KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, December 1, 2011

SHAHRIZAT TIDAK PERLU SINGSING KAIN, JAWAB YANG INI DULU

(Harakah Daily) - Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang didakwa dibuat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Ini, katanya memandangkan Ketua Wanita Umno itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda insaf setelah PKR membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC.

Rafizi mendakwa pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.


Beliau juga mendakwa, dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya.
“Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis,” ujarnya dalama satu kenyataan.

Jelasnya, semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS).

Menurutnya, siasatan PKR menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ )

Dakwanya lagi, antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah).

Ini, jarnya menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan.

“Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?” soalnya.

TARIKH
NO CEK
JUMLAH (RM)
8 Jan 2010
001376
1,524
13 Jan 2010
001406
1,709
26 Jan 2010
001465
28,476
24 Feb 2010
001540
12,743
24 Feb 2010
001543
3,076
9 Mac 2010
001587
22,400
9 Mac 2010
001590
26,572
9 Mac 2010
001592
5,776
31 Mac 2010
001671
45,428
22 April 2010
001735
27,853
13 Mei 2010
001789
45,235
25 Mei 2010
001825
3,196
18 Jun 2010
001848
120,521
16 Julai 2010
001922
89,800
16 Julai 2010
001923
21,114

JUMLAH
455,423

Menurutnya, pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri.

“Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura.

“Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?” tanya beliau.
Justeru, katanya Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan itu di Perhimpunan Agung Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.

Rafizi menambah, pihaknya akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru itu./MT

No comments:

Post a Comment