Dari Anwar Ibrahim buat rakyat Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Saya
pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya
tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk
itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup
dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan
lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan
‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota
polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau
menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi
PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai
‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa
meringkuk selama 6 tahun dalam penjara.
Sebaik
keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup
dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur
akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau
memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya
politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah
tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini.
Apabila
satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa
serta risau dan mereka mula mengatur satu lagi fitnah bagi
‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.
Saya
ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan
yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk
melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk
menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut
dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN.
Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat
jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak
pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di
mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar!
Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya
oleh ‘orang’ yang berkuasa.
Saya
menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah,
tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat.
Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan
laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam
kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa
individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan
tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh.
Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA
kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang
pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat
terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.
Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’
sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di
luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat,
it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat
seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya
ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara
sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai
ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak
munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.
Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu.
Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya
sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum.
Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut
menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa
anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua
berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah
saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada
membunuh satu jiwa mukmin.
Berhubung
pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta
atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara.
9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang
berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk
'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya
boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya
sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat
Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat
seperti itu kepada rakyat Malaysia.
Kami, pemimpin Pakatan Rakyat
berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari
kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya
beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya
mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita
jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah
'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah
Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari
mereka. Syukur Alhamdulillah!
Baiklah,
setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah
berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai
rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh,
menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka,
pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu
plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti di bawah ini;
PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya
Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya
kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan
kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak
bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),
Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
- Altantuya
Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi
urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia
melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia
yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.
- Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
- Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.
- Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
- Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
- Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.
- Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).
- Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan
Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah
ketiadaan Pak Lah nanti.
- Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.
- Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
- Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.
- Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.
- Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia
di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan
arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.
- Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?
Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:
Ketua
Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang
juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali
Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai
'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin
telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan
kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua
akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan
dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah
'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung
'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.
Abdul
Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana
beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini
dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah
'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan
kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah
difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima
komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan
pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut
Malaysia.
Anehnya
Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia
dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada
mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor
Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan
mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika
diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh
menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi
mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar'
yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik
seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.
Siapakah
PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda?
Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang
berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal
peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4
tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan
mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke
Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga
perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam
konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan
yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta
berikutnya.
Dato
Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah
mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan
Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya
adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika
berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan
Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin
sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya.
Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam
sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang
berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.
Menambah
buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg
mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi
keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib
dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya
lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak
dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya.
Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah
'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan
hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR
disebalik semua itu.
C4
adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri
Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri
Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti
Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti
sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam
'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival
parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar
parti yang lainnya.
Apakah
anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan
tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah
orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa
sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua
tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan
sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?
Nyatanya,
semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan
kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa
menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan
kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang
zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah
mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali
berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa
'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan
Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh
'orang yang zalim' ini.
Mereka
'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin
mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka
semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa
sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka
lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka
berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia
yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah
yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala
macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.
Kehidupan
dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada
akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di
pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka
baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan
penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka
bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai
rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari
ciptaan-Nya.
Apa
boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan,
yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita
semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang
zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi
survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan
bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran
dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling
berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.
Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa
Harus
diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali
mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap
suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai'
dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi
hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan
(amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)
Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi
dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin
(mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain.
Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka
sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab
bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang
di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang
berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan
kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang
berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku
daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada
di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.
Sudah
jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan
berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi
pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di
kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya:
"Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini
turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".
Jawapan
saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita
serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang
berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik
penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw
diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak
sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja
bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak
orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat
ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak
terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan
sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak
pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum
seseorang pemimpin itu wajar disokong.
Seharusnya
itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam
menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan
mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini
kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya
rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak
seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
- Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
- Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
- Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
- Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Walaupun
banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan
watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama
dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4
ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar
untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam
perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita
dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.
Akhirkata,
saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat
ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada
dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua
sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di
mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana
oleh pemimpin-pemimpin tertentu.
Jika
bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang
bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit
dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang
akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan
telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan
mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat.
Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.
Berilah
peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti.
Pakatan Rakyat akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang
rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian
berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam
kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil
yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita
dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.
Janganlah
'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang
RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan
di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'.
angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang
mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang
itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian
undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan
mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu
menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka
lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!
Oleh: Anwar Ibrahim
Hanya orang yg tolol dan buta hati sahaja yg menidakkan kebenaran selepas membaca tulisan ini.
ReplyDeleteSejak kes thn 1998 lg aku dh tau DSAI kene fitnah... tp sbb aku bdk tgh blajar time tu, kene diamkn diri... tp skang, aku berikrar akan humban penjahat2 sebenar dlm pentadbiran Malaysia skang, dan akan terus bersama2 DSAI dan PR... LAWAN TETAP LAWAN...
ReplyDelete