KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, August 29, 2012

MAJLIS RUMAH TERBUKA BERSAMA DATO' SERI ANWAR DI BENTONG DAN LIPIS PADA 31 OGOS 2012


Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bersama-sama rakyat di Bentong dan K.Lipis, Pahang di dalam Majlis Rumah Terbuka Anjuran KEADILAN Cabang Bentong dan Lipis pada 31 Ogos 2012 (Jumaat) ini.

Program kunjungan Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seperti berikut:

BENTONG

Tarikh:  31 Ogos 2012 (Jumaat)

Masa:  10.00 pagi - 12.00 Tengahari.

Tempat:  No. 3 Taman Meranti, Bentong (Rumah Sdr Mohd Nor - Ketua Cabang Bentong)

BENTA/LIPIS




Tarikh:  31 Ogos 2012

Masa:  02.00 Petang - 04.00 Petang (Selepas Solat Jumaat Di Masjid Benta)

Tempat:  Bilik Gerakan Utama, Pakatan Rakyat Dun Benta, Jln Benta - Jerantut

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai.  Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 019-9565151 (Sdr Mohd Nor - Ketua Cabang Bentong) dan 012 - 3903432 (Tn Hj Abas Awang - Wakil Ketua Cabang Lipis)


FOTO SEKITAR PROGRAM BERSAMA YB NURUL IZZAH DI PEKAN/KUANTAN/PAYA BESAR PADA 28 OGOS 2012

SEKITAR MAJLIS MAKAN MALAM " SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA" BERSAMA YB NURUL IZZAH ANWAR DI RESTOREN MEXICA, KUANTAN


Orang ramai memenuhi dewan makan
Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi bersama MP Kuantan, YB Fuziah Salleh selaku Tuan Rumah melayani tetamu jemputan
Kelihatan YB Nurul Izzah bersebelahan YB Fuziah, YB Ravi dan YB Elizebeth Wong
YB Elizebeth Wong sedang berucap
YB Nurul Izzah sedang berucap
SEKITAR CERAMAH DI PUTRA BALOK, KUANTAN

Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman
YB Nurul Izzah
CERAMAH DI TAMAN SERI MAHKOTA AMAN, BATU 11, (PARLIMEN PAYA BESAR) KUANTAN


Sdr Tan Ah Kaw, Ahli Majlis Bandaran Shah Alam sedang berucap

YB Nurul Izzah sedang berucap
SEPETANG BERSAMA YB NURUL IZZAH DI PERAMU JAYA, PEKAN

Ketibaan YB Nurul Izzah disambut mesra
Adik-adik YB Nurul Izzah juga turut hadir
Orang ramai membanjiri khemah yang disediakan
YDP PAS Kawasan Pekan sedang berucap
YB Nurul Izzah sedang berucap
(Foto di Pekan - Ihsan dari PAS Pekan)

Monday, August 27, 2012

PROGRAM PENUH YB NURUL IZZAH KE PAHANG PADA 28 OGOS 2012 (SELASA)

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Nurul Izzah Anwar akan mengadakan kunjungan ke Pahang pada 28hb Ogos (Selasa) ini.  Pada program lawatan tersebut, YB Nurul Izzah akan menghadiri beberapa program yang telah diatur.

Program pertama beliau adalah menghadiri Jamuan Hari Raya Eidul Fitri Anjuran KEADILAN Cabang Rompin bertempat di Keratong 8, Rompin (Kawasan Perniagaan Felda Keratong 8).  Program bermula jam 2.00 petang. 

YB Nurul Izzah kemudiannya akan bertemu dan beramah mesra dengan rakyat di dalam Majlis Hi-Tea bertempat di Markas PAS Peramu Jaya, Pekan (sebelah Stesen Minyak Petronas) mulai jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.  

Kopun Makan Malam boleh diperolehi melalui Pejabat KEADILAN Kuantan/AJK atau di No Tel yang tertera di dalam kopun di atas


Pada sebelah malamnya, beliau akan bersama rakyat di dalam Majlis Jamuan Makan Malam "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" bertempat di Restoren Mexica, Bandar Kuantan mulai jam 7.30 malam.  Majlis Makan Malam ini adalah bagi mengumpul dana menghadapi PRU ke 13 akan datang.  Kopun-kopun telah diedarkan mulai sekarang.

Selain dari YB Nurul Izzah, beberapa pimpinan akan turut hadir pada malam tersebut, di antaranya;

1.  Dato' Fauzi Abd Rahman - Pengerusi MPN Pahang
2.  YB Fuziah Salleh - MP Kuantan
3.  YB William Liong - MP Selayang
4.  YB Abdullah Sani Saat - MP Kuala Langat
5.  YB Chai Tong Chai - Adun Chuah 

Turut dijemput adalah beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Kuantan.


YB Nurul Izzah kemudiannya akan memberikan ceramah di Markas PAS, Balok Makmur.  Turut berceramah adalah Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman dan pimpinan-pimpinan lain.



Lokasi terakhir program YB Nurul Izzah adalah di dalam Program Ceramah di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

KEADILAN Negeri Pahang sukacitanya menjemput semua untuk hadir di dalam program-program yang dinyatakan di atas.  Mohon hebahkan.


RUMAH TERBUKA DAN CERAMAH UMUM KEADILAN K.KRAU HARI INI (27 OGOS 2012)

KEADILAN Cabang K.Krau akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Eidul Fitri hari ini (27hb Ogos 2012) bertempat di Perkarangan Pejabat KEADILAN Cabang K.Krau bermula jam 06.00 petang hingga 08.00 malam.

Pada malam ini bermula jam 09.00, satu ceramah umum akan diadakan di tempat yang sama. Penceramah yang telah diundang adalah seperti berikut:

1.  Sdri Siti Aishah Syeikh Ismail - Ketua Serikandi KEADILAN Pusat.
2.  Puan Fareedah Samat - AJK Muslimat PAS Pusat.
3.  Tuan Hj Suhaimi Said - Ketua Cabang KEADILAN K.Krau/Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN Pusat.
4.  Sdr Lee Chean Chung - Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota

Sukacitanya KEADILAN Cabang K.Krau menjemput semua untuk menghadiri kedua-dua program pada tarikh tersebut.  Mohon hebahkan.

Sunday, August 26, 2012

UMNO PASTI MENANG JIKA ADA TIGA PERKARA INI

Umno kini jelas hilang punca untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 yang sehingga kini amat menakutkan Najib bagi mengumumkan pembubaran Parlimen.  Media kawalan Umno telah diarahkan untuk menjalankan propaganda bagi membantu Umno menghadapi asakan Pakatan Rakyat yang semakin menghimpit mereka.

Perpecahan yang berlaku di dalam Umno tidak boleh dirahsiakan lagi.  Najib sedar selagi beliau tidak dapat mengatasi perpecahan yang berlaku di dalam Umno akibat perebutan untuk menjadi calon, amat merbahaya jika Parlimen dibubarkan.  

Sehubungan itu, Umno terpaksa melindungi kejelikan yang berlaku di dalam parti tersebut dengan merekacipta isu yang tidak masuk akal terhadap Pakatan Rakyat.  Isu Hukum Hudud dan perkauman mula dimainkan setelah mereka gagal memainkan isu fitnah seks dan moral terhadap pimpinan KEADILAN.  Rakyat tidak lagi percaya kepada Umno kerana Umno terlalu banyak melakukan penipuan terhadap rakyat.

Sepertimana yang sering diperkatakan oleh Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman bahawa Umno hanya mahukan tiga perkara sahaja untuk mereka menjamin kekuasaan mereka di negara ini.  Pertama, Umno mahu rakyat menjadi bodoh agar mereka mudah diperdayakan dengan propaganda mereka.  Kedua, Umno mahu rakyat menjadi miskin kerana dengan kemiskinan sahaja rakyat akan mudah dijadikan hamba seperti peminta sedekah.  Ketiga, Umno suka melihat rakyat mejadi penakut kerana apabila rakyat penakut, maka maruah diri dan jati diri mereka akan hilang dan mudah untuk diugut.

Justeru itu, hari ini Umno kembali meniupkan sentimen perkauman dan agama.  Mendakwa DAP adalah parti perkauman dan mempunyai unsur-unsur Komunis sehingga tergamak mereka mengupah orang agama untuk menjatuhkan hukum Kafir Harbi terhadap DAP.  Mengapa sekarang baru Umno sedar ini semua sedangkan DAP bukanlah parti yang baru diwujudkan.  DAP adalah parti yang sah dan didaftar sejak sekian lama.  Ini adalah kerana Umno sedar sokongan masyarakat Cina terhadap MCA atau Gerakan semakin membimbangkan malahan paling menakutkan Umno adalah semakin ramai kaum Melayu kini menyertai DAP yang dituduh oleh Umno itu sebagai parti perkauman.

Memainkan isu kononnya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri menolak Hukum Hudud ternyata memperlihatkan kejahilan Umno terhadap Islam.  Sejak awal lagi Ketua Pembangkang telah menyatakan komitmennya untuk melaksanakan Maqasid Syariah yang bertujuan untuk memelihara kesucian Ugama Islam di dalam semua aspek pentadbiran.  Oleh kerana mereka jahil terhadap pengertian Maqasid Syariah, maka mereka membuat tuduhan seumpama itu yang menunjukkan seolah-olah Umno memperjuangkan Islam.

Rakyat yang bijak dan tidak tersenarai di dalam tiga golongan yang Umno mahukan itu pasti akan menolak Umno di dalam PRU akan datang.  Semakin kuat serangan mereka terhadap Pakatan Rakyat semakin rakyat tidak sabar menantikan pembubaran Parlimen.

Wednesday, August 22, 2012

RUMAH TERBUKA DAN CERAMAH UMUM KEADILAN K.KRAU PADA 27 OGOS INI

KEADILAN Cabang K.Krau akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Jamuan Hari Raya Eidul Fitri pada 27hb Ogos 2012 bertempat di Perkarangan Pejabat KEADILAN Cabang K.Krau bermula jam 06.00 petang hingga 08.00 malam.

Pada sebelah malamnya bermula jam 09.00, satu ceramah umum akan diadakan di tempat yang sama.  Penceramah yang telah diundang adalah seperti berikut:

1.  Sdri Siti Aishah Syeikh Ismail - Ketua Serikandi KEADILAN Pusat.
2.  Puan Fareedah Samat - AJK Muslimat PAS Pusat.
3.  Tuan Hj Suhaimi Said - Ketua Cabang KEADILAN K.Krau/Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN Pusat.
4.  Sdr Lee Chean Chung - Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota

Sukacitanya KEADILAN Cabang K.Krau menjemput semua untuk menghadiri kedua-dua program pada tarikh tersebut.  Mohon hebahkan.

Sunday, August 19, 2012

PROGRAM YB NURUL IZZAH KE PAHANG SELEPAS RAYA INI

Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua yang berugama Islam.  KEADILAN Pahang dari semua peringkat memohon ribuan kemaafan kepada semua sekiranya kami terkasar bahasa atau tersalah laku di dalam perjuangan kami.

Setelah kita bersama-sama merayakan sambutan Eidul Fitri ini, KEADILAN Pahang terus dengan persiapan menerima kunjungan Naib Presiden, YB Nurul Izzah Anwar ke negeri ini  pada 28hb Ogos ini, InsyaAllah.

YB Nurul Izzah dijadualkan akan bersama rakyat di dalam Majlis Jamuan Hari Raya di Muadzam Shah, Rompin.  Beliau juga akan bersama di dalam jamuan makan malam di Bandar Kuantan pada tarikh tersebut yang turut disertai oleh beberapa pimpinan dari Pakatan Rakyat.

Program ceramah pula akan diadakan di Balok, Kuantan seterusnya di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan (Parlimen Paya Besar) pada tarikh yang sama.

Jadual terperinci program kesemua program tersebut akan dimaklumkan kemudian.  


Thursday, August 16, 2012

USAHA GUGAT PERPADUAN KEADILAN PAHANG TIDAK AKAN BERJAYA

Mungkin ada yang merasa kurang senang apabila melihat perpaduan di dalam Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang sekarang.  Faktanya jelas, Negeri Pahang adalah di antara beberapa negeri yang aman tenteram dari perbalahan sesama sendiri walaupun dikatakan negeri ini bukanlah di antara negeri yang boleh dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Tidak dinafikan memang terdapat beberapa masalah di satu atau dua kawasan khususnya di Kerusi Parlimen bagi menentukan siapakah calon dan parti terbaik yang diyakini mampu memberikan tentangan hebat kepada Bn di negeri ini namun masalah ini sedikit pun tidak menjejaskan perpaduan dan kerjasama di dalam Pakatan Rakyat di Pahang.

Semua program penerangan atau ceramah telah berjaya diatur secara bersama. Bahkan, di dalam KEADILAN Pahang sendiri parti semakin kerap mengadakan mesyuarat termasuk di Bulan Ramadhan sekarang bagi mengenalpasti kemajuan atau masalah yang wujud di setiap Cabang.  Alhamdulillah, dari semasa ke semasa laporan yang diterima amat meyakinkan bahawa setiap Cabang kini telah bersedia untuk membuktikan bahawa ramalan pihak yang menyebut Pahang tidak boleh dirampas oleh Pakatan Rakyat tidak benar samasekali.

Laporan yang diterima bukan sekadar di atas kertas malahan kita sendiri boleh lihat gerak kerja di setiap Cabang jauh berbeza dari persiapan menghadapi PRU ke 12 yang lalu.  Mengulas satu artikel dari sebuah portal bahawa terdapat tokoh-tokoh ternama dari KEADILAN akan melompat parti, kami beranggapan ianya hanya sebagai `pelaris' untuk menarik minat pengunjung portal berkenaan semata-mata.

Sebelum ini, portal yang sama turut mendedahkan kononnya terdapat pemimpin PAS terlibat di dalam Lynas dan sipenulis dengan penuh yakin menyatakan terdapat bukti berbentuk dokumen untuk mengesahkan dakwaannya.  Namun, sehingga kini isu tersebut senyap dan satu dokumen pun gagal dibuktikan oleh pihak berkenaan.  Apatah lagi apabila tokoh yang dinamakan oleh mereka tampil menafikan dakwaan mereka malahan mencabar agar sipenulis mendedahkan bukti yang beliau ada.  Ini cukup jelas menunjukkan banyak dakwaan yang dibuat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat di negeri ini hanyalah andaian semata-mata bagi menarik minat pengunjung portal berkenaan.

Paling melucukan apabila sipenulis bercerita soal lompat parti dan menasihatkan pimpinan Pakatan Rakyat untuk istiqomah dengan perjuangan, sipenulis sendiri adalah ahli parti yang lebih awal keluar dari parti.  Berbekalkan kononnya beliau seorang pejuang 'pro-rakyat', yang kadangkala tidak konsisten dengan prinsipnya, adakalanya mahu bertanding sebagai calon Bebas, di dalam masa yang sama meluahkan rasa kesal kerana PAS tidak menerima keahliannya, pada waktu yang lain menyuarakan rasa ingin 'berehat' dari politik dan terkini mahu bergiat semula di dalam politik bahkan telah mula mengintai kawasan yang mahu ditandinginya.  

Terlalu banyak yang 'panas-panas' ditulis dan didedahkan oleh beliau, akhirnya yang `panas' terus suam dan sejuk.  Bagi mencari populariti untuk dirinya, beliau tidak berjaya untuk menonjolkan pengaruhnya maka jalan paling mudah untuk menarik minat orang ramai adalah dengan mencipta isu-isu yang kononnya 'panas'.  Begitulah juga dengan isu yang dikatakan lompat parti ini.

KEADILAN Negeri Pahang ingin mengesahkan bahawa perpaduan di dalam parti kini amat baik.  Kami sedar ada usaha-usaha untuk memecah belahkan perpaduan ini menjelang PRU ke 13 nanti.  Kami menasihatkan semua penyokong dan ahli di dalam Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN sendiri agar tidak terpedaya dengan bentuk provokasi dan propaganda sedemikian rupa.  

Banyak program telah diatur di setiap pelusuk negeri ini selepas kita menyambut Hari Raya Idul Fitri beberapa hari lagi.  Kunjungan Naib Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah Anwar akan membuka tirainya dengan berkunjung ke Pahang di dalam program bersama rakyat di Muadzam Shah, Rompin, seterusnya ke Pekan, Kuantan dan Paya Besar pada 28 Ogos ini nanti.  Beliau akan bersama rakyat di jamuan makan malam di bandar Kuantan, kemudiannya akan berceramah di Balok, Kuantan seterusnya pula di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Paya Besar Butir-butir terperinci program berkenaan akan dimaklumkan kemudian.

KEADILAN jelajah seluruh negara sebar kempen ‘Turunkan Harga Kereta’


 
 
PETALING JAYA 15 Ogos: KEADILAN akan menjelajah ke seluruh negara bermula 24 Ogos ini bagi mengedar pelekat kenderaan kepada pengguna jalan raya sempena kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ dalam usaha menerangkan kepada rakyat berhubung mekanisme menurunkan harga kereta.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penjelajahan itu akan dimulakan dengan edaran pelekat kereta dengan slogan ‘Turunkan Harga Kereta’ pada Jumaat ini di Plaza Tol Jalan Duta dan Karak, manakala Sabtu di Plaza Tol Sungai Besi.

Menurut beliau, bermula 2 September, forum ‘Turunkan Harga Kereta’ di sekitar Lembah Klang termasuk Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat turut diadakan.

“KEADILAN yakin desakan menurunkan harga kereta adalah tuntutan yang disokong sebahagian besar rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Justeru, beliau mengajak rakyat Malaysia membantu mempromosi kempen dengan mengguna logo Turunkan Harga Kereta’ di facebook dan twitter.

Nik Nazmi berkata, sebanyak 50,000 pelekat dicetak dan KEADILAN turut melancarkan laman facebook kempen beralamat diwww.facebook.com/turunkanhargakereta.
“Selepas cuti raya Aidilfitri, pelekat kereta ini akan dicetak dan diagihkan ke seluruh negara melalui pejabat KEADILAN tempatan.

“Logo kempen yang dipilih tidak melambangkan unsur politik. Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan politik boleh bersatu dan bersetuju. Masanya telah tiba untuk memastikan harga kereta di Malaysia tidak membebankan rakyat,” katanya.

Turut memeriahkan kempen ialah kehadiran jentera gerak kerja, iaitu sebuah kereta Proton Tiara berusia 15 tahun yang menjadi kereta rasmi program jelajah sumbangan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

“Kempen ini dibuat sempena balik kampung. Kita akan ke tempat awam dan kempen ini akan menjadi gelombang besar selepas hari raya,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin, yang juga pengerak kempen./KeadilanDaily

Wednesday, August 15, 2012

Kafir Harbi Ini Tidak Meruntuhkan Masjid Bujal Di Kemaman.



Inilah keilmuan yang disampaikan oleh seorang yang mengaku beliau adalah seorang ulama, tuan guru dan juga pengasas pondok. Mungkin orang Kelantan cukup mengenali makhluk yang bernama Abdullah Saamah yang cuba menunjukkan keilmuan beliau yang maha hebat sehinggakan Rasulullah s.a.w. datang dalam mimpinya. Bukan sekali atau dua kali tetapi berbelas-belas kali yang mana Rasulullah s.a.w. telah memberi tahu akan kebenaran beliau dalam menyampaikan segala fatwa-fatwanya. Inilah kehebatan yang dimiliki oleh Abdullah Saamah kerana Iman-Iman Besar terdahulu yang mengarang beratus-ratus kitab pun belum tentu dapat bertemu Rasulullah dalam mimpi mereka hatta sekali pun. 
 
 

Maka bersoraklah para pencacai Umno dengan kehebatan Abdullah Saamah yang telah mengatasi kehebatan Ayah Pin dengan kerajaan langitnya. Fatwa beliau ke atas DAP dengan gelaran 'Kafir Harbi' itu bernilai RM50,000 yang disumbangkan oleh Timbalan Najib dengan menggunakan dana rakyat. Selepas ini akan ada lagi fatwa-fatwa yang baru dari beliau kerana satu fatwa akan dibayar RM50,000 oleh Umno.

Antara sebab beliau mengeluarkan fatwa kafir harbi terhadap DAP ialah kerana kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh kafir harbi DAP memberi semula geran kepada sekolah agama rakyat yang sebelum ini disekat oleh bekas PM, Mahathir. Memberi bantuan setiap tahun kepada semua sekolah agama yang berada didalam negeri. Kafir harbi kerana Ketua Menterinya, Lim Guan Eng menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola beliau untuk mengurus pentadbiran kerajaan negeri. Kafir harbi kerana mereka tidak merobohkan masjid-masjid yang berada di Pulau Pinang sebagaimana Idris Natang merobohkan Masjid Bujal di Kemaman semasa beliau menjadi Menteri Besar Terengganu.

Gua ada dengar serba sedikit tentang beliau (Abdullah Saamah) dan pondok Getingnya, gua pun tak pasti masih wujudkah Pondok Geting yang mana ianya disanjung itu. Mungkin bagi Utusan Meloya, Pondok Geting adalah pusat ilmuan sepertimana Universiti Al-Azhar di Mesir dan Abdullah Saamah adalah Sheikhnya. Inilah kegilaan sesetengah manusia yang akan melakukan apa sahaja demi mencari nama dan harta. Jalan paling mudah ialah menghentam PAS atau DAP dalam masa yang sama menjadi penjilat punggung Umno./bebaskan malaysia.blog

Monday, August 13, 2012

ANWAR GONCANG SARAWAK DAN SABAH

13 Ogos, 2012

 

Turut sama berkebetulan berada di lapangan terbang bekas timbalan menteri pelajaran Bujang Ulis...beliau sempat bersalam dan berpelukan dengan Anwar. Penasihat Umum Keadilan Anwar Ibrahim tiba di Sarawak tengah hari ini dalam rangka lawatan untuk memperkuatkan jentera parti dan menyuntik semangat di kalangan ahli dan penyokong PKR di negeri ini dan juga Sabah.

Ratusan para penyokong serta termasuk pimpinan PKR negeri menunggu ketibaan Anwar dari Kuala Lumpur.

Melihat kepada kehadiran begitu ramai memberi gambaran semangat PKR Sarawak kini semakin memberangsangkan. Antara yang menyambut ketibaan Anwar, penasihat PKR Sarawak Hafsah Harun, pengerusi Baru Bian, peimpinan pemuda, wanita dan ketua-ketua cabang.

Bekas Duta Malaysia ke Mexico yang menyertai PKR juga turut sama hadir begitu juga ketiga-tiga Adun PKR Sarawak yang menang dalam pilihan raya lalu.

Dari airport Anwar terus dibawa ke rumah bekas calon PKR yang meninggal untuk menziarahi balu dan keluarganya. Petang ini Anwar berjumpa dengan pimpinan PKR Sarawak dan juga aktivis parti di sebuah hotel di bandar Kuching. Hadir sama dalam majlis itu Lajim Ukin yang dari Sabah yang baru-baru ini membuat kejutan dengan mengumumkan meninggalkan Umno dan BN.

Turut mencelah ialah Kadir Sheikh Fadzir. Kadir dan Lajim akan berceramah bersama Anwar di Santok malam ini. Petang ini Anwar akan berbuka puasa di rumah Hafsah Harun. Menjelang tengah hari esok Anwar akan berlepas ke Sabah.

Satu kejutan lagi akan berlaku di Sabah besok sekiranya tidak ada aral melintang
Dalam pada itu Najib katanya baru semalam secara senyak menjejak kaki di Sarawak dan hari ini berada di Sabah. Apakah dengan kedatangan Najib itu menyebabkan apa disebut kejutan itu tertangguh?

Seandainya apa diceritakan Lajim bahawa 15 kerusi parlimen Sarawak dan 30 kerusi state kini sudah berada dalam tangan pembangkang ia menandakan kerajaan Sabah sekali lagi akan bertukar tangan dalam pilihan raya akan datang. Menurutnya perkembangan di Sabah merangsangkan dan UBN seolah-olah tidak terkata apa.

Semasa berucap kepada aktivis dan pimpinan PKR Anwar mengingatkan supaya parti bersiap sedia lebih awal. Menurutnya pihak Pakatan Rakyat telah dalam keadaan siap sedia dan beranggapan pilihan raya akan diadakan pada September ini.

Beliau juga menyentuh mengenai pembahagian kerusi di kalanagan komponen Pakatan sudah hampir selesai. Banyak negeri katanya sudah selesai kalau pun ada beberapa buah yang berlaku pertidihan. Namun beliau yakin dengan semangat Pakatan Rakyat masalah kerusi akan selesai dan tidak menjadi masalah. ~kd



Sunday, August 12, 2012

JOM BERBUKA DI PADANG MPK 1, KUANTAN BERSAMA PIMPINAN PR PETANG INI (12 OGOS 12)


Rakyat sekitar Kuantan dijemput hadir ke Program Iftar "PORTLUCK" bersama Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh dan semua pimpinan Pakatan Rakyat Kuantan bertempat di Padang MPK 1 (Depan Masjid Negeri) Kuantan pada petang ini (12 Ogos 2012).

Bersama-sama kita berbuka puasa di padang tersebut seterusnya menunaikan Solat Maghrib, Isya' dan Tarawikh di Masjid Negeri.  Orang ramai dinasihatkan membawa bekalan makanan sendiri atau boleh membelinya di sekitar Bazar Ramadhan berhampiran lokasi.


Friday, August 10, 2012

Anwar Ibrahim: Lambang keterbukaan Pakatan Rakyat


 
Persetujuan bersama semua negeri Pakatan Rakyat menggunakan tema dan logo Hari Kemerdekaan yang sama melambangkan keterbukaan Pembangkang dalam membuat keputusan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Walaupun berbeza pendapat, tetapi setelah kata sepakat dicapai, mereka kembali bersatu demi kepentingan rakyat. Ia membuktikan sikap keterbukaan dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini mengulas keputusan tiga negeri Pakatan yang sebelum ini mahu menggunakan tema Kemerdekaan masing-masing.

“Setelah perbincangan oleh pimpinan tertinggi Pakatan, keempat-empat negeri kini bersetuju menggunakan logo serta tema yang sama,” kata Anwar.

Beliau sebelum itu melancarkan logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat bagi menggantikan logo yang ditetapkan kerajaan Umno BN.

Logo ciptaan Ilusenidesign.com itu dipilih untuk digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

1 Ogos lalu, Pakatan Rakyat memilih ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema ‘Janji Ditepati’ oleh kerajaan Umno BN.

Tema tersebut dipilih oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat.Tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ diilhamkan Alhaimi Adam, merangkumi tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.

Thursday, August 9, 2012

Apa masalahnya kalau DAP menang bersama PAS, PKR?

Aspan Alias
The Malaysian Insider
Aug 08, 2012

8 OGOS — Kali ini saya kembali menyebut satu isu yang pada saya sepatutnya menjadi satu isu basi dan tidak lagi diperbesarkan. Isunya ialah isu penyertaan saya dan beberapa orang Melayu dalam Parti Tindakan Demokratik, DAP. 
 

Saya tahu ini merupakan isu yang tidak berapa laku lagi sekarang kerana orang ramai tahu yang momokan Umno dan penyokongnya dalam isu ini semakin hari semakin pudar dan sudah tidak diterima oleh rakyat yang ramai.

Saya tidak berminat untuk melayan momokan ini, tetapi terlalu ramai sahabat dan rakan-rakan yang menyokong saya menyertai DAP ini meminta saya menyebutnya sekali lagi, setidak-tidaknya buat kali terakhir. Mereka yang menyokong saya meliputi penyokong-penyokong saya dari seluruh negara dan ramai di antara mereka meminta saya menulisnya lagi.

“Penyokong Umno ini malas berfikir. You mesti beritahu mereka selalu, kalau tidak mereka lupa. Orang yang malas berfikir mesti diperingati selalu sebab mereka payah untuk memahami isu-isu penting ini. Mereka ini tidak pernah dilatih untuk berfikir sebaliknya dilatih untuk mengangguk sahaja,” kata beberapa orang yang menyokong saya menyertai DAP walaupun mereka ini hanya sekadar penyokong yang akan memberikan undi kepada DAP.

Sebenarnya apa yang hendak saya sebutkan lagi kerana semuanya sudah disebut banyak kali. Apakah benar yang DAP itu adalah parti Cina? Mungkin DAP itu disertai oleh ramai orang Cina tetapi ia bukan parti Cina.

DAP adalah parti berbilang kaum yang memperjuangkan nasib semua bangsa. Parti ini memperjuangkan kebersihan dalam pentadbiran kerajaan yang sangat kotor pada masa kini. DAP memperjuangkan ketelusan dan menolak isu rasuah yang banyak berlaku dalam kerajaan dan pimpinan BN sekarang ini.

Di mana-mana saya pergi, dari utara ke selatan, dari timur ke barat saya berjumpa dengan ribuan orang dan tidak ramai yang membangkang saya setelah saya berikan “rationale” kenapa kita tidak perlu takut untuk memberi sokongan kepada DAP yang merupakan salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat ini.

Saya bukannya duduk di rumah berdiam diri. Saya selalu meninggalkan rumah untuk pergi ke merata-rata daerah dan tempat dalam negara ini. Saya dijemput untuk berceramah dan memberikan penerangan kenapa kita tidak perlu gusar untuk memberikan sokongan kepada DAP.

Barisan Nasional khususnya Umno memang begitu takut dengan pengaruh DAP tetapi sebesar mana pun pengaruh DAP itu ia tidak akan menguasai kerajaan dan Putrajaya jika Pakatan menduduki Putrajaya itu. DAP akan menurunkan hanya seramai lebih kurang 50 kerusi sahaja dalam pilihanraya yang akan datang.

Jika DAP menang kesemuanya, parti yang saya anggotai ini tidak akan terjadi apa yang dikhuatiri oleh segelintiran orang Melayu. Takkanlah nak buat kiraan yang senang ini pun mereka (penyokong BN totok) tidak mampu?

Tetapi jika DAP menang semua kerusi, ia memang penting untuk perjuangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Pertamanya, parti ini mempunyai rekod ketelusan dalam pentadbiran, Pulau Pinang misalnya.

Jika DAP bersama-sama dengan PAS dan PKR menguruskan Putrajaya itu sudah pasti DAP akan memainkan peranan untuk keadilan ini. Yang pentingnya kita mempunyai kerajaan yang bersih daripada noda rasuah yang menggila dan menjadi benteng kepada perompak harta rakyat seperti yang lazim berlaku sekarang ini.

Saya menjadi ahli Umno selama 40 tahun dan di dalamnya saya telah menjerit dan berbuat segala-galanya untuk mengingatkan parti itu supaya berbuat yang baik dan jauhi segala kemungkaran terhadap politik dan ekonomi negara.

Tetapi saya siapa? Tidak ada siapa yang mendengarnya kerana saya hanya seorang picisan dalam Umno yang begitu kuat budaya mengampu dan membodek ini. Saya yakin dengan sebenar-benarnya yang kebaikan itu tidak akan datang malahan hanya kerosakan sahaja yang akan wujud, “from bad to worse”.

Maka saya bertindak untuk bersama DAP dan, “I want to grow old with this party”. Saya merasakan bahawa parti ini juga boleh memperbaiki diri saya kerana saya telah begitu lama dalam Umno dan saya memerlukan parti yang boleh memperbaiki sikap dan nilai dalaman saya dalam perjuangan politik negara ini.

Bunyinya besar tetapi saya tetap seperti dahulu, bukannya orang yang mempunyai apa-apa kedudukan dan tidak bergelar serta bernama seperti rakan-rakan yang lain yang mengampu ke hulu dan ke hilir itu.

Saya sebutkan kita mesti menyertai parti yang boleh memperbaiki diri kita dan saya merasakan DAP telah pun sedikit sebanyak memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada sedikit sebanyak di dalam diri saya.

Kalau saya masih berada di dalam Umno saya tidak akan memperbaiki diri saya kerana Umno tidak terjumpa nilai-nilai kemanusiaan yang baik dalam perjuangan selain daripada memperjuangkan nasib peribadi mereka semata-mata.

Bermacam-macam yang saya alami sejak menyertai DAP. Ada sahabat karib yang meninggalkan saya terus kerana marah-marah kerana mereka percaya pada momokan Umno dan BN. Tetapi saya mendapat penyokong baru yang begitu ramai dan mereka tidak putus-putus menghubungi saya dan bertukar-tukar fikiran sesama kita.

Alhamdulillah, usaha saya itu berbaloi dan ramai orang Melayu yang akan bersama saya untuk mendokong DAP sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat.

Saya sekarang yakin bahawa PAS, DAP serta PKR akan mendapat dokongan rakyat dalam pilihanraya kali ini dan saya tidak sabar juga untuk melihat perubahan untuk kebaikan itu dalam pilihanraya kali ini. Saya akan bergembira melihat perubahan untuk kebaikan ini berlaku semasa saya masih hidup dan bernyawa ini.

Kepada rakan-rakan saya yang berada jauh dan dekat, ayuh kita teruskan usaha kita dan kepada mereka yang tidak gemar oleh kerana momokan Umno itu, biarkan sahaja mereka di sana. Kita wajar memandang ke hadapan tanpa menoleh kebelakang lagi. Yang penting negara kita ini kita ubah untuk kebaikan bersama.

Sekarang apa masalahnya lagi? Pemimpin yang rasuah sekarang mungkin bermasalah, tetapi rakyat tidak ada masalah. — aspanaliasnet.blogspot.com

Wednesday, August 8, 2012

SEKITAR MESYUARAT MPN PAHANG SIRI 5/2012 - KEADILAN PAHANG BERSIAP SEDIA HADAPI PRU KE 13

KEADILAN Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat MPN Siri 5/2012 pada 07 Ogos 2012 (Selasa) dan buat kali pertamanya telah diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN Negeri yang baru bertempat di Bukit Sekilau, Kuantan.

Dato' Fauzi (tengah) sedang mempengerusikan Mesyuarat MPN. Kiri sekali, Sdr Mohd Nor, Tuan Hj Suhaimi (Naib Pengerusi), Kanan beliau Timb Pengerusi Sdr Ahmad Nizam

Mesyuarat Biro Politik bermula pada jam 03.00 petang kemudiannya diikuti oleh Mesyuarat MPN lebih kurang jam 05.00 petang.  Semua ahli MPN hadir termasuk Ahli Jawatankuasa/Biro.  Mesyuarat Biro Politik telah diPengerusikan oleh Timbalan Pengerusi, Sdr Ahmad Nizam Hamid dan Mesyuarat MPN diPengerusikan oleh Pengerusi MPN sendiri, Dato' Fauzi Abd Rahman.  Turut hadir adalah Ahli Parlimen Kuantan merangkap Ketua Cabang Kuantan, YB Fuziah Salleh yang turut menyediakan bubur lambuk dan buah kurma untuk bekalan berbuka puasa.



Fokus utama bagi kedua-dua mesyuarat adalah bagi menghadapi PRU ke 13, pembentangan laporan oleh kesemua Ketua Cabang di samping taklimat panjang lebar oleh Pengerusi tentang perkembangan semasa politik tanahair.  Rata-rata ahli MPN kini berada di tahap semangat yang tinggi untuk bersama-sama kepimpinan di Pusat bagi merealisasikan hasrat ke Putrajaya.

Turut dibincangkan bersama adalah persiapan lawatan Naib Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah ke Pahang yang dijadualkan pada 28 Ogos nanti.  Beliau akan menghadiri perjumpaan Hari Raya Idil Fitri di Muadzam Shah, Majlis Makan Malam di Kuantan, Ceramah di Balok Makmur dan di Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan.  Beberapa pimpinan dari Pusat juga akan dijemput hadir pada Majlis Makan Malam dan Program Ceramah di kedua-dua tempat.  Butiran lanjut berkaitan program lawatan YB Nurul Izzah akan dimaklumkan kemudian.

Kelihatan YB Fuziah (kanan) bersama Sdr Che Mat (Bendahari) baju kuning

Selesai mesyuarat lebih kurang jam 06.30 petang, semua ahli MPN dan Jawatankuasa/Biro beredar ke madrasah di Bukit Sekilau untuk Berbuka Puasa dan Solat Maghrib.

 

Sunday, August 5, 2012

Dasar automotif Pakatan: Kereta, tiket bas, komuter lebih murah




(Oleh Mohd Martin Kahar)
PETALING JAYA 2 Ogos: Reformasi Dasar Automotif Negara (DAN) yang dipertimbangkan Pakatan Rakyat (Pakatan) akan mengutamakan penambahbaikan sistem pengangkutan awam, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 
 
Beliau berkata, dengan menambah baik perkhidmatan bas dan keretapi antara bandar dengan kos berpatutan, penggunaan perkhidmatan awam akan meningkat sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan bahan api.

 
 
“Penstrukturan semula Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dilakukan bagi memastikan perkhidmatan itu baik dan menawarkan harga yang murah kepada pengguna,” katanya ketika membentangkan kerangka DAN itu di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Anwar berkata, dasar yang dirangka itu turut menekankan peningkatan pendapatan rakyat bagi mengimbangi pembiayaan kenderaan dengan jumlah pendapatan bulanan rakyat di negara ini.

Pakatan juga katanya, akan menyemak kembali kadar pinjaman kereta yang dikenakan institusi kewangan bagi memastikan pembiayaan munasabah.

Jamin nilai kereta tidak jatuh merudum 
 
Anwar yang disebut-sebut bakal Perdana Menteri ketujuh berkata, penghapusan cukai eksais dan penurunan harga kereta akan dilakukan secara berperingkat-peringkat supaya nilai kereta baru dan terpakai tidak turun mendadak.

“Penurunan cukai eksais akan diumum setiap tahun dalam Belanjawan Negara setelah mengambil kira pandangan institusi kewangan dan semua pihak yang terlibat dalam perusahaan automotif.

“Ini bertujuan susut nilai kereta dan aset pinjaman yang dipegang institusi kewangan selari dengan penurunan harga baru,” katanya optimis Pakatan mampu melaksanakannya jika berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau juga menjamin, pengumuman insentif dalam Belanjawan Negara akan dibuat setiap tahun untuk menggalakkan industri pengeksportan kereta terpakai ke pasaran baru selain memberi insentif kepada pengusaha kemudahan baik pulih kenderaan.

Bidaan AP imbangi keperluan hasil negara
Menurut Ketua Umum KEADILAN itu, pengenalan sistem bidaan permit import (AP) mengikut kategori kenderaan dijangka memberi hasil hingga RM3 bilion setiap tahun apabila AP dimansuhkan sepenuhnya menjelang 2015.

Kata beliau, penurunan cukai eksais secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan memastikan hasil negara tidak merudum seperti yang didakwa Umno BN.

Tambah Anwar, suntikan RM8 bilion (anggaran cukai eksais yang dikurangkan) ke dalam ekonomi domestik dijangka dapat merancakkan ekonomi negara dan meningkatkan hasil cukai pendapatan dan cukai jualan kerajaan bermula dari tahun kedua selepas pengenalan dasar baru.

“Peningkatan hasil cukai pendapatan dan jualan dianggar akan bertambah RM1 bilion hingga RM1.5 bilion kepada pendapatan negara setiap tahun. Industri baru iaitu pengeksportan kereta terpakai ke pasaran baru dijangka mewujudkan pendapatan baru kepada kerajaan,” katanya.

Banyak peluang pekerjaan
Anwar berkata, sasaran Pakatan Rakyat melalui DAN yang baru adalah untuk merancakkan industri automotif, bukan hanya menjamin pemilikan industri itu ke tangan pihak-pihak tertentu.

Katanya, perkara itu penting supaya peluang pekerjaan dan nilai tambah sektor ini terus meningkat dengan penyertaan lebih banyak firma automotif antarabangsa.

“Syarikat-syarikat tempatan juga akan diberikan sepenuh kebebasan melaksanakan strategi kerjasama dan pembangunan automotif yang menjamin peluang pekerjaan dan peningkatan kapasiti sedia ada.

“Insentif khas akan ditumpukan kepada usaha meningkatkan kualiti kereta yang dikeluarkan di Malaysia agar boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Apabila eksport kereta buatan Malaysia meningkat, lebih banyak peluang pekerjaan dapat dibuka kepada rakyat,” katanya./KeadilanDaily

Saham FGVH merudum: Peneroka rugi, tanah tergadai

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 3 Ogos: Harga saham Felda Global Vantures Holdings (FGVH) Berhad terus mencatat penurunan sehingga mencecah RM 5.00 awal pagi semalam.

FGVH yang baru disenaraikan pada 28 Jun lalu diapungkan pada harga RM4.55 seunit, dan hanya pernah sekali mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan sebelum terus merudum sehingga hari ini.

Menurut Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said, penurunan harga saham itu secara berterusan akan memberi kesan jangka panjang yang buruk kepada peneroka Felda.

“Kesan jangka panjang jika saham berterusan merudum, peneroka menanggung risiko bakal kehilangan 850,000 ekar tanah yang telah digadaikan kepada FGVH.

“Seperti yang kita telah beritahu, penyenaraian ini bukan untuk kepentingan peneroka sebaliknya semata-mata untuk pemimpin Umno dan Felda mengaut keuntungan,” katanya.

Menurut Suhaimi, sewaktu harga saham melonjak pada awal penyenaraian, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah mengaut keuntungan berjuta ringgit.

“Isa ada syer sebanyak RM180,000, awal penyenaraian harga saham melonjak dari RM 4.45 mencecah RM5.39, bayangkan RM180,000 kali 80 sen berapa jumlah keuntungan dikaut Isa?

“Peneroka pula hanya ada 800 unit saham seorang, itupun dipegang oleh syarikat pemegang amanah, oleh itu mereka tak boleh jual saham jika mereka mahu sekalipun, belainan dengan Isa yang pada bila-bila masa boleh berbuat demikian, adilkah itu?” soalnya.

Suhaimi turut mempersoal 800 unit saham berharga RM3,640 kepunyaan peneroka yang dibeli melalui pinjaman bank dan dibayar balik selepas enam bulan. Katanya, sekiranya harga saham turun, maka peneroka akan rugi apabila membayar pinjaman.

“Dengan wang ‘durian runtuh’ RM5,000 yang mereka dapat ditambah keuntungan saham yang tidak seberapa, macam mana nak bayar balik kepada bank ? Akhirnya peneroka dapat apa?” sinisnya.

Jelas Suhaimi, FGVH sebenarnya hanya bergantung kepada Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Kalau bukan kerana sokongan tiga badan ini, pasti FGVH sudah runtuh seperti Amanah Saham Johor yang kini hanya bernilai 20 sen seunit.

“Sebab itu dalam Buku Jingga kita akan mansuhkan Felda Holdings sekiranya menang PRU dan bahagikan 850,000 ekar tanah itu kepada anak-anak peneroka, tapi jika tanah dah tergadai apa harapan mereka untuk dapat semula tanah itu?” soal beliau lagi.

Mengikut maklumat di BSKL, setakat jam 12 tengahari tadi, saham FGVH direkodkan pada RM5.10 seunit./Keadilan Daily

Saturday, August 4, 2012

"SELAMAT MAJU JAYALAH, RAIS" - NURUL IZZAH

'Rais seperti alihkan tanggungjawab pada panel'

Penubuhan panel siasatan bagi menyiasat dakwaan ciplak melibatkan lagu kemerdekaan memberikan gambaran seolah-orang menteri berkenaan cuba mengalihkan tanggungjawabnya, kata PKR.

Naib presidennya Nurul Izzah Anwar berkata, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sepatutnya mengesahkan sendiri sama kesahihan dakwaan itu.

 
 
"Saya lebih suka kalau beliau (Rais) sendiri sahkan atau tidakkan pilihan (lagu) tersebut.

"Kepada beliau, saya ucapkan selamat maju jayalah," kata Izzah sinis.

Rais terlibat menulis lirik untuk lagu gubahan Jasnie Mohd Yaakub itu.

Rais semalam mengumumkan satu panel akan ditubuhkan untuk mengkaji lagu "Janji Ditepati" yang didakwa disadur dari lagu gereja di Indonesia.

Tubuh Kelab Mahasiswa PKR

Sebelum ini, Rais turut menarik balik logo sambutan 55 tahun kemerdekaan yang dikritik ramai kerana tidak menarik dan kelihatan seperti dibuat secara sambil lewa.

Nurul Izzah juga berkata, kontroversi demi kontroversi melanda lagu itu "amat memalukan" memandangkan Rais seorang menteri yang berpengalaman.

 
 
"Ia agak mengecewakan apabila satu demi satu perkara sebegini berlaku," katanya di ibu pejabat PKR tengah hari tadi.

Sebelum itu, beliau merasmikan penubuhan Kelab Mahasiswa PKR yang menurutnya mampu merapatkan hubungan PKR dan mahasiswa.

Wakil kelab itu, Ahmad Bakhtiar Amir Zaimi berkata penubuhannya bertujuan menghimpunkan mahasiswa untuk mendokong hala tuju PKR tanpa perlu menjadi ahli parti secara langsung.

Pelajar kejuruteraan kimia itu berkata, kelab itu akan turut memperluaskan capaiannya kepada mahasiswa luar negara secara berperingkat-peringkat./Keadilan Daily