KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, June 30, 2012

PROGRAM HI-TEA DAN CERAMAH BERSAMA RAFIZI DI KUANTAN/LEPAR PADA 01 JUL (AHAD) INI


PROGRAM HI-TEA BERSAMA RAFIZI RAMLI DI KUANTAN (AHAD - 01 JUL 2012)

JAM: 3.00 - 06.00 Petang

TEMPAT:  D' Island Of Thousand Roses, Lot 1, Tingkat 1, India Town, ECM Kuantan

HARGA KOPUN: RM 30 (Kutipan dana Pilihanraya)

TURUT HADIR:

Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang - Dato' Fauzi Abd Rahman
Ahli Parlimen Kuantan - YB Fuziah Salleh

PROGRAM CERAMAH RAFIZI RAMLI DI LEPAR HILIR, KUANTAN (AHAD - 01 JUL 2012)


Penceramah:

Sdr Rafizi Ramli - Pengarah Strategi KEADILAN Pusat
Sdr Mustafa Kamil Ayub - Ahli MPP
Tuan Haji Zahari Mamat - Ketua Cabang Paya Besar
Sdr Kamarzaman Yunus - Penyelaras Dun Lepar


Friday, June 29, 2012

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN SISMEP OLEH TIMB PRESIDEN PERINGKAT NEGERI PAHANG

YB Azmin menyerahkan SISMEP kepada Dato' Fauzi

Alhamdulillah, petang semalam (28 Jun 2012) selesai sudah Majlis Penyerahan SISMEP 3.0 serta penyerahan peralatan/bahan jentera PRU bagi KEADILAN  Negeri Pahang yang telah dilancarkan oleh Timbalan Presiden, YB Azmin Ali bertempat di Restoren Tanjung, Jalan Haji Ahmad, Kuantan.

Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman secara resminya telah menerima SISMEP 3.0 dari Timbalan Presiden, YB Azmin Ali bagi kegunaan seluruh jentera Pilihanraya di setiap Cabang KEADILAN di Negeri Pahang.  SISMEP ini akan digunakan sebagai alat mengesan nama dan daftar pemilih yang sah dan ianya terbukti berkesan di dalam beberapa Pilihanraya sebelum ini.  

Kesemua Cabang juga telah menerima beberapa peralatan dan bahan kempen untuk digunakan semasa Pilihanraya Umum yang bakal diadakan tidak beberapa lama lagi.  Sehubungan itu, kesemua Cabang bersama jentera masing-masing diminta untuk meningkatkan lagi gerak kerja dan menggunakan segala peralatan yang dibekalkan sebaik mungkin.

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakamkan sewaktu majlis petang semalam. 



Wednesday, June 27, 2012

TIMB PRESIDEN DI MAJLIS PENYERAHAN SISMEP PERINGKAT N. PAHANG


Penyerahan SISMEP serta peralatan lojistik bagi jentera Pilihanraya KEADILAN Negeri Pahang akan dilancarkan oleh Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali pada 28 Jun 2012 (Khamis) ini.

Majlis akan diadakan di Restoren Tanjung, Jalan Haji Ahmad, Kuantan mulai jam 03.00 petang.  Semua ahli MPN, Ketua-Ketua Cabang dan Penyelaras-Penyelaras setiap Dun dikehendaki hadir.  Setiap Cabang diminta membawa sekurang-kurangnya 10 ahli masing-masing.

Kerjasama semua amat diharapkan agar majlis dapat berjalan lancar.  Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila berhubung dengan SUK (Sdr Adnan) atau SU/Pen SU.

Tuesday, June 26, 2012

BERDOSA ADAKAN PILIHANRAYA KETIKA MUSIM HAJI

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman

Via Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
 

Monday, June 25, 2012

FAEKAH TIDAK BERSALAH JIKA SEKADAR HANTAR SURAT - SPRM

SPRM pantau secara dekat isu Faekah 



KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meniliti penglibatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam permohonan sebuah firman guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya untuk ‘dipertimbangkan’ menjadi panel peguam di syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, pihaknya sedang memantau secara dekat isu tersebut biarpun siasatan rasmi belum dibuka.

Beliau berkata, sekiranya Faekah tidak terlibat dalam membuat keputusan biarpun beliau yang menghantar surat tersebut ia tidak menjadi satu kesalahan.

"Dia kalau setakat bagi surat bukan dia yang membuat keputusan bukan satu kesalahan di bawah akta kita, tetapi kalau dia duduk sebagai ahli lembaga duduk buat keputusan untuk adik-beradik dia itu satu kesalahan.

"SPRM sedang meniliti sejauh mana peranan dia adakah jatuh di bawah kuasa kita atau setakat cadangan (Faekah) begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kompleks SPRM Negeri Kelantan di sini, hari ini./Sumber MC

Sunday, June 24, 2012

CERAMAH DI BUKIT GOH, KUANTAN - RAJA DITUDUH MEMELIHARA BABI?

Pada Jumaat, 22 Jun 2012 kelmarin bertempat di Markas PAS Felda Bukit Goh, Kuantan telah diadakan Ceramah Umum yang sepatutnya menampilkan Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Malangnya, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka beliau tidak dapat hadir dan digantikan dengan YB Datuk Saifuddin Nasution, SUA PKR Pusat merangkap MP Machang.

Dato' Fauzi (baju coklat)dan Sdr Kamarzaman (Pen. SU PKR Pahang)
Kiri, Us Sulaiman Md Derus, YTM Tunku Harny dan Dato' Fauzi

Program malam kelmarin juga turut menerima tetamu kehormat iaitu YTM Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Jaafar, bekas Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. Di samping itu juga, penceramah dari PAS iaitu Ustaz Sulaiman Md Derus turut berucap.  Pengerusi MPN PKR Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman juga turut hadir di dalam majlis yang diPengerusikan oleh Ketua Penerangan PKR Pahang, Sdr Razali Alias.

YB Datuk Saifuddin Nasution
Pengerusi Majlis - Sdr Razali Alias, Ketua Penerangan PKR Pahang

YB Datuk Saifuddin Nasution tampil sebagai penceramah pertama kerana beliau akan menghadiri satu lagi program ceramah di Kemaman, Terengganu selepas itu.  Beliau banyak mengulas tentang isu-isu yang dibahaskan di dalam Parlimen terutamanya berkaitan isu Felda.  Beliau mendedahkan bagaimana saham Felda juga turut dimiliki oleh pemimpin Umno sehingga melibatkan jumlah jutaan ringgit, sedangkan para peneroka felda hanya diberi sekadar 800 unit saham sahaja.

Turut didedahkan adalah berkenaan bagaimana saham felda yang disenaraikan melalui FGVH ini dimiliki oleh syarikat asing yang diwakili oleh tokoh Yahudi.  Dakwaan ini menurut beliau telah dibangkitkan di dalam Parlimen baru-baru ini sehingga mengejutkan Ahli-Ahli Parlimen dari Bn.

Ustaz Sulaiman Md Derus (Wakil PAS)
Wakil dari PAS, Ustaz Sulaiman Md Derus juga banyak menyentuh tentang isu felda berkaitan dengan saman-saman yang dimenangi oleh para peneroka terhadap Felda khusus berkaitan KPG.  Kes-kes yang dimenangi oleh para peneroka ini menunjukkan sememangnya terdapat penyelewengan yang berlaku di dalam felda.  Beliau juga turut menyentuh tentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS serta Tahaluf Siyasi bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

YTM Tunku Harny Tunku Hanan
Kemuncak program ceramah malam kelmarin dipanaskan dengan pidato oleh Kerabat Diraja Negeri Sembilan, YTM Tunku Harny Tunku Hanan yang banyak menyentuh tentang pengkhianat Umno terhadap Melayu dan Islam serta Raja-Raja Melayu.

Intipati pidatoTunku malam tadi, di antaranya adalah;

1.  Umno tidak boleh dipakai lagi sebab pemimpin mereka sudah rosak akhlak.  Bila pemimpin di atas rasuah, maka pimpinan bawahan termasuk kakitangan kerajaan juga banyak melakukan rasuah dan penyelewengan.  Negara akan rosak jika dipenuhi dgn amalan rasuah, ujar beliau.  Beliau juga mengingatkan, sekiranya Wakil Rakyat dari Pakatan Rakyat menang di dalam PRU akan datang, rakyat diminta tidak mengajar atau mendorong Wakil Rakyat untuk melakukan rasuah.  "Hindari dari sikap suka meminta yang bukan-bukan kepada Wakil Rakyat, melainkan apa yang menjadi hak buat rakyat.  "

2.  Budaya samseng.  Semenjak kebelakangan ini budaya samseng telah dibawa oleh Umno di mana banyak program ceramah anjuran Pakatan Rakyat diganggu oleh mereka.  Provokasi pihak Umno kadangkala sudah melampau sehingga melibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda milik pimpinan Pakatan Rakyat.

3.  Media menjadi penaja seks/lucah. “Sekarang kita nampak zaman fitnah keterlaluan, budak-budak kecil dengar cerita-cerita di dalam akhbar berkaitan isu fitnah dan seks yang menjijikkan, mereka ini sudah pandai membaca dan bercakap dan mereka akan terikut dengan apa yang ditunjukkan oleh akhbar-akhbar dan TV ini.”  Video lucah dan fitnah diedar di setiap rumah di mana akan merosakkan akhlak anak-anak remaja”.

4.  Pelihara maruah.  Rakyat jangan mudah lupa diri dan menggadaikan maruah hanya kerana mendapat imbuhan yang sedikit sementara waktu menjelang PRU.  Mereka mesti ingat, imbuhan yang mereka terima amat kecil jika dibandingkan dengan hak mereka dan wang rakyat yang telah disapu oleh pemimpin ini.

5. Ulamak JahatUlamak tidak lagi dihormati rakyat apabila Ulamak ini menjual agama mereka demi untuk mempertahankan jawatan mereka.  Ulamak dan para Mufti mesti berani menegur sesiapa sahaja termasuk pemimpin negara jika mereka melakukan kesalahan besar yang menyalahi hukum Islam.

6. Umno Pengkhianat Raja.  

(1)  Tuduhan raja memelihara Babi.  Umno mahu raja menyokong mereka dan mereka mahu simpati apabila menjaja cerita kononnya raja mereka telah di hina.  “Saya ingin kembali pada awal 80-an, siapa yang awal membawa slogan anti-raja pada waktu itu?”  "Mahathir Mamak Kutty",  sebab dia sudah merasa kuat. Pernah berlaku di Negeri Sembilan beberapa tahun lalu, “Daraemon”  (Isa Samad) telah membuat kenyataan akhbar mendakwa Tuanku Jaafar (Almarhum) telah memelihara  babi di Port Dickson. " "Ketika itu orang-orang Melayu marah pada Raja.  "Hakikat sebenarnya tanah yang dikatakan tempat peliharaan babi tersebut telah dijual oleh Tuanku Jaafar 10 tahun sebelum isu ini timbul".  "Pihak Istana telah menjawab isu ini, tetapi tidak disiarkan oleh media ketika itu. 

(2)  Umno Hina Sultan Terenganu (DiPertuan Agung waktu itu).  Kisah bagaimana sekumpulan ahli Umno yang menyokong Idris Jusoh sebagai MB Terengganu telah menaikkan kain rentang menggelar Sultan Terengganu sebagai `Natang" (Binatang). "Apa pemimpin Umno buat ketika itu untuk membela Sultan Terengganu?"

(3)  Raja akan diseret dan dimasukkan ke dalam kawah.  Sewaktu isu Pindaan Permbagaan tahun 1993, Tunku Harny menceritakan, satu malam lebih kurang jam 11 malam beliau telah menerima panggilan telefon daripada Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar (Almarhum).  Almarhum Tuanku mengadu bahawa Baginda telah menerima panggilan daripada seorang Menteri Kanan di Persekutuan yang mengugut  jika Tuanku tidak tandatangani Pindaan Perlembagaan ini, mereka akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.  Raja-Raja akan diseret ke jalanraya dan akan dicampakkan ke dalam kawah.

"Siapakah pengkhianat Melayu dan raja-raja sebenarnya? "Kalau raja-raja Melayu boleh mereka lakukan sedemikian rupa, apa jaminan rakyat biasa dan peneroka felda?  “Pemimpin Umno tidak lagi boleh diberi muka walau satu inci sekalipun”, ujar Tunku Harny.



Di antara orang ramai yang hadir
Topeng siapakah Umno sebenarnya telah didedahkan oleh YTM Tunku Harny.  Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai sendiri apakah Umno masih releven lagi untuk menjadi tempat bergantung rakyat di negara ini terutamanya yang berbangsa Melayu dan Islam.

Bergambar kenangan bersama YTM Tunku Harny

Program malam tadi telah berjaya menarik tidak kurang dari seribu orang penduduk tempatan dan sekitar felda Bukit Goh.

Friday, June 22, 2012

Lautan kain hitam di protes anti-Lynas di Kuantan

 
Leven Woon

Lautan kain hitam akan berkibar di ruang udara perhimpunan Occupy Balok-Gebeng di pantai Balok di Pahang pada hari Sabtu ini dan pihak penganjur sedang meningkat usaha untuk menyediakan sepanduk anti-Lynas menggunakan warna berkabung.

 
 
Kira-kira 500 sepanduk berwarna hitam dengan tulisan putih, akan dipasang di pantai manakala ribuan kain hitam akan diagihkan kepada peserta untuk membuat sepanduk mereka sendiri, kata anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin (kanan).

"Kami mahu menghantar mesej bahawa ini adalah saat yang paling muram dan kritikal, memandangkan Lynas akan memulakan operasi. Kita tidak boleh tunggu lagi," kata Chin.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack berkata satu pasukan 20 sukarelawan bekerja sepenuh masa untuk menyiapkan 500 sepanduk menjelang hari Sabtu ini.

Program membantah loji Lynas itu, akan bermula pada tengah hari Sabtu. Banyak aktiviti disediakan termasuk dua konsert dan pameran mengenai bekas tapak Bukit Merah Rare Earth (ARE) dan aktiviti perkhemahan.

 
 
Pemimpin NGO dan ahli politik, termasuk penyair dan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan seorang lagi pemimpin PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, akan berucap pada sesi ceramah.

Kemuncak pada hari pertama ialah sesi pembakaran replika Loji Advanced Material Plant Lynas (Lamp) oleh para peserta.

Wong (bawah) berkata kumpulan artis dari Kuala Lumpur telah diminta supaya mengadakan sesi tersebut dan mereka masih mengumpul kotak berwarna coklat sebagai bahan untuk membuat replika Lamp.

 
 
Sesi ini akan diikuti dengan perarakan 11km pada pagi Ahad, dari pantai Balok ke Lamp di Gebeng. Peserta dan orang ramai dijemput menyertainya dari mana-mana tempat di sepanjang laluan, dengan menggunakan sebarang bentuk pengangkutan.

Pihak penganjur berkata mereka telah memaklumkan kepada pihak polis dengan menghantar jadual perjalanan program mereka kepada balai polis Kuantan./Malaysiakini

MALAM INI (JUMAAT - 22 JUN) - CERAMAH TUNKU HARNY DAN YB SAIFUDDIN NASUTION DI FELDA BUKIT GOH, KUANTAN


Malam ini (Jumaat - 22 Jun 2012) bertempat di Felda Bukit Goh (berhadapan Klinik Kesihatan Bukit Goh) Kuantan akan diadakan Ceramah Umum bermula jam 09.00 malam.

Jadual asalnya program malam ini akan menampilkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan berceramah sebelum beliau ke Kemaman, Terengganu tetapi di atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan program beliau di sini dan juga di Kemaman telah dibatalkan.

Namun demikian, orang ramai tidak dihampakan oleh Penganjut dan pengganti Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak kurang hebatnya iaitu MP Machang yang juga Setiausaha Agung PKR Pusat, YB Dato' Saifuddin Nasution seorang pemidato yang berhujah penuh dengan fakta dan mudah difahami.  Beliau dijangka akan berucap awal jam 09.00 mlm kerana beliau akan terus ke Kemaman untuk program ceramah pada malam ini.

Program malam ini juga akan diserikan dengan kehadiran YTM Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Jaafar, bekas Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.  

Orang ramai dijemput hadir dan mohon hebahkan.

Thursday, June 21, 2012

Isu Dana RM3 Bilion - Murad diugut diugut ejen BN, dakwa Saifuddin


 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid (gambar) telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion, lapor KeadilanDaily.

“Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi. Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.

“Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut..kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan,” kata Saifuddin.

Beliau berkata demikian dalam Dewan Rakyat ketika memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen hari ini.

“Saya minta izin kepada Permatang Pauh, terima kasih. Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN MP BN) tak berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka,” katanya selepas MP BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut.

“Saya berpendapat, kita harus tunggu cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka seperti ini?" soal Saifuddin.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion.

Berikutan kegagalan kesemua MP BN menyambut cabaran Anwar itu menyebabkan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN menyambung hujah menangkis tuduhan tersebut dengan membacakan pengakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris/Keadilan Daily

VIDEO MENARIK - BUKTI PEMIMPIN UMNO PENAKUT BILA DICABAR ISU DANA RM3 BILION

Terdapat gangguan pada gambar, tetapi sila ikuti bermula dari minit ke 6 ke atas, jelas MP-MP Bn kecut apabila Dato' Seri Anwar mencabar mereka bangkit untuk bertanya tentang isu RM3 Bilion yang kononnya dimiliki oleh Ketua Pembangkang tersebut. Jelas, isu tuduhan tersebut tidak dapat dipertahankan oleh mana-mana wakil dari Bn. YB Saifuddin Nasution telah membangkitkan cerita di Johor di zaman Muhyiddin bahawa hanya tanah kubur dan angin sahaja yang tidak dijual. Di soal sekali lagi di dalam Parlimen, siapakah yang membayar sewa rumah Muhyiddin sewaktu beliau mula-mula dilantik sebagai Menteri? Video di atas sudah cukup menggambarkan bahawa Dato' Seri Anwar sanggup berdepan secara terbuka, bukan seperti pemimpin Umno yang hanya menggunakan media untuk memainkan tuduhan tetapi bacul untuk menjawab di dalam Parlimen.

Wednesday, June 20, 2012

Antara Haji dan Pilihanraya, antara jenazah Nabi dan melantik Khalifah


" 

Dalam sejarah pilihanraya umum (PRU) di Malaysia, Tun Mahathir pernah mengadakan PRU bagi memastikan BN menang mudah kerana orang Melayu Islam, samada penyokong PAS atau BN, tiada di Malaysia untuk menunaikan haji.

Pada ketika itu suasana politik di zaman Tun M memang memihak kepada BN-UMNO. Maka BN-UMNO tidak perlu kepada undi Melayu dari UMNO untuk menang dan memadai mendapat undi dari bukan Melayu untuk BN. Manakala di pihak PAS pula, bilangan pengundi Melayu Islam yang sokong PAS pastinya amat berkurangan. Akhirnya keputusan PRU memihak kepada BN dengan majoriti besar.

Walau bagaimanapun suasana politik hari ini agak berbeza dengan zaman Tun M sebagai PM. BN-UMNO belum tentu boleh menang jika tektik yang sama dilakukan kali ini oleh PM Najib kerana trend pengundi Cina dan India sudah amat berubah. Kalau PRU dibuat musim haji sekalipun, belum tentu pengundi bukan Melayu akan mengundi BN. Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan undi Cina sudah beralih kepada PR, suatu kejutan yang luar biasa.

Belum pernah dalam sejarah politik tanahair, orang Cina, India, Punjabi dan bumiputera bukan Islam menghadiri ceramah dan program PAS secara terbuka, beramai-ramai, dan membawa bendera PAS di sana sini. Jelas bahawa fenomena ini tidak wujud di zaman Tun M dan Pak Lah tetapi wujud di zaman PM Najib.

Jika BN-UMNO mahu berjudi dengan fenomena baru ini, silakan. Rakyat Malaysia ingin melihat jika kerajaan Malaysia yang didominasi oleh BN-UMNO berani mengulang tektik kotor ini iaitu mengadakan PRU dalam musim haji.

Polemik mana lebih penting antara tunai haji atau mengundi untuk memilih pemimpin boleh dilihat dari 2 aspek:

Pertama, musim haji telah ditetapkan oleh agama Islam. Maka ia tidak boleh diubah. Pemimpin BN khususnya UMNO bukan tidak tahu tentang waktu musim haji, dan apabila BN mengadakan PRU dalam musim haji, maka ia adalah satu pengkhianatan terhadap Islam dan ummah sedangkan waktu untuk mengadakan PRU boleh diubah tarikh berbanding dengan waktu musim haji.

Kedua, semasa Nabi Muhammad s.a.w. wafat, jenazah baginda yang mulia hanya diuruskan oleh Syaidna Ali dan beberapa orang sahabat, manakala sahabat Nabi yang ramai termasuk Syaidina Abu Bakar, Syaidina Omar, Syaidina Othman, dan lain-lain bermesyuarat bagi melantik ketua atau Khalifah untuk umat Islam di bumi Arab.

Meskipun janazah Nabi yang mulia itu penting, tetapi urusan negara dan menentukan kepimpinan negara juga penting kerana ia melibatkan maslahah yang berganda besar dan melibatkan bilangan manusia yang ramai serta melangkau geografi. Dalam ertikata lain memberi perhatian dalam menentukan kepimpinan negara termasuk dalam mengundi pemimpin dalam PRU adalah suatu tuntutan iman dan besar impaknya dalam Islam.

Maka kita dapati di dalam seerah Nabawiyyah, mengambil tahu tentang urusan orang Islam adalah satu tuntutan iman.


مَن لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْر المُسلمين فَلَيْسَ مِنْهم
Sabda Rasulullah SAW: ”Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka bukanlah dia sebahagian daripada mereka.” Riwayat Thabarani di dalam ( المعجم الأوسط ) dan Hakim di dalam ( المستدرك ) daripada Huzaifah r.a.
Dalam hal PRU di Malaysia, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan PAS hanya meminta calon, wakil calon dan petugas penting PAS supaya menangguhkan ibadah haji mereka jika PRU akan diadakan dalam musim haji. www.selangorku.com

Tetapi pimpinan UMNO dan talibarut barut UMNO termasuk akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian menyatakan PAS menghalang orang Islam pergi menunaikan haji kerana pilihanraya lebih penting!

Inilah fitnah dan kemungkaran UMNO dan pimpinannya dalam 2 perkara besar: pertama, mengadakan PRU dalam musim haji sebagai tanda tidak hormat kepada umat Islam dan kedua mengelirukan ummah dengan fahaman sekular iaitu memisahkan urusan agama dari urusan bernegara. As-Syeikh Mustafa Sobri, Mufti di zaman Khailifah Othmaniyyah mengatakan, jalan yang paling dekat menuju ke arah murtad ialah memisahkan agama dari urusan bernegara.

Sumber: albangi.wordpress.com"

PKR PAHANG UCAP TAKZIAH KEPADA WARIS YB DATUK TAN AMINUDDIN

PKR Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga Exco Kerajaan Pahang, Allahyarham Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak, 64, yang meninggal dunia pagi semalam. 
 
Allahyarham Datuk Tan Mohd Aminuddin
Semoga Roh beliau dilimpahi keampunan Allah dan dihimpunkan bersama golongan solehin.  Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh jam 8.55 pagi semalam setelah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 8 Jun lalu.

Kami mendoakan agar seluruh keluarga dan waris Allahyarham dapat menerima ujian dari Allah Subhanahu Wataala ini dengan penuh kesabaran, keimanan dan keinsafan.  AL FATIHAH.

Tuesday, June 19, 2012

Anwar Ibrahim Menang Kes Saman Nallakaruppan


 
 
Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.

Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.

Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.

Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.

Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.

Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah.

Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menarik balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.

 
Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.

Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.

Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.

Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar./Greenboc

Sokongan terhadap Nizar, tempelak buat Umno

Oleh Mohd Rashidi Hassan

Bagi manusia yang waras dan boleh berfikir, tiada apa-apa kesalahan yang boleh disabitkan terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung dengan twitter beliau mengenai plat nombor WWW1 yang dibida Sultan Johor dengan harga RM520,000.

Nizar tidak derhaka, Nizar tiada unsur-unsur untuk menghina Raja. Serangan terhadap Nizar sengaja digembar-gemburkan dan diambil kesempatan media talibarut Umno-Barisan Nasional, bertujuan hendak mengeruhkan hubungan PAS dengan Istana Johor.

Lagi teruk Nizar diserang, lagi ramai rakyat yang bangkit menyokong mantan Menteri Besar Perak itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, serangan terhadap Nizar dan imej buruk yang cuba dipalitkan terhadap Pakatan Rakyat, sama sekali tidak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di Johor.

“Saya tidak rasa sama sekali peluang PAS termasuklah Pakatan Rakyat di negeri ini terjejas kerana rakyat Johor sudah dapat untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan kematangan mereka dalam berpolitik. Isu seperti ini tidak menjejaskan kita kerana rakyat boleh faham tentang isu dibangkitkan.

“Mengenai penentangan terhadap Raja-Raja Melayu, saya rasa Umno mempunyai sejarah yang begitu panjang. Mengenai kebiadapan dan keterlanjuran mereka menghina Raja-Raja Melayu. Rakyat boleh faham dan ada maklumat mengenai hal ini.

“Jadi saya rasa ia tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap peluang Pakatan Rakyat dalam Johor kerana kita tidak langsung menyentuh isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutusan dan undang-undang negeri sekali gus Pas menghormati prinsip raja berpelembagaan,” katanya

Tegas Salahuddin, Nizar sudah menjalankan tanggungjawabnya untuk memohon perkenan mengadap Sultan Johor bagi menjernihkan suasana.

Isu berkaitan Nizar ini sama seperti isu Bukit Kepong yang membabitkan fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia berkaitan dengan Johor juga kerana Bukit Kepong terletak dalam Parlimen Pagoh yang diwakili Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saban hari media talibarut Umno memainkan isu Mohamad Sabu mengkhianati negara, menyokong komunis, menghina polis dan sebagainya. Habis seluruh juak-juak Umno bangkit mengecam Mohamad Sabu, sehingga berlaku kekasaran dan gangguan sewaktu beliau berceramah.

Tetapi hari ini, segala tohmahan, himpunan gerombolan bodoh penyokong-penyokong Umno yang memaki hamun dan memfitnah Mohamad Sabu, terpaksa menjilat ludah mereka sendiri, apabila saksi polis (pendakwaraya) yang sendiri mengaku bahawa tindakannya membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PAS itu tidak betul sama sekali.

Fitnah terhadap Mohamad Sabu ini sama dengan Nizar. Yang jahat dan dangkal di sini adalah Umno. Mereka berselindung di sebalik kedaulatan negara, berselindung di sebalik perjuangan Melayu dan dalam kes Nizar Umno berselindung di sebalik Raja Melayu.

Umno-BN harus ingat. Kita semua, sama ada PAS, KeADILan dan DAP serta mana-mana parti politik yang pembangkang lain, adalah rakyat Malaysia. Kami warganegara Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian serta menyanjungi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.

Setiap kita warganegara Malaysia, adalah rakyat sentiasa berpegang teguh dengan lima prinsip Rukun Negara iaitu: Kepercayaan Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan.

Rakyat juga sebulat suara untuk mendukung cita-cita Malaysia untuk; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik serta mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.

Inilah keunikan Malaysia. Walaupun kita mempunyai rakyat yang mempunyai kepercayaan agama yang berbeza, dari pelbagai kalangan etnik dan latar belakang, walaupun berbeza fahaman politik, rakyat tetap mendukung satu cita-cita yang sama, iaitu mahu memelihara keharmonian dengan menghormati antara satu sama lain.

Bagi memelihara keharmonian ini, sesuai dengan prinsip Rukun Negara, Raja atau pemerintah yang harus disandarkan kepada mereka kesetiaan, mestilah melaksanakan tugas mereka secara adil dan saksama, mengikut lunas-lunas demokrasi.

Adil dan saksama bermakna berimbang. Sesiapa yang salah diperbetulkan. Sesiapa yang benar disanjungi. Dan yang paling penting sekali, semua kita adalah makhluk yang harus mentaati kehendak-Nya yang Satu, iaitu Allah SWT.

Semua kita dijadikan dari asas yang sama, iaitu dari tanah, setitis air benih, air mani dan segumpal darah. Justeru tiada apa yang membezakan kita pada pandangan-Nya, melainkan mereka yang bertakwa. Di atas prinsip takwa inilah dirangka prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.

Walaupun kita ada Raja-Raja, kita ada undang-undang, kita ada penguasa yang menjaga keamanan, namun kepercayaan yang utama, harus kita asaskan kepada Allah, yang bagi orang-orang Melayu, mentaati Allah dengan mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.

Di dalam Islam, tiada siapa yang maksum melainkan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada siapa yang tidak boleh ditegur. Cuma Islam menekankan soal pendekatan dengan hemah dan hikmah.

Dalam konteks penghormataan dan ketaatan kepada Raja misalnya. Islam menggariskan dengan jelas bahawa, kalangan ahli agama, kalangan al-mala (pemimpin) terutamanya, mestilah mentaati mereka, selama-mana mereka tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat.

Misalnya jika Raja tidak solat, Raja meminum arak, Raja melakukan perkara-perkara yang maksiat kepada Allah, maka haram sama sekali mereka ditaati secara mutlak. Bagaimana kita boleh mentaati makhluk yang melakukan perkara yang dilarang Allah SWT?

Maka sebaliknya bagi Raja-Raja yang adil dan soleh. Selain mendapat penghormatan dan keampunan daripada Allah, mulia disisi Malaikat-Nya, malah mendapat sanjungan yang tidak berbelah bahagi dari kalangan rakyat. Raja sebeginilah yang kita idam-idamkan memayungi kita. Iaitu payungan mereka bukan sahaja di dunia, malah sehingga ke akhirat.

Dalam konteks politik di Malaysia, kita merasakan bahawa terdapat suatu situasi yang amat buruk apabila terdapat golongan yang memperalatkan Raja untuk kepentingan politik mereka.

Golongan ini adalah Umno. Merekalah yang mengkhianati Raja, tetapi mereka mendakwa mereka mendukung Raja. Merekalah yang merosakkan sistem negara dengan rasuah dan penggadaian Tanah Rizab Melayu, tetapi mereka berjaya berselindung di sebalik Raja.

Kita, rakyat jelata berasa terlalu kerdil untuk menasihatkan Raja-Raja, maupun memperingatkan semula sejarah hitam lampau mengenai kebiadapan melampau para pemimpin Umno mencaci hina institusi Raja-Raja Melayu yang dikenali sebagai Krisis Perlembagaan 1993.

Tetapi demi Allah dan demi Agama, Raja-Raja tak perlulah begitu sensitif dengan sebarang teguran dari rakyat, melainkan teguran itu menderhakai Raja-Raja.

Menderhakai itu membawa maksud menentang Raja-Raja, menentang Raja-Raja berperlembagaan, menghina Raja-Raja dengan perkara yang tidak betul, mempersoalkan kedudukan Raja-Raja seolah-olah Raja-Raja tidak dipertahankan oleh Undang-Undang dan Perlembagaan.

Selepas Pindaan Perlembagaan yang disetujui oleh semua Raja-Raja, kecuali keatas beberapa perkara yang khusus, Raja-Raja di Malaysia hampir menyamai Raja (Takhta) di England, iaitu berbentuk "ceremonial".

Pindaan Perlembagaan itu dipaksakan keatas Raja-Raja oleh Kerajaan Umno-BN dan semasa proses pindaan itu berlangsung seluruh jentera Kerajaan Umno-BN ketika itu mengambil sikap yang sangat biadap terhadap Raja-Raja dan admin masih ingat terlibat bersama PAS mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu,

Amat sedih dan pilu pada waktu itu bila membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian yang begitu "kurang ajar" dan biadap tiada taranya terhadap Raja-Raja.

Tetapi kuasa politik berada ditangan Umno. Malangnya tiada Raja-Raja yang murka di atas tulisan-tulisan yang menghina Raja-Raja yang dipaparkan walau sehodoh manapun mereka memaki hamun dan menghina Raja.

Akhir kata, sekadar renungan buat Raja-Raja Melayu, dipaparkan gurindam Raja Ali Haji pasal yang kedua belas (gurindam XII):

Raja mufakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu, tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai, tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati, itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata, kepada hati yang tidak buta.

Monday, June 18, 2012

Saya masih Ahli umno tetapi saya kempen untuk umno tumbang - Tamrin Ghafar Baba

Blog: Sharpshooter


Umno kini terima tamparan hebat apabila Dato' Tamrin anak kepada tokoh veteran umno terkenal Allahyarham Tun Ghafar Baba sekarang ini muncul di pentas ceramah Pakatan Rakyat.



 
 
Dalam pembukaan ucapannya di Parlimen Merbok bersama YB Amirudin Shari Adun Batu Cave, beliau berkata 'saya masih ahli umno...tetapi saya terlalu kecewa dengan umno kerana membiarkan rasuah dan penyelewengan bermaharajalela..sebab itu saya berdiri di sini untuk menerangkan kepada rakyat betapa umno kini telah jauh tersasar daripada perjuangan asalnya. '

Beliau juga membidas SPR kerana sepatutnya SPR menjadi badan yang berkecuali bukannya bekerja untuk memenangkan umno bn. Bukti telah banyak Pakatan Rakyat dedahkan tetapi malangnya SPR pekak membisu.

Beliau juga memberi contoh bagaimana pengundi di rumahnya di Ampang hanya 5 orang tetapi di dalam daftar SPR terdapat 20 orang pengundi. Apabila buat aduan kepada SPR, SPR seolah-olah pekak badak.

Tamrin juga menyelar kerajaan umno kerana memberi pinjaman RM250 juta kepada suami Shahrizat sedangkan ada penternak lembu berbangsa India sejak turun temurun tetapi apabila mereka memohon pinjaman RM100 ribu dinafikan.

Menurutnya lagi kini wanita umno amat malu apabila mereka turun padang bertemu rakyat, mereka digelar wanita umno lembu. "Kepada pemimpin umno RM250 juta tetapi kepada rakyat hanya RM500 itu pun setelah terasa saingan hebat Pakatan Rakyat yang jauh lebih berjiwa rakyat.

Tamrin juga menyentuh soal PTPTN, sepatutnya kerajaan sudah berkemampuan untuk memberi pendidikan secara percuma kepada rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Rakyat disuruh berjimat sedangkan anak PM bertunang sahaja menelan belanja hampir RM500 ribu. Sambut harijadi RM80 ribu.

Sebab itu beliau menyeru kepada semua rakyat terutamanya kepada ahli umno, sudah tiba masanya pada PRU 13 akan datang, berilah mandat baru kepada Pakatan Rakyat, rakyat wajib tolak umno bn.

Saturday, June 16, 2012

MALAM INI (16 JUN) Di K.KRAU - CERAMAH AISHAH SERIKANDI, DAYANGKU INTAN DAN PAK JABIT



Orang ramai tidak harus melepaskan peluang beramai-ramai untuk hadir ke program Ceramah Umum malam ini (Sabtu - 16 Jun 12) jam 09.00 mlm, bertempat di Perkarangan Pejabat KEADILAN, K.Krau.
 
Malam ini pentas KEADILAN K.Krau pasti bergegar dengan kelantangan pemidato Ketua Serikandi KEADILAN, Sdri Siti Aishah bersama artis yang kini berjuang di dalam wadah politik iaitu Dayangku Intan.  Turut sama pada malam ini, artis Man Kadir @ Pak Jabit yang juga selaku Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Temerloh.

Penceramah-penceramah lain yang diundang bagi menyampaikan penerangan di dalam beberapa isu semasa adalah seperti berikut:
 
- Fellicia Ling
- Fareedah Samad, Pengerusi AMEERAH Dewan Muslimat PAS Pusat
- Tuan Hj Suhaimi Said - Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal/Ketua Cabang KEADILAN K.Krau

Orang ramai dijemput hadir dan hebahkan.

KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS DI BALOK MAKMUR, KUANTAN MALAM INI (16 JUN 12)


Penceramah bebas terkenal yang menjadi idola anak-anak muda terutamanya, Ustaz Azhar Idrus akan mengadakan Kuliahnya di Masjid Balok Makmur, Kuantan malam ini (16 Jun 12) bermula selepas Solat Maghrib.

Orang ramai dijemput hadir dan hebahkan.

Friday, June 15, 2012

Nama Individu Cuba Beli Ahli Parlimen PR Didedah




KUALA LUMPUR, 14 JUN: Ketua Parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim diminta tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi perbincangan tawaran kepada Ahli Parlimen untuk meninggalkan Pakatan Rakyat dengan nilai RM2 juta.

Cabaran ini dilontarkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang pada hari ini mendedahkan klip penuh video rundingan tawaran ‘pembelian’ ahli parlimen Pakatan.

Menurut Khalid, Zamil merupakan agen Umno-BN yang berperanan untuk berbincang mengenai tawaran untuk meninggalkan Pakatan.

“Selama ini kita tidak ada bukti. Tetapi hasil daripada kerja-kerja pihak tertentu kita telah memperoleh bukti,” katanya.

Menurut Khalid, ahli parlimen yang ditawarkan ini masih kekal bersama Pakatan Rakyat.

Video asal selama tiga jam ini dirakamkan di sebuah restoran di Lembah Klang sekitar setahun yang lalu selepas beberapa pemimpin Pakatan mengisytiharkan lompat parti dan akan didedahkan secara berperingkat.

Tayangan selama 3 minit 41 saat memaparkan lima individu yang sedang berbincang berhubung tawaran habuan sekiranya meninggalkan Pakatan.

Dua daripada individu berkenaan merupakan wakil Pakatan sementara yang lain merupakan wakil agen Umno-BN.

Selain ditawarkan wang bernilai RM2 juta, tawaran turut disertakan dalam bentuk kontrak kerajaan.

Berdasarkan transkrip video yang diberikan kepada media, Zamil ada menyebut ‘Kita dapat syiling sahaja….Cuma itu Pak Zaharin…Macam hari itu Datuk Habaq kata’.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Zamil Ibrahim merupakan bekas ahli PKR.

Beliau merupakan individu yang pernah menawarkan kereta Rolls-Royce sekiranya mana-mana pihak berjaya membuktikan ada individu lain yang mempunyai wajah sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II.

Menurut Saifuddin, Zamil yang kini menetap di banglo mewah Kelab Cinta Sayang Sungai Petani merupakan bekas peniaga burger di pekan Bidong, Kedah sementara isterinya merupakan peniaga ubat ubatan tradisional.

Zamil juga bekas tahanan dadah di Pulau Jerjak selain memiliki beberapa kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi.

“Kita mengesyaki perubahan hidupnya disumbangkan melalui aktiviti sebegini.

“Saya mempelawa rakan media untuk menelefon beliau untuk membuat pengesahan,” katanya.

Tegasnya, pendedahan ini sebenarnya menguatkan lagi dakwaan Pakatan sebelum ini yang menyatakan wujudnya aktiviti ‘membeli’ ahli parlimen Pakatan dengan habuan wang ringgit yang lumayan.

Dalam pada itu, ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim menafikan beliau ditawarkan wang ringgit meninggalkan Pakatan.

Katanya, tindakkan beliau keluar Pakatan membuka ruang kepadanya untuk bebas mengkritik kedua-dua pihak.


Sumber: Selangorku.com

Thursday, June 14, 2012

Tuduhan Anwar sorok RM3b tidak berasas – Bekas Pengarah Siasatan BPR




KUALA LUMPUR 12 Jun: Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Abdul Razak Idrus memberitahu, siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata, BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

“Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat ‘tiada kes’ terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad,” katanya memetik semula laporan Malaysiakini.

Beliau menjelaskan demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 November 2009.

Bekas Pegawai Kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.

Anwar memfailkan saman itu pada 4 Julai 2003.

Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 – kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada awal September tahun berkenaan.

Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

NSTP diarah bayar RM100,000 pada Anwar

Mahkamah Tinggi mengarahkan NSTP membayar gantirugi RM100,000 kepada Anwar berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah itu.

Mahkamah juga memerintahkan syarikat media itu membayar kos RM20,000 kepada Ketua Umum KEADILAN itu.

Sebelum itu, mahkamah memutuskan bahawa NSTP telah memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar NST pada 2 Mac 2002.

Artikel tersebut yang bertajuk ‘Anwar’s link to US lobbyist’ mendakwa Ketua Pembangkang itu menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai hubungan dengan kepentingan barat.

Artikel itu berdasarkan kepada satu lagi artikel – ‘The Bush Administration’s dubious envoy to Taiwan’ – yang disiarkan dalam edisi Mac 2000 majalah mingguan politik New Republic.

Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Harminder Singh Dhaliwall dipetik berkata, NSTP tidak boleh menyandarkan pembelaannya atas alasan kelayakan terhad kerana artikel tersebut berniat jahat dan lebih daripada sekadar menerbitkan semula artikel majalah New Republic.

Oleh itu, katanya, mahkamah mendapati artikel tersebut berunsur fitnah dan defenden perlu membayar gantirugi kepada Anwar./Keadilan Daily

PAKATAN RAKYAT PASTI KE PUTRAJAYA, MAHATHIR BERI TANDA-TANDA AWAL

Benarkah Tun Mahathir tidak takut jika Pakatan Rakyat berada di Putrajaya?  Membaca kenyataan beliau di SINI, jelas mantan PM tersebut beranggapan jika Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya kita akan melakukan sama seperti beliau lakukan dahulu iaitu gunakan kuasa yang ada untuk menganiayai musuh politiknya.  Ertinya, di lubuk hati Tun Mahathir beliau pun yakin bahawa kita akan ke Putrajaya, InsyaAllah.

Antara mereka, siapa masuk `dalam' dahulu?
Samada Tun Mahathir takut atau tidak, kita tidak peduli lagi kerana Pakatan Rakyat tidak berdendam dengan sesiapa, dan tindakan kita untuk membersihkan negara ini dari segala bentuk salah laku bukan berpaksikan kepada dendam.  Kita berpaksikan kepada hukum iaitu sesiapa yang terbukti bersalah wajar dihukum samada Tun Mahathir, Najib, Shahrizat, Muhyiddin, Taib Mahmud atau rakyat biasa.  

Pada waktu ini memang lojik Tun Mahathir berkata beliau tidak takut kerana beliau sedar beliau masih mempunyai kekebalan.  Kita akan tahu tahap keberanian Tun Mahathir ini sebaik sahaja kita mengambil alih Putrajaya.  Biarlah beliau merepek sesuka hatinya sekarang kerana bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak juga pernah merepek seperti beliau.  Sekarang, lihat apa yang terjadi kepada diktator Mesir ini apabila kehilangan kuasa?

Sehubungan itu, jika rakyat mahu tahu kisah samada benar atau tidak Tun Mahathir ini pernah menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan syarikat perkapalan anaknya, Mirzan maka rakyat boleh pilih Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.  Jika rakyat mahu tahu kisah penghujung misteri pembunuhan Altantuya, pilihlah Kerajaan Pakatan Rakyat kerana sekarang ini kisah tersebut masih `tergantung' tanpa penghujungnya. Jika orang-orang Melayu mahu tahu siapa sebenarnya `ikan jerung' yang seringkali terlepas dari tindakan melakukan rasuah, kami dari Pakatan Rakyat menawarkan kepada anda untuk menangkap `ikan jerung' berkenaan jika kami berkuasa.

Yakinlah, jangka hayat Umno/Bn semakin nipis.  Mereka kini terpaksa menggunakan talian hayat propaganda media dan umpan wang ringgit bagi mengembalikan nafas mereka yang semakin sesak itu.  Dubur Saiful tidak lagi menjadi harapan mereka kerana rakyat tidak boleh disajikan dengan cerita-cerita yang tidak masuk akal lagi menyalahi hukum seperti itu.

Wednesday, June 13, 2012

WWW 1: Pemuda PAS cabar Pemuda Umno berdebat


Muhammad Faeez,
12 Jun 2012



 
 
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak mencabar Pemuda Umno Johor berdebat dalam isu pembidaan plat WWW 1.

Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Pemuda Umno Johor telah membohongi rakyat Johor tentang kemelut bidaan plat yang sedang hangat diperkatakan ini.

Menurutnya, Pemuda Umno Johor telah menjadikan mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai sasaran utama dengan mengheret rakyat Johor terhadap isu bidaan nombor plat WWW 1 yang berharga RM520,000.

“Kami sangat kesal dengan tindakan Pemuda Umno yang meracuni pemikiran.

“Justeru kami mengajak Pemuda Umno berdebat tentang isu ini bagi merungkai perkara sebenar,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Ahli Parlimen Pokok Sena dan Bukit Gantang, Datuk Mahfuz Omar dan Nizar turut serta.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata, pihaknya akan menghantar semua bukti-bukti tentang penghinaan Kosmo terhadap Sultan Johor berhubung isu bidaan plat WWW 1.

Tambahnya, Pemuda PAS hairan sehingga hari ini pihak polis langsung tidak membuat kenyataan dan tindakan kepada akhbar Kosmo dan ianya menggambarkan pihak Polis ‘memilih bulu’ dalam membuat sesuatu tindakan.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu juga mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menteri Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini.

“Kenapa pada 2010 isu bidaan plat MCA 1 yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?

“Apa agenda sebenar akhbar Kosmo dan siapa di belakang akhbar ini?,” soal beliau.

Terdahulu, Pemuda PAS Perak mendedahkan akhbar Kosmo yang sudah lama memainkan isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.

Sebanyak enam keluaran sejak 8 April akhbar kepunyaan anak syarikat Utusan Malaysia itu telah mensensasikan isu bidaan ini dan Pemuda PAS telah mendesak pihak Polis turut membuat siasatan terhadap akhbar Kosmo./harakahdaily

LEBIH SEBULAN, BARU DIBERITAHU PERHIMPUNAN BERSIH TIADA FATWA HARAM

Lebih dari sebulan kita dialunkan dengan tohmahan oleh media kawalan Umno bahawa Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang lalu hukumnya `haram'.  Mereka memetik kenyataan beberapa orang Mufti bahkan dikeluarkan sendiri oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Media menghukum, Majlis Fatwa diam?

Namun, semalam di Parlimen terbongkarlah rahsia bahawa sebenarnya tiada satu pun Fatwa yang dikeluarkan berkaitan Perhimpunan BERSIH.  Ustazah Umno, Mashitah menjawab di Parlimen bahawa yang ada cuma `nasihat' dari beberapa orang Mufti dan juga nasihat dari Jawatankuasa Majlis Fatwa.  Semenjak bila pula di dalam Majlis Fatwa atau para-para Mufti ini dilantik sebagai Penasihat?  Dan, mengapa para Penasihat ini tidak menegur media-media yang menyebut bahawa satu fatwa telah dikeluarkan?  


Kalau tiada fatwa, bagaimana boleh dikatakan Tok Guru Nik Aziz pertikai fatwa?
Berita Hairan pun keluar hukum `Haram'? Majlis Fatwa diam sajakah?

Apakakah `nasihat' itu setaraf dengan `fatwa'?  Kalau fatwa berkaitan isu Perhimpunan BERSIH 3.0 benar-benar telah dikeluarkan dan kita masih pertikaikan dari segi kaedah serta rujukanfatwa berkenaan, apatah lagi jika ianya hanya berbentuk `nasihat'.  Kita bimbang `nasihat' yang diberi sama seperti di dalam filem `Tiga Abdul' yang mana ada watak `Tuan Penasihat 20 persen'.

Apa ini?  Sesuka hati berhukum?
 
Sekarang sudah jelas bahawa tiada hukum `haram' terhadap Perhimpunan BERSIH 3.0.  

Ihsan gambar: Blogger sahabat Cenangau dan Amenoworld