah bahawa Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Cepat Hisabnya dan amat pedih akan seksanya.  Kami tetap yakin bahawa ada di antara pelaku-pelaku  ini dibayar tunai oleh Allah SWT dan menerima pembalasan dalam tempoh kehidupannya di dunia lagi".

Sekian, terima kasih.


YB DATO' FAUZI ABDUL RAHMAN
Pengerusi MPN 
KEADILAN Negeri Pahang

11 Februari 2015


TOK GURU NIK AZIZ KEMBALI KE RAHMATULLAH - TAKZIAH DARI KEADILAN PAHANG

INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROJIUN.  AL FATIHAH



Dukacita dinyatakan seluruh kepimpinan KEADILAN Negeri Pahang serta ahli-ahlinya mengucapkan Takziah kepada waris Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 09.40 malam tadi di kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan sejurus dibawa pulang dari HUSM, Kubang Krian.

Sesungguhnya pemergian Murabbi tercinta ini merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada seluruh umat Islam di negara ini dan juga kepada perjuangan politik tanahair.  Lebih menyedihkan pemergian Almarhum disaat kami dari KEADILAN ditimpa ujian dengan hukuman yang dikenakan kepada Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan.

Almarhum Tuan Guru Nik Aziz telah banyak membantu perjuangan kita di dalam Pakatan Rakyat dan beliau sering menjadi penasihat yang amat berguna kepada kepimpinan KEADILAN khususnya.  Sifat rendah diri, tawadhuk dan penuh hikmah di dalam perjuangan politiknya menjadi inspirasi kepada perjuangan KEADILAN.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Almarhum Tuan Guru dan di tempatkan bersama para pejuang Islam, para Syuhadak dan Solihin.  Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga Almarhum dan seluruh ahli PAS di dalam menghadapi ujian ini. 

AL FATIHAH

Thursday, February 12, 2015

SAYA TIDAK BERSALAH - AMARAN ANWAR KEPADA HAKIM


SAYA kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.

Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan kareer politik saya.
 
Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.

Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!

Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.

Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.

Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.
 
Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.

Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.

Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.

Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.

Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.

Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!

ANWAR IBRAHIM
10 FEBRUARI 2015

*Ini adalah catatan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ke penjara.

Monday, February 9, 2015

BERARAK DARI MASJID BESI PUTRAJAYA KE MAHKAMAH PUTRAJAYA PAGI SELASA (10/2/15) INI

KEADILAN Negeri Pahang dan para penyokong seluruh negeri ini telah bersiap sedia untuk ke Mahkamah Putrajaya pada 10 Februari 2015 ini bagi menunjukkan solidariti kepada Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan diputuskan oleh Mahkamah tentang kes Fitnah Liwat II terhadap beliau.

Seluruh Cabang di negeri ini telah pun mengatur pergerakan ke Putrajaya bermula pada 09 Feb 2015 dengan menaiki kenderaan yang disewa khas serta kenderaan persendirian.  Bagi mereka yang masih belum mendaftar nama untuk bersama-sama ke Putrajaya, sila hubungi Ketua Cabang masing-masing agar dapat diuruskan pergerakan ke sana.

Lokasi berkumpul adalah di Masjid Besi, Putrajaya bermula dengan Solat Subuh Berjemaah dan kemudiannya berarak ke Mahkamah Putrajaya.  


Sunday, February 8, 2015

TAKLIMAT JPRP HARI INI DAN SOLIDARITI DI MAHKAMAH PUTRAJAYA

Satu taklimat penting oleh JPRP akan diadakan pada hari ini, Ahad (08/2/15) bertempat di Restoren Anjung Seri Bera, Jln Kerayung 4, Bandar Bera mulai jam 02.00 petang hingga 06.00 petang.  Di antara perkara-perkara penting yang akan diberi taklimat adalah berkaitan persempadanan semula kawasan Pilihanraya oleh SPR serta perbincangan persiapan Cabang-Cabang di seluruh Pahang bagi menghadapi PRU 14.

Kepada semua Ketua Cabang, Timb Ketua Cabang, Pengarah Pilihanraya Cabang dan Setiausaha Pengelola Cabang dan 6 orang AJK Cabang diwajibkan hadir.  Di samping itu, turut dibincangkan adalah stuktur JPRN bagi Negeri Pahang.

Diharapkan taklimat ini akan mendapat perhatian dan komitmen dari semua yang terlibat.  

KEADILAN Pahang juga memberi perhatian khusus kepada setiap Cabang untuk membawa ahli masing-masing ke Mahkamah Putrajaya pada 10/2/15 (Selasa) ini seawal jam 08.00 pagi bagi memberikan sokongan moral kepada Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan diputuskan kes fitnah Liwat II beliau pada tarikh tersebut.

Para penyokong digalakkan hadir lebih awal dan berkumpul di sekitar Masjid Besi, Putrajaya untuk bersama-sama menunaikan Solat Subuh dan kemudiannya berarak bersama ke Mahkamah Putrajaya. 

Monday, February 2, 2015

KEADILAN PAHANG CIPTA SEJARAH DI DALAM PERLANTIKAN KETUA AMK NEGERI

KEADILAN Negeri Pahang mencipta sejarah baru apabila seorang anak muda bukan berbangsa Melayu telah dipilih dan diberi amanah menjawat jawatan Ketua AMK Negeri Pahang bagi sesi 2015/17.  Beliau adalah Wong Chun Yuan, 26,  adalah Ketua AMK Indera Mahkota telah dipilih sebagai Ketua AMK Pahang melalui Mesyuarat MPN Pahang baru-baru ini dan telah disahkan oleh AMK Pusat.

Ketua AMK Pahang, Sdr Wong (kiri) bersama Adun Beserah dari PAS, YB Andansura dan petugas dari Unit Amal membantu mangsa-mangsa banjir baru-baru ini


Pemilihan beliau adalah berdasarkan ketokohan serta bakat kepimpinan yang telah beliau tunjukkan sepanjang penglibatan beliau di dalam politik, lebih-lebih lagi apabila menyumbangkan khidmat baktinya bagi membantu Adun Semambu, YB Lee Chean Chung selaku Ketua Cabang Indera Mahkota.  Sebelum PRU 13 lagi, anak muda ini tidak pernah kenal erti penat lelah di dalam membantu KEADILAN menyampaikan agenda perubahan kepada masyarakat.

Beliau turut mempunyai bakat di dalam menyampaikan pidatonya dan berkebolehan berbahasa Kebangsaan dengan baik di samping menguasai Bahasa Inggeris.  Kebolehan yang ada pada dirinya menjadikan beliau tidak merasa kekok untuk berdamping dengan masyarakat dari berbagai bangsa.  Bakat kepimpinan yang ada pada 'guru'nya iaitu YB Lee Chean Chung telah mampu diwarisinya dan tidak mustahil satu hari nanti anak muda ini akan muncul sebagai pemimpin di masa akan datang.

Bersama Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman di Pusat Pemindahan banjir di Indera Mahkota baru-baru ini

Pemilihan beliau sebagai Ketua AMK Pahang sekaligus melenyapkan tanggapan pihak yang mendakwa KEADILAN banyak dimonopoli oleh kaum Melayu khususnya di peringkat pimpinan muda.  Adun Semambu, YB Lee Chean Chung juga adalah salah seorang Exco di peringkat AMK Pusat.  Sdr Wong juga satu-satunya Ketua AMK yang bukan berbangsa Melayu di Semenanjung Malaysia dan ini merupakan satu keistimewaan buat anak muda ini.

Namun, selaku Ketua AMK Negeri Pahang beliau akan menggalas tugas yang amat berat iaitu mendapatkan sokongan anak-anak muda di negeri ini untuk bersama KEADILAN mahupun Pakatan Rakyat.  Semestinya kawasan-kawasan Felda akan menjadi tumpuan AMK Pahang kerana Negeri Pahang kebanyakan Parlimennya memiliki kawasan felda yang sukar untuk ditembusi.  Ini lah cabaran terbesar buat beliau selaku Ketua AMK.  Namun, kita penuh yakin dengan bantuan dan kerjasama kita semua di peringkat negeri dan Cabang, beliau mampu menggalas amanah ini dengan efisyen.

KEADILAN Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sdr Wong.  Semoga beliau berjaya dan mampu menaikkan imej KEADILAN Pahang ke tahap yang lebih baik.