KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Wednesday, October 31, 2012

ISU YAYASAN SELANGOR - FITNAH TERBONGKAR

PEMBANGUNAN TANAH YS TELUS

Sebagaimana yang dimaklumi, tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur milik Yayasan Selangor akan dibangunkan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya. Pembangunan tersebut akan dimulakan pada awal tahun 2013.

Sebagai ganti kepada Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL), Yayasan Selangor akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, yang menelan belanja tidak kurang daripada RM50 juta (tidak termasuk kos tanah). Kos pembinaan SBP di biayai daripada pulangan cadangan projek usahasama memajukan tapak AYSKL, Jalan Kg Pandan dengan pulangan kepada YS tidak kurang daripada RM300juta ("in cash and kind").

Pihak kami ingin memberikan jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanah Yayasan Selangor kini dan akan datang adalah telus dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini oleh pengurusan terdahulu.

Yayasan Selangor kini amat berhati-hati dan mensyaratkan pulangan kepada YS daripada sesuatu projek usahasama (joint-venture) adalah 30:70; di mana YS perlu mendapat 30% keuntungan daripada GDV (Gross Development Value) projek tersebut. Ini dilakukan bagi menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan rakyat Negeri Selangor.

Ini amat berbeza dengan proses pembangunan semasa pemerintahan Barisan Nasional (UMNO) dahulu, di mana YS hanya mendapat antara 3 – 5% sahaja daripada GDV. Ini terbukti daripada pembangunan tanah di Persimpangan Jalan Raja Muda/Jalan Tun Razak, Kg. Baru apabila YS hanya mendapat sebuah bangunan bernilai RM54 juta, sedangkan GDV projek tersebut adalah sekitar RM1.8 billion. Begitu juga dengan projek-projek lain seperti pembangunan tanah di Petaling Jaya, Klang dan Kelana Jaya.

Semua projek kini adalah melalui proses tender terbuka, sedangkan pada zaman BN dahulu ia dijalankan secara rundingan terus (direct negotiation). Disebabkan pulangan yang amat rendah dan proses rundingan terus, pihak kami berpendapat kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Semua kepincangan proses pembangunan hartanah YS pada masa dahulu akan melalui proses “forensic audit” tidak lama lagi. Pemilihan Auditor kini sedang ditender secara terbuka.

Tuduhan-tuduhan kononnya pihak pengurusan tertinggi YS atau Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kepentingan dan berhasrat untuk menjual tanah milik YS adalah fitnah semata-mata. Kami menganggap tuduhan liar tersebut hanyalah tindakan terdesak pihak-pihak tertentu untuk memancing undi dan menjatuhkan image Kerajaan Pakatan Rakyat, memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Oleh itu, pihak kami ingin mengingatkan kalangan tertentu supaya tidak menyamakan proses tender kini yang dikendali secara telus/terbuka di YS, dengan proses pembangunan secara "runding terus" semasa zaman BN tidak lama dahulu.



ILHAM MARZUKI
Pengurus Besar
Yayasan Selangor

Tuesday, October 30, 2012

RAKYAT JOHOR SUDAH MULA BERUBAH, RAKYAT PAHANG JANGAN KETINGGALAN

Kira-kira 3,000 orang Cina keluar dewan ketika Presiden MCA aka Pelakon Video, Chua Soi Lek berucap pada Majlis Makan Malam di Kulai, Johor semalam.  Pihak penganjur mendakwa bahawa kira-kira 5,000 orang hadir pada program tersebut. 
 
Laporan ini dikeluarkan oleh akhbar China Press.  Apa ertinya?  Ini bermakna isu menentang hukum Hudud dan mempersendakan hukum Islam yang sering dijaja oleh Chua Soi Lek ditentang oleh sebilangan besar kaum Cina di negara ini.  Maka, lojiklah apabila di dalam kajian yang dijalankan lebih kurang 44% kaum Cina tidak pernah merasa terancam dengan hukum Hudud.  
 
 
 
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bingkas bangkit membela bossnya dengan mendakwa bahawa, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika Chua Soi Lek berucap bukan petanda pengurangan sokongan.  "Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur semalam.

 
 
China Press semalam melaporkan, kira-kira 20 peratus daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulau keluar ketika Dr Chua berucap.  Penganjur program bertajuk "Kestabilan melampaui huru-hara" bagaimanapun menjelaskan tindakan peserta keluar awal bertujuan mengelak kesesakan jalan raya.
 
Laporan ini sudah tentu merisaukan Umno terutamanya di Johor sebuah negeri yang dahulunya amat pekat Umnonya.  Sebenarnya kekuatan Umno di Johor sebelum ini banyak bergantung kepada sokongan pengundi-pengundi Cina.  Kini, melihat kepada perkembangan yang ada di mana semua program Pakatan Rakyat telah mendapat sambutan yang luar biasa di Johor bukan sahaja di kalangan kaum Cina tetapi juga di kalangan kaum Melayu sendiri.  Jika tidak, masakan terdapat berbagai gangguan dan provokasi yang dilakukan oleh gerombolan mereka untuk menyekat program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Johor.  Ertinya, Johor bakal menyaksikan Umno/Bn kecundang di dalam PRU akan datang.

Jika kaum Cina sudah menyedari kecurangan Umno/Bn selama ini, adakah kita orang-orang Melayu khususnya di Pahang ini masih dibuai mimpi?  Di tempat lain mereka semua mahu perubahan dan amatlah malang jika rakyat Pahang masih lagi berharap kepada sebuah kerajaan yang hanya pandai membuat hutang dan menghabiskan balak dan hasil lombong untuk kroni mereka sahaja.  
 
Rakyat Pahang mesti lakukan perubahan.  Warga felda mesti tampil dengan berani mempertahankan tanah felda mereka dari terus dijadikan barang dagangan di dalam bursa saham.  Ayuh, "UBAH SEGERA, SELAMATKAN PAHANG".

Sunday, October 28, 2012

UMNO SUDAH MULA TIKAM MENIKAM SESAMA SENDIRI

Di dalam keghairahan Umno untuk menyebarkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat melalui media-media kawalan mereka, terdapat desas-desus di dalam Umno sendiri bahawa Umno juga kini terancam dengan serangan dari dalam parti mereka sendiri.

Ini didedahkan sendiri oleh laman web pro Umno yang lebih kritikal terhadap parti tersebut iaitu Umno-reform, di SINI http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1819&Itemid=58

Terdapat perancangan dari pihak tertinggi dari Umno sendiri yang ingin menjatuhkan kredibiliti penyandang-penyandang kerusi Parlimen dan Dun yang tertentu agar pimpinan atasan dapat menjadikan alasan kukuh untuk menggugurkan beberapa Wakil Rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka di dalam PRU ke 13 nanti.  Maka, diatur perancangan dengan mengarahkan orang-orang mereka untuk menjalankan propaganda malahan fitnah terhadap Wakil Rakyat Umno/Bn itu sendiri supaya nama baik mereka terjejas.  Apabila ini berjaya dilakukan, maka kepimpinan tertinggi Umno lebih mudah untuk menggugurkan nama Wakil Rakyat tersebut dari dicalonkan semula.  Calon baru akan dibawa masuk dan sudah tentu calon ini adalah mereka yang menyokong atau terdiri dari tim kepimpinan sekarang.

Begitulah politik cantas mencantas di dalam Umno yang sudah menjadi tradisi dulu, kini dan selamanya.  Ahli-ahli Umno di peringkat bawahan tidak akan dapat menampilkan calon yang baik atau bersih selagi budaya ini berterusan di dalam Umno.  Sebab itulah Umno kini semakin teruk dan jijik di pandangan rakyat, bahkan Umno semakin tidak dihormati oleh rakan-rakan mereka sendiri di dalam Komponen Bn.

Ayuh, tinggalkan Umno kerana tanpa Umno Melayu dan Islam boleh bangkit bersama dan kaum lain juga tidak akan merasa terancam.

Saturday, October 27, 2012

JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI PAHANG PADA 04 NOV 2012

Jelajah "Merdeka Rakyat" yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama rombongannya akan tiba ke Pahang pada 04 November ini, bermula di Pahang Barat, Tengah seterusnya hingga ke Ibu Negeri Pahang, Kuantan.

Sehubungan itu, semua kawasan yang telah diarahkan bersiap sedia bagi menyambut ketibaan Ketua Pembangkang beserta rombongannya hendaklah menentukan persiapan rapi dari semua aspek, dan paling utama dari segi aspek keselamatan.

Sebarang kecuaian di dalam aspek ini akan dipertanggungjawabkan kepada kita semua, justeru itu perancangan rapi dan kawalan keselamatan paling maksima hendaklah disediakan sepanjang program ini.

Satu mesyuarat kordinasi program "Jelajah Merdeka Rakyat" akan diadakan oleh Ibu Pejabat KEADILAN negeri dalam masa yang terdekat ini diikuti oleh mesyuarat kordinasi bagi kawasan-kawasan yang terlibat di dalam program pada 04 November nanti.  

Program ini nanti nescaya akan dapat menyuntik semangat semua untuk merealisasikan cita-cita kita untuk merampas Negeri Pahang di dalam PRU ke 13 akan datang.  " UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG".

Thursday, October 25, 2012

SKANDAL WANG RM40 JUTA: KEADILAN TUNTUT SIASATAN DI BAWAH AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001 (ANTI MONEY LAUNDERING ACT 2001)

Penjelasan Dato’ Seri Nazri Aziz di Parlimen baru-baru ini yang cuba melepaskan Dato’ Seri Musa Aman dari tuduhan rasuah membabitkan wang RM40 juta sebenarnya menguatkan lagi persepsi bahawa ada unsur-unsur rasuah dan pelanggaran undang-undang yang terlibat.

Kenyataan Dato’ Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Tuaran hari ini bahawa wang RM40 juta itu dimasukkan terus ke dalam akaun peribadi seorang pemimpin Umno mengesahkan bahawa pemindahan wang itu berkemungkinan besar telah melanggar undang-undang negara terutamanya peruntukan-peruntukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Anti Money Laundering Act 2001, selepas ini dirujuk sebagai Akta 613).

KEADILAN memang telah lama mengumpulkan bukti dan maklumat bagi membolehkan satu laporan di buat kepada Bank Negara Malaysia di bawah Akta 613 untuk menyiasat pemindahan wang tersebut. Apatah lagi apabila pemindahan wang tersebut dipercayai membabitkan hasil dari kegiatan pembalakan yang mempunyai unsur rasuah sehinggakan ia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saya akan membuat satu laporan kepada Bank Negara Malaysia pada hari Khamis 25 Oktober 2012, jam 11 pagi agar satu siasatan dijalankan berdasarkan bukti-bukti berikut:

1. Sesebuah institusi kewangan perlu melaporkan segera kepada Bank Negara Malaysia sekiranya sebarang pegawai atau kakitangannya mengesyaki bahawa satu pemindahan wang adalah bersabit kegiatan haram atau hasil dari kegiatan haram – Seksyen 14, Akta 613

BUKTI:

§ Kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz bahawa wang RM40 juta dibekukan oleh pihak berkuasa di Hong Kong secara jelas menunjukkan bahawa ada asas untuk mengesyaki wang tersebut berpunca dari kegiatan haram. Sebarang pemindahan dari akaun yang dibekukan kerana disyaki mestilah turut disyaki oleh bank Malaysia yang menerimanya, maka peruntukan Akta 613 mewajibkan bank tersebut melaporkan segera kepada Bank Negara Malaysia

§ Kenyataan Dato’ Seri Wilfred Bumburing bahawa wang RM40 juta itu dipindahkan ke dalam akaun peribadi seorang pemimpin Umno sepatutnya secara serta merta menimbulkan syak wasangka di pihak bank Malaysia yang menerima, kerana pendapatan dan kekayaan seorang ahli politik di Malaysia tidaklah seberapa. Sebarang pemindahan wang dalam jumlah yang besar sebegitu ke dalam akaun seorang ahli politik secara serta merta menimbulkan syak wasangka, seperti diperuntukkan Akta 613 





2. Sesebuah institusi kewangan wajib mengambil semua langkah-langkah yang perlu untuk menjejaki identiti sebenar pemilik wang yang dipindahkan, lebih-lebih lagi di dalam kes yang melibatkan seorang pemegang akaun yang tidak mempunyai sebarang aktiviti perniagaan, kewangan atau industri dari negara asal wang yang dipindahkan – Seksyen 16(3), Akta 613

BUKTI:

§ Kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz bahawa wang RM40 juta adalah milik Umno dan keterangan Dato’ Seri Wilfred Bumburing bahawa wang tersebut dipindahkan ke akaun peribadi seorang pemimpin Umno adalah salah satu contoh salahlaku yang perlu dilaporkan di bawah Seksyen 16(3), Akta 613.

§ Akta 613 mewajibkan bank menyiasat latar belakang individu yang terlibat dan sekiranya pemindahan wang yang besar tidak ada kena mengena dengan operasi perniagaan yang dimiliki di luar negara, ia asas yang kukuh untuk melaporkan kepada Bank Negara Malaysia agar siasatan dapat dimulakan. 



KEADILAN percaya Bank Negara Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk memulakan siasatan dan kuasa yang meluas untuk menyiasat individu-individu terbabit.

Kebebasan Bank Negara Malaysia menyiasat kes ini akan diikuti rapat oleh masyarakat dalam dan luar negara kerana ia bakal membayangkan integritinya.



YB DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

24 OKTOBER 2012

Wednesday, October 24, 2012

HINA HUKUM ISLAM - AMK PAHANG PULA BUAT LAPORAN POLIS

Isu penghinaan terhadap hukum Islam terutamanya oleh pemimpin dari MCA terus mendapat bantahan dari seluruh umat Islam di negara ini.  Satu demi satu penghinaan telah dibuat oleh pemimpin dari sekutu Umno itu terhadap Islam, terutamanya dari Presiden MCA sendiri iaitu Chua Soi Lek.  
 
Penghinaan terhadap hukum Islam bukan baru-baru ini berlaku, malahan ianya telah bermula di era Presiden Umno lagi di zaman Tun Dr Mahathir.  Tun sering mempertikaikan hukum Islam apabila beliau membicarakan soal aurat, Sunnah Nabi dan hukum Hudud. Kelakuan Tun ini dipelajari oleh pemimpin MCA di mana Chua Soi Lek pernah memperlekehkan hukum berjabat tangan Muslimah dengan lelaki yang bukan muhrim.  Beliau mempersendakan calon PAS, Cikgu Mala kerana tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan muhrimnya sewaktu calon PAS ini bertanding di dalam PRK Dun Tenang sebelum ini.
 
AMK Pahang sejurus selepas membuat laporan Polis
Terbaru, Chua Soi Lek sekali lagi menghina Hukum Islam di dalam isu aurat wanita Muslim.  Beliau menuduh hukum ini seolah-olah 'membenarkan' lelaki-lelaki Islam merogol wanita yang bukan Islam sekiranya mereka tidak menutup aurat.  Tuduhan beliau tersebut kononnya bersandarkan ucapan Tuan Guru Nik Aziz, sedangkan beliau tidak memahami konteks ucapan Mursyidul Am PAS tersebut.  Chua Soi Lek juga telah menghina hukum Hudud yang didakwanya boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi dan bertambahnya pengangguran.

Sehubungan itu, AMK Pahang telah membuat satu laporan Polis terhadap kenyataan menghina hukum Islam yang dibuat oleh Chua Soi Lek.  Laporan Polis telah dibuat di IPD Kuantan pada 22 Oktober baru-baru ini kira-kira jam 1.00 petang diketuai oleh Sdr Aidil Haryman, Timbalan Ketua AMK Pahang bersama beberapa ahli AMK Pahang.
 
Baru-baru ini juga, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang telah mempersendakan hukum Islam berkaitan hukum menutup aurat di dalam Twitter beliau.  Satu twitter dari akaun Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah telah mempersendakan dan menghina arahan berpakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada orang-orang Islam.  Ini mungkin muncul dari garis panduan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBSA) yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.  Atas penghinaan ini, satu laporan Polis telah dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang pada 16 Oktober baru-baru ini bertempat di IPD Kuantan.

Twitter yang menghina Islam
AMK Pahang menuntut agar pihak berwajib melakukan siasatan segera terhadap laporan Polis yang telah dibuat di merata-rata tempat.  AMK juga merasa terkilan kerana golongan yang kononnya Ulamak di dalam Umno termasuk beberapa NGO seperti PERKASA atau JATI membisu di dalam isu ini.

Monday, October 22, 2012

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PAHANG - SEMANGAT "UBAH SEGERA, SELAMATKAN PAHANG"

Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang Tahun 2012 telah selamat diadakan semalam (21 Oktober 2012) bermula jam 08.00 pagi sehingga jam 02.00 petang bertempat di Dewan Sekilau, Jalan Haji Ahmad, Kuantan.  Konvensyen tersebut telah dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat Pusat dan Negeri Pahang.  Thema Konvensyen Pakatan Rakyat Pahang tahun ini adalah "UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG".

Pendaftran para peserta konvensyen
Pada awalnya, konvensyen ini akan turut dihadiri oleh Datin Seri Wan Azizah Ismail, Presiden PKR  bagi menggantikan Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Tetapi, disaat-saat akhir Datin Seri Wan Azizah Ismail tidak dapat hadir atas sebab-sebab kesihatan ibunya.  Sehubungan itu, beliau digantikan oleh Naib Presiden PKR, YB Fuziah Salleh.  Pimpinan PAS Pusat telah diwakili oleh Timbalan Presiden, Tuan Haji Muhamad Sabu manakala wakil dari DAP pula adalah YB Dr Tan Seng Giaw.  Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang dihadiri oleh Pengerusi PKR Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman, Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Us Tuan Ibrahim Tuan Man dan dari DAP pula adalah Pengerusi DAP Negeri, YB Leong Ngah Ngah yang juga Adun Triang.

Konvensyen kali ini mensasarkan kehadiran 600 peserta dari semua ahli parti di dalam Pakatan Rakyat Negeri Pahang, namun yang hadir melebihi dari yang disasarkan iaitu lebih kurang 670 peserta yang berdaftar.  Memandangkan ruang yang terhad di dalam dewan, ramai ahli yang ingin memasuki dewan konvensyen terpaksa berada di luar dewan.

Di antara kaum Orang Asal yang hadir
Pimpinan Pakatan Rakyat
Memotong kek Konvensyen
Ketibaan tetamu jemputan yang terdiri dari pimpinan Pakatan Rakyat Pusat telah disambut oleh acara kesenian dari kaum Melayu (kompang), Cina (Tarian Naga) dan India (Tarian India).  Konvensyen dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan "Negara Ku".  Ucaptama disampaikan oleh ketiga-tiga pimpinan Pakatan Rakyat Pusat iaitu YB Fuziah Salleh, Tuan Hj Muhamad Sabu dan juga YB Dr Tan Seng Giaw.

Semua peserta berdiri menyanyikan Lagu Kebangsaan Negara Ku
Kertas Kerja yang dibentangkan oleh wakil-wakil yang telah dipilih dari Pakatan Rakyat adalah meliputi tiga isu iaitu isu Felda, Tanah dan Orang Asal serta isu ekonomi.  Senarai Pembentang Kertas Kerja tersebut telah kami nyatakan di dalam artikel sebelum ini.  Setiap pembentang akan diseliakan oleh seorang moderator dan diulas oleh seorang pengulas berkaitan isu yang dibentangkan.  Selepas selesai pembentangan Kertas Kerja dan ulasan, maka di kemuncak konvensyen ini adalah penggulungan oleh tiga pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang iaitu Dato' Fauzi Abd Rahman,  Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB Leong Ngah Ngah.

Ucaptama oleh YB Fuziah Salleh

YB Dr Tan Seng Giaw


Tuan Haji Muhamad Sabu

Paling mengembirakan kita dan diucapkan tahniah dan syabas adalah dengan kehadiran lebih kurang 50 orang mewakili kaum Orang Asal turut serta di dalam konvensyen kali ini.  Malahan, wakil mereka Sdr Ismail Leh turut berada di atas pentas untuk mengulas isu berkaitan Orang Asal.  Kontroversi terbaru berkenaan sikap MB Pahang, Dato' Adnan Yaakob melayani tuntutan kaum Orang Asal berkaitan isu tanah dan hak-hak Orang Asal menjadi topik hangat di dalam membahaskan kertas kerja Orang Asal.

Tim yang membentangkan Kertas Kerja berkaitan isu Felda
Tuan Hj Suhaimi Said mengulas isu Felda
Tim yang membentangkan Kertas Kerja isu Tanah dan Orang Asal
Sdr Lee Chean Chung (PKR) membentangkan Kertas Kerja bagi isu ekonomi
Sdr Zakaria Abd Hamid (Ahli MPP) turut hadir.  Tutur kelihatan Ketua Wanita PKR Negeri Pahang, Puan Dasimah  (Baju Jingga)
Sesi penggulungan oleh YB Leong Ngah Ngah
Dato' Fauzi Abd Rahman
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man membacakan Ikrar Persefahaman Pakatan Rakyat Pahang sewaktu Sidang Media selepas Konvensayen
Secara keseluruhannya, konvensyen kali ini amat berjaya dan sambutannya di luar jangkaan.  Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur bersama, terutama kepada Pengarah Konvensyen iaitu Sdr Andansura Rabu (PAS) bersama-sama seluruh Ahli Jawatankuasa Konvensyen yang telah bertungkus lumus menjayakan konvensyen ini.  Terima kasih dan penghargaan juga buat individu, pihak-pihak media dan mereka yang terlibat menjayakan konvensyen kali ini.  Teristimewa sekali, buat semua peserta konvensyen yang dapat meluangkan masa untuk hadir bagi memantapkan perjuangan kita bersama bagi mencapai objektif dan thema "UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG".




 

Saturday, October 20, 2012

KONVENSYEN PR PAHANG BERMULA ESOK (21 OKT) DAN CERAMAH PERDANA

 
Esok, 21hb Oktober 2012 (Ahad) akan bermulalah Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pahang bagi Tahun 2012.  Thema Konvensyen kali ini adalah "UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG".  Konvensyen akan diadakan di Dewan Sekilau, Jalan Haji Ahmad, Kuantan bermula pada jam 08.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.

Dianggarkan seramai 650 orang peserta Konvensyen akan hadir kali ini meliputi peserta-peserta dari parti PAS, PKR dan DAP dari seluruh Kawasan dan Cabang di Negeri Pahang.  Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Pahang ini akan dihadiri oleh Datin Seri Wan Azizah Ismail (Presiden PKR), Tuan Haji Muhamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan YB Dr Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi DAP).

Aturcara Konvensyen adalah seperti berikut:

1.     08.00 Pagi               -  Pendaftaran Peserta Konvensyen.
2.     09.30 Pagi               -  Persembahan kesenian dari tiga kaum terbesar (Melayu, Cina dan India).
3.     09.50 Pagi               -  Doa
4.     09.55 Pagi               -  Nyanyian Lagu Kebangsaan "Negara Ku".
5.     10.00 Pagi               -  Ucaptama oleh 3 pimpinan Pakatan Rakyat.
6.     11.00 Pagi               -  Pembentangan Kertas Kerja

-  ISU FELDA - Disampaikan oleh Sdr Yohanis (PAS) dan diulas oleh Tuan Hj Suhaimi bin Said (PKR)

-  TANAH/ORANG ASAL  - Disampaikan oleh Sdr J. Apalasamy (DAP) dan diulas oleh Syed Ali (Isu Tanah - PAS) dan Sdr Ismail (Isu Orang  Asal - Wakil Orang Asal)

-  EKONOMI   -  Disampaikan oleh Sdr Lee Chean Chung ( PKR) dan diulas oleh Sdr Hassanuddin (PAS)

7.     01.00 Petang           -  Penutup dan Penggulungan
8.     02.00 Petang           -  Sidang Media.

Adalah diharapkan semua peserta dapat hadir menepati masa pendaftaran yang ditetapkan.  Semua peserta dikehendaki memakai "Tag Pengenalan" yang disediakan termasuk dari wakil media.  Oleh kerana Konvensyen ini diadakan secara tertutup, maka hanya yang memiliki "Tag Pengenalan" sahaja dibenarkan memasuki dewan melainkan atas kebenaran dari Ketua Sekretariat atau Pegawai Keselamatan sahaja.  Ketua Sekretariat adalah Sdr Kamarzaman Yunus (No Tel : 013-9929494) dan Ketua Keselamatan adalah Kapt (B) Athiuddin bin Daud (No Tel: 016-9635467).

Walaupun tidak ditetapkan pakaian untuk dipakai sepanjang konvensyen ini, tetapi disyorkan setiap peserta memakai pakaian yang kemas serta mempunyai logo atau lambang parti masing-masing atau logo/lambang Pakatan Rakyat.  Bagi kaum Muslimah dinasihatkan agar memakai pakaian yang menutup aurat, dan bagi wanita Non Muslim memakai pakaian yang sopan.  Baju "T" yang tidak berkolar tidak digalakkan untuk dipakai.


 CERAMAH PERDANA

Sempena dengan Konvensyen kali ini, satu Ceramah Perdana akan diadakan pada sebelah malamnya bertempat di Taman Berjaya Permai, Kg Kempadang bermula jam 09.00 malam.  Penceramah yang akan hadir adalah YB Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR), YB Husam Musa (Naib Presiden PAS) dan YB Dr Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi DAP).

Orang ramai dijemput hadir pada Ceramah Perdana tersebut.

*  Jadual aturcara dan penceramah tertakluk kepada perubahan sekiranya ada.
                                   -               
                                        -   
    

Friday, October 19, 2012

PKR PAHANG KECAM SIKAP BIADAB MB PAHANG TERHADAP ORANG ASAL

 
TEMERLOH: Tindakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang memperlekeh dan menghina masyarakat Orang Asli (OA) yang berdemo dan menyerahkan memorandum kepada beliau semalam, dianggap tidak profesional dan memalukan.

Malah tindakan beliau yang sanggup mengucapkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang' serta telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong bergaduh dengannya, jelas memperlihatkan sikap tidak hormat kepada rakyat.

Timbalan Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata, beliau sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkahlaku Adnan dan menuntut Menteri Besar (MB) itu menuntut maaf dengan OA.

“Ketika OA berdemo dan menyerahkan memorandum kepada MB Pahang semalam, Majlis Peguam telah memantau dan terdapat laporan beliau (Adnan) telah memperlekeh dan menghina masyarakat OA dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang'.

“Malah beliau telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong untuk bertumbuk dengannya. Saya selaku alah seorang panel peguam kepada OA dalam isu tuntutan yang dibuat mereka, sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku MB Pahang yang jelas sangat tidak bertamadun dan langsung tidak punya rasa hormat kepada rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media mengulas kira-kira 500 OA melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan, semalam bagi menyerahkan memorandum mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada MB.

Melalui memorandum berkenaan, sebanyak lapan perkara dibangkit dan dituntut oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri kepada MB.

Kumpulan Orang Asli dari seluruh Pahang berkenaan tiba kira-kira jam 11 pagi dengan membawa sepanduk yang antaranya tertera “Batalkan status tanah rizab yang bertindih dengan tanah adat orang asli”, “Iktiraf hak dan tanah adat Orang Asli” dan pelbagai lagi perkara menjurus kepentingan tanah adat kaum mereka.

Ahmad Nizam yang juga peguam kepada komuniti berkenaan, berkata, memorandum yang diserahkan itu adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini sering wujud pertikaian antara kerajaan dan masyarakat orang asli mengenai perkara tersebut.

“Tanah yang kaum OA diami sejak dari zaman nenek moyang sering dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab Perhilitan dan rizab Melayu sehingga tanah serta wilayah adat mereka dipindah milik atau diberi kelulusan kepada pihak lain.

“Melalui memorandum berkenaan mereka mahukan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat OA dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampas an sewajarnya di atas kerugian kami alami.

“Selain itu, kerajaan harus membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat OA bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat OA mengikut peta komuniti,” katanya.

Memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan OA mewakili kaum mereka di seluruh Pahang./Harakahdaily

Thursday, October 18, 2012

Skandal projek perumahan di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang

Kami kesal dengan apa yang berlaku ke atas Projek Perumahan di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Projek perumahan ini dirancang oleh KWSP secara usaha sama dengan MBSB. Projek diluluskan oleh Panel Pelaburan KWSP pada bulan Ogos 1993. Sebanyak 1,151 unit pelbagai jenis rumah telah dirancang dalam 4 fasa untuk disiapkan dalam tempoh 2 tahun bagi setiap fasa.
 

Semakan Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa pemaju MBSB (melalui syarikat subsidiari) telah gagal menyiapkan projek perumahan yang dirancang. Pemaju hanya menyiapkan 720 unit rumah iaitu 62% daripada 1,151 unit rumah dalam tempoh 6 tahun iaitu dari tahun 1995-2001.

Selain itu, laporan juga menyebut bahawa sebanyak 97 unit rumah di fasa 2 iaitu 19 unit rumah kedai dan 78 unit rumah teres dua tingkat bernilai RM17.58 juta tidak dapat dijual.

Kami mendapati proses penganugerahan, pembinaan dan pembayaran dalam projek Bandar Indera Mahkota penuh dengan unsur-unsur keraguan dan penyelewengan:

· KWSP meluluskan penyelesaian tuntutan oleh MBSB sebanyak RM5.64 juta untuk bayaran Fasa 3 dan 4 projek tersebut. Sebenarnya, Jabatan Undang-undang berpendapat KWSP tidak terikat dengan projek perumahan Fasa 3 dan 4 dan maka tidak perlu dibayar.

· Disebabkan penamatan perjanjian, KWSP kena bayar RM2.51 juta bagi Fasa 1b.

· KWSP tidak memasukkan terma denda atas kelewatan (LAD).

· KWSP telah lewat meluluskan baki tuntutan MBSB pada bulan Jan 2004 yang menyebabkan KWSP dikenakan faedah atas kelewatan berjumlah RM4.7 juta.

Mengikut pengiraan kami, hanya perkara kerugian faedah atas kelewatan, adalah bersamaan dengan yang RM4.7 juta, ataupun kira-kira RM9,650 sehari, RM289.5 ribu sebulan.

Kami berpendapat bahawa disebabkan kecuaian/kesilapan KWSP, jumlah kerugian yang ditanggung oleh KWSP serta para pencarum KWSP adalah setinggi RM30.43 juta.

Persoalannya, mengapakah kesilapan tersebut boleh berlaku dan tidak dijalankan sebarang siasatan, siapakah yang memanfaat daripada projek tersebut, dan pihak manakah yang harus bertanggungjawab atas kesilapan itu?

Oleh itu, kami mendesak Lembaga Disiplin dan Tatatertib KWSP serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya memulakan siasatan atas penyelewengan tersebut bagi menegakkan keadilan bagi 11.4 juta pencarum KWSP!

Kami menganggap seruan di atas adalah munasabah selari dengan arus dunia moden hari ini yang mengetengahkan prinsip kepertanggungjawaban (Accountability). Jika tindakan yang begitu mudah juga tidak dapat dipenuhi, apa lagi yang rakyat boleh tuntut?


Pakatan Rakyat
Kawasan Indera Mahkota

18 Oktober 2012

Wednesday, October 17, 2012

PAS, PKR DAN DAP AKAN TUMBANGKAN UMNO/BN - PROF SHAHNON AHMAD


 
PULAU PINANG: "Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama,” demikian ditegaskan oleh Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad dalam ziarah mahabbah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin A. Razali ke rumah beliau di Minden, Gelugor, pagi tadi.

Malah, beliau sangat yakin menerusi tahaaluf siyasi (kerjasama politik) yang merupakan persefahaman antara tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP yang insya Allah mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU13 nanti.

"Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama. Saya sangat yakin, Insya Allah menerusi tahaaluf siyaasi yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; PAS, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat, malah tidak yakin dengan penyelesaian al-Quran dan al-Sunnah.

"Umno tak yakin dengan al-Quran dan Sunnah, berbeza dengan PAS yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Kerana dasar yang dipegang oleh PAS itulah saya masuk PAS,” ujar beliau lagi.

Malah beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada artikel beliau yang menjelaskan kenapa bersama PAS dalam buku tulisan bertajuk "Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi" yang dikeluarkan pada tahun 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi ahli Parlimen Sik.

Artikel beliau bertajuk "Penglibatan Ku dalam Jema'ah PAS" dalam buku tersebut, menjelaskan secara terperinci sebab beliau bersama dengan PAS, iaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran.

Antaranya beliau menulis: "paling pokok yang mendorongku memilih jemaah PAS ialah kepimpinan para ulamanya yang menjadi dasarnya kerana sudah pasti ulama-ulama ini adalah pewaris para Nabi yang pastinya mempunyai sifat-sifat ulama yang tulen dan 'amil dan bukan ulama-ulama "Suk" yang tak boleh diharapkan”.

Shahnon turut melahirkan kebimbangan terhadap akhbar dan media perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan PAS.

Selain Dr. Khairuddin, ziarah mahabbah tersebut juga diiringi oleh Ustaz Fauzi Yusof, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang.

Tuesday, October 16, 2012

Ini buktinya! Umno kalah Melayu kuat


 
Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan Barisan Nasional menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Juaranya ialah UMNO walaupun tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti beberapa parti komponen BN yang lain.

UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.

Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang dibawah BN berjumlah 41.9%.

UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu. Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO.

BN masih menubuhkan Kerajaan dengan kemenangan 140 buah kerusi tetapi keadaan semasa hari ini, kerusi BN di Parlimen adalah 137 bila UMNO kehilangan satu kerusi kepada PAS didalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan kehilangan 2 kerusi apabila SAPP bertindak meninggalkan BN beberapa bulan selepas PRU ke 12./Harakahdaily

Monday, October 15, 2012

Ketua Audit Negara Puji 4 Negeri Pakatan Rakyat


Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".

Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu.

"Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil.

Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010.

Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.

Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011.

Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan.

"Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011. "

Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti sistem penyampaian.

Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka. ~mpr

Pemimpin Umno abai rakyat, hanya fikir ‘perut’ sendiri – Anwar Ibrahim

LAHAD DATU: Kenaikan harga pelbagai barangan keperluan harian kebelakangan ini sebenarnya akibat amalan pemimpin Umno BN yang hanya memikirkan ‘perut’ mereka sahaja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Harga barang naik, harga minyak naik. Salah siapa? Orang Cina? Siapa perdana menteri, siapa ketua menteri, siapa menteri kewangan?

“Ini salah pemimpin yang fikir perut, tidak fikir nasib rakyat” katanya pada ceramah di Assam, Lahad Datu, Sabah 13 Oktober lalu yang dihadiri ribuan rakyat.


 
 
Ketua Pembangkang itu mengakui marah dengan gelagat pemimpin Umno yang menjadikan harta negeri mahupun rakyat, sebagai aset ‘mak bapak’ mereka.

“Kamu boleh perintah tapi jangan ingat tanah ini, harta ini, harta mak bapak kamu. Harta ini harta negeri, harta rakyat dan kita bertanggungjawab.

“Sebab itu, saya lawan orang yang zalim, yang tamak habola, yang curi harta rakyat, perbodoh rakyat,” katanya.

Anwar juga kesal kerana Umno BN cuba meracuni fikiran rakyat berikutan hubungannya dengan pemimpin dan rakyat keturunan Cina.

“Saya kawan dengan orang Cina yang baik. Kamu kawan sama Cina yang rasuah,” katanya merujuk hubungan Umno dengan MCA.

Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak meniru kezaliman wakil rakyat Umno BN apabila Putrajaya ditawan kelak.

“Dulu curi balak. Bila ubah, kita curi jugak. Dulu roboh rumah, tukar. Kita roboh jugak – itu bukan islah, bukan reformasi. Jangan macam wakil rakyat Umno BN,” katanya./KeadilanDaily

Saturday, October 13, 2012

PROTES DI HADAPAN IBU PEJABAT MPK KUANTAN

Sikap berat sebelah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di dalam menangani isu pemasangan bendera parti-parti politik telah lama disuarakan oleh Pakatan Rakyat.  Namun isu ini bukan sahaja tidak dapat diselesaikan dengan baik oleh pihak berkenaan, malahan ianya bertambah menjolok mata dengan sikap "double standard' dan tidak profesional nya pihak Penguatkuasa MPK.

Sdr Lee Chean Chung sedang berucap menyuarakan bantahan
Pakatan Rakyat Kuantan pada minggu lepas telah mengadakan sidang media meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap MPK yang sewenang-wenangnya mencabut bendera-bendera yang dipasang oleh PAS, PKR dan juga DAP di sekitar Kuantan ini tetapi perkara yang sama tidak dilakukan kepada bendera-bendera yang dipasang oleh Umno/Bn.  Pakatan Rakyat telah memberikan tempoh dan masa untuk MPK menunjukkan sikap profesional mereka namun pihak berkenaan masih berdiam diri sehingga ke hari ini.

Wakil dari PAS turut serta


Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Kuantan telah mengadakan satu protes di hadapan Ibu Pejabat MPK Kuantan pada pagi semalam (12 Oktober 2012) mulai jam 10.00 pagi.  Wakil-wakil dari PAS, PKR dan DAP serta Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang dan disertai dengan beberapa orang penyokong telah hadir di perkarangan Ibu Pejabat MPK dengan memasang beberapa bendera sebagai satu tindakan simbolik menunjukkan bantahan kepada MPK.

Di dalam protes secara aman itu, semua wakil dari PAS, PKR, DAP dan SAMM telah memberikan ucapan ringkas meluahkan rasa kesal dengan tindakan MPK yang secara jelas bertindak seperti komponen Umno/Bn di dalam isu ini.  Turut hadir adalah Ketua Penerangan PKR Negeri Pahang, Sdr Razali Alias dan Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Sdr Lee Chean Chung.  Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Kamarul Hatta juga turut hadir.  Protes tersebut berjalan dengan baik diawasi oleh beberapa anggota Polis yang hadir untuk mengawal keadaan.  Pegawai dari MPK bersetuju untuk berbincang dan mendengar luahan dari wakil-wakil yang hadir.  

Pakatan Rakyat akan terus memerhatikan tindak tanduk MPK selepas ini samada mereka mampu untuk bertindak secara profesional atau tidak.  Sekiranya isu ketidakadilan ini masih berlaku, Pakatan Rakyat terpaksa memikirkan samada perlu mengadakan demontrasi aman yang lebih besar di perkarangan Ibu Pejabat MPK di masa-masa akan datang.

Friday, October 12, 2012

Pas tetap kerjasama dengan DAP - Tuan Guru Nik Aziz



Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat - Mursyidul Am PAS

KOTA BHARU - Pas tetap bekerjasama dengan DAP bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13), kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, beliau hairan dengan sikap sesetengah pihak khususnya orang Pas sendiri yang mengkritik kerjasama dengan DAP walaupun parti itu tidak mengacau perjuangan Pas.

“Saya pun tidak tahu mengapa tersasar dia tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP jadi tidak tahu kenapa yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.

"Masalahnya ialah orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno tapi kena ada jawapanlah," katanya.  Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Pasar Saidina Ali di Kok Lanas di sini semalam.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad kelmarin bahawa perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP./SinarHarian

Thursday, October 11, 2012

FOTO SEKITAR CERAMAH DI TEMERLOH DAN RAUB PADA 09 OKT 2012

Pada 09 Oktober 2012 baru-baru ini, Cabang KEADILAN Temerloh dan Raub telah mengadakan siri ceramah masing-masing untuk memberikan penerangan isu-isu semasa kepada rakyat.  Di Temerloh, ceramah telah diadakan di Jalan Muhibbah, Taman Muhibbah, Temerloh manakala di Raub pula telah diadakan di Markas Gerakan Sg Ruam, Raub.

Di Temerloh, dua tokoh hebat telah ditampilkan iaitu YB Nasution Ismail (MP Machang/Setiausaha Agong PKR) dan juga Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR).  Di samping itu, ceramah turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Syed Hamid (Adun Kuala Semantan), YB Leong Ngah-Ngah (Adun Triang), Us Haji Yusof Darus (YDP Pas Temerloh) di samping tuan rumah sendiri iaitu Sdr Ahmad Nizam selaku Timbalan Pengerusi PKR Negeri Pahang merangkap Ketua Cabang Temerloh.  

Ceramah yang diPengerusikan oleh Sdr Man Kadir (Pak Jabit) pada malam itu telah mendapat sambutan yang luar biasa.  YB Saifuddin Nasution banyak menyentuh tentang beberapa perkara atau isu yang dibahaskan di dalam Parlimen sekarang ini.  Sdr Rafizi Ramli pula banyak mendedahkan fakta-fakta tentang penyelewengan kerajaan di samping menerangkan tentang dasar-dasar Pakatan Rakyat seperti yang digariskan di dalam Bajet Pakatan Rakyat 2013.  Tidak ketinggalan, beliau menerangkan komitmen Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta dengan cara mengurangkan cukai yang sekarang ini terlalu tinggi dan tidak munasabah demi kebaikan rakyat.

Siri ceramah di Raub pula menampilkan Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman, Sdr Fariz Musa (Ahli MPP/Pengerusi Jingga 13) dan juga Sdri Felicia Ling (Aktivis/Ketua Cabang Ceras).  Program ceramah di Raub diPengerusikan oleh Sdr Rizan Hj Ali.

Berikut adalah gambar sekitar ceramah-ceramah di Temerloh dan Raub;

TEMERLOH

YDP PAS Temerloh - Hj Yusof Darus
Adun Kuala Semantan - YB Tuan Syed Hamid (PAS)
Adun Triang - YB Leong Ngah Ngah (DAP)
YB Saifuddin Nasution (MP Machang/SUA PKR)
Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR)
Sebahagian orang ramai yang hadir
Ceramah diPengerusikan oleh Sdr Man Kadir atau Pak Jabit

RAUB


Sdri Felicia Ling
Sdr Fariz Musa (Ahli MPP/Pengerusi Jingga 13)
Pengerusi KEADILAN Pahang - Dato' Fauzi Abd Rahman
Sdr Rizan Hj Ali selaku Pengerusi
Di antara orang ramai yang hadir terdiri dari berbilang kaum