KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, May 30, 2015

KEADILAN GEMPUR KAWASAN MB PAHANG HARI INI (SABTU - 30/5/15)

PROGRAM KEADILAN CABANG BENTONG HARI INI (SABTU - 30 MEI 2015) DI SIMPANG PELANGAI

1.  Perasmian Pejabat Ranting KEADILAN Simpang Pelangai

Tempat:  Pekan Kecil Simpang Pelangai (bersebelahan Pej Umno Spg Pelangai)

Masa:  Jam 03.00 Petang

Disempurnakan Oleh:  Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail  - Presiden KEADILAN

2.  Ceramah Mega Pakatan Rakyat

Tempat:  Dataran Pakatan Rakyat, Pekan Spg Pelangai

Masa:  Jam 09.00 Malam

Penceramah:

YB Nurul Izzah Anwar - Naib Peresiden KEADILAN/MP Lembah Pantai
YB Dato' Fauzi Abdul Rahman - Pengerusi KEADILAN Pahang/MP Indera Mahkota
YB Tengku Zulpuri - Pengerusi DAP Pahang/Adun Mentakab
Tuan Hj Jusoh Darus - Wakil Pimpinan PAS Pahang
Sdr Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard - Penyelaras SAMM

Orang ramai dijemput hadir.  Mohon hebahkan.


Saturday, May 23, 2015

RMK11 hanya gula-gula untuk rakyat – Shamsul

KUALA LUMPUR 21 MEI- Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan Rancangan Malaysia KE-11 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  hanya gula-gula kepada rakyat.

Katanya, rancangan pembangunan setiap lima tahun itu pada kali ini tiada pendekatan menyeluruh terutama daripada segi aspek infrastruktur dan pembangunan pendidikan.

“Nampak jelas pembentangan itu hanyalah sekadar membuat pengumuman dengan memberikan gula-gula kepada rakyat,” kata Shamsul ketika ditemui Keadilan Daily di Parlimen.

Sehingga kini, katanya, dasar yang diwujudkan kerajaan masih gagal ekoran wujudnya keciciran dalam kalangan rakyat khususnya masyarakat yang menetap di luar bandar.

“Saya sedikit kesal kerana RMK kali ini kita harapkan ada pendekatan yang lebih baik kepada golongan rakyat tertentu.  “Tetapi malangnya, Najib seolah-olah meminggirkan golongan rakyat membabitkan tokoh-tokoh pendidik, ilmuan dan pertubuhan Orang Kelainan Upaya, (OKU),” jelasnya yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Dalam pembentangan pagi tadi, Najib memaklumkan akan memberi keutamaan kepada enam strategi tumpuan bagi mencapai matlamat dalam RMK kali ini.  Antaranya, Inklusiviti, kesejahteraan rakyat, modal insan, pertumbuhan hijau, insfarastruktur serta Inovasi dan Produktiviti.

Ditanya tentang 6 strategi tumpuan yang diumumkan Perdana Menteri, Shamsul berkata keenam-enam rangka stategi itu hanyalah angan-angan kosong Barisan Nasional dan sukar untuk dilaksanakan.

“Saya jangkakan agak mustahil, kerana perancangan RMK kali ini hanya bersifat atas ke bawah iaitu sesuatu yang dilaksanakan selepas dipaksakan oleh pihak atasan untuk dilaksanakan ke peringkat bawahan.
“Jelaslah ini cuma angan-angan kosong mereka sajalah,” jelasnya.

Tuesday, May 12, 2015

KAK WAN JADI KETUA PEMBANGKANG BAKAL MENINGKATKAN SOKONGAN KAUM WANITA

Presiden KEADILAN yang baru-baru ini telah memenangi Kerusi Parlimen Permatang Pauh di dalam PRK P044 Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan besar akan dipilih sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan jawatan yang sebelum ini dipegang oleh suaminya, Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan di Sungai Buluh angkara konspirasi politik terhadapnya.


Ketua Whip PAS, YB Mahfuz Omar semalam memaklumkan bahawa PAS bersetuju sebulat suara Kak Wan dipilih sebagai Ketua Pembangkang setelah DAP sendiri meminta Presiden KEADILAN itu memimpin Pakatan Rakyat di Parlimen.  Ini adalah kali kedua Kak Wan dipilih sebagai Ketua Pembangkang dan ini membuktikan bahawa beliau memang berkebolehan dan berkelayakan untuk memikul amanah tersebut.

Meskipun perlantikan sebagai Ketua Pembangkang belum disahkan secara resminya, namun kami percaya Pakatan Rakyat pastinya akan sebulat suara dan senada dengan keputusan yang telah diambil oleh PAS itu.  KEADILAN Pahang juga menyokong sepenuhnya pemilihan Kak Wan tanpa ragu-ragu memandangkan beliau bukan sebarang wanita biasa yang telah pun diuji mental dan fizikalnya sekian lama dan mampu bertahan dari segala serangan musuh politiknya.

Kami yakin, Kak Wan mampu menggegarkan Parlimen selepas ini dengan bantuan dari rakan-rakan dari Pakatan Rakyat yang lain untuk mengasak Umno/Bn di dalam beberapa isu hangat dewasa ini.  Rata-rata rakyat menyokong Kak Wan untuk terus berada di persada politik tanahair sebagaimana yang telah dibuktikan di Permatang Pauh baru-baru ini.

Satu penghormatan tertinggi buat wanita seluruh Malaysia bagi meneruskan usaha mengubah landskap politik tanahair menjelang PRU 14 akan datang.  Kami yakin dengan pemilihan Kak Wan sebagai Ketua Pembangkang akan dapat mempengaruhi kaum wanita tua dan muda untuk bersama kita di dalam Pakatan Rakyat bagi menumbangkan rejim Umno/Bn.


Friday, May 8, 2015

TAHNIAH KAK WAN, TERIMA KASIH JENTERA KEADILAN PAHANG

Pengerusi MPN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman secara peribadi serta mewakili MPN amnya, mengucapkan syabas dan penghargaan kepada semua petugas dan jentera KEADILAN Pahang yang telah bekerja kuat siang dan malam sepanjang kempen di PRK P044 Permatang Pauh yang berakhir semalam. 


Alhamdulillah, berkat kerja kuat dan keikhlasan semua jentera yang terlibat diakhiri dengan doa kita bersama, akhirnya Presiden kita yang disayangi Kak Wan berjaya mengekalkan Kerusi Permatang Pauh di tangan KEADILAN.  Walaupun bukan satu tugas yang mudah untuk berdepan dengan seluruh jentera Umno/Bn di Permatang Pauh, namun hasil komitmen padu kita serta dibantu oleh rakan-rakan di dalam Pakatan, maka kita berjaya membuktikan bahawa memenjarakan Dato' Seri Anwar Ibrahim bukan caranya untuk menyekat arus kebangkitan rakyat.

Dato' Fauzi juga melahirkan rasa kagumnya di atas semangat juang petugas-petugas KEADILAN termasuk Wanita dan AMK yang telah melaksanakan tugas masing-masing dengan amat baik bukan sahaja di Permatang Pauh tetapi juga di Rompin.  Paling membanggakan adalah apabila beberapa kawasan yang diamanahkan kepada KEADILAN Pahang telah berjaya kita kekalkan kemenangannya dan ada yang telah kita tebus kekalahan sewaktu di PRU 13 yang lalu.  Tanpa usaha yang gigih dari semua jentera tidak mungkin kita mampu malakukannya.

Jika Permatang Pauh dan Rompin dijadikan iktibar, tidak mustahil KEADILAN mampu untuk terus melangkah lebih jauh terutamanya di Pahang asalkan kita berjaya mengekalkan perpaduan dan kerjasama erat seperti yang telah kita buktikan di dalam dua PRK baru-baru ini.  Jadikan objektif "Tawan Pahang" satu realiti dan ianya hendaklah bermula dari sekarang.

Di kesempatan ini, KEADILAN Pahang mengucapkan Tahniah dan syabas kepada Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang telah berjaya memenangi Kerusi Parlimen Permatang Pauh walaupun ranjau serta dugaan yang dihadapinya amat getir sekali.  Semoga kemenangan ini akan menyemarakkan lagi semangat "Kita Lawan" di hari-hari yang seterusnya sehingga kita berjaya menakluk Putrajaya, InsyaAllah.


Sunday, May 3, 2015

MENGAPA MESTI PILIH KAK WAN DI PERMATANG PAUH ? AJK PAS PUSAT BERI JAWAPAN

Kempen di Permatang Pauh semakin rancak.  Media perdana nampaknya semakin bercelaru di dalam menyiarkan propaganda bagi memenangkan calon Umno/Bn di Kerusi Permatang Pauh.  Mereka tidak tahu mana satukah yang ingin mereka serang kerana Umno/Bn berdepan dengan KEADILAN di Permatang Pauh dan di dalam masa yang sama terpaksa mempertahankan Kerusi Parlimen Rompin daripada dirampas oleh PAS.

Media perdana mahu mainkan isu Hudud kononnya KEADILAN menolak Hudud yang dibawa oleh PAS?  Ertinya mereka (Umno) bersetuju dengan Hudud yang ingin dibawa oleh PAS?  Bagaimana pula di Rompin mereka menentang PAS?  Merngapa tidak biarkan saja PAS menang percuma di Rompin?

Apakah ahli-ahli MCA atau Gerakan di Permatang Pauh suka hati apabila Umno/Bn mainkan isu Hudud di Permatang Pauh?  Bagi KEADILAN amat jelas dan telah dinyatakan beberapa kali, KEADILAN samasekali tidak menolak hukum Allah ini tetapi KEADILAN mempunyai perbezaan pendapat dari segi uslub atau pendekatannya. 

Maka, di Permatang Pauh isu keadilan wajib diketengahkan dan isu kezaliman wajib dinyatakan secara berani.  Keadilan adalah asas kepada sebarang hukum termasuk di dalam hukum Islam itu sendiri.  Mengapa wajib memilih calon KEADILAN di Permatang Pauh?

Cuba baca pandangan AJK PAS Pusat, YB Khalid Samad (MP Shah Alam) ini yang menyatakan secara fakta dan hujah mengapa Kak Wan mesti diberi kemenangan di Permatang Pauh.  Baca di sini --->  http://agendsai.blogspot.com/2015/05/kewajipan-mengundi-wan-azizah-di.html