KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, May 31, 2011

DEMONTRASI LYNAS - LAPORAN POLIS DIBUAT

Panas: Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota Buat Laporan Polis
Atas Keganasan Penyokong Lynas !!

KUANTAN, 31 Mei - Nampaknya, penyokong kerajaan yang dipimpin sendiri oleh seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang sendiri, terus melakukan kekecohan dengan menggunakan "bala tenteranya" yang terdiri daripada pemuda UMNO dan NGO berkaitan untuk menggasak kumpulan Save Malaysia Stop Lynas yang mengadakan demontrasi aman di Teluk Chempedak.

Tidak cukup dengan tindakan menghalau peserta demontrasi awal pagi tadi, mereka kemudiannya menggasak Saudara Andasura Rabu (foto), Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota ketika sessi sidang media. Tanpa menghormati arahan pihak polis. Kumpulan terbabit menyerbu sidang media Andasura yang diadakan dipintu masuk ke bilik mesyuarat Hotel Hyatt.

Difahamkan Andasura berada disitu atas jemputan pihak kerajaan sendiri (MITI) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). "Ketika saya keluar dari bilik mesyuarat, waratawan sudah penuh berada di pintu masuk danmengajukan soalan. Maka saya terpaksa memberikan komen dan pandangan saya terhadap apa yang telah dibentangkan kepada pihak IAEA itu. Say bertindak profesional dan tidak menimbulkan apa-apa ketegangan sebenarnya", kata Andasura.

Sekumpulan penyokong Lynas yang diketuai oleh Azmi Nasir (adik Jamal Nasir bekas ADUN Beserah) telah cuba membuat provokasi ketika sidang media belum tamat. Ini menyebabkan pihak polis yang berada di situ terpaksa meleraikan keadaan dan mengarahkan pihak terbabit beredar. Dalam masa yang sama sekumpulan penyokong Lynas yang berada di Restoran Bistro berhampiran telah beramai-ramai meluruk ke arah Andasura.

Ketika itu YB Syed Mohammad Syed Lonik juga berada disitu. Mereka kemudian ditengking dan diherdik supaya "berambus". Kumpulan itu juga memarahi pihak polis kerana membenarkan sidang media diadakan. Beberapa orang anggota FRU meluru ke kawsan terbabit dan berlaku kekecohan dan pergaduhan di situ. Kumpulan berkenaan mengarahkan Andasura beredar dari Hotel Hyatt dan tinggalkan Teluk Chempedak.




ADUN Beserah cuba dikawal oleh pihak polis ketika kekecohan tersebut




Wartawan yang menemubual Andansura selepas keluar dari Hotel Hyatt




FRU cuba mengiringi tetapi tidak pula menghalang penyokong kerajaan




Andansura membuat laporan polis di Balai Polis Beserah selepas kejadian

PKR: K'jaan 'rompak' rakyat bagi suap kroni, kapitalis

Aidila Razak

Mei 31, 11

PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliKetua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.

"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.

"Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis,” kata Rafizi kepada wartawan hari ini./Malaysiakini

LYNAS - Seriuskah k'jaan mempamer laporan EIA, RIA?

Wong Teck Chi
Mei 31, 11

Wartawan di Kuala Lumpur semalam menghadapi kesulitan bagi mendapatkan salinan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) berhubung projek nadir bumi Lynas.

NONEIni di sebalik jaminan kerajaan persekutuan bahawa projek yang sedang dibina di Gebeng berhampiran Kuantan, Pahang oleh syarikat perlombongan Australia itu akan dipamerkan untuk tatapan orang ramai.

Malaysiakini mengunjungi satu daripada dua lokasi di Kuala Lumpur yang mempamerkan laporan berkenaan semalam. Namun tinjauan kami di lokasi berkenaan - Perpustakaan Negara - mendapati ia ditutup.

Menurut papan kenyataan di luar bangunan itu, perpustakaan ditutup pada Isnin. Ia dibuka setiap Selasa hingga Ahad.

Wartawan tempatan juga menghubungi ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya tetapi diberitahu oleh pegawai bertugas bahawa perpustakaan JAS juga ditutup setiap Isnin.

NONE"Awak terpaksa datang pada hari Selasa jika ingin membaca laporan itu,” kata pegawai berkenaan.

Namun, Malaysiakini berjaya mendapatkan laporan itu di ibu pejabat JAS Selangor di Shah Alam, selepas membuat beberapa panggilan telefon ke beberapa pejabat cawangannya.

Bagaimanapun wartawan hanya dibenarkan menyalin laporan berkenaan yang setiap satunya setebal dua inci dengan tulisan tangan. Membuat salinan penduaan melalui mesin fotostat atau merakamkan gambar dilarang sama sekali.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri minggu lalu mengumumkan bahawa orang ramai boleh menyemak kedua-dua laporan EIA dan RIA selama sebulan bermula 30 Mei.

NONETindakan itu dilihat sebagai usaha kerajaan bagi mententeramkan kemarahan orang ramai yang membantah projek kontroversial oleh Lynas Advanced Material Plant (Lamp) itu.

Sesetengah rakyat bimbang projek itu akan bertukar menjadi satu bencana jika tidak diuruskan dengan betul kerana Malaysia akan mengimport radiasi melalui nadir bumi yang dibawa masuk ke negara ini untuk diproses./Malaysiakini

Eletrik Naik : Daya Saing Negara Turun



Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus akan memberi kesan negatif kepada sektor perindustrian sekali gus menjejaskan daya saing negara.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor Teresa Kok Suh Sim berkata kenaikan itu akan memberi kesan kepada industri pembuatan di negeri ini yang bergantung kepada penjanaan tenaga letrik yang tinggi untuk menghasilkan produk masing-masing.

Beliau berkata kenaikan mendadak tujuh peratus bil elektrik bermakna kos menghasilkan barangan seperti peralatan elektrik akan meningkat di Malaysia berbanding negara lain. " Ia (Kenaikan tariff elektrik akan menjadikan industri pembuatan yang banyak menggunakan tenaga elektrik ini menjadi kurang kompetitif atau hilang daya saing berbanding negara lain.

Produk yang dikeluarkan industri tempatan akan mengalami kenaikkan harga barangan terbabit. Teresa berkata kerajaan persekutuan harus memikirkan pendekatan yang sesuai untuk meringankan beban rakyat ekoran kenaikan tariff elektrik. Usaha juga harus dibuat oleh memastikan orang ramai tidak membazir menggunakan bahan tenaga itu. " Saya ingin menyeru kerajaan melancarkan satu kempen untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan memberi lebih banyak insentif untuk menggunakan peralatan elektrik,” kata beliau. “Saya rasa kerajaan juga perlu menambah lagi insentif bagi orang ramai yang menggunakan alat elektrik supaya menggunakan alat yang menjimat tenaga seperti plug penjimat tenaga dan kuasa solar di mana boleh,” tambah beliau.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus itu sebagai langkah mengurangkan subsidi yang dikatakan semakin menghauskan perbendaharaan negara.

Selain itu harga gas asli juga dinaikkan kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016 setelah diapung sepenuhnya. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad mendakwa kenaikan itu hanya akan memberi kesan minima kepada kadar inflasi negara yang kian tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan seperti gula baru-baru ini.

Menteri Tenaga Teknoloji Hijau dan Air Datuk Peter Chin pula mendakwa kenaikan kadar elektrik itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus daripada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300KW tenaga setiap bulan.

Sebelum ini Perdana Menteri Najib Razak menyatakan subsidi yang diumpamakan seperti 'candu' harus dikurangkan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Rakyat Malaysia terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan pimpinan Najib Razak memotong subsidi yang mengakibatkan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol meningkat secara mendadak.

Kerajaan sebelum ini menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

Keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan berpaksi kepada dasar-dasar tidak seimbang kerajaan khususnya yang membabitkan pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat besar.

Harga barangan meningkat turut disebabkan tata urus kewangan negara, khususnya keghairahan mengadakan projek-projek mega yang akhirnya menyebabkan defisit negara antara yang tertinggi di rantau ini.


Monday, May 30, 2011

HADIAH DARI KERAJAAN BN - ELEKTRIK NAIK 7 % , RAKYAT DI DAHULUKAN

Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan

Mei 30, 11

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

NONESementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sebelum ini, Bernama melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting./Malaysiakini

PR ke Putrajaya, Universiti Felda dijangka di Jengka

Isnin, 30 Mei 2011

TEMERLOH 30 MEI :Ramalan tarikh pilihan raya yang bertiup semakin kencang telah lama dihidu oleh Pakatan Rakyat sekaligus memberi kelebihan kepada gagasan itu membuat persiapan rapi menjelang tarikh keramat itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, semakin dekat tarikh pilihan raya bermakna semakin dekat perubahan menghampiri Putrajaya, sekaligus menandakan sedikit sahaja lagi benteng Umno-Barisan Nasional bakal dirempuh.

"Sesetengah pihak berpandangan pilihan raya mungkin sekitar bulan 7, ada yang meramalkan bulan 11 ada juga yang mengatakan awal tahun depan, himpunan kita pada malam ini kita nampak, masyarakat hari ini mahu pilihan raya dekat kerana semakin dekat dengan pilihan raya, semakin dekat kita dengan Putrajaya," kata Mohamad kepada hadirin yang membanjiri Tapak Kompleks PAS, Kerdau, malam semalam.

Jelas Mohamad, kehadiran hampir 10,000 Warga Felda dan penduduk Pahang pada himpunan kebangkitan warga Felda Pahang ini adalah gambaran awal bahawa Putrajaya bukan lagi kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Kebanjiran rakyat ini juga katanya membuktikan bahawa rakyat sudah jelak dengan pembohongan dan propaganda mainan pemerintah terutamanya yang berkaitan dengan kemajuan ekonomi dan pembangunan.

Namun ujar Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, isu pembangunan ini tidak lagi relevan pada hari ini.

"Selepas pilihan raya 2008, isu ekonomi dan isu pembangunan tidak dapat digunakan lagi. Kalau dulu mereka (Umno-BN) mengatakan kalau BN kalah tiada pembangunan, BN kalah pelabur asing tidak datang, dan rakyat banyak yang akan hilang pekerjaan.

" Mereka-Umno-BN cuba sinonimkan pembangunan dengan Umno dan BN,"kata Mat Sabu lagi.

Ironinya, fakta daripada Badan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada tahun 2008 dan ke atas membuktikan, negeri tertinggi menjadi tumpuan pelabur asing adalah Pulau Pinang diikuti Selangor dan Kedah yang tidak ditadbir pemerintah.

Mengulas senario ini, Mat Sabu berkata rekod tersebut jelas memberihu rakyat bahawa tanggapan Umno-BN selama ini meleset sama sekali.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno sengaja mencipta isu luar jangka bagi mengaburi mata rakyat selain membekalkan pelbagai program berunsur hiburan untuk melalaikan rakyat dari isu semasa yang semakin mencengkam kehidupan rakyat marhaen.

"Mereka cuba mengalihkan perhatian kita semua kepada isu-isu yang sengaja mereka wujudkan daripada isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat,"ujarnya.

Baliau berkata demikian mengulas usaha terdesak Umno-BN yang mengunakan fitnah video lucah untuk menyerang pemikiran golongan dewasa manakala penganjuran Hari Belia Negara pula untuk menawan golongan muda.

Melihat kepada dasar Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga yang mula diterima rakyat, Umno-BN terus-terusan mengkritik dari pelbagai sudut namun pada masa sama menyadur idea itu untuk diadaptasi dalam kepimpinan mereka.

"Yang hairanya, setiap kali kita lancarkan sesuatu, mereka kritik, mereka komen tetapi akhirnya mereka tiru, kita lihat bagaimana mereka menggunakan media menyerang cadangan kita dalam Buku Jingga dengan menggambarkan sekiranya Buku Jingga diteruskan negara bakal bankrup, tetapi kini satu demi satu mereka tiru,"kata Tuan Ibrahim.

Pada majlis yang sama, PAS turut menyiarkan montaj cadangan penubuhan sebuah universiti Felda yang dinamakan Universiti Teknologi Felda Tun Abdul Razak.

Universiti itu dicadang dibina di atas tapak seluas 400 hektar di Jengka, Pahang, memandangkan Pahang adalah negeri yang paling banyak tanah rancangan Felda.

Ia akan berperanan sebagai institusi pendidikan khusus kepada anak-anak peneroka Felda seperti Universiti Tenaga Nasional yang memberikan keutamaan kepada anak-anak kakitangan Tenaga Nasional Berhad.

Ia turut menyaksikan penyerahan borang keahlian 160 orang ahli baru Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kepada Pengerusi Anak, Mazlan Aliman di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh Naeem Raffi - TVSelangor News -

LYNAS - RAKYAT KUANTAN TERUS SERANG

Lynas: Penduduk cuba serbu panel penyelidikan

Lee Long Hui
Mei 30, 11

Ratusan penduduk Kuantan yang marahkan projek nadir Bumi Lynas sejak awal pagi berhimpun di hotel dekat Pantai Telok Cempedak -- tempat panel penyelidkannya menetap -- bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

NONEKumpulan itu, kebanyakannya pesara, golongan ibu dan anak-anak, dipimpin oleh NGO Save Malaysia cuba menyerbu ke arah sembilan pakar tenaga atom Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dipercayai akan bersarapan dekat kafeteria berdekatan.

Kumpulan itu mula berkumpul sekitar 7.30 pagi dan berarak menuju hotel itu pada jam 8 pagi.

Sambil melaungkan “Stop Lynas” (hentikan Lynas) dan“Lynas go back Australia” (Lynas sila balik ke Australia), mereka juga membawa poster dan kain rentang sambil menyanyi lagu Negaraku./Malaysiakini

VIDEO - ANWAR BERSAMA KEBANGKITAN WARGA FELDA







Saksikan foto Program Anwar Gempur Felda di Pahang. Klik sini.

Sunday, May 29, 2011

FOTO - SEKITAR JELAJAH ANWAR GEMPUR FELDA DI PAHANG

Program Kebangkitan Warga Felda Pahang yang bermula pada 27 Mei sehingga 28 Mei 2011 yang telah diadakan meliputi kawasan Jenderak dan Kerdau mendapat sambutan yang amat luar biasa. Sekiranya Kerajaan Bn Pahang merasa tergugat di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, sememangnya mereka wajar merasa sedemikian .

Sepanjang program berlangsung, kepimpinan utama dari PAS dan PKR menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membela nasib warga felda yang kununnya adalah pengundi tegar Umno. Tetapi, hakikatnya mereka kini semakin sedar bahawa Umno tidak pernah ikhlas memperjuangkan nasib mereka. Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dan juga kepimpinan negeri di bawah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man adalah di antara pimpinan utama yang berjaya menggempur kawasan felda dengan jayanya.

Dua hari, dua malam kawasan felda di Jenderak dan Kerdau menjadi tapak permulaan Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang untuk mendekati warga felda yang semakin tertipu dengan Umno/Bn. Beberapa tokoh lain dari PAS dan PKR turut membantu menerangkan beberapa isu kepada warga felda ini. Di antara mereka adalah Pengerusi Keadilan Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman, YB Nurul Izzah, Sdr Muhamad Sabu, Sdr Mazlan Aliman, Hj Suhaimi Said, Sdr Nizam Abd Hamid, Ketua Serikandi PKR, Puan Normala (Cikgu Mala) dan beberapa pimpinan tempatan yang lain.

Kehadiran Dato' Seri Anwar pada 28 Mei, dimulakan dengan Majlis Minum Petang bersama masyarakat kaum Cina di Markas PAS berhampiran Kg Baru Cina, Temerloh. Sambutan masyarakat Cina pada majlis tersebut begitu meyakinkan kita bahawa Bn tidak lagi mendapat sokongan dari kaum tersebut. Ucapan yang berjaya menarik perhatian kaum Cina adalah dari Pengerusi Keadilan Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman yang berucap diselang-selikan dengan ucapan berbahasa Cina yang membuatkan hadirin tidak kering gusi.


Sekitar Majlis Hi-Tea Bersama Masyarakat Cina Di Markas PAS, Kg Baru Cina, Temerloh

Ucapan rengkas Dato' Seri Anwar pada majlis petang tersebut sentiasa mendapat tepukan terutamanya apabila beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah menganggap kaum Cina sebagai pendatang di negara ini. Beliau turut menerangkan beberapa perkara yang terkandung di dalam Buku Jingga yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai Putrajaya.

Selepas itu beliau ke Felda Jenderak untuk berucap kepada warga felda di sana sebelum ke Markas PAS Kerdau. Di Felda Jenderak, ceramah hanya dapat diadakan di sebuah kedai di tepi jalan. Namun demikian, kehadiran warga felda di situ tidak menghampakan. Seperti kata seorang penduduk di kawasan berkenaan, dahulunya kawasan ini tidak pernah ditembusi oleh Parti Pembangkang apatah lagi kehadiran tokoh utama Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Sekitar Bersama Warga Felda Jenderak

Di Felda Jenderak, Ketua Umum PKR ini berceramah hampir satu jam dengan mengupas beberapa isu termasuk kebajikan warga felda yang akan diperjuangkan sekiranya Pakatan Rakyat memimpin Putrajaya. Sebelum itu, majlis yang diPengerusikan oleh Pak Jabit (Man Kadir) turut menampilkan penceramah Hj Suhaimi Said dan Dato' Fauzi Abd Rahman.

Kemuncak kepada Program Kebangkitan warga Felda Pahang ini adalah Ceramah Perdana di Markas PAS Kerdau. Penceramah utama malam kemuncak tersebut adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Sdr Muhamad Sabu, Ketua Serikandi dan Cikgu Mala. Lebih 10, 000 yang hadir telah memenuhi ruang di hadapan dan sekitar pentas ceramah pada malam kemuncak tersebut.
Sekitar malam kemuncak di Markas PAS Kerdau


Di akhir majlis, Dato' Seri Anwar diberi penghormatan bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyaksikan penyerahan borang keahlian 160 orang ahli baru Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) kepada Pengerusinya Sdr Mazlan Aliman.

Jelas, bukan lagi hayalan bahawa Pahang adalah salah satu negeri yang diberi fokus utama Pakatan Rakyat untuk ditawan di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Rakyat Pahang khususnya warga Felda sendiri patut bersyukur betapa mereka telah diambil berat oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat yang semakin kerap menemui mereka bagi memperjelaskan beberapa isu yang selama ini ditutup dari pengetahuan mereka.

Tahniah dan syabas dari Keadilan Pahang kepada semua yang terlibat menjayakan program ini, mudah-mudahan misi menawan Pahang akan tercapai demi kesejahteraan rakyat Pahang.

Saturday, May 28, 2011

Hadi: PAS bela peneroka dari jadi hamba Felda

Hadi: PAS bela peneroka dari jadi hamba Felda

Mei 28, 11

PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib peneroka dan keluarga mereka selari dengan keperluan asasi mereka yang tidak boleh diperniagakan.

Justeru, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata apa yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah semata-mata janji politik pilihan raya tetapi merupakan tuntutan agama yang wajib dipenuhi oleh kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang, Hadi Awang"Namun semua ini hanya akan berlaku apabila rakyat memberi kuasa kepada kita bagi memerintah negara," katanya dipetik Harakahdaily sempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang.

Menurut beliau, peneroka Felda hari ini berhadapan dengan penindasan sama ada secara disedari atau tidak akibat daripada dasar kerajaan BN yang meniagakan keperluan asas rakyat.


Abdul Hadi berkata penubuhan Felda pada asalnya bertujuan memberi tanah kepada rakyat yang miskin dan memerlukan kini bertukar kepada Felda yang berniaga dalam semua urusan.

"Kita menjanjikan pembelaan kepada peneroka Felda dengan mengembalikan hak-hak mereka, ketelusan dan pengurusan ladang, bukan hamba kepada pengurusan Felda selama-lamanya," katanya.

NONEMenurut Abdul Hadi, PAS dan Pakatan Rakyat menjanjikan di dalam Buku Jingga untuk menghapuskan Felda Plantation dan dibahagi-bahagikan tanah kepada anak-anak peneroka dan mereka yang memerlukan bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat.

Pakatan juga katanya, berikrak akan mengembalikan hasrat penubuhan asal Felda.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang turut melancarkan borang permohonan tanah Felda Plantation sempena himpunan itu yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, malam semalam.

6,000 borang habis

Turut menyampaikan ceramah ialah naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah, Mazlan Aliman dan Pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman.

NONEBercakap pada sidang media selepas majlis ceramah, beliau berkata PAS melalui Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah akan memberi perhatian khusus berhubung dengan tanah yang melibatkan peneroka Felda.

"PAS memberi kesedaran dan kefahaman kepada mereka untuk menyelamatkan mereka dari segi politik dan pengurusan. Dari segi politik, mereka hendaklah memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu, Mazlan pula memberitahu sebanyak 6,000 borang permohonan tanah yang diedarkan pada malam tadi hampir habis diambil dan diisi oleh warga Felda yang hadir pada majlis itu.

NONE

"Borang 6,000 hampir habis pada malam ini, ini mencapai sasaran kita," ujarnya.

Jelasnya, PAS menerusi lajnah yang dipengerusikan beliau akan melancarkan borang itu di peringkat negeri-negeri dengan menawarkan kepada lebih 100,000 mereka yang layak memohonnya.PAS parti berani

Sementara itu, mengulas pemilihan pucuk pimpinan utama parti itu yang akan diadakan pada muktamar tahunan PAS ke-57 minggu depan, Abdul Hadi berkata tindakan berkenaan membuktikan keberanian parti Islam tersebut.

Ini, katanya kerana PAS tidak gusar akan berlaku perpecahan di kalangan parti meskipun pemilihan diadakan dalam tempoh pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bila-bila masa.

NONEMenurut Abdul Hadi, ini berbeza dengan tindakan beberapa parti yang menangguhkan pemilihan apabila berhadapan dengan pilihan raya.

"Kita berani buat pemilihan walaupun dalam tempoh pilihan raya diadakan sedangkan parti lain menangguhkan pemilihan," katanya.

Abdul Hadi yang diisytiharkan menang tanpa bertanding jawatan presiden PAS bagi sesi 2011-2013 menyatakan demikian ketika diminta mengulas jumlah calon yang ramai bertanding.

Kata beliau perkembangan itu menunjukkan wujudnya demokrasi di dalam PAS.

Jelasnya, PAS memberi hak kepada calon untuk bertanding dan perwakilan untuk membuat pilihan.

azlanBaginya, pemilihan pucuk pimpinan di dalam PAS tidak mendatangkan masalah kerana ia mempunyai kawalan moral.

Mengenai kemungkinan pilihan raya umum ke-13 diadakan secara mengejut, beliau berkata ia adalah urusan BN.

Namun, katanya amalan pilihan raya di negara ini adalah luar biasa berbanding dengan negara maju.

Menurutnya, rakyat di negara-negara maju yang melaksanakan proses demokrasi mengetahui tarikh pilihan raya akan diadakan tiga atau empat tahun sebelum itu./Malaysiakini

Kerajaan lulus kenaikan tarif elektrik

PUTRAJAYA: Seperti dijangka, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota kabinetnya hari ini meluluskan kenaikan tarif elektrik yang butirannya akan diumum Isnin ini.

Keputusan itu dibuat oleh Najib ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi (NEC) di sini, lapor Malaysiakini. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi tersebut.

Sejak beberapa minggu lalu, kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik. Ia sebagai usaha langkah kerajaan menarik subsidi kepada rakyat, dalam keadaan Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menerima RM19 bilion hingga RM22 bilion subsidi setiap tahun.

Pakatan Rakyat sebelum ini menyelar kenaikan tarif itu, yang hanya menguntungkan kroni IPP, sebaliknya membebankan rakyat dengan segala macam kenaikan kos dan harga barangan lain.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

Short URL
: http://www.keadilandaily.com/?p=14300

BAKAR BENDERA KERANA MARAH PAK JABIT

Man Kadir @ Pak Jabit Dalam Filem `Hantu Kak Limah Balik Kampong'
بسم الله الرحمن الرحيم

Bendera Pas dibakar angkara Pak Jabit Hantu Mak Limah Balik Rumah

24 Mei,Changkat Jering-

Kedatangan Pak Jabit di kubu kuat UMNO Taman Kuning Sari,Taiping cukup tidak disenangi ahli UMNO Bukit Gantang.Penerangan Pak Jabit mengapa beliau menyokong Pakatan Rakyat dan tetap ingin bersama Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya ,menyebabkan UMNO cawangan Taman Kuning Sari ,Parlimen Bukit Gantang panas punggung.Pak Jabit sempat juga berpesan agar maklumat buku jingga diberitahu kepada Najib.

Bendera Pas di bakar di Taman Kuning Sari malam kelmarin 24 Mei,tanda protes ahli UMNO yang tidak mahu kebenaran disebarkan kepada ahli UMNO dan penduduk Taman Kuning Sari.Petugas PAS sempat memadamkan api yang sedang membakar bendera lambang bulan itu.Kita meminta ahli PAS bersabar,jikalau masih berlaku pada lain kali,laporan polis akan dibuat."Pas ,parti berdaftar" kata kita.

Rupanya UMNO Bukit Gantang marah dengan Pak Jabit ,sehingga segelintir ahli mereka membakar bendera PAS.

Pada Prk 2009,,lokasi inilah petugas kita dari Terengganu ditumbuk.Nampaknya kubu kuat UMNO ini perlu PAS santuni agar,penduduk tidak ditipu lagi oleh UMNO
! BUJANG SUSAH !: BAKAR BENDERA KERANA MARAH PAK JABIT

Sumber: http://rubbertapperz.blogspot.com

Gaji guru: K'jaan tak mampu sebab krisis kewangan

Oleh Norain Saleh

Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS.

Datuk Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar.

Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi.

Perbelanjaan meningkat

“Kerajaan sebenarnya telah memindahkan defisit kerajaan kepada guru berpendapatan sederhana," katanya dan menambah, hanya sebanyak 30 peratus sahaja daripada kira-kira setengah juta guru dalam negara ini yang akan menikmati kenaikan pangkat itu.

"(Tindakan) mengurangkan subsidi menyebabkan kos meningkat. Perbelanjaan rakyat juga turut meningkat (sedangkan) pendapatan tidak mencukupi.“Guru merupakan individu yang melahirkan seorang pemimpin, tindakan pihak kerajaan dengan menaikkan pangkat sebilangan guru saja umpama tindakan menipu orang cerdik,” katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, langkah kerajaan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan begitu terdesak untuk menjaga kebajikan pekerja semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada Disember tahun lalu.Manifesto berkenaan antara lainnya menggariskan usaha Pakatan untuk memastikan agihan kekayaan yang saksama bagi golongan pekerja.

“Tindakan yang seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menaikkan gaji semua guru seperti apa yang dicadangkan oleh pihak PKR baru-baru ini,” tegasnya yang turut menyeru kumpulan guru itu supaya lebih vokal dalam menyatakan tuntutan melalui kesatuan mereka.

Tapi dapat bonus

Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan pula tetap mempertahankan langkah "rasional" itu kerana tidak ada guru yang akan didiskriminasi dalam kenaikan pangkat berkenaan.

Ketika ditanya, beliau menafikan bahawa tindakan kenaikan pangkat itu dijalankan bagi menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang.“Kalau pembangkang memang akan berkata sedemikian (untuk pilihan raya).tapi bagi saya ia sesuatu yang tidak masuk akal,” kata Abdul Rahman ketika dihubungi.

Jelasnya, kenaikan ke atas kumpulan guru itu tidak melibatkan guru yang berpendapatan sehingga mencecah RM20,000."Tidak ada yang dianaktirikan,” katanya lagi yang menambah, kumpulan guru yang berpendapatan lebih rendah itu juga akan menikmati kenaikan pangkat.

“Jika kita mampu bagi setengah, kita bagi setengah dulu. Waktu ini untuk segmen (pangkat tinggi) dahulu.“Kerajaan bagi kenaikan berkenaan berdasarkan kemampuan pihak kerajaan. Namun perdana menteri sendiri masih sedang berbincang dengan timbalan perdana menteri berkenaan kenaikan pangkat atau gaji bagi guru-guru yang lain,” katanya lagi.

Abdul Rahman juga berkata golongan guru yang berpendapatan rendah juga sebelum ini telah menikmati bayaran bonus."Kerajaan telah bagi (bonus) kepada golongan berpendapatan dua ribu ke bawah. Yang penting kerajaan ikhlas,” katanya./M/kini

FRU ‘sambut’ Anwar di Muar

MUAR: Sanggup diperalat parti pemerintah, polis menggunakan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengikuti ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri tokoh pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kehadiran Ketua Pembangkang di lokasi ceramah di Markaz PAS Parit Pechah, Muar itu disambut sekumpulan FRU yang ditempatkan kira-kira dua kilometer dari lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, kehadiran polis ternyata gagal menggerunkan rakyat yang dahagakan maklumat tepat yang tidak diperoleh dari media arus perdana.

Hampir 1,000 penduduk setempat mengikut amanat Ketua Umum KEADILAN itu disamping ucapan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, walaupun beberapa trak polis ditempatkan di kawasan berdekatan.

Kira-kira jam 11.15 malam, Ketua Polis Daerah Muar dilihat mahu memasuki perkarangan ceramah tetapi gagal berikutan pintu lokasi berkenaan dikunci dan dikawal rapi.

Sekalipun polis mengancam untuk membuat ‘rempuhan’, hal itu diselesaikan Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Karim yang mengadakan perbincangan kepada pihak berkuasa.

Ceramah berakhir jam 12 tengah malam dan kumpulan polis berkenaan beredar dari lokasi, sekadar berkeliaran di kawasan berhampiran tapak ceramah.

(Laporan Penuh dan GambarMenyusul)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14318

Friday, May 27, 2011

Projek Lynas: Panel IAEA perlu ikut piawaian keselamatan- Fuziah


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengingatkan panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang dilantik kerajaan Malaysia supaya mematuhi kod keselamatan IAEA dalam skop kerja penilaian mereka.

Beliau memaklumkan bahawa pakar tersebut akan membantu kerajaan Malaytsia membuat penilaian terhadap Lynas Advanced Material Plant (LAMP) dari 29 Mei hingga Jun ini.

“Kenyataan bahawa kerajaan Malaysia mengguna khidmat IAEA untuk menilai berhubung bahan berbahaya dan penggunaan material yang mengandung aktiviti radioaktif akan menjadi isu utama.

“Namun sekali lagi persoalannya adalah apakah ia mengikut piawaian keselamatan yang akan digunakan sebagai penanda aras,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Fuziah berkata, warga Kuantan memiliki hak untuk mengetahui standard yang digunakan, iaitu sama ada menggunakan piawaian negara China, Australia atau pun piawai IAEA antarabangsa.

“Panel pakar IAEA berkemungkinan adalah mereka yang pro nuklear dalam kapasiti mereka. Namun peranan mereka adalah sebagai penilai, bukannya menjadi ‘promoter’ untuk ‘tugas tertentu’ di Kuantan,” kata Fuziah.

Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN turut mengingatkan bahawa operasi di LAMP jauh lebih rumit dibandingkan dengan Loji Lynas di Mount Weld, Australia.

“Apa yang menarik perhatian ialah, AELB (Lembaga Pelesenan Tenaga Atom) masih belum melakukan kritikan PEIA (Penilaian Awal Kesan Alam Sekitar) terhadap LAMP.

“PEIA terhadap LAMP diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Pahang pada 20 Januari 2008 dan diluluskan 3 minggu kemudian, iaitu pada 15 Februari 2008. Saya hairan mengapa terlalu mudah bagi JAS Pahang untuk meluluskan projek berisiko tinggi seperti ini?

“Ini mengukuhkan pandangan saya bahawa kerajaan Malaysia tidak berupaya untuk memantau atau menguatkuasakan undang-undang keselamatan untuk industri seperti LAMP,” kata Fuziah.

Dalam pada itu, katanya, Lynas pernah menggunakan piawaian negara China dalam permohonan terdahulu kepada kerajaan Terengganu pada 2007, untuk pembinaan projek itu.

“Ini memperkuatkan hujah saya bahawa Lynas menggunakan piawaian yang berbeza ketika di Australia dan Malaysia.

“Lynas juga mengambil kesempatan dari kelemahan penguatkuasaan di Malaysia untuk mengemukakan cadangan menggunakan piawaian negara China.

Menurutnya lagi, panel penilai itu perlu memikirkan kesan terhadap 700,000 penduduk di Kuantan dan Kemaman, Terengganu dalam jarak 30 kilometer dari projek itu.

“Seluruh dunia akan melihat dengan penuh teliti bahawa panel penilai akan melakukan pemantauan dengan telus dan penuh tanggungjawab.

“Mereka perlu bertanggungjawab kepada nyawa 700,000 manusia di Zon Industri Gebeng yang dibina tanpa zon penampan ini. Panel penilai perlu bertanggungjawab kepada rakyat, terlebih dahulu daripada menjawab kepada kerajaan,” kata Fuziah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14080

Lynas: Nyawa lebih bernilai dari wang

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Kerajaan terus meluluskan projek berbahaya seperti Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng dan tidak mempedulikan rayuan rakyat bahawa nyawa dan kesihatan lebih bernilai daripada wang.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris (gambar) berkata nyawa manusia tidak seharusnya dipaksa melalui kesakitan dan penderitaan dalam mengejar pertumbuhan dan kekayaan.

“Untuk tidak mempedulikan tanda amaran walaupun semua bukti ialah untuk menyalahkan diri kita sendiri dan alam sekitar. Kita mempunyai pilihan untuk menuju ke arah masa depan yang lebih selamat dan waras.

“Isunya ialah sama ada kita mahu dan rayuan kita didengar dan tindakan diambil oleh mereka yang berkuasa,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya CAP merasa sedih dan kecewa berhubung beberapa siri kematian baru-baru ini akibat daripada tidak mempedulikan keselamatan.

“Kita telah kehilangan nyawa dan sebahagiannya pula mengalami kecederaan sepertimana apa yang telah berlaku dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan 16 orang dan dalam kemalangan terbaru di tempat kerja di mana dua orang pekerja mati apabila tiang kren setinggi 50 meter tumbang ke atas mereka di sebuah tapak pembinaan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur,” katanya.

Tambahnya, tragedi dan kemalangan di tempat kerja ini boleh dielakkan jika hanya pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah mematuhi aspek keselamatan.

Menurutnya, Malaysia mempunyai undang-undang dan garis panduan yang baik untuk memastikan keselamatan tetapi ia tidak dikuatkuasakan dan dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan.

Selepas tragedi berlaku, katanya kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa bahawa langkah yang lebih ketat akan diambil, pemeriksaan dan penyiasatan akan turut dilakukan, janji dan bantuan akan mencurah.

Semuanya, kata beliau akan dijalankan dalam beberapa hari atau minggu yang pertama.

“Kemudiannya selepas itu semuanya dilupakan dan kita akan mendengar tragedi yang sama di masa akan datang.

“Kenapakah berlakunya sikap yang tidak mempedulikan terhadap kesihatan dan keselamatan ini secara terang-terangan?” soalnya.

Soalnya lagi, kenapa pihak berkuasa menutup mata terhadap struktur haram dan berbahaya di tempat kerja, siapakah yang bertanggungjawab apabila berlaku insiden yang tidak dijangka, siapakah yang perlu dipersalahkan – alam semula jadi, takdir atau kecuaian pihak yang berkenaan.

“Apa yang pasti, pertanyaan dan keprihatinan kita terus kekal tidak berjawab.

“Tidakkah kita pernah mengambil iktibar daripada kesilapan yang lepas?” ujarnya.

SEKITAR BENGKEL PILIHANRAYA ZON TIMUR, SEMANGAT UNTUK LAKUKAN PERUBAHAN

Oleh: WFAUZDIN NS

TARIKH Pilihanraya Umum (PRU) Ke 13, walaupun menjadi satu misteri kepada rakyat tetapi pengalaman lalu banyak mengajar kita untuk meneka bilakah tarikh akan diadakan PRU di negara ini.

Melihat kepada situasi sekarang dengan gerak laku yang `pelik-pelik' dari Umno terutamanya, maka kita menjangkakan bahawa kemungkinan ianya akan diadakan pada tahun ini juga atau sawal-awalnya Jul ini nanti.

Sebilangan peserta Bengkel Pilihanraya Zon Timur yang hadir

Para peserta mendaftar diriBerdiri dan bersemangat menyanyikan Lagu Rasmi Keadilan

Sejajar dengan hasrat dan matlamat Pakatan Rakyat (PR) khususnya Parti Keadilan Rakyat untuk menuju ke Putrajaya, maka satu gerak kerja yang bersungguh-sungguh telah diadakan dan diatur oleh PKR Pusat di bawah Jabatan Piliharaya Pusat (JPRP). Bagi Zon Timur meliputi tiga Negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan satu Bengkel Pilihanraya telah diadakan bermula pada 25 Mei sehingga 26 Mei 2011 bertempat di Duta Village resort, Beserah, Kuantan.

Kesemua Cabang PKR di negeri-negeri Pantai Timur telah menghantar sekurang-kurangnya 2 orang peserta untuk mengikuti bengkel selama dua hari ini. Mereka akan merealisasikan segala ilmu dan latihan yang diberikan di kawasan masing-masing menjelang PRU nanti.

Wakil dari JPRP yang mengendalikan bengkel ini adalah terdiri Sdr Zakaria Abd Hamid Selaku Ketua Sekretariat JPRP, Tuan Hj
Ismail Yusof (Pengarah Ops), Sdr Fariz Musa (wakil MPP), Puan Aishah dan Puan Hasnah selaku `Trainer'. Sdr Zaidi selaku Ketua Biro Pilihanraya PKR Negeri Pahang turut hadir selaku Tuan Rumah kepada program ini.

Pada hari pertama wakil dari JPRP dan juga wakil dari MPP menyampaikan syarahan berkaitan objektif bengkel ini diadakan. Secara umumnya, kesemua peserta telah didedahkan dengan isu politik semasa dan bagaimana PKR menghadapi setiap isu yang sengaja ditimbulkan oleh Umno/Bn. PKR amat optimis, cita-cita ke Putarajaya bukan lagi sebagai satu `angan-angan Mat Jenin', tetapi ianya merupakan satu cita-cita murni untuk melakukan perubahan di dalam negara ini.

Sesi latihan bermula di sebelah petang 25 Mei 2011, di mana plan atau strategi untuk mendekati pengundi-pengundi didedahkan. Pengalaman PR di Selangor yang dilihat berjaya di dalam pendekatan mendekati pengundi serta menyampaikan maklumat kepada rakyat Selangor dijadikan sumber ilham untuk diguna pakai di setiap negeri. Perancangan yang strategik amat penting di dalam menghadapi sesuatu pilihanraya.

Pada hari kedua, semua peserta diberi kepada kumpulan masing-masing untuk membuat latihan secara praktikal. Wakil dari setiap kumpulan akan menyampaikan taklimat gerak kerja masing-masing bagaimana mereka akan mengatur strategi untuk berkempen dan mendekati pengundi di kawasan masing-masing.


Peserta tekun di dalam latihan/bengkel pilihanraya

Pada sebelah petang 26 Mei, upacara penutup bengkel telah disempurnakan oleh Ybhg Dato' Fauzi Abd Rahman selaku Pengerusi Keadilan Negeri Pahang. Beliau merasa kagum dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh semua peserta yang hadir dan ini menunjukkan komitmen mereka untuk berganding bahu berusaha dengan lebih kuat bersama pimpinan parti untuk melakukan perubahan.

Dato' Fauzi Abd Rahman - Pengerusi Keadilan Pahang

Beliau turut mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih kepada pihak JPRP yang telah sanggup meluangkan masa untuk menjayakan program ini. Mudah-mudahan bengkel yang telah diadakan ini akan terus dipraktikkan di peringkat zon atau kawasan masing-masing dengan bersungguh-sungguh. Penyampaian Sijil Penyertaan juga telah disampaikan oleh Ybhg Dato' Fauzi kepada semua peserta.

Program ini berakhir dengan doa selamat beserta menyanyikan Lagu Rasmi Keadilan dengan semua peserta bersalam dan berpeluk bahu sesama rakan menandakan ikatan silaturrahim terjalin dan semangat perpaduan berbilang kaum tidak pernah luput di dalam Parti Keadilan Rakyat. REFORMASI !! LAWAN TETAP LAWAN !!