–Kenyataan Media–
Telah sekian lama Dato’ Seri Anwar Ibrahim diitohmah dengan
pelbagai tuduhan. Tatkala dipenjara, antara fitnah yang dilemparkan ke
atas beliau kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Tuduhan ini direkayasa semenjak tahun 1998 lagi lantaran
komitmen Dato’ Seri Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan
negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban. Dato’ Seri
Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni
dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis
ekonomi 1997/98.
Lantaran ketegasan Dato’ Seri Anwar inilah Perdana Menteri ketika
itu Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan perlu menyingkirkan beliau
dari tampuk kepimpinan negara.
Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar
dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan UMNO serta juak
mereka.Pimpinan UMNO mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah
dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus. Apa yang tidak
pimpinan UMNO dan Tun Dr. Mahathir sedari, rakyat tidak lagi
senang diperbodohkan. Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah
keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum
akan datang.
Tohmahan Tun Dr. Mahathir bahawa Dato’ Seri Anwar adalah agen
Barat,IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan Perdana
Menteri tersebut. Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Tun Dr.
Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi
untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.
Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Dato’ Seri Anwar
dipecat,Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di
hadapan khalayak tanpa segan silu mantan Perdana Menteri itu
semberono memfitnah Dato’ Seri Anwar sebagai perkakas Bank Dunia
sekaligus agen Barat.
Beberapa hari lalu Tun Dr Mahathir telah mencabar Dato’ Seri
Anwar bersumpah dengan menjunjung al Quran. Sewajarnya sebelum
mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al
Quran,eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San
Miguel.
Sewajarnya dinyatakan tatkala masih menjawat jawatan Menteri
Kewangan,Dato’ Seri Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa
Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu. Kini
sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda
fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.
Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun
Dr.Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta
kenyataan beliau yang terdahulu. Jika diteliti, ianya jelas menunjukkan
komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Tun Dr.
Mahathir.
2 - http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=
Eekmal Ahmad
Koordinator Media Pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim
No comments:
Post a Comment