KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, November 27, 2013

PENGGANTUNGAN DUN TIDAK MELEMAHKAN ADUN SEMAMBU

Pada Selasa lalu, sewaktu membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Pembekalan Air 2014, Adun Semambu dari PKR, YB Lee Chean Chung telah menyebut bahawa Bajet 2014 yang dibentangkan oleh MB Pahang sehari sebelumnya adalah 'Bajet Palsu".
 
Di atas keberanian Adun berkenaan, MB Pahang memberi kata dua kepada beliau agar menarik balik tuduhannya atau berdepan dengan tindakan iaitu membawa perkara tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dun Pahang.  MB menambah tuduhan YB Lee Chean Chung itu seperti tidak menghormati Dewan.  Isu ini bermula apabila Adun Semambu telah menyebut lebihan RM 2.19 Juta di dalam Bajet 2014 Pahang yang dibentangkan oleh MB itu adalah 'Bajet Palsu".
 
 
Sekiranya MB Pahang merasakan tuduhan Adun berkenaan tidak benar, seharusnya beliau berani untuk membentangkan hujah atau fakta yang meyakinkan bagi membuktikan bahawa tuduhan Adun Semambu itu tidak benar.  YB Lee Chean Chung juga patut diberi ruang untuk mempertahankan hujahnya bukan terus diberi amaran dan tindakan.  
 
Akibat keengganan Adun Semambu menarik balik tuduhannya,  beliau telah menerima hukuman digantung daripada menghadiri dua kali sidang Dewan Undangan Negeri Pahang.  Keputusan itu dibuat Yang Dipertua DUN Pahang, Dato' Ishak Mohamad kelmarin.  Sewaktu usul untuk menggantung Adun ini dibuat, kesemua Adun dari PR membantahnya namun Adun-Adun dari Bn yang majoriti telah mengesahkan hukuman terhadap beliau.
 
Ini merupakan ujian dan dugaan pertama buat Adun muda kita, mudah-mudahan ianya tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang dan berjuang.  YB Lee Chean Chung menganggap Dewan yang menghukumnya bukan Dewan Undangan Negeri tetapi "Dewan Adnan Yaakob".

Monday, November 25, 2013

Pindaan perlembagaan KEADILAN dipersetujui sebulat suara

(Azuan Ab Rahman)

SHAH ALAM 24 NOV: Cadangan pindaan terhadap beberapa perlembagaan parti disetujui sebulat suara oleh perwakilan yang hadir ke Kongres Nasional Khas KEADILAN di sini, hari ini

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika ucapan penggulungannya melahirkan rasa gembira terhadap penerimaan perwakilan kepada pindaan tersebut yang dilihat bakal melonjakkan lagi kemampuan parti itu.

 
 
Antara pindaan yang dibuat adalah berkaitan dengan kelayakan keangotaan di mana warganegara yang berusia 18 tahun ke atas layak memohon menjadi anggota biasa.

Perlembagan terdahulu menetapkan bahawa syarat permohonan menjadi ahli parti adalah seseorang itu tidak menjadi anggota mana-mana parti lain.

Pindaan terhadap perlembagaan itu juga turut menekankan semangat kerjasama dan perkongsian kuasa secara adil di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan memperkasakan kedudukan politik dan ekonomi yang saksama mengikut kerangka Perjanjian Malaysia tahun 1963.

Martabat dan peranan wanita sebagai tonggak dan penggerak masyarakat turut diiktiraf dengan menghayati falsafah hormat wanita dengan memastikan wanita bebas daripada diskriminasi dan eksploitasi.

Demi memastikan hak serta kepentingan wanita terpelihara golongan itu disasarkan memberikan sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan dari mereka dalam kepimpinan dan kuasa membuat keputusan./KD

Saturday, November 23, 2013

SELAMAT BERSIDANG KONGRESS KHAS PINDAAN PERLEMBAGAAN ESOK (24 NOV 13)

Esok (Ahad - 24/11/2013), KEADILAN Pusat akan mengadakan Kongres Khas untuk meluluskan Pindaan Perlembagaan Parti yang akan di adakan di Shah Alam, Selangor.  Pindaan kali ini lebih kepada prosedur dan peraturan pemilihan di dalam parti di peringkat Pusat dan Negeri.

Pindaan ini dilakukan secara umumnya adalah untuk memberikan lebih kuasa kepada peringkat akar umbi bagi menentukan kedudukan dan hala tuju parti.  Dijangkakan lebih 2,000 perwakilan dari semua Cabang akan hadir di dalam Kongres Khas kali ini.

Di antara perkara yang dicadangkan untuk pindaan adalah berhubung pencalonan jawatan.  Sebagai contoh, sebelum ini setiap ahli boleh memilih 20 nama calon bagi mengisi jawatan MPP, tetapi kali ini hanya boleh memilih 5 orang calon sahaja.  Ertinya, calon-calon yang popular dan terbaik sahaja bakal menduduki jawatan tersebut.  Kaedah ini juga boleh mengurangkan karenah atau menjimatkan masa pengundian.

Ada beberapa lagi pindaan yang akan dicadangkan untuk diluluskan oleh Kongress.  Sebelum ini deraf cadangan pindaan perlembagaan tersebut telah dikemukakan kepada semua Cabang untuk diteliti dan difahami di samping menyediakan cadangan-cadangan lain, bantahan atau sebagainya sebelum diusulkan pada Kongress esok.

KEADILAN Pahang akan menghantar Perwakilan setiap Cabang negeri ini untuk menghadiri Kongress Khas esok.

VIDEO - APA ANWAR SEBUT TENTANG PENGUNDI HANTU? NAJIB JANGAN BELIT SOAL PENGUNDI BANGLADESH

Friday, November 22, 2013

KEPUTUSAN PEMILIHAN DEWAN PEMUDA/MUSLIMAT PAS PUSAT

Sumber: Anis, Hazayani dan Muhammad Faizal

 
 
PETALING JAYA: Suhaizan Kaiat (gambar) yang mendapat 320 undi dipilih sebagai Ketua In (DPPM) bagi sesi 2013-2015, sementara Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai timbalannya diumumkan malam tadi.

Dua lagi calon Ketua Pemuda ialah Kamaruzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif yang masing-masing mendapat 304 dan 7 undi.

Khalil mendapat 355 undi sementara Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula 282 undi.

Ir Khairil Nizam Khirudin yang mendapat 411 undi dipilih sebagai Naib Ketua manakala Ahmad Zamri As'ad khuzaimi pula memperoleh 226 undi.

Ahli-ahli Jawatankuasa yang dipilih sebagaimana di bawah:

1. Syed Abdul Kadir Al Jofree (433)
2. Afnan Hamimi Taib Azamudden (433)
3. Ahmad Fadhli Shaari (417)
4. Syahir Sulaiman (415)
5. Abang Ahmad kerdee (404)
6. Zaharudin Muhammad (379)
7. Ahmad Yahya (377)
8. Wan Faizul Salleh (371)
9. Fadhli Ghani (359)
10. Zawawi Hassan (358)
11. Nurul Islam Mohamed Yusoff (355)
12. Mohd Sany Hamzan (340)

Siti Zailah Mohd Yusof dipilih sebagai ketua Muslimat PAS manakala Dr Siti Mariah Mahmud terpilih sebagai timbalannya.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Muslimat PAS

Senarai Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS 2013-2015

jumlah perwakilan berdaftar dan layak mengundi 681
jumlah perwakilan mengundi - 665

jumlah kertas undi dalam peti undi - 665 kertas undi

Pengerusi Tetap
* Norhashimah Deraman - 387
* Nor Azlin Md Samsudin - 208
* Saadiah Abu Bakar - 56

Timbalan Pengerusi Tetap
* Nor Azlin Md Samsudin

Ketua
* Siti Zailah Mohd Yusoff - 468
* Nuridah Salleh - 189

Timbalan Ketua
* Dr Siti Mariah Mahmud - 429
* Dr Najihatussalehah Ahmad - 229

Naib Ketua
* Mumtaz Mohd Nawi - 457
* Dr Rosni Adam - 201

Ahli Jawatankuasa

* Dr Halimah Ali - 476
* Aiman Athirah Sabu - 457
* Khairiah Mohamed - 454
* Normala Sudirman - 446
* Dr Asiah Ali - 444
* Aida Yusof Rawa - 409
* Wan Ubaidah Omar - 393
* Mastura Mohammad - 392
* Datuk Siti Ashah Ghazali - 372
* Azizah Khatib Mat - 360
* Wan Hasrina Wan Hassan - 331
* Kartini Ahmad - 306
* Rohani Ibrahim - 300
* Dr Wan Maseri Wan Muhamad - 279
* Noor Hanim Ismail - 274
* Siti Faridah Samad - 260
* Rosiah Salleh - 253
* Wan Aisyah Wan Ariffin - 243
* Kintan Man - 219
* Salamiah Mohd Nor - 209
* Wan Hamidah Wan Daud 171
* Noraini Hussin - 166

Monday, November 18, 2013

AGEN PERISIK MELIBATKAN PEGUAM NEGARA - SAMM PAHANG BUAT LAPORAN POLIS

Kenyataan Terbuka SAMM Pahang
17 November 2013

Agen Perisikan di Pejabat AG: Kerajaan Malaysia Perlu Jawab Kelancangan Tun Mahathir.

Sikap pengecut Kerajaan Malaysia yang terus ‘bersembunyi’ dari membicarakn kelancangan tuduhan Tun Mahathir bahawa kemungkinan wujud agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat Peguam Negara terus menimbulkan tanda tanya.

Adakah Kerajaan Malaysia ‘tidak terkata’ apabila satu tuduhan yang mencalar kredibiliti Pejabat Peguam Negara yang juga ‘Pintu keadilan Malaysia’ datang dari wira bangsa melayu sendiri atau mereka sendiri sedang ‘kepanasan’ dengan kebenaran yang sekian lama dirahsiakan? Benar atau tidak persoalan yang kami timbulkan, rakyat perlu jawapan, rakyat berhak mendapat jawapan!
 
Selesai buat laporan Polis di IPD Kuantan oleh SAMM Pahang pada 16 Nov 2013
Justeru itu, bagi terus memberi tekanan supaya pejabat AG dibersihkan dari anasir pengintip dan tindakkan lebih agresif oleh pihak polis, laporan polis telah dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara serentak di seluruh pelusuk negara.

Hari ini, SAMM Pahang serta SAMM setiap negeri mengambil langkah bersama dengan membuat laporan polis di balai polis di setiap negeri masing-masing yang juga negara kelahiran bagi menunjukkan tanda aras kritikalnya kes ini untuk segera diberi perhatian oleh yang berhormat PM sendiri

SAMM Pahang juga menegaskan bahawa kami tidak akan sekali-kali bertolak ansur dalam perkara yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara dari campur tangan luar terutama Amerika Syarikat yang kononnya cuba menjadi ‘polis dunia’.

Kami akan berkumpul dan memberi tekanan jika kerajaan terus mendiamkan diri. IPD Dang Wangi akan menjadi saksi ketegasan kami pada 24 November 2013 sekiranya kerajaan terus berdiam diri.
 
Sekian,

Amirul Syazwan
Penyelaras Bersama SAMM Pahang

Sunday, November 17, 2013

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU YB FUZIAH SALLEH MERIAH "SANTAI DAN MESRA RAKYAT"

Majlis Menyambut Menantu MP Kuantan, YB Fuziah Salleh telah diadakan semalam (Sabtu-16 Nov 2013) di Pantai Sepat, Kuantan.  Majlis yang bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 05.00 petang itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan anaknya yang juga Naib Presiden PKR merangkap MP Lembah Pantai, YB Nurul Izzah.

Kemeriahan majlis yang dilihat sebagai 'Santai dan Mesra Rakyat' memperlihatkan keazaman Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah dan keluarganya untuk melihat agar rakyat bawahan khususnya masyarakat sekitar Kuantan tidak kira latar belakang dan kedudukan boleh bersama meraikan dua pasangan pengantin.  Turut hadir adalah beberapa pimpinan PR negeri ini termasuk YB Dato; Fauzi Abdul Rahman (MP Indera Mahkota/Pengerusi PKR Pahang), YB Andansura (Adun Beserah), YB Us Rosli Jabar (Adun Tanjung Lumpur), YB Lee Chean Chung (Adun Semambu), YB Sim Choon Siang (Adun Teruntum), Us Yusof Embong (Timb Pesuruhjaya PAS Pahang) dan beberapa pimpinan yang lain.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis yang sempat dirakamkan;

YB Fuziah dan suaminya menyambut tetamu dan melayani tetamu yang ingin bergambar
Dua pasang Pengantin di arak menaiki kuda

YB Fuziah menyambut ketibaan YB Dato' Fauzi
YB Dato' Fauzi menyambut ketibaan Datin Seri Wan Azizah
Datin Seri Wan Azizah dan YB Nurul Izzah bersama dua pasangan pengantin yang diraikan
Adun Beserah, YB Andansura (berkopiah) turut hadir
Adun Semambu, YB Lee Chean Chung (kemeja putih)
Adun Teruntum, YB Sim Choon Siang (baju batik biru)
Doa dibacakan - Mohon keberkatan
YB Dato' Fauzi, YB Chean Chung bersama Us Yusof Embong
Datin Seri Wan Azizah dan YB Nurul Izzah di meja makan
Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Sdr Che Mat sedang menjamu selera


Thursday, November 14, 2013

RUMAH TERBUKA DEEPAVALI PARLIMEN INDERA MAHKOTA DAN DUN SEMAMBU MERIAH

Malam tadi, (13 Nov 2013) jam 08.00 malam bertempat di perkarangan Pusat Komuniti Dun Semambu, Indera Mahkota telah diadakan Rumah Terbuka Deepavali anjuran Parlimen Indera Mahkota bersama Dun Semambu.
 
Berbagai lapisan masyarakat telah hadir bagi meraikan kaum berugama Hindu yang masih lagi hangat dan meriah menyambut Deepavali.  Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman tidak dapat hadir kerana tugasan beliau di Parlimen telah mewakilkan Pegawai Khasnya, Sdr Dr Azli yang telah memberikan ucapan mewakili YB Dato' Fauzi.  Adun Semambu, YB Lee Chean Chung juga turut hadir memeriahkan lagi sambutan yang diadakan malam tadi.
 
Turut hadir adalah beberapa pimpinan setempat termasuk SU PKR Pahang, Sdr Kamarzaman Yunus.  
 
SU PKR Pahang, Sdr Kamarzaman (baju batik) bersama isterinya dan Pegawai Khas MP Indera Mahkota, Sdr Azli
 
Adun Semambu, YB Lee Chean Chung (Dua dari Kiri) dan Sdr Kamarzaman (SU PKR Pahang) bersama di antara yang hadir meraikan Rumah Terbuka Deepavali
 
Sdr Kamarzaman (SU PKR Pahang)
Sdr Dr Azli mewakili MP Indera Mahkota memberikan ucapan
Dr Azli mewakili YB Dato' Fauzi menyampaikan sumbangan
 

Monday, November 11, 2013

AL FATIHAH - JENAZAH ALLAHYARHAM AHMAD RAFLIE MANGSA TEMBAKAN DIKEBUMIKAN PAGI INI

Petang semalam (10 Nov 2013), satu kejadian malang berlaku lagi tapi kali ini melibatkan kakitangan Jabatan Agama Islam pula.  Di dalam kejadian lebih kurang jam 2.00 petang, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raflie Ab Malik mati ditembak dari jarak dekat di perkarangan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad yang mengesahkan kejadian itu berkata, tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian.  Ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menambak mangsa dengan 3 das tembakan.  Motif pembunuhan masih di dalam siasatan Polis.

YB Dato' Fauzi Abdul Rahman di luar rumah mangsa
MP Kuantan, YB Fuziah Salleh turut hadir menziarahi
KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Takziah kepada waris dan keluarga Allahyarham Ahmad Raflie, serta mendoakan agar Roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh dan mendapat kerahmatanNya.
 
Mangsa - Allahyarham Ahmad Raflie
Kami memandang serius kadar jenayah yang semakin serius sehinggakan tidak lagi mengira mangsa dan kejadian tembakan boleh berlaku di waktu siang di hadapan rumah.  Ini menunjukkan penjenayah tidak sedikit pun gentar dan dikhuatiri kejadian seperti ini bakal berulang jika pihak berkuasa gagal menanganinya.  
 

Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang telah dimaklumkan kejadian malang tersebut terus bergegas ke rumah Allahyarham.  Turut hadir adalah MP Kuantan, YB Fuziah Salleh.  

Diberitakan jenazah Allahyarham akan disemadikan pagi ini selepas selesai urusan bedah siasat di HTAA, Kuantan. 

Thursday, November 7, 2013

ALLAHYARHAM TUAN HJ SUHAIMI SELAMAT DISEMADIKAN

Jenazah Allahyarham Tuan Hj Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR yang juga Ketua Cabang K.Krau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 4, Jalan Maran-Temerloh pagi semalam.

YB Dato' Fauzi tidak dapat menahan kesedihan sewaktu berdoa di sisi arwah ketika masih berada di Hospital


Turut mengiringi jenazah Sdr Ahmad Nizam, Timb Pengerusi MPN juga Ketua Cabang Temerloh

Balu Allahyarham, Kak Hendun bersama keluarganya menjirus air di atas pusara Allahyarham sebaik sahaja disemadikan

AL FATIHAH.

Wednesday, November 6, 2013

JENAZAH ALMARHUM TUAN HAJI SUHAIMI DIKEBUMIKAN PAGI INI

AL FATIHAH.

Sekitar suasana yang memilukan di Hospital Temerloh petang semalam sebaik sahaja dimaklumkan bahawa Tuan Hj Suhaimi Said telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 06.00 petang.  Beberapa pimpinan dan rakan Almarhum turut hadir menziarahi jenazah di Hospital.  Jenazah kini berada di rumah keluarganya di Km 4, Jalan Maran-Temerloh dan akan disemadikan pagi ini.

YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi KEADILAN Pahang sempat membacakan doa disisi jenazah Almarhum

YB Tuan Syed, Adun K.Semantan sedang berbicara dengan Puan Hendon, balu Almarhum yang sentiasa tabah dan tenang menghadapi ujian pemergian suami tercinta
Kakak Almarhum (duduk di kerusi) menahan tangisan di atas pemergian adik tersayang
YB Tuan Syed (Adun K.Semantan), Pak Yassin Salleh (Penyajak terkenal) dan Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang)


Tuesday, November 5, 2013

AL FATIHAH - TUAN HJ SUHAIMI SAID KEMBALI KE RAHMATULLAH

AL FATIHAH.

Dukacita KEADILAN Negeri Pahang mengumumkan berita sedih, pemergian Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR yang juga Ahli MPP, Naib Pengerusi KEADILAN Pahang merangkap Ketua Cabang K.Krau, Tuan Hj Suhaimi Said telah kembali ke Rahmatullah sekitar jam 06.00 petang tadi (05 Nov 2013 - 01 Muharram 1435H) di Hospital Temerloh.


Sebelum ini Almarhum telah mendapat rawatan di Hospital Temerloh, kemudiannya beberapa kali mendapat rawatan di HUKM, Ceras dan akhirnya kembali menerima rawatan di Hospital Temerloh di mana beliau menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi.  Penyakit 'misteri' yang mempunyai kaitan dengan penyakit tulangnya mula serius sejurus PRU 13 yang lalu di mana Almarhum juga adalah calon KEADILAN di Dun Jenderak tetapi tewas.

Difahamkan jenazah beliau akan dibawa pulang di rumahnya di Batu 4, Jalan Maran-Temerloh dan akan disemadikan esok (06 Nov 2013).  

KEADILAN khasnya, KEADILAN Pahang khususnya merasai amat kehilangan seorang tokoh dan pejuang yang tidak pernah serik dan mengalah memperjuangkan nasib rakyat terutamanya perjuangan beliau membela nasib para peneroka Felda dan masyarakat Orang Asal.  Kata-kata beliau " Buat kerja belum tentu menang, tidak buat kerja pastinya tidak akan menang" masih utuh pada semua pimpinan KEADILAN Pahang dan akan kami jadikan azimat untuk terus memperjuangkan nasib rakyat.

Pengerusi KEADILAN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman serta seluruh Ahli MPN, mewakili seluruh ahli KEADILAN Pahang mengucapkan Takziah kepada keluarga dan waris Almarhum Tuan Hj Suhaimi Said semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kesabaran bagi menghadapi ujian yang berat ini.  

Marilah kita bersama mendoakan agar Roh Almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh dan para pejuang Islam sebelum ini, semoga mendapat kerahmatan dari Allah Subhanahu Wataala.  
AL FATIHAH.

* Sedikit serba ringkas tentang Almarhum Tuan Hj Suhaimi Said (Petikan dari blog Biro Orang Asal PKR Pahang):



Beliau telah dilahirkan di Kg Lubok Kawah, Temerloh, Pahang pada 8.12.1944. Tempat di mana ramai pejuang Negara muncul. Misalnya Allahyarham ayahahanda beliau sendiri adalah seorang pejuang didalam Angkatan Pemuda Insaf, sayap Pemuda kepada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Nama Lubok kawah merupakan sebuah kampong yang telah mengalami evolusi dan revolusi dalam dunia politik kerana kebanyakan penduduknya adalah pejuang-pejuang kebangsaan menuntut kemerdekaan. Akhirnya kampung ini disenarai hitam oleh kerajaan inggeris kerana kesemua penduduknya kecuali yang mempunyai anak kecil menyertai PKMM, API dan AWAS.

Sebelum menyertai Parti keadilan Rakyat, partama sekali yang beliau sertai ialah Parti Rakyat Malaysia, sebelum menyertai Parti Islam se-Malaysia dan akhirnya satu kesilapan besar menyertai UMNO. Hal ini telah diakui sendiri oleh beliau. Menurutnya UMNO hanya untuk golongan elitis dan kapitalis. Setelah Keluar daripada PRM kerana parti tersebut telah berpecah kepada dua kumpulan sebelum lumpuh disebabkan ramai ahlinya yang keluar. PRM Pahang lumpuh kerana terdapat tuduhan kepada presiden parti tersebut sebagai tali barut kerajaan,

Beliau mengakui sebagai “binatang” dalam politik kerana selepas keluar daripada PRM beliau menyertai PAS dan menumpukan kepada isu-isu felda iaitu hak pemilikan individu kepada setiap peneroka. Akhirnya ramai ahli Umno yang keluar parti dan menyertai PAS. Oleh kerana kesungguhan beliau untuk mengadakan Konvensyen Felda, akhirnya beliau ditahan dibawah ISA dan dibebaskan pada 1986 serta dibuang daerah ke Melaka.

Di Melaka beliau tidak duduk diam, beliau terus berjuang dan menubuhkan banyak cawangan cawangan PAS dan mewujudkan Pas Selatan-Selatan. Keadaan ini amat merunsing dan membimbangkan UMNO negeri Melaka. Maka sekali lagi beliau ditahan dibawah ISA dalam Operasi Lalang bersama 120 pemimpin parti pembangkang. Selepas 6 bulan kemudian beliau telah dibebaskan.

Selepas lama menyepikan diri, beliau kembali ke arena politik setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dan menyertai Parti Keadilan Rakyat pada di rumah rumah saudara Nizam Hamid 27 November 2007 atas pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saudara Nizam Hamid dan Dr Syed Husin Ali. Kemasukan beliau dalam KEADILAN setelah Bekas Timbalan Presiden Dr Chandra Muzaffar dan Marina Yusf tidak wujud lagi dalam parti ini.

Bermula Januari 2008, beliau memasuki Kuala Krau dan menubuhkan cabang Kuala Krau bermula ahli yang kosong hanya dibantu oleh saudara Razak Hussein, SuhaimI Abdullah dan seterusnya saudara Man Kadir (Abdul Kadir Abdul Manaf). Akhirnya ahli Keadilan cabang ini meningkat hampir 30 orang.

Sehingga kini cabang Kuala Krau mempunyai ranting-ranting di 10 buah perkampongan Orang Asal, dan di kampong-kampong tradisi Melayu yang dulunya langsung tidak boleh dihampiri seperti Kg Paya Luas, Kg Gong Halt, Kg Dato Sharif Ahmad, dan kami juga ada ranting di Felda Jenderak Utara, Kg Jenderak, Estet Sg Tekal, Tmn Seri Desa, dan keahlian PKR di DUN Jenderak kini sudah dapat mengatasi Cabang-Cabang PKR yang sudah tertegak hampir 10 tahun yang lampau. Kini kami membantu pula rakan-rakan PR khususnya PAS di Kuala Krau dengan menubuhkan ranting-ranting di Felda Jengka 22, Felda Jengka 11, Kg Matau dan Kg Rumpun Makmur.

Dikalangan Orang Asal, Haji Suhaimi Said sangat terkenal kerana sikap peramah dan marhaen selau yang berkujung ke perkampung Orang hampir setiap minggu. Menurut Kin Kasim, Ketua ranting Kampung Penderas Haji Suhaimi Said adalah salah pemimpin Jahut dan Ustaz Badrul Amin berseloroh sebagai Batin Orang Asal Malaysia. Walaupun agak lucu gelaran tersebut tetapi yang nyatakan usaha beliau telah berhasil dan telah dihargai oleh Orang Asal bahkan rakyat Malaysia.

MARI ZIARAH TUAN HJ SUHAIMI DI HOSPITAL TEMERLOH

Di sebalik kita merasa bersyukur di atas kemenangan rakan kita, calon PAS di PRK Dun Sg Limau semalam, kita masih merasa dukacita dengan musibah berupa ujian yang dihadapi oleh orang kuat KEADILAN Pahang yang juga Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said yang kini diberitakan masih kritikal di Hospital Temerloh.
 
 
 
Sebelum ini, beliau telah beberapa kali dibawa ke HUKM, Ceras dan kini dirawat semula di Hospital Temerloh.  Selain dari menerima rawatan secara moden, Tuan Hj Suhaimi juga telah berikhtiar untuk menerima rawatan secara tradisional, namun sehingga kini kesihatannya masih belum berubah.  Sewaktu artikel ini ditulis, beliau masih tidak sedarkan diri dan hanya bergantung kepada bantuan pernafasan.

 
 
Beberapa rakan dan pimpinan parti termasuk dari Bn telah menziarahi beliau samada di rumahnya mahupun sewaktu beliau berada di hospital.  Oleh yang demikian, sesiapa yang mahu menziarahinya bolehlah datang ke Hospital Temerloh, di Aras 7, Kenanga 12, Katil No. 11. 
 
Marilah kita bersama-sama mengadakan Solat Hajat dan berdoa agar Tuan Hj Suhaimi Said diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini termasuk juga kaum keluarganya, di samping sentiasa berdoa agar beliau dipulihkan dari penyakit yang dihadapinya.  Sesungguhnya, perjuangan beliau amat ditagih dan diperlukan oleh rakyat terutamanya dari golongan peneroka Felda dan Orang Asal kerana beliau tidak pernah jemu memperjuangkan nasib golongan ini.
 
"Kepada Mu Ya Allah, kurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan kepada hambamu yang lemah dan dhaif itu, hanya Engkau Maha Penyembuh Segala Penyakit".  Amin.