PKR dakwa keluarga Shahrizat miliki kondo di S'pura
Aidila Razak
Dis 20, 2011
PKR
hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan
dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil -- kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah
dianggar bernilai RM10 juta di Singapura.
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa demikian ketika mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa menteri itu, sejak Januari tahun lalu, memiliki satu unit kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road.
Kondominium dengan keluasan lantai 2,282 kaki persegi itu dibeli dengan harga SGD4.1 juta, dakwa ahli parlimen Machang itu lagi dalam satu sidang media hari ini.
Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura, kata Saifuddin.
Saifuddin mendakwa kondominium itu didaftarkan
atas nama suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak
mereka – Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah
Zabedah Mohamad Salleh.
Rekod berkenaan adalah hasil carian di
agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority,
kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada
wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu./Malaysiakini
No comments:
Post a Comment