Di dalam akhbar melaporkan, MCA begitu bersungguh-sungguh mencabar pemimpin DAP untuk berdebat berkenaan dengan `Hukum Hudud". MCA mencabar Lim Guan Eng untuk berdebat di dalam isu yang masing-masing jelas tidak akan memahaminya kerana kedua-dua pemimpin dari MCA dan DAP itu bukan dari kalangan Muslim.
Paling memalukan sekali, dikatakan ada tokoh yang dianggap Ulamak oleh Umno akan dilantik sebagai pemerhati atau pengulas debat itu nanti. Pihak Kerajaan sepatutnya sensitif dengan perkara ini. Mana mungkin soal hukum Islam boleh diperdebatkan atau akan dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin dari bukan Islam dan ada pula tokoh Islam hadir untuk menyaksikannya? Di mana maruah kita? Sanggupkah nanti kita melihat pemimpin-pemimpin bukan Islam akan mempersendakan hukum yang mereka sendiri tidak memahaminya?
Sejak dahulu lagi, PAS pernah mencabar Umno untuk berdebat, bermuzakarah atau berdialog dengan Umno berkenaan dengan isu Hukum Hudud ini. Namun, Umno tidak pernah berani untuk melakukannya sedangkan Hukum Hudud itu adalah salah satu hukum yang diwajibkan oleh Allah ke atas umat Islam. Apa yang Umno berani lakukan adalah memperlekehkan hukum ini. Perangai Umno ini lah yang membuatkan MCA sudah berani memperlekehkan hukum Allah tersebut.
Sehingga kini, pemimpin DAP tidak menyahut cabaran dari MCA tersebut. Memang wajar DAP tidak menjadi sebodoh MCA yang dipimpin oleh tokoh yang pernah melakukan aktiviti seks luar nikah itu. Apa perlunya DAP mahu berhujah soal Hudud dengan MCA, sedangkan hukum tersebut bukan menjadi kewajipan ke atas parti masing-masing. DAP harus menolak cabaran debat tersebut dengan mengesyorkan agar debat tersebut mestilah di antara Umno dan PAS kerana hukum berkenaan adalah kewajipan di dalam ugama pemimpin kedua-dua parti ini. Persoalannya, beranikah Umno untuk berdebat? Jawapannya, Umno tidak pernah menjadi berani.
No comments:
Post a Comment