KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, December 10, 2011

BUKAN SEKADAR INDERA MAHKOTA DAN KUANTAN YANG AKAN DIPERTAHANKAN, KEADILAN MAMPU UBAH KERAJAAN DI PAHANG

Benarkah dakwaan bahawa Keadilan Pahang begitu yakin untuk mengekalkan kerusi Parlimen Indera Mahkota seperti dakwaan sebuah blog baru-baru ini?  Jawapannya, sudah tentu benar malahan bukan sahaja di Parlimen Indera Mahkota bahkan kita juga merasa yakin dapat mengekalkan kerusi Parlimen Kuantan serta optimis merampas beberapa kerusi Parlimen dan Dun di negeri ini bagi membolehkan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan dari Kerajaan Umno/Bn sekarang.


Keadilan tidak memandang isu calon boleh meranapkan impian untuk bersama rakan-rakan lain di dalam Pakatan Rakyat bagi merealisasikan hasrat rakyat untuk melakukan perubahan.  Parlimen Indera Mahkota yang kini disandang oleh YB Azan Ismail tidak pernah terpinggir meskipun Ahli Parlimen berkenaan sibuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi MPN Terengganu.  Bahkan, Cabang Keadilan Indera Mahkota adalah di antara cabang-cabang yang paling aktif menggerakkan jenteranya dengan berbagai aktiviti dan program. 

Tuduhan yang menyatakan Keadilan Pahang ego dan sombong hanya semata-mata cabaran dari YB Azan kepada MB Pahang, Dato Adnan Yaakub untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota adalah merupakan sangkaan yang keterlaluan.  MB Pahang sendiri di dalam beberapa Pilihanraya yang lalu juga pernah mencabar pimpinan Pembangkang untuk bertanding di kawasannya di Dun Pelangai.  Keadilan Pahang tidak pernah ego, bongkak dan sombong meskipun menyedari bahawa Pakatan Rakyat kini semakin mendapat sokongan dari rakyat.  Tanpa rasa bongkak dan sombong, kami terus bekerja keras siang dan malam untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat dan memberi penerangan apakah agenda Pakatan Rakyat untuk kebaikan rakyat Negeri Pahang. 

Tiada sesiapa yang boleh mencaturkan siapakah calon yang bakal ditampilkan oleh Keadilan Negeri kerana kami mempunyai formula tersendiri dan terbaik untuk mengatasi masalah memilih calon yang bakal menumbangkan Umno/Bn di dalam PRU ke 13 nanti.  Apa yang boleh dijanjikan oleh Keadilan Pahang kepada rakyat, calon yang akan ditampilkan nanti mestilah berwibawa, berprinsip serta mendapat sokongan akar umbi di kawasan masing-masing.   Kami yakin, rakyat tidak lagi taksub kepada mana-mana calon pilihan peribadi mereka tetapi rakyat akan menilai sejarah dan rekod Umno/Bn di negeri ini yang sewajarnya ditolak di dalam PRU akan datang.     

Oleh yang demikian, usaha yang cuba dilakukan oleh beberapa pihak untuk mendatangkan rasa syak wasangka dan perpecahan di kalangan ahli-ahli Keadilan dan Pakatan Rakyat tidak akan berhasil kerana kepimpinan di semua peringkat di dalam Keadilan serta hubungan sesama ahli dan penyokong Pakatan Rakyat berada di tahap yang tinggi.  Sekali lagi ditegaskan, Umno/Bn di Pahang kini berada di hujung tanduk akibat dari kerakusan pemimpin mereka yang tidak terbatas dengan memperbodohkan rakyat Pahang demi kepentingan peribadi mereka.  


No comments:

Post a Comment