Malam ini satu perhimpunan khas akan
diadakan di Markas PAS Taman Melewar yang akan menggerakkan suara
kebangkita rakyat lebih jelas dan padu dengan slogan `Asal Bukan Umno'
(ABU) yang dipelopori oleh beberapa NGO yang sedar dan insaf bahawa Umno
adalah perosak segala-galanya di negara ini.
Justeru
itu, sesiapa sahaja yang bersetuju bahawa Umno adalah perosak bangsa,
agama dan tanahair maka mereka berkewajipan untuk hadir di Markas PAS
Taman Melewar malam ini. Tiada rakyat yang siuman boleh terima bahawa
Umno yang menjadi tunjang kerajaan Bn sekarang telah menganiayai para
Peneroka Felda yang terdiri dari bangsa Melayu sendiri dengan menipu
mereka berkaitan pembayaran jualan sawit berpuluh tahun yang lalu.
Kakitangan
kerajaan mana yang siuman boleh menerima betapa wang caruman KWSP
mereka dirobek oleh Felda dengan pinjaman RM6 Bilion secara terlalu
mudah, sedangkan Felda tidak mencarum hatta satu sen pun kepada KWSP.
Mereka menjadikan KWSP umpama bank kepunyaan mereka. Adakah ada jaminan
pinjaman itu berbayar? Lupakah kita kepada kisah pinjaman PERWAJA yang
lupus begitu sahaja?
Isu
NFC (Fedlot) yang melibatkan keluarga Shahrizat Jalil benar-benar
menguji kebijaksanaan rakyat untuk berfikir secara rasional. Mana
mungkin rakyat yang berakal boleh terima keluarga seorang Menteri boleh
mendapat RM250 Juta untuk berniaga lembu, secara tiba-tiba beralih
kepada pembelian kondo? Bagaimana pula dengan dakwaan pembelian kereta
mewah dan tanah serta makan angin di luar negara hasil dari rompakan
wang rakyat ini? Bukan lagi suatu fitnah setelah beberapa pemimpin dari
Umno/Bn sendiri mula mengesyorkan Shahrizat agar meletakkan jawatannya.
Ada
beberapa orang tua yang muncul di kaca TV, menangis kegembiraan kerana
mendapat wang RM 100 bagi bantuan persekolahan dan RM 500 bagi Bantuan
Rakyat 1 Malaysia (BR1M), tidakkah mereka terfikir bahawa RM 250 Juta
buat keluarga Shahrizat itu mampu menanggung tujuh keturunan menteri
berkenaan? Apa sangat dengan RM 100 dan RM 500 yang rakyat perolehi?
Sebab itu, yang bijak akan berkata `BR1M" itu boleh disebut sebagai
`Beri Rasuah 1 Malaysia' (BR1M) kerana pemberian dibuat apabila bahang
Pilihanraya Umum makin terasa.
No comments:
Post a Comment