NOTA

Followers

Wednesday, May 22, 2013

Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-9, 2012 (Mei 24-25, 2013) Dewan Siviks, Petaling Jaya

PARTI KEADILAN dengan sukacitanya ingin memaklumkan yang Kongress Nasional Tahunan KEADILAN ke-9 akan diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya diantara 24 and 25 Mei, 2013.

Kongres untuk semua pemimpin-pemimpin parti akan diadakan pada hari Sabtu, 25 Mei 2013, manakala Kongres Nasional Tahunan Wanita KEADILAN dan AMK ke-9 akan diadakan sehari sebelum, pada hari Jumaat, 24 Mei 2013.

Sama seperti kongres-kongres sebelum ini, Kongres ini juga akan dianjurkan bersama oleh Sekretariat Setiausaha Agung dengan bantuan Pimpinan Negeri Selangor.

Pihak media dijemput membuat liputan, tetapi diminta menghubungi sekretariat Kongres seawal mungkin agar persediaan tempat dan tag dapat disempurnakan dengan segera. (emel: nurulhuda@keadilanrakyat.org)

Penerangan selanjutnya (jadual, dresscode dll) tertera di dalam lampiran yang disertakan dengan notis pengumuman ini.


Harap maklum.


SEKRETARIAT KONGRES NASIONAL TAHUNAN KEADILAN


BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

DAKWAAN ZAHID HAMIDI DIJAWAB OLEH CHEGU BARD

WAHAI ZAHID, MENIPU PILIHANRAYA JAUH LEBIH TIDAK DEMOKRATIK

Merujuk kenyataan Zahid dalam portal Malaysiakini semalam, kononnya 'rampasan kuasa tidak demokratik dan perlu terima keputusan PRU', Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan Zahid Hamidi supaya jangan lupa bagaimana dia mempertahankan rampasan kuasa perak pada Februari 2009.

Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?
 
 
Mengenai kebangkitan rakyat pasca PRU13, Zahid janganlah bersikap munafik. Zahid tahu dan sengaja memutar belit isu dengan menyebut seolah rampasan kuasa akan berlaku. Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalanraya tetapi turun kerana pilihanraya 5 Mei lalu penuh penipuan. Kemenangan rakyat pada 5 Mei telah digelapkan maka rakyat keluar menyatakan bantahan untuk menuntut kembali demokrasi yang dicuri.

Telah diumumkan oleh Gagasan #SuaraRakyat505 bahawa tarikh 25 Mei dipilih sebagai acara kemuncak untuk pesta rakyat menuntut demokrasi, manakala lokasi berhimpun adalah di depan Amcorp Mall bermula petang. Gabungan yang disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan j/kuasa tertinggi SPR meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama. 
 

SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. Malah, kononnya SRP direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit. Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan.

Oleh demikian, semua rakyat diseru untuk bersama pada 25 Mei nanti yang merupakan kemuncak kesinambungan belasan himpunan besar Blackout505, dalam menyatakan protes dan bantahan terhadap kecurangan PRU-13.

SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri jangan ulang kesilapan Hisham yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.

Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor.

Percayalah, rakyat tetap akan bangkit menuntut demokrasi. Rakyat telah beri peluang, telah bersabar dan beri laluan untuk pilihanraya bersih dan adil. Malangnya rakyat dikhianat dengan penipuan pilihanraya, kemenangan dirampas dan hak demokrasi bersuara telah ditutup rapat. Rakyat tetap akan bangkit dan kekuatan rakyat tidak mampu dibendung, 25 Mei, Amcorp Mall.


Suara Rakyat Suara Keramat

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Monday, May 20, 2013

VIDEO - PAKATAN RAKYAT PATUT BERADA DI PUTRAJAYA - RAFIZI

JAMUAN RAKYAT PARLIMEN KUANTAN MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT



KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
PARLIMEN
NEGERI : PAHANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.083 - KUANTAN
NAMA PENUH PARTI BILANGAN UNDI KEPUTUSAN
1. MOHAMED SUFFIAN BIN AWANG BN21,319
2. FUZIAH BINTI SALLEH PKR25,834MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR :56,280

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK :570

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI :47,723

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN :47,857

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :134

PERATUS PENGUNDIAN :85.00%

MAJORITI :4,515


Di dalam PRU 13 pada 05 Mei 2013 baru-baru ini, Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN telah membuat kejutan besar di Parlimen Kuantan apabila Fuziah Salleh berjaya mengekalkan Kerusi P083 Kuantan dengan majoriti besar iaitu sebanyak 4, 515 menewaskan calon Umno/Bn, Mohamed Suffian bin Awang, orang kuat PM, Najib Razak sendiri.

Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh sedang berucap
Adun Teruntum, YB Sim (baju kemeja biru cerah) turut hadir
Kemenangan besar ini menjadi modal Umno apabila mendakwa tidak berlakunya penipuan Pilihanraya seperti yang didakwa Pakatan Rakyat kerana alasan mereka Fuziah Salleh menang dengan majoriti yang jauh lebih besar dari PRU 12.  Fuziah Salleh ketika mengulas dakwaan Umno itu, beliau menegaskan penipuan tetap berlaku dan sekiranya pilihanraya dijalankan dengan adil dan telus, kemenangan yang beliau perolehi sekarang tentunya lebih besar lagi.  Beliau ada hujah dan fakta sendiri terutamanya berkaitan dengan Undi Pos dan Undi Awal di kalangan warga keselamatan.

Adun Beserah, YB Andansura Rabu berucap

Adun Tg Lumpur, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar berucap
Semalam (19/5/13), Parlimen Kuantan di bawah YB Fuziah Salleh telah mengadakan Majlis Jamuan Rakyat bermula jam 12.00 tengahari sehingga 03.00 petang bagi meraikan petugas-petugas dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Parlimen Kuantan yang telah banyak membantu beliau memenangi Kerusi panas tersebut.  Jamuan telah diadakan di Pantai Taman Gelora, Kuantan yang mana telah mendapat sambutan yang amat memuaskan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota (Pengerusi KEADILAN Pahang) YB Dato' Fauzi Abdul Rahman bersama Datin turut hadir

Pegawai Penguatkuasa MPK berbincang dengan YB Fuziah berkaitan program yang sedang berjalan
Di antara tetamu yang turut hadir adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, Adun Beserah YB Andansura Rabu, Adun Teruntum YB Sim Chon Siang dan Adun Tg Lumpur YB Ustaz Rosli Abdul Jabar.  Calon Dun Inderapura, Ustaz Syed Anis juga turut hadir.  Mereka semua telah diberi kesempatan untuk berucap ringkas bagi menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua jentera dan penyokong masing-masing selain dari YB Fuziah Salleh sendiri yang pertama berucap meraikan petugas-petugas dan para penyokong beliau.

Di antara anak-anak muda di bawah SAMM Pahang yang banyak membantu menjayakan program tersebut

Di antara orang ramai yang hadir dijamu dengan makanan yang disediakan
Orang ramai mendengar ucapan Wakil Rakyat mereka

Program telah berjalan dengan baik dan lancar.  Tahniah kepada Penganjur yang telah berjaya mengadakan program dengan jayanya.

Saturday, May 18, 2013

Keceluparan Zahid Hamidi Disanggah Prof Mohd Agus

 

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari.

“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya.

Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.

“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya.

Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.

“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya.

Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.

“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.

“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.