KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, July 31, 2011

PKR DAN KOBAT TERUS BERBAKTI

Sumbangan ikhlas dari PKR Pahang pada ahli KOBAT, Bukit Goh Kuantan

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
Dato Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang) bersama anak Mohd Firdaus
yang akan menjalani pembedahan jantung kali ke 2


En.Sim & Pn.Baini dari Pusat Khidmat Keadilan Kuantan
bersama Dato Fauzi beramah mesra anak dan isteri En Firdaus

Sedikit jamuan dari ibu mertua Firdaus


Anak dan isteri Firdaus ( juga menghidapi sakit jantung )

Dato Fauzi menyampaikan sumbangan untuk perbelanjaan semasa pembedahan di IJN ,KL

Dermawan dari bangsa Cina


Bergambar bersama Isteri ,anak dan Mertua En. Firdaus


Nama : Mohamad Firdaus Feriddy B abdullah
No.Tentera : T 1108417
Alamat : No:213 Felda Bukit Goh, 26100 Kuantan,Pahang
Pekerjaan : Berniaga kecilan ( Jual Burger )

Mohamad Firdaus Feriddy B Abdullah, saudara baru berasal dari kampong Malaban,Kota Samarahan,Sarawak. Mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak.

Beliau dan isteri telah mengadu masalah yang mereka hadapi dan memohon sekadar yang terdaya untuk meringan beban mereka dari segi kos perbelanjaan semasa dan sesudah anak sulungnya menjalani perbedahan jantung kali ke 2 di IJN, Kuala Lumpur.

Pada 30 Jul 2011, rombongan dari PKR Kuantan di ketuai oleh Pengerusi PKR Negeri Pahang, Dato Fauzi Abd Rahman ke rumah En. Firdaus untuk menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan buat keluarga En. Firdaus.

KOBAT (Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit) salah satu Biro di dalam PKR Pahang akan sentiasa sedaya upaya membantu perajurit dan bekas perajurit bagi mengenang jasa mereka terhadap negara tercinta. Sumbangan orang ramai kepada mereka boleh disalurkan melalui PKR Pahang atau pun KOBAT dengan menghubungi kami mengikut alamat atau no tel yang tertera di blog KOBAT. Sila kunjungi http://kobatpr.blogspot.com

Bersama-samalah kita berdoa agar anak En Firdaus selamat dan sihat dalam pembedahan tersebut. /kobatpr.blogspot.com

PELUKIS LOGO `ADIL' KEMBALI KE RAHMATULLAH - PKR PAHANG UCAP TAKZIAH

Pelukis logo gerakan bukan kerajaan ADIL , Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, 82, meninggal dunia malam semalam di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur. Syed Ahmad ialah pelukis logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno.

Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman mewakili seluruh ahli PKR Negeri mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham. Ikuti berita selanjutnya di sini.

Saturday, July 30, 2011

NAJIB MESTI BERANI HADAPI RAKYAT - DATUK A. SAMAD SAID

Lantang Menuntut Kebenaran


KUALA LUMPUR, 28 Julai:Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak segera menyelesaikan isu lapan tuntutan Bersih kerana kebangkitan rakyat akan terus merebak.

Menurutnya, Najib sebagai pemimpin negara semestinya berani menghadapi rakyat dengan cara terbaik dan menunaikan permintaan mereka dengan segera.

“Jika suasana demokrasi negara tetap juga tidak berubah, saya sendiri menyarankan agar di mana sahaja Najib pergi, mesti ada sekumpulan anak muda yang berusaha hampiri dan sampaikan memo kepadanya,” tegasnya yang lebh mesra dengan panggilan Pak Samad.

Katanya, pimpinan asas Bersih 2.0 berusaha untuk menyampaikan memorandum tuntutan lapan perkara itu secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 9 Julai tetapi dihalang.

Setelah selesai himpunan 9 Julai dengan 1,600 peserta ditahan dan seorang meninggal dunia termasuk berbagai tindakan kasar pihak berkuasa, rakyat kini teruskan semangat Bersih dengan memakai kuning pada setiap Sabtu atau Yellow Saturday.

Pak Samad membangkitkan perkara itu ketika diminta mengulas kejadian semalam di mana 10 anak muda ditahan di KL Sentral hanya kerana hendak menyampaikan surat kepada Najib.

“Saya mengikuti peristiwa ini dari masa ke semasa sehingga semua anak muda ini dibebaskan malam tadi," jelasnya dalam wawancara khas dengan Harakahdaily yang diadakan di KL Sentral, hari ini.

Mengulas perkara sama, Pak Samad berkata, Najib mesti berpegang kepada gagasan beliau sendiri, 'Rakyat Didahulukan' kerana anak-anak muda itu juga adalah rakyat.

“Mereka ingin sampaikan hasrat untuk murnikan perlembagaan negara dan meningkatkan demokrasi dan sepatutnya jika saya datang ke tempat umum, itulah yang akan layan terlebih dahulu.

“Sebab itu adalah suara kelompok angkatan muda yang memang berpelajaran, berazam dan ingin membantu negara sebenarnya.

“Saya tidak faham seorang perdana menteri yang mengatakan 1Malaysia dan Rakyat Didahulukan, nampaknya secara praktis tidak mengamalkannya, “ jelasnya yang menjadi tumpuan generasi muda mutakhir ini.

Beliau juga mengucapkan tahniah dan sangat berbangga dengan kesanggupan dan keberanian anak muda dalam negara dan di luar negeri yang bersama-sama menggerakkan kebangkitan rakyat.

Menjawab tentang minat golongan muda terhadap penampilan dirinya ke tengah masyarakat sekarang ini hasil daripada mereka mengikuti karya sasteranya sejak di bangku dan kini beraksi membela kebenaran./Selatan Online

Friday, July 29, 2011

Unggun BERSIH menyelubungi Hari Kemerdekaan

Oleh Tan Lee Ooi

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka…. A. Samad Said

Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri Najib bersama timbalannya Muhyiddin Yassin dan jemaah menteri akan mengagihkan Jalur Gemilang kepada orang ramai sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara di Stesen ERL dan di Stesen KL Sentral.

Bayangkan Najib bersama-sama dengan adik saudaranya Hishammuddin, Liow Tiong Lai dan Koh Tsu Koon ketawa dengan manis sambil melambai-lambai tangan dengan orang ramai - berpura-pura seakan-akan tidak ada apa-apa yang pernah berlaku dengan negara kita kebelakangan ini.

Adakah rakyat Malaysia yang berprihatin dengan perkembangan politik negara akan terharu dengan perbuatan mereka? Adakah wujud "mood" perayaan Hari Kemerdekaan sebelum segala-gala kegilaan politik dihentikan dengan serta-merta?

Pada pendapat saya, tiga perkara yang penting perlu diselesaikan sebelum kita dapat merayakan Hari Kemerdekaan 2011 dengan jiwa yang bersatu-padu.

Perkara yang pertama, kemerdekaan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang tidak berdosa di bawah akta EO (Emergency Ordinance) harus diberikan. Penahanan E06 adalah sesuatu yang paling tidak masuk akal dalam sejarah penahanan politik Malaysia. Mereka terkorban dalam percaturan permainan politik lampau yang disebabkan anggaran dan keputusan yang salah dan tidak dapat diterima umum baik di dalam negara mahupun di antarabangsa.

Bagi kawan-kawan yang berkenalan dengan EO6, memang difahami bahawa mereka bukan sahaja tidak membawa sebarang ancaman terhadap negara sebaliknya menyumbang kepada kepentingan negara. Saya pernah menyertai salah satu aktiviti mereka beberapa tahun yang lepas. Aktiviti tersebut adalah pengumpulan tandatangan untuk meminta gaji minima bagi perkerja. Sekarang Parlimen sudah mula mempertimbangkan tuntutan gaji minima untuk golongan perkerja.

PSM adalah parti politik yang memperjuangkan kepentingan masyarakat terpinggir. Sejak penubuhan parti sehingga masa kini, ianya berkepercayaan terhadap sistem pilihan raya. Mereka tidak pernah menggunakan sebarang kekerasan untuk merampas kuasa. Sebaliknya, kali ini mereka menghulurkan tangan untuk menyokong pengukuhan sistem pilihan raya negara dengan penyertaan dalam aktiviti BERSIH. Malangnya, disebabkan saiz parti politik tersebut dan komposisi parti, mereka menjadi korban dalam persaingan kuasa antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Terdapat 5,000 orang doktor menyeru supaya EO6 dibebaskan. Seruan kebanyakan doktor dalam Malaysia menunjukkan rasional sekelompok barisan pimpinan polis tidak dapat direstui orang ramai. Ini kerana bidang kedoktoran merupakan pencapaian tamadun manusia yang dicirikan dan dbentuk oleh fahaman rasional dan sainstifik. Penggunaan kanun EO memang jauh daripada pemikiran rasional. Ini telah mengakibatkan orang ramai melihat polis yang sepatutnya mempertahankan undang-undang negara telah terjerumus dan condong ke arah yang anti rasional.

Politik Malaysia sekarang sudah berubah dan sebarang parti politik yang ingin terus relevan tidak dapat bergantung kepada hanya satu ideologi, sama ada tuntutan satu kaum atau tuntutan politik satu agama. Kepelbagaian kepentingan politik diperlukan supaya dapat memenuhi politik segenap lapisan masyarakat. Dengan ini, jelaslah PSM tidak dapat memberikan ancaman komunis seperti yang didakwa.

Penahanan EO6 dan pendakwaan 24 pimimpin dan ahli PSM adalah tindakan yang memburukkan imej BN sendiri. BN akan ditegelami oleh angkara jahat sendiri. Mereka perlu dibebaskan tanpa syarat.

Perkara kedua yang perlu diselesaikan sebelum Hari Kemerdekaan ialah kembalikan kebenaran dan fakta-fakta asas apakah yang telah berlaku di perhimpunan BERSIH 2.0. Antara tindakan-tindakan yang seharusnya diambil adalah meminta maaf daripada semua yang telah menjadi mangsa di perhimpunan BERSIH 2.0 akibat keganasan tindakan polis.

Keikhlasan perlu ditunjukkan menerusi langkah-langkah berikut:

  • Pampasan negara harus diberikan kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad;
  • Mengambil tindakan terhadap anggota-anggota penembak gas pemedih mata ke arah Hospital Tung Shin;
  • Mengambil tindakan tatatertib terhadap anggota-anggota polis yang menggunakan kekerasan dan kekasaran terhadap peserta perhimpunan seperti anggota polis dalam video ini yang menumbuk peserta yang tidak bertindak apa-apa semasa ditahan;
  • Semua anggota kabinet perlu meminta maaf kepada semua yang terasa dianiaya dalam permulaan, semasa, dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 dan,
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji pengukuhan sistem pilihan raya umum.

Perkara ketiga yang dapat meringankan kerosakan imej BN ialah Menteri Dalam Negeri Hishammuddin yang kurang berwibawa perlu meletak jawatan. Matthias Chang bekas penasihat khas politik Mahathir menyifatkan Hishammuddin telah mengidap "Sindrom Memperbesar Ego Diri" (Enlarged Ego Syndrome) dan memerlukan bantuan terapi psikologi untuk mengubatinya. Menurutnya, Hishammuddin tidak berkeupayaan dan gagal dalam mengendalikan tuntutan BERSIH 2.0.

Kematangan Hishammuddin (gambar kanan) dalam pengendalian BERSIH 2.0 diuji dan keputusan yang ditunjukkan adalah ianya gagal. Kekurangan kematangan ditunjukkan tanpa melihat diri dan pertimbangan yang mendalam. Masa depan politik Hishammuddin juga penuh dengan tanda tanya.

Perihal penahanan yang tidak meyakinkan orang ramai berlaku, persoalannya apakah ahli-ahli kabinet lain tidak menasihat menteri yang berkaitan? Adakah fungsi kabinet sebagai pasukan politik yang saling membantu sudah buntu dan tidak dapat lagi berjalan lancar?

Perkiraan politik yang tidak memenuhi kehendak rakyat telah mengakibatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Hishammudin tersalah langkah dan mendatangkan kesan-kesan negatif terhadap pimpinan BN.

Hishammuddin telah mengakibatkan populariti BN jatuh pada paras yang jauh lebih serius berbanding perhimpunan BERSIH pada tahun 2007. Abang saudaranya Najib yang bertungkus lumus merancang transformasi Malaysia dengan slogan Satu Malaysia yang mulai meyakinkan sesetengah pihak, segala usaha Najib dirosakkan dengan sekelip mata seakan-akan landaan tsunami yang memusnahkan Bandar Acheh. Imej Najib yang memihak kepada adik saudaranya turut terjejas dalam masa tidak cukup satu bulan.

Hishammuddin juga telah menyebabkan imej antarabangsa Malaysia jatuh. Ini telah memalukan Najib yang berkebetulan sedang berdiplomasi dengan negara-negara asing. Najib disambut oleh Permaisuri British dengan baju kuning dan ini menjadi bahan bualan di Internet.

Pada abad ke-21 yang dilengkapi dengan teknologi Internet yang dapat menyiarkan segalanya dengan cepat dan berkesan ke serata dunia, tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 telah dirakam dan disebarkan. Segala tindakan tersebut dianggap tidak demokratik dalam kaca mata sedunia.

Bukan sahaja imej BN, Najib dan Malaysia dinodai, yang paling ketara ialah imej polis turut terjejas dengan pada tahap yang amat kritikal.

Kewibawaan polis cuba dikembalikan sejak zaman pemerintahan Abdullah Badawi. Usaha pengembalian maruah polis adalah sumbangan paling penting bagi Abdullah Badawi kepada Malaysia. Dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja dan peningkatan peruntukan kepada polis, imej polis yang beransur-ansur dipulihkan dengan susah payah ini telah sekali lagi terkakis dengan teruk.

Polis menjadi sasaran utama pengguna Internet selepas perhimpunan BERSIH 2.0. Pada pendapat saya, ini adalah tidak adil bagi pihak polis. Memang sudah menjadi tradisi bagi pimpinan polis untuk menunaikan permintaan parti pemerintah. Oleh hal yang demikian, polis dilihat sebagai alat politik sesetengah pihak, baik yang memanipulasi jentera polis ataupun dalam anggapan masyarakat umum. Autonomi polis digadai dalam pengendalian BERSIH 2.0.

Menurut pengamatan saya berdasarkan video-video Youtube wujud babak-babak sedemikian.

Apabila polis cuba menahan rakyat Malaysia (yang membayar cukai yakni membayar gaji polis), sesetengah rakyat akan bertanya terhadap polis apakah kesalahan memakai baju kuning. Persoalan tersebut membuat sesetengah polis serba salah. Ini kerana memang tidak ada undang-undang yang menghadkan warna pakaian rakyat. Disebabkan polis perlu mengikut arahan atasan, maka mereka perlu mengambil tindakan yang melanggar lojik dan kefahaman rasional umum serta kehendak minima tamadun manusia. Malangnya mereka tidak dapat mengingkari perintah atasan.

Tindakan pimpinan atasan yang menurut karenah politik parti pemerintaha secara membuta tuli telah menyebabkan kejatuhan maruah dan pengikisan keyakinan terhadap jentera polis secara keseluruhan dirasai. Polis harus menjauhi daripada diheret oleh persaingan politik di antara parti pemerintah dengan parti pembangkang dan juga antara puak-puak dalam parti pemerintah sendiri.

Penangkapan yang keterlaluan tidak dapat dirasionalkan apabila berhadapan dengan peserta-peserta perhimpunan yang aman dengan tidak sebiji pun batu dibaling kepada penguatkuasa. Sebaliknya, rakyat hanya berdiam diri menentang pemecutan air kimia dan penembakan gas pemedih mata.

Sebelum Hari Kemerdekaan, usaha mengembalikan keyakinan rakyat umum amat perlu. Usaha-usaha tersebut juga merupakan "kawalan kerosakan" (damage control) yang telah dilakukan. Tanpa usaha sedemikian, Hari Kemerdekaan tidak akan disambut baik oleh rakyat jelata kerana kepada pihak-pihak yang menyokong BERSIH 2.0, Hari Kemerdekaan telah disambut pada tanggal 9 Julai. Hari tersebut adalah hari yang benar-benar merdeka bagi rakyat dengan memperlihatkan penampilan pelbagai kaum di jalan raya berganding bahu untuk perjuangan sebuah sistem demokrasi yang lebih kukuh.

*Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview. Beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di National University of Singapore, pernah menulis buku berjudul Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.

Thursday, July 28, 2011

KIBARKAN JALUR GEMILANG TAPI BUKAN UNTUK NAJIB

Tidak beberapa lama kita semua akan meraikan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Sememangnya semenjak tahun 1998, keceriaan menyambut Hari Kebangsaan yang diadakan setiap tahun itu tidak lagi semeriah dulu di mana boleh dikatakan hampir semua kenderaan akan memasang bendera Jalur Gemilang kebanggaan kita bersama termasuk di rumah-rumah, pejabat dan juga di premis-premis perniagaan.



Mengapa keceriaan itu mulai hilang semenjak tahun 1998? Ianya bermula apabila era kezaliman pemerintah terhadap seorang tokoh politik yang disayangi rakyat dizalimi dan dianiayai. Pada tahun itu jugalah era perpecahan bangsa Melayu paling hebat berlaku di dalam sejarah negara. Orang-orang Melayu pada ketika itu tidak menyangka tokoh yang mereka sanjung yang mereka harapkan bakal mewarisi kerusi PM telah dikhianati dan dizalimi dengan satu fitnah yang samasekali tidak masuk akal.

Pada ketika itu, parti Pembangkang terutamanya PAS mendapat hikmah dari apa yang berlaku. Secara mendadak PAS telah muncul sebagai parti terkuat kerana dasar PAS yang berpegang kepada dasar Islam yang membela sesiapa sahaja yang dizalimi hatta orang itu dahulunya `musuh' buat PAS. Di saat itu lah, era reformasi bermula dengan hebat dan pada ketika itu rakyat tidak lagi berselera untuk meraikan Hari Kemerdekaan kerana mereka menganggap rakyat di negara sebenarnya belum merdeka di dalam ertikata yang sebenar.

Sehinggalah kini, rakyat tidak berselera seperti dahulu apatah lagi berada di bawah kerajaan yang dipimpin oleh Najib. Kezaliman terus berleluasa malahan bertambah dan rakyat masih belum merdeka sepenuhnya. Apakah boleh dikatakan merdeka sekiranya untuk berhimpun secara aman pun dicop sebagai Pengganas atau perusuh? Rakyat didera sewaktu berhimpun yang sepatutnya mereka terpelihara dari segi undang-undang.

Semalam, Najib cuba untuk melalaikan rakyat dari mengingati kezalimannya pada 09 Jul yang lalu. Najib mengagihkan Jalur Gemilang dengan harapan keceriaan menyambut Kemerdekaan kembali berulang seperti dahulu kala. Maka, Najib pun memberikan `petua' kununnya sesiapa yang mengibarkan Jalur Gemilang bererti mereka akan sanggup pertahankan negara ini dari ancaman `musuh'? Musuh siapa? Musuh negara atau musuh Najib dan partinya? Baca kenyataan Najib di sini.

Niat Najib jelas, disamping mengagihkan Jalur Gemilang diagihkan juga risalah yang ada kaitan dengan demontrasi. Bukan sukar untuk membaca strategi Najib untuk mempergunakan hari sambutan Kemerdekaan untuk memulihkan kembali imej beliau dan partinya yang semakin `hanyir' itu. Adakah rakyat akan terpedaya? Tidak, Najib sudah terlalu kerap menipu rakyat dan kali ini tiba giliran rakyat untuk `menipu' Najib.

Kita tetap menghormati Jalur Gemilang, kita juga sayangkan tanahair kita yang tercinta ini. Kita juga tahu siapa musuh negara yang sebenarnya. Jika Najib menyebut bahawa musuh negara bukan lagi bersifat ketenteraan atau dari negara asing tetapi musuh negara itu adalah `puak pengacau' di dalam negara ini. Siapakah yang dimaksudkan oleh Najib `puak pengacau' itu? Jawapannya, kita kerap mendengar dari media kerajaan bahawa ungkapan `puak pengacau' dirujukkan kepada BERSIH yang berhimpun pada 09 Jul yang lalu. Terbukti, Najib sasarkan agar rakyat membenci BERSIH sekali gus menyokong kuat beliau dengan mempergunakan hari sambutan Kemerdekaan nanti.

Kita tidak sebodoh yang Najib sangka. Kita sayangkan negara ini sebab itulah kita mahu kerajaan yang ada hari ini di`rehat'kan menjelang PRU ke 13 akan datang. Negara sentiasa berada di dalam bahaya sekiranya orang seperti Najib dan Rosmah berada di kerusi empuk PM. Najib gagal menyelamatkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu jauh sekali kepentingan orang-orang Islam dan bangsa serta agama lain.

Mungkin hanya Rosmah sahaja yang merasai nikmatnya `merdeka' apabila berada di sisi suami yang berkuasa. Rakyat tidak merasai nikmat kemerdekaan dengan keadaan ekonomi yang teruk dan kenaikan harga barang yang tidak lagi terkawal. Adakah dengan mengibarkan Jalur Gemilang rakyat boleh melupakan isu kehilangan Saham Bumiputra, kehilangan banyak tanah rezab Melayu atau dapat menyelamatkan wang simpanan KWSP dari disapu?

Tidak salah untuk sesiapa sahaja yang mahu mengibarkan Jalur Gemilang menjelang 31 Ogos ini nanti, tetapi jika mengibarkan Jalur gemilang itu hanya untuk memperbaiki `kehodohan' kepimpinan Najib, lebih baik disimpan sahaja bendera itu.

Kita lihat nanti, berapa ramai yang boleh mengibarkan Jalur Gemilang yang diberi percuma itu.

Wednesday, July 27, 2011

FELDA TERUS DISAMAN OLEH PENEROKA SENDIRI

253 orang peneroka lagi sekitar Jengka setuju saman Felda


PEGUAM SUHAIMI SAID MENERIMA 253 BORANG WARANT TO ACT DARI BOSTAMIN BAKAR MEWAKILI PENEROKA-PENEROKA FELDA JENGKA 6, FELDA JENGKA 5, FELDA JENGKA 11, DAN FELDA JENGKA 3 UNTUK MENUNTUT GANTIRUGI DARIPADA FELDA KERANA MANIPULASI PERATUSAN PERAHAN KPG OLEH FELDA.

DENGAN TAMBAHAN INI MENJADIKAN 964 ORANG PENEROKA-PENEROKA FELDA YANG MENGHANTAR BUAH SAWIT MEREKA KE KILANG FELDA JENGKA 8, JENGKA 3 DAN JENGKA 18 UNTUK MENYAMAN FELDA BERHUBUNG DENGAN PERATUSAN PERAHAN KPG, DAN KERUGIAN KERANA DIKATAKAN MENGHANTAR BUAH MUDA, BUAH MENGKAL DAN TANGKAI PANJANG KE KILANG DAN SETIAP PENEROKA MENUNTUT SEBANYAK RM458,000 BAGI SETIAP SEORANG KERUGIAN YANG MEREKA TANGGUNG SEJAK 15 TAHUN YANG LAMPAU.


BOSTAMIN BAKAR SEDANG MENELITI BORANG-BORANG WARANT TO ACT YANG DITERIMA DARI PENEROKA-PENEROKA

TUAN HAJI HASHIM (KIRI) SEDANG MENGIRA BORANG WARANT TO ACT YANG DITERIMA DARI FELDA JENGKA 3 DAN JENGKA 11




Dato Fauzi Abdul Rahman bermesra dengan penduduk sekitar Felda Bukit Goh Kuantan sebelum menghadiri Majlis Dialog dengan peneroka-peneroka berhubung dengan masalah perahan KPG di Felda Bukit Goh, Bukit Sagu dan kawasan sekitar. Majlis diadakan pada jam 1030 pagi di Felda Bukit Goh, Kuantan


PENTADBIRAN FELDA MENJALANKAN UGUTAN

Pengurus dan pegawai-pegawai dari beberapa Pejabat Felda di sekitar Jengka sedang giat menjalankan kempen mengugut peneroka-peneroka Felda yang memfailkan saman terhadap Felda berhubung dengan manipulasi peratusan perahan KPG oleh kilang-kilang Felda di Jengka 8, Jengka 3 dan Jengka 18.

Peneroka-peneroka yang menghadiri Majlis penyerahan borang Waran Untuk Bertindak iaitu surat kuasa melantik peguam bagi memfailkan saman terhadap Felda mewakili peneroka-peneroka Felda.

Setakat ini sudah terkumpul 964 peneroka-peneroka Felda sekitar kawasan Jengka yang memfailkan saman terhadap Felda. Bilangan itu akan bertambah melebihi 1000 orang apabila tarikh tutup penyertaan iaitu pada minggu ketiga bulan Ogos nanti.

Setiap seorang peneroka menyaman Felda sebanyak RM458,000.00 kerugian yang mereka alami sejak 15 tahun yang lampau kerana manipulasi peratusan perahan yang berlaku di Kilang Jengka 8, Kilang Jengka 3 dan Kilang Jengka 18.

Peratusan perahan yang disahkan oleh Makmal adalah 27% sedangkan peratusan yang diberikan oleh kilang-kilang itu adalah diantara 17% hingga 18% sahaja.

Sejak peneroka-peneroka menjalankan kegiatan mengumpulkan rakan-rakan peneroka untuk menyaman Felda, pihak pengurusan Felda menaikkan peratusan perahan itu kepada lebihkurang 20%-21%.

Walaupun peneroka-peneroka tersebut telah mengemukakan saman terhadap Felda, namun mereka masih membuka pintu rundingan dengan berpegang kepada prinsip bahawa mereka tidak sekali-kali menuntut Hak Felda tetapi hanya menuntut hak mereka yang telah dimanipulasikan oleh Felda.

Peneroka-peneroka memberi amaran kepada pegawai-pegawai Felda yang sedang menjalankan kegiatan mengugut itu supaya memberhentikan tindakan mereka dan mereka telah melantik peguam untuk berdepan dengan pegawai-pegawai Felda tersebut dan jika sekiranya ugutan ini tidak dihentikan tindakan undang-undang akan diambil terhadap pegawai-pegawai berkenaan.

Ugutan yang dijalankan adalah berbentuk ugutan supaya peneroka-peneroka ini menarik balik tuntutan mereka terhadap Felda.

Diantara ugutan yang digunakan ialah penapian kepada peneroka-peneroka itu keatas bonos tahunan dan "duit raya", namun peneroka-peneroka tidak memperdulikan ugutan ini kerana sejak mereka memulakan tindakan menyaman Felda peratusan perahan KPG mereka telah berjaya dinaikkan dari 18% kepada 21%, dan kenaikan ini sudah melebihi bonos tahunan dan hari raya yang boleh mereka terima.

Beberapa orang peneroka telah diminta menandatangani borang kosong oleh pentadbiran Felda diperingkat Rancangan, dan mereka yang terkeliru dan menandatangani borang kosong itu telah beramai-ramai menghadirkan diri ke Pejabat Felda dan menuntut supaya Borang kosong yang mereka tandatangani itu dikembalikan kepada mereka.

Jika Borang kosong itu terkemudian dari ini akan digunakan untuk memanipulasikan kedudukan peneroka-peneroka tersebut berhubung dengan saman yang mereka kemukakan terhadap Felda mereka tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai-pegawai yang terlibat./Lubok Kawah.blogspot

Tuesday, July 26, 2011

VIDEO - BICARA BERSIH 2.0 DI KUANTAN MALAM TADI

Oleh: WFAUZDIN NS

BICARA BERSIH 2.0 telah diadakan di Dataran Rakyat, Pejabat PKR Negeri Pahang, Kuantan pada 25 Jul 2011. Program anjuran PKR Negeri Pahang itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun pada tarikh dan masa yang sama satu lagi program anjuran PKR Cabang Paya Besar turut diadakan di Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan yang menampilkan Chegu Bard Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Program Bicara BERSIH malam tadi telah menampilkan Tokoh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Negeri), YB Fuziah Salleh (MP Kuantan), Sdri Siti Aisyah selaku Ketua Serikandi PKR Pusat, Sdr Nizam Abd Hamid (Timb. Pengerusi PKR Negeri), dan juga kehadiran Dramatis Pak Jabit @ Man Kadir.

Kesemua tetamu dan pemimpin yang berucap membacakan puisi atau sajak yang mempunyai kaitan dengan perjuangan BERSIH. Puisi yang dipersembahkan menyentuh perasaan para hadirin di mana YB Fuziah Salleh sendiri telah menceritakan pengalaman beliau dan anaknya ketika ditahan pihak Polis. Beliau tidak mampu menahan emosinya sewaktu membacakan puisi pada malam itu.

Pada malam tadi, kesemua yang berucap menggunakan " puisi " sebagai alat untuk menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. Datuk A. Samad Said mengungkapkan di dalam ucapannya bahawa Puisi kini dianggap merbahaya pada pandangan pihak berkuasa. Beliau telah ditangkap dan disoal siasat seolah-olah beliau pengkhianat bangsa dan negara. Beliau dilihat lebih hina dari `malaun-malaun' penguasa ( pentualang bangsa & negara ) yang menjual Kad Pengenalan Palsu pada PATI semata mata kerakusan dan kesinambungan kuasa.

Sdri Siti Aisyah Ketua Serikandi PKR Pusat menyatakan, Bicara BERSIH 2.0 mengenangkan kembali Angkatan Sasterawan 40'an dan 50'an dalam menangani kebangkitan menentang Jepun dan British dengan membangkit semangat kebangsaan hanya dengan menggunakan pena sebagai senjata. Beliau yang pernah diugut dengan ancaman rogol oleh mereka yang tidak senang dengan keberanian Serikandi PKR ini berucap penuh semangat dan menarik perhatian para hadirin.

Para hadirin juga gamat seketika apabila Sketsa yang dipersembahkan oleh Kumpulan dari AMK mengambil tempat. Sketsa yang dipenuhi dengan unsur jenaka menyindir pihak Polis yang bertindak ganas pada Perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu. Sindiran penuh makna dari Sketsa itu juga memperlihatkan bagaimana kelakuan dari kumpulan PERKASA yang diketuai oleh Ibrahim Ali dan juga dari Kumpulan Silat Lincah yang diketuai oleh Omar Din termasuk juga Kumpulan Patriot yang diketuai oleh KJ sewaktu mereka `mengancam dan mengugut' Penganjur BERSIH untuk membatalkan niat berhimpun pada 09 Jul yang lalu. Adakah rakyat takut dengan ugutan mereka? Terbukti, pada 09 Jul yang lalu, siapakah `bacul' yang sebenarnya.

Paling menyentuh perasaan berbaur emosi, apabila para hadirin dipersembahkan dengan montej tayangan video rakaman Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu. Terbukti, terlalu banyak adegan-adegan tingkah laku pihak Polis yang ganas dan keterlaluan dapat dirakamkan dan malangnya semua adegan tersebut tidak ditayangkan di kaca TV kita. Adakah rakyat akan tertipu dengan helah mereka yang menayangkan rakaman video melalui TV?

Kesimpulannya, program Bicara BERSIH 2.0 malam tadi benar-benar meninggalkan kesan terhadap mereka yang hadir. PKR Pahang akan terus merencanakan program seumpama ini agar rakyat tidak mudah terpedaya dengan propaganda mereka. Tahniah buat semua yang terlibat di dalam program malam tadi.

Jika anda gagal ikuti video di bawah, sila lawati klik di bawah untuk menonton video Bicara BERSIH.

Klik sini.

Klik sini.

Klik sini.

Ihsan Video Oleh: Kapt (B) Yazid

VIDEO - SDR NIZAM ABD HAMID (TIMB. PENGERUSI PKR PAHANG)



VIDEO - DATO' FAUZI ABD RAHMAN (PENGERUSI PKR PAHANG)



VIDEO - YB FUZIAH SALLEH MENITISKAN AIR MATA



VIDEO - SERIKANDI PKR, SITI AISYAH



VIDEO - DATUK A. SAMAD SAID

Monday, July 25, 2011

Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab

Dari http://www.tvsnews.net/

Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut.

Peguam Hak Asasi, Latheefa Koya ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama ini.

“Kerajaan nampaknya takut pada pendedahan yang bakal dibuat Bourdan bersabit penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu dan hubungkait dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu,” katanya.

Latheefa mengutuk tindakan kerjaan yang menyalahguna kuasa yang ada dengan menahan dan menghantar Bourdan pulang ke negaranya, semata- mata mahu menghalang peguam hak asasi Perancis itu daripada mengetengahkan pelbagai penemuannya bersabit kes itu.

“Bourdon datang ke Malaysia secara sah. Kerajaan salah guna kuasa dengan hantar balik beliau untuk tutup dakwaan penyelewengan ini,” tegasnya.

Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), untuk memfailkan kes itu ke mahkamah terbuka di Perancis.

Kapal selam Scorpene buatan Perancis itu dikatakan dicemari dengan penyelewengan yang melibatkan jumlah komisyen RM540 juta ringgit.

Ia juga dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu.

Bourdon sebelum ini berkata, di Perancis apa- apa transaksi melibat komisyen dianggap perbuatan jenayah.

Bourdon semalam berada di Bayan baru, Pulau Pinang untuk membongkarkan kes berprofil tinggi itu kepada umum dan beliau sepatutnya dijadualkan berbuat demikian di Petaling Jaya malam ini.

Saturday, July 23, 2011

SETELAH RAKYAT DITIPU, PM BRITAIN PUN NAJIB TIPU

NAJIB bukan sahaja menipu di dalam negara, beliau juga menipu di luar negara bahkan rakan sejawatnya pun dia sanggup menipu. Malangnya, beliau ingat pemimpin negara luar setaraf pemikiran dengan beliau.

Merujuk kepada Malaysiakini yang melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini.

najib visit united kingdom 150711 najib and protestorsBegitu hebat Najib, niat seseorang pun dia sudah tahu sebab itu agaknya muncul parang, bom botol dan beberapa senjata lain beberapa hari sebelum Perhimpunan BERSIH 09 Jul lalu. Peliknya, sepanjang perhimpunan tersebut tiada satu pun senjata atau bom yang dirampas atau dijumpai. Jadi, mimpi Najib adalah mimpi ngeri. Mimpi itu juga lah yang beliau ceritakan kepada PM Britain, David Cameron.

Najib pun memulakan temberangnya kepada PM Britain, " Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom "that we have room for dissent) (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia," katanya. Memberi ruang? Apakah Najib ingat PM Britain seperti katak di bawah tempurung atau seperti tahap beberapa kerat orang-orang Melayu di kampung yang tidak tahu perkembangan di luar? Atau Najib ingat Cameron itu adalah salah seorang pembaca tegar Utusan Malaysia atau TV 3? Sebab itu, tidak pelik jika Najib disambut dengan baju serba kuning oleh Queen Elizebeth.

azlanNajib terus cuba membuli atau membohongi PM Britain dengan katanya, "Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak. Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis," kata Najib.


Sedangkan, seluruh rakyat Malaysia bahkan dunia tahu Najib telah bercakap di hadapan kakitangan kerajaan di Putrajaya bahawa BERSIH boleh adakan perhimpunan di dalam Stadium dan melalak lah sampai pagi, cuma jangan berhimpun di jalanraya. Adakah Najib sebut mana-mana stadium yang beliau benarkan? Beliau tidak sebut, ini hanya timbul setelah BERSIH sedia menjunjung perintah Agung yang mahukan agar perhimpunan dibuat di dalam stadium. Ketika itu, barulah Najib membuat bermacam-macam syarat dan helah serta putar belitnya.

Sekali lihat, saling tidak tumpah seperti pemimpin Israel atau Yahudi yang membuat berbagai-bagai perjanjian dengan pemimpin Palestine dan akhirnya Israel Yahudi itu juga yang melanggarnya dengan berbagai alasan. Hujah bahawa Perhimpunan BERSIH boleh dibuat di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat adalah hujah kosong lagi melucukan. Lupakah Najib bahawa Wilayah Persekutuan sekarang dikuasai oleh siapa? Berapa kerusi Bn yang dimenangi di Lembah Kelang itu? Jika Wilayah Persekutuan itu ada MB atau KM, siapa agaknya MB dan KM di situ? Umno/Bn atau Pakatan Rakyat?

Hujah itu juga tidak releven langsung kerana apa kaitan negeri di bawah Pakatan Rakyat dengan Perhimpunan BERSIH? Sudah dijelaskan beberapa kali bahawa BERSIH bukan sebuah parti politik atau berunsur politik yang menyokong mana-mana parti. Sebab itu, Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga berkali-kali menjemput mana-mana parti atau NGO yang menyokong ke arah pembersihan di dalam SPR menyertai BERSIH. Wujudnya sistem pilihanraya yang telus dan adil akan memberi manafaat kepada semua parti, bukan hanya untuk Pakatan Rakyat sahaja.

Jelas, Najib sebenarnya ingin menutup malu beliau yang tercemar teruk di luar negara. Najib kini bukan mewarisi semangat juang ayahandanya yang berani. Najib terus ingin berkuasa dengan memperkudakan segala kuasa yang beliau miliki sekarang. Tapi, percayalah rakyat telah pun bangkit dan sedar betapa Najib tidak lagi layak memimpin negara ini. Rakyat tidak mahu pemimpin yang dayus, penakut dan penipu untuk memimpin negara tercinta ini.

Friday, July 22, 2011

VIDEO INI DITAYANGKAN ATAU TIDAK OLEH POLIS SEMALAM?



Semalam pihak Polis ada menayangkan rakaman betapa `berbudi bahasanya' mereka terhadap peserta perhimpunan BERSIH pada 09 Jul yang lalu.

Tidak pula dipastikan video di atas ditayangkan atau tidak. Rakyat tentu lebih bijak menilainya.

KU LI SOKONG TUNTUTAN BERSIH ?

BERSIH 2.0 : Tindakan Polis tidak wajar - Ku Li

Ku Li atau nama sebenarnya Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak terus bertindak dingin dengan protes rakyat pada 9 Julai lalu, sebaliknya bersedia untuk mempertimbang lapan tuntutan Bersih 2.0 demi memperbaiki sistem demokrasi negara.

“Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih),” ujarnya semalam.

Veteran Umno itu turut menasihatkan Najib supaya tidak terus menggelarkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram kerana badan gabungan itu disertai oleh 62 badan bukan kerajaan yang sah berdaftar di bawah Pendaftar Petubuhan (ROS).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata 8 tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak keterlaluan.

Justeru katanya, polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak wajar bertindakan keras ke atas mereka yang menyertai perhimpunan aman tersebut.

"Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu.

"Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini...ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen.

"Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat.

"Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?," ujar beliau.

Dalam perkembangan yang sama, beliau yang juga bekas Menteri Kewangan merangkap bekas Naib Presiden Umno turut menyindir pentadbiran Najib supaya lebih peka pada peredaran masa dan perubahan teknologi.

Beliau berkata tindakan kerajaan pusat yang diteraju oleh Barisan Nasional dan Umno menafikan hak parti pembangkang mendapat liputan media arus perdana akan hanya memakan diri pemerintah.

"Dulu zaman Tunku Abdul Rahman, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, kita diberi masa untuk bercakap.

"Saya tak boleh cari sebab mengapa (pembangkang) tak boleh dibenarkan sekarang, sebab kalau tak dibenar pun mereka boleh guna internet, emel, facebook macam-macam.

"Keadaan sudah berubah. Namun untuk nak berlaku adil kepada semua pihak, saya rasa elok diberi layanan yang sama kepada semua pihak yang menawar diri untuk bertanding dalam pilihan raya," tegas beliau./Anak sungai derhaka

Thursday, July 21, 2011

ALTANTUYA ` THE RETURN'

Peguam Perancis dijangka dedah pembunuhan Altantuya

KUALA LUMPUR: Peguam Perancis, Wiliam Bourdon dijangka bukan sahaja akan membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpene, tetapi juga misteri pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.


Beliau akan tiba ke Pulau Pinang esok bagi memberi ucap utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang turut diadakan di Petaling Jaya dan Ipoh pada hari berikutnya.

Bourdon, antara sekumpulan peguam yang dilantik Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene akan menceritakan perkembangan terkini kes itu yang kini dalam peringkat perbicaraan di mahkamah Perancis.

Menurut laporan Harakahdaily hari ini, sumber Suaram memberitahu kes itu dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya Ogos.

Pembelian kapal selam berkenaan yang dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak, sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana melibatkan penggunaan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion.

Pada Disember 2009, Suaram telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di Perancis untuk memfailkan aduan mengenai skandal berhubung komisyen pembelian kapal berkenaan, yang menyalahi undang-undang negara itu.

Pada April tahun lalu, mahkamah Perancis menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah pembayaran komisyen berjumlah Euro 114 juta atau hampir RM500 juta dari pembina kapal berkenaan, DCNS kepada Perimekar Sdn Bhd.

Perundingan bagi pembelian itu dijalankan menerusi Perimekar untuk membeli dua kapal selam Scorpene dan Agosta di bawah usahasama syarikat Sepanyol-Perancis, Armaris iaitu anak syarikat DCNS.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, milik penuh Abdul Razak Baginda manakala Isteri Razak tersenarai antara pengarah Perimekar dengan saham terbesar dalam syarikat itu.

Abdul Razak merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 yang merupakan perantara bagi pembelian kapal selam berkenaan.

Mayat Altantuya dijumpai diletupkan dengan bahan peledak C4 dari kementerian pertahanan di Puncak Alam pada Oktober 2006.

Bagaimanapun dua lagi tertuduh iaitu pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhi hukuman mati.

Pada 2009, seorang bekas anggota cawangan khas, P Balasubramaniam yang juga pernah bertugas untuk Abdul Razak mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib Tun Razak dalam akuan bersumpahnya.

Sebelum ini Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael turut mendedahkan dua tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya, ke Macau- bagi urusan pembelian kapal selam berkenan- yang turut dikaitkan dengan seorang lagi individu ketiga.

Sumber: http://www.keadilandaily.com/?p=17161

Wednesday, July 20, 2011

LAPORAN MAJALAH ANTARABANGSA TERHADAP BERSIH TELAH DIPADAM?

Economist akan siasat tapisan BERSIH 2.0

Lee Long Hui
Jul 20, 11

Majalah antarabangsa The Economist akan menyiasat tapisan atau suntingan Kementerian Dalam Negeri ke atas keluaran terbarunya berhubung laporan perhimpunan BERSIH 2.0 kata pengurus jenamanya Caroline Marrows.


"Kami akan siasat dakwaan itu,” katanya kepada Malaysiakini menerusi email.

NONE"Saya boleh sahkan sebarang bentuk tapisan dalam The Economist di Malaysia minggu lalu bukan kerja kami sendiri. Namun buat masa ini, kami tidak mahu mengulas lanjut.”

Marrows juga berkata majalah mingguan itu juga tidak akan membuat sebarang spekulasi berhubung motif kerajaan Malaysia membuat tapisan itu.

Kementerian Dalam Negeri telah menghitamkan beberapa bahagian dalam laporan majalah antrabangsa yang berpangkalan di London itu pada edisi 16 Julai berhubung perhimpunan BERSIH 2.0.

Laporan, 'Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners', menunjukkan beberapa ayat dihitamkan dengan pen penanda berdakwat kekal.

Dalam emel berasingan kepada Malaysiakini, timbalan editor The Economist edisi Asia John Parker berkata kerajaan Malaysia membuat tapisan tanpa memaklumkan kepada majalah itu terlebih dahulu.

Sementara itu, setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN Abd Aziz Md Nor mendakwa tindakan kerajaan menapis sebahagian daripada artikel itu adalah kerana laporan itu tidak tepat dan menggelirukan.


bersih rally 090711 police kick protestor story imageAyat-ayat yang dipadamkan itu adalah berkaitan dengan dakwaan salah laku polis dan kerajaan ketika menghalang perhimpunan Julai 9 yang menyaksikan hampir 1,700 peserta ditangkap.

Laporan akhbar The Star, memetik Abd Aziz berkata keputusan dibuat setelah berunding dengan pihak polis dan kementeriannya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada penerbit majalah tersebut.

Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah:

  • 'seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.
  • 'Perarakan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.
  • 'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah dilihat menembak gas pemedih mata dan memancutkan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan' (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat.
Sumber: Malaysiakini

SESI SOAL JAWAB VIDEO PERHIMPUNAN BERSIH - WAKIL BERSIH, PEGUAM, SUHAKAM DAN PEMBANGKANG WAJIB DIPANGGIL



KPN berjanji akan menyiarkan rakaman video Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu dan wartawan akan dijemput untuk menyaksikannya di samping akan diadakan sesi soal jawab bersama para wartawan.

Tidak dipastikan adakah penganjur perhimpunan iaitu BERSIH juga akan dijemput, adakah wakil dari Pembangkang akan dipanggil untuk menyaksikannya, wakil dari Majlis Peguam mahupun SUHAKAM turut akan dipanggil bagi sesi soal jawab itu. Jika sekadar ditayangkan di kaca televisyen untuk semua menyaksikannya, maka tidak ubah seperti kita melihat beberapa adegan video seks yang ditayangkan sebelum ini.

Sewajarnya semasa sesi soal-jawab dan tayangan video perhimpunan tersebut, mereka yang disebutkan di atas mesti dipanggil. Jika sekadar menjemput wartawan sahaja, sama juga seperti Datuk Eskay menjemput wartawan menonton video seks hitam putih sebelum ini.

Apa pun, kita tetap akan menanti apakah adegan yang akan dipertontonkan oleh PDRM nanti. Adakah hanya adegan makan minum dan solat tahanan di dalam Balai Polis sahaja atau adegan beberapa pimpinan yang sedang berbincang dengan Pegawai Polis akan ditunjukkan. Mungkinkah adegan video di atas tiada di dalam simpanan mereka? Atau, video di atas hanyalah video hitam putih dari Siam yang belum diperiksa oleh pakar dari luar negara maka tidak boleh disiarkan?

Sama-samalah kita nantikan filem terbaru keluaran PDRM ini.

Tuesday, July 19, 2011

ANUGERAH IBRAHIM ALI ? MEMALUKAN UITM

Anugerah Ibrahim Ali - lawak Melayu ke ini?


Image

UiTM's Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) dengan tajaan sendiri oleh Presiden Perkasa menawarkan Anugerah Ibrahim Ali untuk mereka yang dikatakan mempunyai kelayakan sebagai pejuang memartabatkan bangsa. Anugerah Ibrahim Ali?

Makin gawat perjuangan Melayu yang ada hari ini sehingga Ibrahim Ali mahu dijadikan IKON perjuangan Melayu. Mungkin Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu sendiri perlu membuat kajian dari memalukan Institut itu sendiri.

Setakat ini kegawatan Melayu adalah berpunca dari perkara-perkara sebegini - memartabatkan mereka tanpa membuat penilaian terperinci sumbangan kepada Melayu. Mungkin pelajar UiTM lebih maju dari mencalonkan diri untuk anugerah ini dan secara jujur saya katakan kalau inilah Institut yang diharapkan untuk memantau dan memaju Melayu kepada tahap yang lebih tinggi - lupakan sahaja. Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu IMPAk - tidak mampu berfikir./Umno-reform2

Monday, July 18, 2011

Kematian Baharuddin : Kerajaan, Polis Nampak Macam Nak 'Cuci Tangan'- Wan Azizah

KUALA LUMPUR 18 JULAI : Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mahu punca kematian peserta Baharuddin Ahmad disiasat dengan adil dan saksama.

Menurut beliau, punca kematian Allahyarham yang menyertai himpunan Bersih untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil pada 9 Julai lalu masih tidak diketahui keluarga beliau walaupun ramai saksi menyaksikan tindakan polis pada hari tersebut.

"Cara polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tangani himpunan tuntutan yang murni itu menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dengan sistem negara kita, " kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Polis sebelum ini telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, namun masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal.

"Kita percaya ajal di tangan Tuhan tetapi cara hidup dan mati jadi pengajaran kepada kita.

"Apa-apa yang berlaku kita mesti tuntut keadilan kepada arwah. Kita mesti buat secara adil dan saksama," kata beliau lagi.

Pengerusi Biro Displin PKR itu turut mempersoalkan mengenai kenyataan rasmi kematian Baharuddin oleh kerajaan dan polis yang seolah-olah cuba 'mencuci tangan' dari sebarang tanggungjawab.

"Apa yang kita tahu, Baharuddin sihat ketika keluar dari rumah pada hari itu.

"Tindakan polis menembak gas pemedih mata pada orang ramai yang tidak bertindak ganas pada hari itu dilihat semua. Saya nampak dengan mata sendiri di Sogo polis mengejar orang ramai yang telahpun bersurai. Adakah itu namanya 'crowd control' ?," soal beliau merujuk kepada ratusan video dan gambar serta cerita orang ramai mengenai kejadian pada 9 Julai lalu./WRLR

TAKZIAH DARI PKR PAHANG BUAT KELUARGA ALLAHYARHAMAH DR LO LO'

Al-FATIHAH. Ahli parlimen PAS Titiwangsa, Dr Lo Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam tadi di Hospital Selayang, Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun.



Pengerusi Keadilan Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman mewakili seluruh pimpinan Keadilan Negeri serta semua ahli Keadilan Negeri Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarhamah YB Dr Lo Lo' dengan doa agar Allahyarhamah diterima di sisi Allah bersama dengan golongan yang Solehah.

Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kesabaran dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah untuk menghadapi ujian ini. Sesungguhnya kami di dalam Pakatan Rakyat khususnya PAS telah kehilangan seorang tokoh wanita yang rajin dan berdedikasi dan tentunya kehilangan ini amat dirasai oleh semua pengundi di Parlimen Titiwangsa.

Al-FATIHAH.

Sunday, July 17, 2011

SAYA BENCI KERAJAAN - SASTERAWAN NEGARA A. SAMAD SAID

'Polis bengis macam nak makan saya'

Jimadie Shah Othman
Jul 16, 11

Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.

NONE"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".

NONEMenghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".

"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.

Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad kali ini menempuh pelbagai rintangan.

Selipar, bukan sepatu Nike

Beliau bukan sahaja hilang capal, tetapi hilang garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawanya bagi menangi gas pemedih mata dan meriam air daripada pihak polis.

NONE"Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) dua orang peguam pun hilang (setelah gas ditembak)," katanya yang mengakui sudah menjangkakan pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa.

Pada Sabtu itu, dengan baju basah akibat air hujan dan meriam air, A Samad terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada anak muda hendak beri saya sepati Nike. Ini saya fikir sepatu yang cantik sangat, saya tak mahu.

"Kemudian orang beri saya sepatu yang besar, saya gunakan sebab hendak berjalan agak susah. Sampai di Hotel Midah, Kampung Attap, ada orang membelikan saya selipar. Jadi lepas itu dia pula berkaki ayam," kata A Samad.

Pengarang novel Salina itu juga menyuarakan rasa terharunya pada semangat perpaduan dan hormat menghormati semua bangsa pada hari itu demi mencapai matlamat bersama ke arah pilihan raya yang bebas dan adil.

"Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya merasa amat bangga.

"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said lagi./Malaysiakini

MALANGNYA NASIB PM UMPAMA `PELARIAN'




Di mana pun Najib menjejakkan kakinya bersama Rosmah, beliau tidak boleh menutup mata untuk tidak melihat warna `Kuning'. Setelah tidak terlarat mahu menyaksikan bumi Ibu Kota di`kuning'kan pada 09 Jul baru-baru ini, Najib dan Rosmah cuba untuk mencari kelegaan sedikit di luar negara.

Melangkah sahaja beliau dan isteri tersayangnya itu di London, warna `Kuning' menyambut beliau berdua. Mungkin beliau merasa itu hanya sementara, beliau mungkin terfikir agak selamat nanti apabila bertemu dengan Queen Elizebeth. Malang menimpa lagi, kali ini lebih teruk apabila Queen sendiri berbaju `Kuning'.



Begitulah nasib seorang PM yang tidak ubah seperti `pelarian' yang cuba lari dari warna `kekuningan'. Sebab itu, tidak menghairankan jika arahan dikeluarkan di negara ini bahawa `Kuning' itu haram setaraf dengan dadah atau ganja, mungkin lebih teruk dari itu.

Saturday, July 16, 2011

`KUNING' SAMBUT NAJIB DI UK, RATU ELI SINDIR NAJIB?

Sambutan 'kuning' untuk Najib di United Kingdom

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini diberi sambutan 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.

Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

NONESambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM).

NONEMereka yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, seseorang boleh ditahan untuk tempoh 60 hari dan dinafikan hak untuk dibicarakan.

Diiringi Rosmah

Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.

najib visit united kingdom 150711 najib meet with queen elizabethNajib kini dalam lawatan rasmi lima hari ke London atas jemputan rasmi rakan sejawatannya.

Semalam, beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sempat menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.

Turut mengiringi mereka adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

- Malaysia Kini


Thursday, July 14, 2011

`DEKLARASI' KAMPUNG KUNDANG - MASYARAKAT ORANG ASAL MENYOKONG PKR

Sebaik kembali dari menghadiri Perhimpunan BERSIH 2.0 di Ibu Negara pada 09 Jul baru-baru ini, pimpinan Keadilan Negeri Pahang tidak mempunyai banyak masa untuk berehat. Program parti terus diatur di setiap Parlimen dan Dun seluruh negeri Pahang bersama-sama rakan sekutu di dalam Pakatan Rakyat di negeri ini bagi membuktikan komitmen Pakatan Rakyat untuk menawan Pahang di dalam PRU ke 13 akan datang.

Ketibaan Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman disambut secara tradisional
oleh Masyarakat Orang Asal Kg Kundang.


Di antara kepimpinan yang hadir. Turut kelihatan Sdr Rebin Berham.

Setelah banyak program penerangan dijalankan di merata kawasan bandar dan luar bandar meliputi ke beberapa kawasan felda yang dahagakan maklumat terkini, Keadilan Pahang juga tidak pernah melupakan perkampungan Orang Asal yang sering ketinggalan dari arus pembangunan.


Di antara penduduk Orang Asal setempat yang hadir. Turut kelihatan Pengerusi Majlis, Sdr Ismail Leh, Tuan Hj Suhaimi Said dan Puan Fatimah Bahsin.

Pada 13 Jul 2011 baru-baru ini, Pengerusi Keadilan Negeri Pahang sendiri iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman telah turun ke kawasan penempatan Orang Asal di Kg Kundang, Rompin bersama beberapa pimpinan Keadilan yang lain. Beliau hadir bagi merasmikan Program `Memperkasakan Deklarasi Hak Orang Asal' yang bermula pada jam 11.00 pagi. Ketibaan beliau disambut oleh penduduk-penduduk di situ yang sejak awal pagi lagi menanti program dimulakan.

Ucapan Perasmian oleh Dato' Fauzi Abd Rahman

Di antara pimpinan yang turut hadir adalah Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Tuan Hj Suhaimi Said, Sdr Rebin Birham selaku Setiausaha Biro Masyarakat Felda PKR Pusat, dan beberapa pimpinan PKR tempatan. Majlis diPengerusikan oleh Sdr Ismail bin Leh. Ketua Ranting PKR Kg Kundang, Sdr Rani telah memainkan peranannya dengan baik sekali bagi menjayakan program tersebut dengan kerjasama semua penduduk di situ.


Dato' Fauzi Abd Rahman menerima cenderahati kraftangan dari wakil penduduk. Beberapa acara yang dijalankan pada program tersebut. Turut Kelihatan Dato' Fauzi mencuba menyumpit belon.

Tuan Hj Suhaimi Said telah menyampaikan ucapannya dengan menyentuh beberapa perkara berkaitan kepentingan dan hak Orang Asal. Perasmian program tersebut telah dilakukan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman. Sebelum itu beliau berucap dengan menyentuh beberapa isu politik semasa yang mempunyai kaitan dengan kepentingan masyarakat Orang Asal. Isu Perhimpunan BERSIH 2.0, isu rampasan tanah, kenaikan harga barang serta memberikan jaminan kepada masyarakat Orang Asal ke arah kehidupan yang lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat dapat mengambil alih Pusat dan Negeri Pahang.

Dato' Fauzi Abd Rahman menyampaikan hadiah kepada pemenang dan peserta kanak-kanak yang mengambil bahagian di dalam acara menipu belon dan mengumpul gula-gula.

Beberapa acara telah diadakan pada pagi tersebut yang mana acara-acara berkenaan telah diatur sendiri oleh masyarakat Orang Asal di Kg Kundang. Di antaranya adalah nyanyian, bermain alat muzik, tarian masyarakat Orang asal, meniup belon dan mengumpul gula-gula untuk kanak-kanak dan juga menyumpit belon. Suasana amat meriah dengan sambutan yang begitu baik sehingga majlis selesai walaupun di dalam keadaan cuaca yang agak panas.