KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, December 6, 2011

PROGRAM CERAMAH UMUM DI MENTAKAB BERJAYA

Malam tadi (05 Dis 11) Cabang Temerloh telah mengadakan satu program Ceramah Umum bertempat di Simpang Taman Saga, Mentakab iaitu di perkarangan Pejabat Keadilan Cabang Temerloh.

Ceramah malam tadi menampilkan penceramah utama iaitu Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin (Chegu Bard), Ustaz Samsul Firdaus iaitu bekas Imam yang hadir sewaktu `Datuk T' melakukan sumpah di dalam masjid dan juga seorang tokoh muda Sdr Irfan Abdullah seorang pemimpin pelajar yang menuntut di Turki.  Ketua Cabang, Sdr Ahmad Nizam Abd Hamid yang juga Pemangku Pengerusi MPN juga turut menyampaikan ucapan.  Turut diberi ruang berucap adalah Sdr Zakri Yusuf, wakil penduduk dari Kg Matau, Jengka.  Timbalan Ketua Cabang, Dr Yahaya serta Naib-Naib Ketua Cabang dan AJK-AJK Cabang Temerloh turut bersama di dalam program yang diadakan.

Sambutan program malam tadi boleh dibanggakan tambahan pula dengan keadaan cuaca yang amat baik.  Paling membanggakan yang hadir adalah terdiri dari berbagai kaum, iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asal. 

Tokoh muda, Sdr Irfan seorang pemimpin pelajar di dalam ucapannya banyak menyentuh tentang amalan demokrasi yang diamalkan di luar negara di samping beliau menyentuh banyak perkara tentang akta yang melibatkan golongan pelajar atau mahasiswa.  Beliau juga turut menyatakan sikap dan kemahuan golongan muda dewasa ini yang mahukan kepada perubahan dan mereka tidak mahu terus menerus diperbodohkan oleh Umno/Bn.

Sdr Zakri Yusuf, wakil penduduk Kg Matau, Jengka
 
Ketua Cabang Temerloh, Sdr Ahmad Nizam Abd Hamid
 
Sdr Irfan Abdullah
Kemunculan Us Samsul, bekas Imam yang terlibat menyaksikan perbuatan `bidaah' sumpah laknat `Datuk T' yang mendakwa penglibatan Ketua Pembangkang di dalam aktiviti seks bersama seorang wanita Cina menarik perhatian hadirin.  Beliau menceritakan bagaimana dari awal lagi ternampak kepincangan `lakonan' kumpulan `Datuk T' bila mana mereka menunaikan Solat Sunat hanya Satu Rokaat.  Adakah Solat `Tahiyyatul Masjid' itu hanya Satu Rokaat atau mungkinkah mereka menunaikan Solat Witir?  Beliau turut menyebut nas dan dalil berkaitan Hukum Qazaf berkaitan tuduhan yang dibuat oleh kumpulan `Datuk T' ini.  

Us. Samsul Firdaus
Kemuncak ceramah malam tadi, Chegu Bard tampil dengan menjelaskan tentang jati diri masyarakat dan negara ini berbanding dengan negara-negara maju yang lain.  Faktor sejarah telah banyak dikelirukan oleh Umno demi untuk kepentingan politik mereka iaitu untuk mengamalkan sikap `pecah dan perintah'.  Penghormatan yang melampau-lampau terhadap tokoh penjajah seperti Sir Henry Gurney menjadikan rakyat lalai dan lupa bahawa tokoh tersebut adalah pemusnah kepada kebangkitan Islam seluruh dunia dan tokoh ini lah yang secara langsung menjadikan sejarah negara-negara Islam sering berbalah. 

Chegu Bard, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Chegu Bard seterusnya kesal dengan didikan Umno kepada golongan muda Melayu dengan menjadikan mereka seumpama `budak upahan' demi kepentingan pemimpin mereka.  Ini tidak berlaku kepada golongan muda kaum lain seperti Cina atau India di negara ini di mana mereka tidak diajar untuk mendapat upah hanya melakukan kerja mengganggu program parti anjuran Pembangkang.  Chegu Bard juga menyentuh serba sedikit tentang keborosan keluarga Najib dan Rosmah di mana rakyat terus diperdaya untuk mengekalkan mereka di Putrajaya.  


 
Beliau turut mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti berdasarkan kenyataan Ketua Pemuda Umno, KJ  bahawa `Special Branch' (SB) Polis terlibat di dalam politik Umno.  Chegu Bard juga mendedahkan dokumen kastam yang membuktikan bahawa kerajaan Umno/Bn sekarang sudah lama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Zionis Israel.  Sehubungan itu, beliau menggesa agar rakyat menolak Umno/Bn di dalam PRU yang akan datang akibat daripada pengkhianatan yang telah dilakukan oleh mereka.


Di dalam program tersebut, Chegu Bard juga turut menerima borang kemasukan 51 ahli baru PKR yang kesemuanya dari kaum Tionghua dari Sdr Kok Ming, Naib Ketua Cabang Temerloh yang turut disaksikan oleh Ketua Cabang, Sdr Nizam Abd Hamid.

Orang ramai meminta tandatangan Chegu Bard di atas buku yang dibeli

Sesi bergambar bersama Chegu Bard dan penceramah jemputan

Buku terbitan SAMM, buku `FITNAH' mendapat sambutan hangat dari orang ramai dan mereka juga mendapat risalah percuma berkaitan isu cincin 24 Juta `Emilda Rosmah'.  Akhbar Selangor Kini juga diedarkan pada program malam tadi. 

Kesimpulannya, program malam tadi telah berjaya dijalankan.  Tahniah kepada Cabang Temerloh dan rakan Pakatan Rakyat yang bersama-sama menjayakannya.  Difahamkan Cabang Temerloh akan mengadakan program ceramah yang lain pada tarikh yang terdekat bagi menjemput Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman yang baru pulang dari menunaikan Ibadah Haji bersama Datin kelmarin, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment