KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, June 21, 2015

PERLANTIKAN PJ DAN TPJ PAS PAHANG MEMBAYANGKAN SESUATU YANG POSITIF DI PAHANG

Mesyuarat Perhubungan Pas Pahang baru saja melantik Timb. Pesuruhjaya Pas Pahang yang baru untuk berganding dengan YB Ustaz Rosli Abdul Jabar (Adun Tg Lumpur) sebagai Pesuruhjaya Pas Pahang yang baru.

Timb Pesuruhjaya Pas Pahang yang baru dilantik adalah seperti berikut; 

1. YB Andansura Rabu (Adun Beserah) - Zon Timur
2. Tuan Haji Yusof Darus - Zon Tengah
3. Sdr Yohanis Ahmad. - Zon Barat

KEADILAN Pahang mengucapkan tahniah dan syabas kepada yang telah diberi amanah dan tanggungjawab ini dan kami sentiasa mengharapkan kerjasama erat selama ini dapat dipertahankan dan ditungkatkan.  Kami percaya di bawah kepimpinan Pesuruhjaya yang baru, YB Ustaz Rosli Abdul Jabar, Pakatan Rakyat Pahang akan lebih strategis di dalam merencanakan projek tawan Pahang di dalam PRU 14 yang akan datang.

Kesemua Timbalan Pesuruhjaya yang telah dilantik itu membayangkan sesuatu yang positif kepada KEADILAN untuk meneruskan gerak kerja kami di Pahang di samping kerjasama yang baik juga dari DAP Pahang.  Sebagaimana yang disebut oleh YB Ustaz Rosli, segala kemelut yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat sekarang ini sedikit sangat kesannya kepada Pakatan Rakyat Pahang.  Semoga permasalahan dapat diselesaikan dengan baik dan bijaksana demi kebaikan rakyat.


Saturday, June 20, 2015

NAJIB MEMANG SERBA TAKUT, NAZRI AZIZ TIDAK PERLU LINDUNGI IMEJNYA LAGI

Terlalu angkuh Menteri kebudayaan dan pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz apabila menyebut Najib tidak selayaknya berdebat dengan rakyat biasa bernama Tun Dr Mahathir Mohamed berkaitan isu 1MDB.  Ini lah lagaknya seorang pengampu yang juga menyebut debat tidak akan menyelesaikan masalah.  Habis, bagaimana kamu semua selesaikan masalah yang serius ini?

Nazri Aziz seterusnya menyatakan bahawa PM hanya layak berdebat dengan Datin Seri Wan Azizah, selaku Ketua Pembangkang.  Apakah ada keberanian Najib jika betul beliau layak berdebat dengan Ketua Pembangkang?  Bukankah sebelum ini, berkali-kali Dato' Seri Anwar Ibrahim yang waktu itu sebagai Ketua Pembangkang mencabar Najib untuk berdebat, tetapi Najib berdiam diri malah Nazri Aziz juga tidak berbunyi langsung.  Usahkan berdebat, untuk mendengar Anwar berucap di Parlimen pun Najib tiada kekuatan.  Ini semua hanya taktik Nazri Aziz untuk melindungi bosnya dari diaibkan oleh Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir memang rakyat biasa sekarang tetapi beliau adalah bekas PM dan juga bekas Presiden Umno yang paling lama.  Biasanya darjat Tun Dr Mahathir tidak sama dengan darjat awang atau Dolah di kampong.  Bagi KEADILAN, tidak ada istimewanya Tun Dr Mahathir kerana kita tahu siapa beliau sebenarnya dan mengapa beliau menekan Najib sekarang.  Namun, KEADILAN yang memegang prinsip keadilan untuk semua sepatutnya Najib harus melayani pertanyaan dan persoalan dari Tun Dr Mahathir.

Jika untuk berdepan dengan Anwar pun Najib takut, mengapa harus turunkan maruah dan imej beliau apabila tiada keberanian untuk berdepan dengan Tun Dr Mahathir?  Hakikatnya, Najib tahu sehebat-hebat beliau merompak kekayaan negara ini, beliau tidak boleh menipu bosnya yang jauh lebih berpengalaman darinya dalam kerja-kerja sedemikian.

Saturday, June 13, 2015

KEADILAN PEKA DENGAN KRISIS PAS - DAP

KUALA LUMPUR 10 JUN: KEADILAN akan terus berusaha untuk berunding dengan kepimpinan PAS dan DAP agar semua pihak bersikap terbuka untuk berdialog dan komited mencapai muafakat berhubung krisis antara dua parti itu.

Naib Presiden, Tian Chua berkata, ketiga-tiga parti perlu bekerjasama untuk memperjuangkan kepentingan rakyat kerana tiada parti mampu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) bersendirian.

“Kini kredibiliti Datuk Seri Najib Razak amat disangsi dan BN berada dalam krisis paling teruk, Pakatan Rakyat tidak boleh mengecewakan rakyat yang mengharapkan perubahan.

 
 
“Maka dengan itu, KEADILAN akan berpegang kepada prinsip tanggungjawab secara kolektif dan berusaha mencari penyelesaian kepada perbezaan pandangan antara rakan sekutu kita,” kata Tian di twitter.

Tambah Ahli Parlimen Batu itu, pemimpin harus ketepikan ego dan emosi untuk tangani perbezaan pendapat secara rasional kerana segala masalah pasti ada penyelesaian.

Tegas Tian, sesiapa yang bercadang menceraikan Pakatan adalah bertentangan dengan kehendak rakyat dan semua pihak harus menghentikan adu domba demi kepentingan umum.

“Kita mesti sedar mandat Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang datang dari rakyat yang meletakkan kepercayaan kepada Pakatan keseluruhan bukan secara berasingan,” katanya.

Minggu lalu, Dewan Ulama PAS dalam muktamarnya membawa usul menyarankan parti itu memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP.

Usul itu diluluskan tanpa bahas oleh PAS Pusat pada muktamar utamanya walaupun terdapat perwakilan yang membantah perkara itu.

Pertelagahan antara PAS dan DAP itu dikesali Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim dan berpesan mahu PAS mengkaji semula keputusan itu.

Anwar juga telah menghantar pesanan khusus berkenaan isu itu kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menurut peguamnya, N Surendran semalam./KD

Thursday, June 4, 2015

MP INDERA MAHKOTA MENZIARAHI BEKAS BINTANG BOLASEPAK NEGARA

Pada pagi Rabu (03 Mei 2015), Tim Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota (PAPIM) telah mengatur satu program ziarah ke atas bekas bintang bolasepak negara dan Pahang, A. Ambalagan (Nama Islamnya, Asyraf) di rumahnya di Bukit Setongkol, Indera Mahkota, Kuantan.


A. Ambalagan @ Asyraf, 47,  adalah satu nama yang tidak asing lagi di arena bolasepak tanahair sewaktu era tahun 90-an.  Beliau yang bermain di posisi penyerang sering menakutkan barisan pertahanan pihak lawan kerana kepantasan lariannya yang boleh mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.  Beliau kini menghadapi penyakit "stroke" dan masih mendapat rawatan ulangan dari semasa ke semasa.


Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman bersama Tim PAPIM, juga disertai oleh wakil dari Adun Semambu dan Penyelaras Parlimen bagi Dun Beserah, Sdr Hatta juga turut hadir.  Adun Beserah, YB Andansura tidak dapat hadir kerana terlibat dengan Muktamar PAS yang sedang berlangsung.  Adun Semambu, YB Lee Chean Chung pula tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program bersama warga felda di Chini dan menghantar wakilnya Sdr Alex.



Sedikit sumbangan telah diberikan oleh YB Dato' Fauzi bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga bekas bintang bolasepak ini.  Beliau kini tinggal bersama isterinya dan masih menanggung dua anaknya, seorang perempuan (menanti peluang kemasukan ke Universiti) dan seorang lelaki yang masih belajar.  


Sebarang bantuan atau sumbangan, boleh dihulurkan melalui Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota di Jalan Bukit Sekilau atau hubungi talian 019-9115618 (Sdr Faizal - Pengarah PAPIM) atau 013-9410309 (Sdr Wan - Penyelaras Parlimen bagi Dun Semambu) atau 010-6170170 (Sdr Mie - Pegawai Operasi/Tadbir PAPIM).


Tuesday, June 2, 2015

SAIFUL TARIK BALIK SAMAN TERHADAP ANWAR

KUALA LUMPUR 1 JUN: Mohd Saiful Bukhari Azlan menarik balik saman fitnah RM50 juta terhadap Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim, yang kini ditahan di penjara sebagai tahanan politik.

 
 
Peguam Anwar, Latheefa Koya bersama Shahid Adli Kamaruddin berkata, perkara itu disampaikan peguam Saiful, Zamri Idrus kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan semasa pengurusan kes pagi ini.

“Tiada sebab diberikan bagi penarikan balik itu. Hakim kemudiannya membatalkan saman itu,” katanya, seperti dilapor The Malaysian Insider.

Latheefa berkata, penarikan semula saman itu oleh Saiful lebih membuktikan Anwar sebenarnya tidak bersalah atas tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya itu pada 2008.