KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, February 20, 2016

AMK DESAK PERDANA MENTERI SAMAN WALL STREET JOURNAL

KENYATAAN MEDIA

19 Februari 2016

Angkatan Muda Keadilan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk segera menfailkan saman ke atas Wall Street Journal mengenai skandal ‘derma’ RM2.6 billion seperti yang telah diterbitkan oleh penerbitan ini. Dakwaan oleh Editor Kewangan WSJ, Ken Brown di dalam temuramah bersama ABC News Australia pada 12 Februari bahawa laporan mereka menunjukkan bahawa wang derma itu tidak disumbangkan daripada Arab Saudi, tetapi disalurkan melalui beberapa syarikat dan akaun bank yang berkaitan dengan 1MDB.

Angkatan Muda Keadilan berpandangan bahawa dengan menfailkan saman ke atas WSJ dan membolehkan skandal ini dibicarakan di mahkamah adalah langkah perlu untuk Perdana Menteri membersihkan nama beliau dan juga membuktikan bahawa tiada sebarang bentuk penyelewengan dana awam berkaitan isu skandal ‘derma’ RM2.6 billion. Kegagalan Perdana Menteri untuk menjawab dan menfailkan saman ke atas WSJ akan memperkukuhkan lagi keyakinan kami bahawa kemungkinan penyelewengan telah berlaku di dalam isu ‘derma’ RM2.6 billion dan pengurusan kewangan 1MDB. 

Angkatan Muda Keadilan juga mengulangi tuntutan kami agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan jawatan dan mengecualikan diri beliau dari menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri di saat skandal ‘derma’ RM2.6 billion ini masih lagi belum diselesaikan. Peletakan jawatan Perdana Menteri, siasatan yang telus dan perbicaraan adil adalah perlu bagi menyelamatkan Malaysia daripada terus terjerumus ke dalam krisis kepimpinan dan ekonomi paling parah dalam sejarah negara.

Angkatan Muda Keadilan juga mencadangkan agar satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat dan meneliti skandal ‘derma’ RM2.6 billion dan skandal kewangan 1MDB. Penubuhan Suruhanjaya Di Raja ini akan mampu membuktikan kedudukan sebenar skandal ini dan diharap dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi kerajaan dan keyakinan pelabur terhadap sektor ekonomi negara.



DR AFIF BAHARDIN

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan