KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, August 30, 2013

Sambutan Raya & Merdeka bersama Anwar di Pahang 31 Ogos (Sabtu)

Berikut jadual program Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim: 
 
 
1 – Majlis hari raya & sambutan KEADILAN Pahang
Tempat : 14 Lorong IM 5/14, Bandar Indera Mahkota
Masa : 4.00 petang

2 – Hi-Tea Anak Muda & Profesional Pahang
Tempat : Hotel Seri Manja Boutique, Bandar Indera Mahkota
Masa : 5.00 petang

3 – Majlis sambutan Merdeka KEADILAN Paya Besar
Tempat : Bilik Gerakan KEADILAN Paya Besar, Permatang Badak
Masa : 9.00 malam

4 – Jamuan Rakyat sempena Aidilfitri & Merdeka 2013
Tempat : Perkarangan pejabat KEADILAN, Simpang Taman Saga, Mentakab
Masa : 8.30 malam

Dapatkan keempat-empat poster program di pautan ini.

BERHARI RAYA DAN DI AMBANG MERDEKA BERSAMA DATO' SERI ANWAR PADA 31 OGOS 2013 DI KUANTAN

Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menjadi tetamu istimewa di dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri serta Sambutan Ambang Merdeka yang akan diadakan esok (Sabtu-31 Ogos 2013) bermula jam 04.00 petang bertempat di kediaman Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman.

Orang ramai dijemput hadir pada hari tersebut di alamat  NO.14, JALAN IM5/14, IND.MAHKOTA 5, BANDAR IND.MAHKOTA, KUANTAN.  



Sejurus selepas itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bersama anak-anak muda dan golongan profesional di dalam Majlis Hi-Tea yang akan diadakan di Seri Manja Boutique, Indera Mahkota, Kuantan bermula jam 05.00 petang.  

Radio KOBAT FM akan bersiaran secara langsung dari kediaman YB Dato' Fauzi manakala kami akan berusaha membawakan 'Live Stream' Majlis Hi-Tea yang akan diadakan selepas itu.

Thursday, August 29, 2013

SEBUTAN KES HIMPUNAN BLACKOUT 505 BERMULA PAGI INI DI MAHKAMAH SEKSYEN, KUANTAN

Pagi nanti, Khamis (29 Ogos 2013) jam 08.30 AM, sebutan kes di bawah Seksyen 9(1), Akta Perhimpunan Aman akan bermula di Mahkamah Seksyen 2, Kompleks Mahkamah Kuantan, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.  

Kes ini akan melibatkan Setiausaha PKR Negeri Pahang, Sdr Kamarzaman bin Mohamed Yunus di dalam penganjuran Himpunan Kebangkita Rakyat #Blackout 505 Peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan di Dataran Rakyat, Pejabat PKR Negeri Pahang, Jalan Beserah Kuantan pada 14 Mei yang lalu.

Sdr Kamarzaman bin Mohamed Yunus - Setiausaha PKR Pahang
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berkelapangan boleh lah hadir pada tarikh dan masa yang tersebut untuk kita bersama-sama memberikan sokongan moral kepada Sdr Kamarzaman.  Himpunan Kebangkita Rakyat #Blackout 505 yang telah diadakan itu ternyata mendapat sambutan yang di luar dugaan meskipun lokasi program telah diubah disaat-saat akhir.  Lebih kurang 40 Ribu telah memenuhi ruang perkarangan Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang pada malam itu yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pimpinan utama dari Pakatan Rakyat.

Sewajarnya perkara ini tidak berbangkit lagi apabila pihak Penganjur telah bersedia menerima nasihat dari pihak berkuasa untuk mengubah lokasi dari Perkarangan PASTI Taman Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan ke Dataran Rakyat, Ibu Pejabat PKR Negeri iaitu perkarangan premis persendirian.  Sikap tolak ansur pihak Penganjur seharusnya diberi pujian, namun ianya tidak berlaku. 

Bersamalah kita mendoakan agar kes ini akan memihak kepada Sdr Kamarzaman selaku individu yang berperanan penting melaksanakan tugasnya sebagai pimpinan parti.

Sunday, August 25, 2013

SEKITAR RUMAH TERBUKA PAS INDERA MAHKOTA DAN AHLI PARLIMEN KUANTAN HARI INI

Masih lagi di Bulan Syawal di dalam suasana kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Terlalu banyak program Rumah Terbuka yang diadakan di merata-rata samada dari individu, NGO mahu pun dari Parti-Parti Politik.

Begitulah keadaannya di sekitar Parlimen Indera Mahkota, Kuantan.  Hari ini, 25 Ogos 2013 (Ahad) terdapat dua program Rumah Terbuka yang utama iaitu Rumah Terbuka PAS Kawasan Indera Mahkota dan juga Rumah Terbuka/Majlis Kesyukuran Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh.  

YB Dato' Fauzi disambut oleh YDP PAS Indera Mahkota, Us Nasrun

YB Dato' Fauzi bersama Adun Beserah, YB Andansura

Selain dari itu, ada beberapa individu lain yang turut mengadakan Rumah Terbuka khususnya di sekitar Indera Mahkota dan Kuantan, dan tentunya Wakil Rakyat dari PR di Indera Mahkota dan Kuantan amat sibuk menerima tetamu dan meluangkan masa juga berkunjung ke Rumah Terbuka dari individu tertentu.

Kehadiran Datin, isteri YB Dato' Fauzi disambut mesra

YB Dato' Fauzi menyapa dan bermesra dengan tetamu yang hadir
Rumah Terbuka PAS Kawasan Indera Mahkota hari ini amat meriah sekali.  Kehadiran MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman menambahkan lagi kemeriahan Rumah Terbuka tersebut.  YB Dato' Fauzi kemudiannya bergegas ke Rumah Terbuka di rumah salah seorang anak buah (petugas) beliau di Permatang Badak pula.


YB Fuziah bersama suaminya, YB Sim (Adun Teruntum) meraikan pasangan pengantin baru sewaktu Majlis Rumah Terbuka/Majlis Kesyukuran  MP Kuantan

Admin hanya sempat menghadiri Rumah Terbuka Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh yang telah diadakan di rumah beliau di Medan Tok Sira, Kuantan yang bermula jam 11.00 pagi hingga 03.00 petang.  Kehadiran di situ juga tidak kurang meriahnya sehinggakan makanan yang disediakan hampir habis menjelang 03.00 petang.  Turut hadir adalah Adun Teruntum, YB Sim. 


Kesempatan Rumah Terbuka YB Fuziah juga diadakan Majlis Kesyukuran menyambut menantunya.  YB Fuziah Salleh mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran orang ramai yang sudi bersama di Rumah Terbuka beliau.



Saturday, August 24, 2013

Sesi Dialog Bersama SPAD dan Pengusaha Lori Pahang

Pada 23 Ogos 2013, Ahli Parlimen Indera Mahkota Dato’ Fauzi, Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah, ADUN Beserah YB Andansura, ADUN Teruntum YB Sim dan ADUN Semambu YB Lee Chean Chung telah mengadakan sesi dialog bersama kumpulan pengusaha dan pemandu lori dan wakil dari SPAD bagi mendengar keluhan mereka di Pejabat ADUN Semambu.

Pelbagai isu dikemuka dan dibincangkan. Kumpulan ini mengutarakan kebimbangan mereka kepada pihak Penguatkuasa (SPAD, JPJ, PUSPAKOM, Polis). Mereka inginkan penjelasan komprehensif dari pihak Penguatkuasa tentang Standard Operating Procedure (SOP) dalam menguatkuasa undang-undang.

Isu kompaun terlalu tinggi, permit had dan bahan muatan turut dibincangkan secara terperinci. Seterusnya pihak pengusaha dan pemandu lori akan menyediakan satu memorandum untuk diserahkan kepada SPAD dan sesi dialog seterusnya akan diadakan secara berkala.
 
Untuk ikuti aktiviti atau program Ahli Parlimen Indera Mahkota, sila kunjungi website di http://datofauzi.com/v1/
 
lori DSC02347DSC02384  DSC02466 DSC02464 DSC02461 DSC02460 DSC02458 DSC02454 DSC02453 DSC02443 DSC02440 DSC02437 DSC02426 DSC02409 DSC02377 DSC02372 DSC02363 DSC02356 DSC02355 DSC02349 minum

Thursday, August 22, 2013

RUMAH TERBUKA DAN MAJLIS KESYUKURAN MP KUANTAN PADA 25 OGOS 2013


Kepada seluruh warga Kuantan dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka/Majlis Kesyukuran Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh pada 25 Ogos 2013 bermula jam 11.00 Pagi hingga 03.00 Petang bertempat di No. 2952 Lorong Tok Sira 25, Medan Tok Sira, KUANTAN, Pahang.

Sebarang maklumat lanjut sila berhubung dengan Pusat Khidmat Parlimen Kuantan.

Monday, August 19, 2013

PROFESIONAL/PELAJAR BERPELUANG UNTUK BERSAMA DATO' SERI ANWAR PADA 31 OGOS INI


Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk bersama golongan muda dan Profesional di dalam satu Majlis Hi-Tea yang akan diadakan pada 31 Ogos 2013 bermula jam 5.30 petang bertempat di Sri Manja Boutique Hotel. Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Kepada sesiapa yang ingin mengambil kesempatan untuk bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim sambil minum petang dan bersantai, dijemput hadir dan anda hanya perlu menyumbang sebanyak RM 30 bagi golongan Profesional (bekerjaya/jawatan tinggi di sektor awam atau swasta) dan bagi pelajar pula hanya dikenakan RM 15 sahaja.

Mohon hebahkan program ini melalui Facebook serta maklumkan juga kepada rakan masing-masing.

Sebarang maklumat terperinci, sila berhubung dengan Sdr Shahnul (019-2297487)/Sdr Wong (010-9020925). 

Thursday, August 15, 2013

MP Indera Mahkota Mengadakan Sambutan Hari Raya Bersama Keluarga Kurang Berkemampuan

Pada 14 Ogos 2013 Dato’ Fauzi Abdul Rahman, Ahli Parlimen Indera Mahkota bersama Adun Beserah dan Adun Semambu telah mengadakan jamuan Hari Raya bersama dengan keluarga kurang berkemampuan dari sekitar kawasan Parlimen Indera Mahkota. Majlis ini telah diadakan dengan sederhana tetapi sangat meriah di perkarangan rumah beliau.

Antara keluarga yang hadir adalah mereka yang lumpuh, cacat, buta dan ibu tunggal. Antara yang paling menyentuh hati semua hadirin ialah kehadiran seorang ibu yang merupakan saudara baru bersama anak perempuannya berusia 20 tahun yang cacat sejak lahir.

Bila melihat kekurangan keluarga ini, kami merasa amat bersyukur dikurnia kesempurnaan oleh Allah.
Setiap keluarga diambil oleh sebuah kenderaan petugas. Terima kasih semua petugas sukarela dari semua kaum. 

Kami merancang untuk mengadakan majlis ini setiap tahun, seterusnya mengadakan juga untuk perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina yang akan datang. Sukarelawan dan penderma amatlah dialu-alukan untuk menjayakan majlis seterusnya. Sila hubungi kakitangan Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota untuk pendaftaran serta untuk menyampaikan sumbangan.

Kunjungi Program dan Aktiviti seterusnya di laman web datofauzi.com

DSC02265 DSC02261 DSC02260 DSC02255 DSC02254 DSC02248 DSC02244 DSC02242 DSC02237 DSC02233 DSC02232 DSC02226 DSC02218 DSC02216 DSC02209 DSC02202 DSC02201 DSC02199 DSC02196 DSC02190 DSC02189 DSC02187 DSC02186 DSC02185 DSC02182 DSC02179