KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, December 5, 2011

1070 orang Peneroka Gugusan Keratong dan Gugusan Chini saman Felda!

  













 
Hari yang paling bersejarah buat peneroka-peneroka Felda Gugusan Keratong Rompin dan Gugusan Chini, Pekan.

Perhimpunan UMNO baru menamatkan persidangan mereka, tetapi tak sepatah pun mereka memperkatakan tentang masalah peneroka Felda, bahkan wakil Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu dimana terdapatnya kepadatan rancangan-rancangan Felda, tidak ada seorang pun perwakilan UMNO dari negeri-negeri berkenaan menimbulkan perbahasan mengenai Felda, Warga Felda, dan masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda, generasi baru Felda, dan isu Isa Samad yang ditentang oleh Ketua-Ketua Peneroka dan GPW dari seluruh Negara.

Tidak berbunyi pun perwakilan UMNO membicarakan kata dua dari Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Pak Sam, kepada Dato Seri Najib samada menyingkirkan Isa Samad dari kepimpinan Felda atau UMNO akan berhadapan dengan peneroka-peneroka Felda didalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Peneroka-peneroka dari Gugusan Keratong dan Gugusan Chini memberikan jawapannya. Bertempat di Markaz PAS Felda Keratong 10, pada 4hb Disember 2011 jam 2.00 petang, seramai 380 orang peneroka-peneroka telah menyerahkan borang Warrant To Act melantik peguam-peguam dari Tetuan Daim & Gamany, Kuala Lumpur untuk menyaman Felda kerana manipulasi KPG. Mereka hanya diberikan diantara 18%-19% sahaja peratusan perahan KPG, suatu pengiraan yang sangat rendah dan tidak berpandu kepada realiti sebenar.

Sementara itu di Felda Keratong Timur 2, pada hari yang sama, dilangsungkan Majlis Dialog diantara Peneroka-Peneroka dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR dan para peguam diketuai oleh YB Sdr Sivarasa Rasiah dialog mengenai KPG dan lain-lain isu yang melibatkan pendapatan peneroka-peneroka Felda yang dinafikan oleh Felda.

Pada sebelah malamnya pula telah diadakan ceramah umum di Felda Chini 3 dengan dihadiri oleh lebih dari 800 orang peneroka Felda.

Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR mengemukakan penceramah-penceramah terdiri daripada pimpinan Biro dan para Peguam, termasuklah YB Sivarasa Rasiah, T. Kumar, Haji Suhaimi Said, Man Kadir (Pak Jabit), Zabidie Abas, Setiausaha PKR Negeri Johor yang juga Naib Pengerusi ANAK dan Sdr Ustaz Sarjuni, Pengerusi MTD PAS DUN Chini.

Sebaik sahaja selesai ceramah tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Gugusan Chini, Sdr Kamal @ Zul, telah menyerahkan 690 keping Borang Warrant To Act melantik peguam-peguam dari Tetuan Daim & Gamani untuk memfailkan saman terhadap Felda.

Peneroka-peneroka telah sedar akan hak mereka, mereka hanya menuntut apa yang hak kepada mereka tetapi telah dinafi dan dimanipulasikan oleh Felda.

Paling menarik yang berlaku di Chini 3 itu bahawa sebahagian besar dari kalangan yang mahu memfailkan saman terhadap Felda itu terdiri juga daripada ahli-ahli UMNO. Mereka tidak mendapat pembelaan dari UMNO, dan mereka memberi jawapan kepada UMNO dengan bersama-sama menyertai peneroka-peneroka lain mahu memfailkan saman terhadap Felda./Lubok kawah

1 comment:

  1. aku sokong sangat dengan apa yang bapak-bapak kita buat untuk menuntut hak mereka.aku berharap semua peneroka seluruh malaysia mengikuti jejak yang sama.ini bukan tindakan berani..tetapi tindakan yang sepatutnya sejak dulu lagi bapak-bapak kita buat.peneroka sangat kuat jika bersatu.mereka kena kembalikan hak peneroka atau berhadapan dengan peneroka pada pru yang tak lama lagi.aku tau apa yang felda akan buat lepas ini.Mereka akan janji menyelesaikan masallah dan selepas pilihan raya semuanya akan senyap dan balik seperti asal.Aku yaki kerajaan Bn punakan tumbang jika peneroka bersatu.Bukan mengugut,tapi kalau kita rasa tertindas kita akan berpaling pada orang yang boleh menolong.Semua kena faham...

    ReplyDelete