KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, November 30, 2012

KITA MAMPU TAWAN PAHANG - US TUAN IBRAHIM DALAM CERAMAH MALAM TADI

Malam tadi (29 Nov 2012) bertempat di Kampong Pasir Panjang, Pekan telah diadakan Program Ceramah di mana menampilkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man beserta beberapa pimpinan lain termasuk wakil dari Orang Asal yang juga ahli PKR, Sdr Ismail Leh.

Di dalam pidato Ustaz Tuan Ibrahim beliau telah mengulas beberapa isu semasa dan terkini, di antaranya isu doa terhadap Umno yang kini menjadi satu topik hangat diperkatakan oleh pemimpin dan media-media kawalan Umno.  Ustaz Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa tidak menjadikan satu kesalahan buat PAS untuk mendoakan kehancuran Umno kerana parti tersebut adalah 'lawan' buat PAS.  PAS samasekali tidak mendoakan keburukan terhadap orang-orang Islam apatah lagi yang tidak melakukan kezaliman.  Hanya media dan pemimpin mereka yang zalim mungkin terasa dengan doa yang dilakukan.

Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Beliau juga turut menyeru agar kesemua ahli PAS dan PR bersatu tenaga untuk menjatuhkan kerajaan Umno/Bn di samping menasihati ahli-ahli yang tidak dapat membantu perjuangan ini agar tidak membebankan atau menyusahkan para pejuang.  "  Jika kita tidak sampai untuk memikul tiang rumah yang ingin dipindahkan, jangan kita bergayut pada tiang rumah kerana akan membebankan orang lain", ujarnya.

Sdr Ismail Leh, Wakil Kaum Orang Asal
Dengan penuh keyakinan, Ustaz Tuan Ibrahim menyatakan bahawa tidak mustahil Pahang akan dapat dirampas oleh PR di dalam PRU ke 13 nanti walaupun ada penganalisa politik termasuk Daim Zainuddin meramalkan bahawa Pahang, Johor dan Melaka 'selamat' di bawah Bn.  "Ada yang meramalkan Pahang tidak akan tumbang kepada PR kerana Pahang adalah negeri PM, Najib Razak."  "Tapi kita jangan lupa, Kedah adalah negeri Tun Mahathir (bekas PM), P.Pinang juga adalah negeri Pak Lah (bekas PM), kedua-dua negeri ini telah tumbang kepada PR", hujah beliau.  "Kali ini, mustahilkah Pahang negeri Najib Razak akan tumbang?" soalnya.

Di antara yang hadir mendengar ceramah
Ceramah malam tadi juga menarik perhatian lebih kurang 300 pendengar yang hadir di dalam keadaan hujan renyai-renyai apabila wakil dari kaum Orang Asal, Sdr Ismail Leh diberi kesempatan berucap.  Beliau yang juga ahli PKR banyak menyentuh tentang bagaimana hak-hak Orang Asal yang semakin ditindas oleh Umno/Bn.  Di samping itu, beliau menegaskan bahawa sekarang ini kaum Orang Asal sudah memahami 'permainan' licik Umno/Bn menjelang pilihanraya dengan menabur berbagai-bagai janji dan habuan untuk Orang Asal dan kaum Orang Asal tidak lagi akan terpedaya dengan 'permainan' Umno/Bn kali ini.  

Program malam tadi telah berjaya menembusi kubu kuat Umno di Pekan tanpa sebarang gangguan dan provokasi di mana sambutannya amat baik sekali walaupun difahamkan di sebelah petangnya terdapat program memberi kad diskaun kepada para nelayan sekitar Pekan.

Wednesday, November 28, 2012

"DRAMA ALTANTUYA" SEMAKIN MENARIK - EDISI KANTOI


Cerita sebenar Deepak Jaikishan kawan Rosmah

Harakahdaily, 27 Nov 2012
KUALA LUMPUR: Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya.

Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.

Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.

Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.

Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.

Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.

"Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD," cerita Deepak kepada Harakahdaily.

Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau.

Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?

Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.

Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?

Hubungan...saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.

Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?

Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri
Pertahanan.

Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?

Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.

Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?

Ya boleh dikatakan begitu.

Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?

Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.

Sebelum ini tidak ada apa-apalah?


Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.

Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?


Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita.  Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.

Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau...
Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.

Saudara memang kenal Bala?

Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, "You boleh tak selesaikan masalah ini...its a big problem". Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. "Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri." Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.

Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?

Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.

Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?

Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.

Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?

Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.

Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?

Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.

Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?


Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.

Jadi apa tindakan saudara?


Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.

Apa tindakan selepas itu?


Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka./Harakahdaily

PERLETAKAN JAWATAN TIMB KETUA AMK BERI KELEBIHAN KEPADA JENTERA PARTI

Benarkah seperti yang dihebohkan di dalam satu portal PDO bahawa PKR Pahang bergolak?  Di dalam isu yang berkaitan, selain dari PDO (Pahang Daily Online) yang mengulas di SINI, satu lagi artikel turut mengulas isu yang sama.  Baca DI SINI.

Timbalan Ketua AMK Pahang, Sdr Aidil Haryman Mat Nor (Alang)
Sehingga artikel ini ditulis, Pejabat KEADILAN Negeri masih belum menerima secara resmi keputusan perletakan jawatan Sdr Aidil, kecuali hanya membacanya melalui Facebook beliau.  Sekiranya benar beliau telah melepaskan jawatannya, ini bukan bermakna satu pergolakan berlaku di dalam KEADILAN Pahang.  Melalui SMS yang diterima, beliau dengan tegas menyebut bahawa beliau masih yakin dengan perjuangan KEADILAN dan tidak akan keluar dari parti yang begitu lama beliau perjuangkan.

Catatan di dalam FB Sdr Aidil

Beliau turut melahirkan semangatnya untuk menabur jasa kepada parti khususnya di Parlimen Kuantan terutama menjelang PRU akan datang.  Kami memahami prinsip beliau seperti yang beliau nyatakan bahawa beliau lebih suka berjuang di dalam kelompok yang lebih besar serta mempunyai hala tuju yang jelas.

Untuk menyatakan KEADILAN Pahang bergolak hanya kerana isu ini amat tidak tepat samasekali.  Beliau tidak keluar dari parti atau mengeluarkan kenyataan yang memburuk-burukkan dasar parti bahkan tindakan beliau untuk menumpukan tugas beliau di Parlimen Kuantan akan memantapkan lagi jentera parti di Parlimen tersebut.  

Kematangan politik yang ditunjukkan oleh Sdr Aidil ini mungkin satu ujian terhadap kepimpinan AMK Pahang.  Kami yakin AMK Pahang akan mengambil tindakan yang bijak di dalam mengatasi masalah dalaman sayap ini jika ada.  Di samping itu, kita harus ingat terdapat beberapa usaha dari pihak-pihak tertentu di luar parti untuk mengkucar-kacirkan parti khususnya di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang kini dimiliki KEADILAN.

Tuesday, November 27, 2012

Senator Australia persoal ketakutan Umno terhadap pemerhati bebas

KUALA LUM[UR 24 NOV: Senator Selatan Australia, Nick Xenophon menempelak laporan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya hingga terpesong kenyataan sebenar.

Pada kenyataan media semalam, Xenophon menyatakan, beliau menyerahkan surat peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur minggu lalu untuk diserah kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr.

Surat itu berhubung bantuan dari Australia bagi pilihan raya Umum akan datang yang mencerminkan ‘kehendak sebenar rakyat Malaysia’.

“Tidak ada apa-apa permintaan yang boleh ditafsir sebagai gangguan oleh satu negara dalam hal ehwal negara lain.

“Realitinya ialah kehadiran pemerhati bebas antarabangsa dari enam negara seperti yang dilapor April lalu bertujuan memantau sistem pilihan raya, menunjukkan peningkatan kebimbangan serius demokrasi Malaysia.

“Bob Carr ada hak untuk menyatakan Ausralia tidak akan campur tangan dalam PRU 13. Bagaimanapun dia boleh menyatakan kehadiran pemerhati bebas dianggap campur tangan kepada sistem di Malaysia?,” katanya.

Malah, Xenophon juga mengalu-alukan jika Malaysia mahu menjadi pemerhati untuk pilihan raya umum di Australia pada masa depan.

“Kerana Malaysia dan Australia adalah seperti rakan yang hebat. Saya yakin ahli Parlimen Australia dan Suruhanjaya Pilihanraya Australia mengalu-alukan penelitian daripada ahli Parlimen Malaysia ke atas sistem pilihan raya kita, tahun depan.

“Apa yang dimahukan Anwar ialah pilihan raya yang bebas, adil dan bersih. Peranan Australia sebagai jiran dan rakan hanya sebagai pemantau dan pemerhati, jika diminta.

“Persoalannya, mengapa kerajaan Malaysia begitu takut dengan permintaan Anwar untuk mengambil pemerhati bebas dari rantau ini?” katanya./ WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Sunday, November 25, 2012

SEKITAR PROGRAM CERAMAH DI RAUB (23 NOV 2012)

KEADILAN Cabang Raub semakin rancak dengan berbagai program yang diatur bagi menghadapi PRU ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang. Pada 23 November 2012, dua program dijalankan serentak di Raub iaitu Forum Rakyat dan juga program Ceramah Umum bertempat di Felda Tersang 3, Batu Talam, Raub.
YM Tengku Zulpuri Shah (Timb Pengerusi DAP Pahang)
Tuan Hj Harris Abdullah (Peguam ANAK)
Dun Batu Talam memang diketahui umum sebagai kawasan kubu kuat Umno di Raub, namun KEADILAN Cabang Raub dengan penuh yakin dan kesungguhan akhirnya berjaya menembusi kawasan tersebut di mana dianggarkan tidak kurang seribu orang yang hadir di dalam ceramah malam itu.  Penceramah utama yang diundang pada malam tersebut adalah Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN Pusat yang baru balik dari Hong Kong bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kes RM40 Juta yang disyaki melibatkan KM Sabah.
Sdr Rizan Hj Ali selaku Pengerusi Majlis
YB Chang Lih Kang
Di samping itu, penceramah yang turut diundang adalah YB Chang Lih Kang, YM Tengku Zulpuri Shah (Timb Pengerusi DAP Pahang) dan Tuan Hj Harris Abdullah, Peguam terkenal yang banyak mewakili kes melibatkan para peneroka Felda.  Program ceramah yang diPengerusikan oleh Sdr Rizan Hj Ali, Pengarah Pilihanraya KEADILAN Cabang Raub pada malam itu boleh dianggap berjaya kerana yang penting kubu kuat Umno di kawasan itu berjaya ditembusi oleh KEADILAN.
Di antara yang hadir
Pemidato Utama - Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategi KEADILAN Pusat)

Syabas kepada KEADILAN Cabang Raub semoga terus merancakkan aktiviti program agar rakyat terus dibekalkan dengan maklumat yang tepat.

PRO DR AZIZ BARI DI JENDERAK UTARA (26 NOV 2012)


Pakatan Rakyat Dun Jenderak akan mengadakan program Ceramah Pakatan Rakyat pada 26 November 2012 (Isnin) bermula jam 08.45 malam bertempat di Markas PAS, Felda Jenderak Utara.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai kerana julung kalinya pihak penganjur membawa seorang tokoh hebat, Pakar Perlembagaan iaitu Prof Dr Aziz Bari untuk menyampaikan ceramah.  Turut serta adalah Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Us Shahril Azman (Ketua Pemuda PAS Pahang), Tuan Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal) serta seorang wanita Pn Siti Khalijah Mohamed.


Friday, November 23, 2012

USAHA BERTERUSAN UNTUK CEMAR IMEJ YB FUZIAH SALLEH

Terdapat usaha-usaha pihak tertentu untuk mendatangkan keraguan di kalangan masyarakat khususnya di Parlimen Kuantan bahawa KEADILAN kini tergugat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan di dalam PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.  Lebih menariknya, pihak berkenaan menggunakan isu perkauman kononnya Ahli Parlimen Kuantan sekarang, YB Fuziah Salleh mengabaikan masyarakat kaum Melayu.

Berkunjung di Pasar Tani bersama AMK
Berdailog bersama Persatuan Nelayan Kuantan
Bertemu nelayan dan mendengar permasalahan mereka
Usaha ini bukan cerita baru kerana pihak yang sama juga pernah melakukan perkara yang sama iaitu cuba untuk menanamkan keraguan di kalangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Parlimen Indera Mahkota.  Dakwaan mereka kononnya berlaku 'perang besar' atau 'permusuhan' di antara penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail dengan Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman juga dikaitkan dengan YB Fuziah Salleh.  Nampaknya mereka tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak melihat perpecahan berlaku di kedua-dua Parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN di situ.

Bertemu masyarakat
YB Fuziah mendengar keluhan mereka
Sebelum itu, pihak berkenaan telah memburukkan nama YB Azan Ismail kononnya beliau tidak layak lagi dicalonkan bertanding di Indera Mahkota atas alasan Ahli Parlimen Indera Mahkota ini jarang melawat kawasannya. Sedangkan semua faham bahawa YB Azan Ismail telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengerusi KEADILAN Terengganu, namun segala aktiviti dan program di Indera Mahkota tetap berjalan dengan rancak samada dilaksanakan oleh Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota berserta AJK-AJKnya termasuk dari AMK sendiri, bahkan dibantu oleh rakan sekutu dari PAS Kawasan.  Tidak timbul masalah Parlimen Indera Mahkota terabai selepas KEADILAN mencapai kemenangan.  

Kuat memperjuangkan Isu Lynas, menjadikan YB Fuziah terkenal di kalangan kaum Cina tetapi bukan bererti beliau meminggirkan kaum Melayu di Kuantan
Melawat dan memberikan sumbangan kepada warga emas
Selepas itu, mereka membawa cerita baru pula yang mana mereka menamakan YB Azan Ismail adalah calon terbaik di Indera Mahkota.  Jelas di sini apakah objektif pihak berkenaan selain dari cuba untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN.  Sepertimana yang telah ditegaskan oleh Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman bahawa KEADILAN komited akan mempertahankan kedua-dua kerusi berkenaan tidak kira siapakah calon yang dinamakan oleh Pusat.

Mesra dan mudah didekati tidak kira kaum
Setelah mereka gagal memainkan propaganda memecahbelahkan pimpinan KEADILAN, kini mereka terpaksa menggunakan isu perkauman sepertimana yang sering dimainkan oleh Umno selama ini.  Mereka mendakwa YB Fuziah Salleh lebih memberi tumpuan kepada kaum Cina dan meminggirkan kaum Melayu.  Mungkin mereka tertinggal maklumat atau sengaja melupakannya bahawa YB Fuziah Salleh kerap mengadakan berbagai program dan lawatan kepada masyarakat Melayu termasuk kaum Nelayan di kawasan Parlimen Kuantan.  Jika mereka ikhlas, mereka boleh mendapatkan maklumat dan fakta tentang beberapa program yang dijalankan oleh Ahli Parlimen ini khusus untuk kaum Melayu di Pusat Khidmat Parlimen Kuantan.

Rakyat di kedua-dua kawasan elit Kuantan ini tidak lagi memandang isu perkauman di dalam fokus mereka untuk menjatuhkan Umno/Bn.  KEADILAN bersama rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat kini telah bersedia untuk berdepan dengan musuh samada Umno mahu pun MCA di kedua-dua kerusi ini.  Sekiranya benar ada yang mahu berada di gelanggang yang sama atas kapasiti Bebas bagi meraikan demokrasi, KEADILAN amat-amat mengalukannya.

WANG CUKAI RAKYAT DIGUNAKAN UNTUK BAWA MASUK PROJEK TANPA CUKAI?

K’jaan dan polis diperguna untuk kepentingan Lynas – Fuziah

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 22 November: KEADILAN menyelar iringan dan kawalan polis terhadap lebih 100 kontena disyaki mengandungi bijih nadir bumi untuk loji radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan.

“Apakah wang pembayar cukai Malaysia diguna untuk mengawal syarikat (Lynas) yang mendapat pengecualian cukai? 
 
YB Fuziah Salleh (MP Kuantan)
“Ini tak patut berlaku. Kerajaan Malaysia dan polis yang sebenarnya dipergunakan,” tegas Naib Presidennya, Fuziah Salleh ketika dihubungi.

Jelas Ahli Parlimen Kuantan itu, usahanya menghubungi Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Jasmani Yusoff sehingga kini masih gagal.

Fuziah berkata, kerajaan seolah-olah bersekongkol dengan Lynas, ketika tiga penduduk Kuantan menunggu tarikh sebutan rayuan berikutan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) 8 November lalu.

“Dalam konteks undang-undang, TOL telah dilulus. Tetapi pada 10 November, penduduk membuat rayuan dan menunggu tarikh sebutan kes.

“Manakala rayuan SLC (Gabungan Bantah Lynas) di Mahkamah Persekutuan hanya akan didengar pada Januari tahun depan.

“Inikah yang dikatakan mendengar suara rakyat? Nampaknya kerajaan lebih utamakan keuntungan dan ketepikan kesihatan dan keselamatan rakyat,” katanya.

Dilaporkan lebih 100 kontena disyaki mengandungi bijih nadir bumi tiba di Pelabuhan Kuantan tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Pemindahan kontena ke loji tersebut, sejauh kira-kira tujuh kilometer (km) dari pelabuhan ke kawasan industri Gebeng bermula antara jam 1 pagi hingga 2 pagi diiringi polis dan proses itu masih berterusan pada 8 pagi tadi.


Peserta-Langkah-Bestari-berjalan-ke-Temerloh

Kontena disyaki itu tiba ketika gabungan anti-Lynas Himpunan Hijau mengadakan perarakan sejauh 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Manakala satu lagi kumpulan, Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) berada di Sydney, Australia untuk menentang loji tersebut ketika Lynas Corporation mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)./KeadilanDaily

Thursday, November 22, 2012

Peserta akan berkhemah, tunggu MP di Dataran



Lee Way Loon

Penganjur perarakan jalan kaki anti-Lynas berkata, mereka akan berkhemah di Dataran Merdeka sebaik menamatkan perjalanan 14 hari dari Kuantan dan bukannya berarak ke bangunan Parlimen.

Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack berkata, aktivis berkenaan akan berkhemah di situ pada Ahad sementara menunggu kunjungan perdana menteri dan ahli parlimen pada keesokan harinya.

Wong mengumumkan perkara itu di Bentong, Pahang lewat malam tadi.

Ketika dihubungi selepas itu, Wong berkata perubahan itu bagi memudahkan wakil rakyat bertemu aktivis berkenaan di Dataran Merdeka./Malaysiakini

Tuesday, November 20, 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT - SAMBUTAN HANGAT KAUM ASAL ATAS KUNJUNGAN DS ANWAR KE JENDERAK

Sumber:  The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah:

Fatimah Bahsin, Naib Ketua Wanita PKR Pekan merangkap Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Wanita PKR Pusat memberikan ucapannya

Sdr Jalil Hasan, dari NGO Orang Asal hadir memberikan ucapan

Sdr Ismail Leh, Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal PKR Pahang melahirkan dukacita masyarakat Orang Asal dipinggirkan dari pembangunan oleh BN

Sdr Hamid Tow, Timbalan Pengerusi Jaringan Kampong Orang Asal Negeri Pahang melatarkan perjuangan Orang Asal Negeri Pahang.

Pn Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita PKR Pahang

Sdr Yassin Salleh dan mendeklarasikan sebuah puisi: KAMILAH TUAN PUNYA ASAL TANAH DAN AIR INI.

Mr Siew, Naib Pengerusi PKR Pahang memberikan ucapan

Anwar memilih untuk berucap didalam becak dan membezakan Anwar dari pimpinan UMNO/BN yang mahu diraikan diatas karpet merah

Orang Asal Kg Penderas dan kampong-kampong sekitarnya menumpukan perhatian kepada ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim yang menggariskan dasar perjuangan PR untuk Orang Asal, mereka memberikan tepukan gemuruh setiap kali Anwar menggariskan satu-satu dasar untuk mereka

Inilah Himpunan Orang Asal terbesar pernah berlangsung di Kg Penderas

Kehadiran Orang Asal di Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim di Kg Penderas, Kuala Krau

Dato Seri Anwar Ibrahim cukup gembira dapat berucap di hadapan Orang Asal di Kg Penderas yang hadir didalam jumlah yang besar

 
Orang Asal Kg Penderas menumpukan perhatian kepada ucapan DSAI

 
'Lihatlah kawasan yang becak ini menjadi pentas kepada DSAI berucap

UMNO menggunakan taktik yang berbeza untuk menggagalkan Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Kg Penderas. Dari awal lagi Masjid dan Surau di Kg Paya Luas, kampong persinggahan Anwar sebelum ke Kg Penderas tidak dibenarkan untuk Anwar mengerjakan solat.

Kemudian ribuan poster dan edaran ditaburkan di seluruh kampong dari Terengging, ke Paya Luas, ke Penderas, Pasu, Lubok Wong hingga ke Terbol. Di perhentian-perhentian bas penuh dengan edaran lucah dan fitnah ini di samping mereka mengajak penduduk supaya memboikot lawatan Anwar.

Mereka turunkan dua terak FRU bersenjata lengkap dengan alat-alat moden mereka (mungkin termasuk gas beracun) di kawasan Sekolah Kg Penderas yang lebih kurang 100 meter dari rumah Chim bin Ni, tempat ceramah diadakan.

Dan di kawasan itu juga diadakan pertandingan karaoke bagi menghalang penduduk kampong untuk menghadiri ceramah Anwar.

Pada jam 7.00 malam penduduk Kg Pian, Lubok Wong dan Pasu menalipon saya dan Sdr Azmi Zainon, Timbalan Ketua PKR Kuala Krau, meminta diadakan kenderaan menjemput mereka kerana mereka tidak berani nak datang dengan motor, motor mereka tidak ada road tax dan bagi mereka FRU yang hadir itu akan menghalang dan menyaman mereka.

Kami tidak dapat mengadakan kenderaan dan mereka semua tidak dapat hadir.

Jam 6.00 petang, hujan turun dengan lebatnya membanjiri kawasan ceramah dan apabila hujan berhenti pada jam 7.00 malam kawasan itu berlumpur dan berbecak seperti sawah.

Kehadiran pada waktu itu hanyalah lebih kurang 60 orang sahaja. Saya dan Sdr Azmi cukup risau. Anwar dijangka sampai jam 7.30 malam dan dengan kehadiran seramai itu tentulah lawatan ini tidak berbaloi.

Didalam hati saya terus mendoakan agar penduduk Kg Penderas datang beramai-ramai dan untuk mengharapkan penduduk dari kampong-kampong Orang Asal yang lain amatlah tipis dengan kehadiran Polis yang begitu ramai. Mereka takut datang dengan motor mereka.

Bas Merdeka Rakyat sampai pada jam 7.45 malam, tetapi memandangkan kawasan yang sempit itu, bas tidak membukakan stagenya, dan hanya datang untuk menjadi tarikan kepada orang ramai.

Doa kami dimakbulkan oleh Allah swt. Menghampiri jam 8.00 malam berbondong-bondong Orang Asal Kg Penderas mendatangi tempat ceramah. 4 kanopi yang dipasang telah penuh. Dan orang ramai terpaksa berdiri di sekitar khemah dan sekeliling rumah-rumah yang ada, penuh dengan manusia; bahkan di kawasan di seberang jalan, di kawasan rumah bekas Batin Nun penuh dengan orang ramai. Orang ramai berada ditempat terang, ditempat gelap, diatas jalan raya, di seberang jalan raya, di veranda rumah-rumah berdekatan, penuh dengan manusia.

Tidak kurang 1000 orang keseluruhannya hadir. Alhamdulillah, walaupun pelbagai rintangan yang diadakan oleh puak-puak UMNO kehadiran seramai itu adalah di luar jangkaan.

VIDEO - JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI MENTAKAB (18 NOV 12), ANWAR BERUCAP KETIKA HUJAN LEBAT

Monday, November 19, 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT BERSAMA MASYARAKAT INDIA DI JAMUAN DEEPAVALI

Bas Jelajah Merdeka Rakyat merentas Bandar Kuantan
Sekali lagi Dato' Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Pahang setelah beliau hadir di dalam Jelajah Merdeka Rakyat pada 04 November 2012 yang lalu.  Pada Jelajah Merdeka Rakyat pertamanya, beliau telah bertemu dengan rakyat di Lancang, Temerloh dan Kuala Krau sebelum berakhir di Kuantan iaitu di Balok dan Taman Mahkota Aman, Batu 11.

Dato' Seri Anwar disambut masyarakat India sebaik sahaja turun dari Bas Jelajah Merdeka Rakyat
Sempat bermesra dengan seorang kanak-kanak bersama bapanya
Semalam (18 November 2012), kunjungan Jelajah Merdeka Rakyat kali kedua bermula dengan meraikan Sambutan Hari Deepavali bertempat di Jalan Air Putih, Kuantan.  Seterusnya beliau bergerak melewati Jengka, Maran, Mentakab, Jenderak dan berakhir di Bera.

Petang semalam lebih kurang jam 2.00 petang, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Restoren Curry House, Jalan Air Putih, Kuantan untuk bersama masyarakat berugama Hindu meraikan Sambutan Hari Deepavali.  Turut bersama majlis itu adalah Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman dan juga YB Sivarasah.  Pemangku Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung juga turut hadir bersama beberapa lagi pimpinan PR setempat.

YB Sivarasah berucap sebelum ketibaan Dato' Seri Anwar
Dato' Seri Anwar bersama pimpinan yang hadir
Sambutan masyarakat India pada majlis tersebut amat baik di mana ruang yang disediakan dipenuhi oleh rata-ratanya di kalangan masyarakat India.  Sebelum Dato' Seri Anwar berucap, mereka yang hadir dapat mendengar ucapan dari Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman dan juga ucapan oleh YB Sivarasah.  Ucapan Dato' Seri Anwar banyak berkisar tentang permasalahan masyarakat kaum India di negara ini khususnya berkaitan isu Kad Pengenalan dan juga isu pembinaan kondo di Batu Caves yang diputarbelitkan oleh pemimpin Umno/Bn.

Tekun mendengar ucapan pimpinan
Sebelum beliau berangkat ke lokasi seterusnya, beliau telah dijamu dengan jamuan bersama masyarakat kaum India.  

Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang berucap
Menikmati jamuan yang disediakan
KEADILAN Pahang mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah berjaya melangsungkan majlis ini dengan baik dan lancar serta mendapat sambutan yang membanggakan.