KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, December 10, 2011

Asal Bukan Umno (ABU) ditubuh untuk tumbangkan Umno

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard hari ini melancarkan satu gerakan dikenali sebagai Asal Bukan Umno (ABU).  Gerakan Rakyat ‘Asal Bukan Umno (ABU)’ ditubuh bagi memastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata Chegubard yang bertindak sebagai penyelaras.  Ini kerana katanya, puluhan tahun Umno BN memerintah, terlalu banyak kerakusan yang diakibatkan parti itu.

“Sepanjang pemerintahan Umno BN, kita sebenarnya bersama-sama menyumbang, akibat sikap kita seperti ‘biarkanlah, tidak kisah dan ignorant’ dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintahan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor hari ini.

Beliau memberi contoh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno ketika ini yang sering berubah-ubah fikiran dalam membuat keputusan.  Ia termasuklah Akta Himpunan Aman 2011 yang kononnnya untuk menjadikan Malaysia sebagai negara terbaik dunia, namun sebenarnya lebih kejam berbanding undang-undang sebelum ini.

Sehubungan itu, katanya, ABU akan meneruskan program dari semasa ke semasa bagi memastikan Malaysia diperintah oleh parti yang menawarkan pentadbiran lebih baik.  Tanpa menyatakan dengan khusus parti mana yang dimaksudkan, beliau mengajak rakyat mengahadirkan diri dalam Himpunan Rakyat anjuran ABU pada 15 Disember ini di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak.

“Pada himpunan itu, kita akan mengumumkan sesuatu yang penting bagi merubah situasi politik Malaysia kerana gerakan ABU akan terus wujud selagi Umno wujud di negara ini,” tegasnya yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

 “Pelik sungguh Umno ini, mereka dakwa Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap dan sentiasa beri kenyataan kononnya negeri itu kuasa Umno tidak terancam. “Kalau begitu, mengapa wakil ABU sekadar untuk masuk negeri pun dihalang?” soalnya.  Gerakan itu katanya, tetap diteruskan di kedua-dua negeri itu minggu depan.

Antara yang menyertai ABU ketika ini termasuklah golongan mahasiswa, pekerja, petani, nelayan, pelbagai segmen NGO, parti pembangkang, golongan profesional, karyawan, mat rempit, penganggur dan kumpulan masyarakat yang tertindas di bawah pentadbiran Umno selama ini.

“Walaupun kami didokong parti politik, kami tetap bersikap bebas kerana matlamat utama ialah menumbangkan Umno yang terlalu banyak melakukan kerosakan di negara ini, cukuplah untuk mereka,” tegasnya./KeadilanDaily

No comments:

Post a Comment