KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, April 23, 2015

TERIMA KASIH PENYOKONG DAN AHLI KEADILAN

MPN mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli dan penyokong KEADILAN di setiap Cabang yang hadir beramai-ramai di hari penamaan calon PRK Parlimen Rompin yang telah berlangsung semalam.  

Kehadiran kita semua amat dihargai oleh pimpinan PAS sepertimana ucapan yang telah dibuat oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Muhamad Sabu dan juga oleh Sdr Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS sejurus selepas penamaan calon.  Ini membuktikan bahawa KEADILAN Pahang tidak mudah terperangkap dengan mainan dan strategi musuh luar atau dalam Pakatan yang mahu melihat hubungan KEADILAN dengan PAS khususnya bertambah renggang.

Kita percaya bahawa rejim Umno/Bn tidak akan dapat kita tumbangkan tanpa kerjasama erat di dalam Pakatan.  Perbezaan pendapat seharusnya untuk memperkuatkan Pakatan bukan sebaliknya, sehubungan itu KEADILAN tetap menerima perbezaan pendapat yang menjurus ke arah penambahbaikan bersama.

Syabas dan tahniah juga kita ucapkan kepada AMK yang telah menunjukkan komitmen padu memberikan sokongan kepada calon PAS di Rompin.  Semangat ini harus diterjemahkan ke dalam gerak kerja sepanjang kempen di Rompin.   Kita juga yakin bahawa pembahagian tugas telah dibuat oleh setiap Cabang, AMK dan Wanita bagi membantu kempen di Permatang Pauh sebaik sahaja hari penamaan calon nanti.




Tuesday, April 21, 2015

KEADILAN DAN AMK PAHANG UCAP TAHNIAH KEPADA CALON PAS YANG TERPILIH DI PRK ROMPIN


KEADILAN Pahang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ustaz Nazri bin Hj Ahmad, Ketua Pemuda PAS Pahang merangkap YDP Kawasan Rompin yang baru yang telah diumumkan sebagai calon PAS di PRK P091 Rompin pada 05 Mei 2015 ini.

Sejajar dengan kenyataan media oleh Pengerusi MPN Pahang sebelum ini dan selaras dengan keputusan Mesyuarat MPN pada hari Ahad baru-baru ini, KEADILAN Pahang akan memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada sesiapa jua calon yang dipilih oleh PAS.  Begitu juga, AMK Pahang telah pun mengeluarkan kenyataan media bagi menyatakan sokongan penuh kepada mana-mana calon yang dipertaruhkan oleh PAS untuk berdepan dengan calon Umno/Bn di dalam PRK ini nanti.

Timb Pengerusi MPN, Sdr Ahmad Nizam mewakili PKR berucap malam tadi di Rompin

Pesuruh Jaya PAS Pahang, Ustaz Tuan Ibrahim
Meskipun KEADILAN Pahang turut terlibat di dalam jentera kempen di PRK P44 Permatang Pauh, namun komitmen terhadap rakan kita di dalam PR di negeri ini tidak berkurangan, malahan mesyuarat MPN kelmarin mengeluarkan arahan agar dua Cabang KEADILAN iaitu Rompin dan Pekan (Cabang berhampiran) termasuk AMK dan Wanita, digerakkan jentera mereka 100% dan kedua-dua Cabang ini dikecualikan dari bertugas di Permatang Pauh.  Mereka diminta sepenuh masa menjadi jentera kempen di Rompin bagi membantu PAS sepanjang kempen ini di bawah SU KEADILAN Pahang, Sdr Kamarzaman Mohamad Yunus, dibantu oleh Sdr Jefri KC Pekan dan Sdr Rabidin, KC Rompin. 


Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli
Manakala, lain-lain Cabang akan dikerahkan ke Permatang Pauh bermula pada hari Penamaan Calon.  Namun demikian, bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk bertugas di Permatang Pauh, MPN mengarahkan agar mereka dapat membantu jentera KEADILAN di Rompin.  Hari Penamaan calon samada di Rompin mahupun di Permatang Pauh, adalah diharapkan semua ahli dan penyokong parti dapat hadir memberikan sokongan kepada calon PR.

Mudah-mudahan dengan pencalonan Ustaz Nazri, seorang tokoh muda yang memang anak jati di Rompin akan dapat membawa inspirasi golongan muda yang sekarang ini rata-rata mahu kepada perubahan. 

Wednesday, April 15, 2015

KEADILAN PAHANG MENYOKONG DAN AKAN MEMBANTU PAS DI PRK ROMPIN

KEADILAN Negeri Pahang menyokong penuh PAS untuk bertanding di PRK Parlimen Rompin yang bakal diadakan pada 05 Mei ini nanti.  Pengerusi MPN Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman di dalam satu kenyataan medianya baru-baru ini menyebut bahawa KEADILAN Pahang bukan sahaja menyokong penuh calon PAS untuk bertanding di Kerusi tradisi PAS tersebut, malah akan turut membantu PAS di dalam gerak kerja kempen bagi menentukan calon dari PR ini bakal memberikan saingan sengit kepada Umno/Bn.

Meskipun KEADILAN terlibat di dalam PRK Parlimen Permatang Pauh pada 07 Mei nanti, namun  kita akan mengatur pembahagian tugasan agar kedua-dua PRK ini boleh kita hadapi tanpa sebarang masalah.  Namun, KEADILAN juga bersiap sedia di atas apa jua kemungkinan seandainya disaat-saat akhir PAS menolak untuk bertanding di Kerusi berkenaan, KEADILAN akan meletakkan calonnya dan ini akan dibincangkan bersama di dalam PR Pahang.

KEADILAN Pahang amat yakin, PAS sudah cukup berkemampuan untuk berdepan dengan Umno/Bn di Rompin dan mampu untuk membuat kejutan.  Terlalu banyak isu yang boleh kita bawa di Rompin terutamanya di dalam isu berkaitan felda dan Orang Asal.  Isu nasional seperti GST dan 1MDB juga banyak kaitan dengan masyarakat yang penting juga untuk diketengahkan di Rompin.

Sehubungan itu, KEADILAN Rompin terutamanya perlulah bersedia dari sekarang bagi membantu kempen di mana jentera kempen haruslah digerakkan sebaik sahaja menerima arahan.  MPN akan bermesyuarat di dalam masa yang terdekat bagi mengkoordinasikankedua-dua PRK tersebut.



Wednesday, April 8, 2015

PRK PERMATANG PAUH DAN ROMPIN SAMA PENTING BUAT PR

Kita bakal berdepan dengan dua ujian, khususnya buat KEADILAN di Permatang Pauh dan berkemungkinan besar PAS di Parlimen Rompin. Kesemuanya akan memberi gambaran sejauh mana PR boleh bekerjasama di dalam situasi yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Di Permatang Pauh, KEADILAN masih belum mengumumkan siapakah bakal calon yang ditampilkan walaupun di dalam media sosial bahkan terdapat pihak musuh yang mengeluarkan surat palsu kononnya dari Tropicana yang menamakan calon bagi mewakili KEADILAN di kubu kuat Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim itu.

Sebagai ahli parti tidak kira di peringkat mana sekalipun, kita boleh menyatakan siapakah calon yang kita sukai dan kita fikir layak untuk menggantikan tempat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang kini terpenjara di Sg Buluh. Namun, harus kita ingat akhirnya parti akan membuat keputusan secara bersama di peringkat MPP dan Biro Politik setelah mengambilkira pandangan dari semua termasuk dari akar umbi. Objektif yang terpenting adalah untuk kita kekalkan Kerusi Permatang Pauh dan calonnya mestilah yang boleh berkhidmat kalau pun tidak mampu mengatasi kehebatan Dato' Seri Anwar, sekurang-kurangnya sama seperti beliau yang selama ini begitu cemerlang perkhidmatannya di Permatang Pauh.

Maka, siapa pun yang dipilih oleh parti tentunya tidak memenuhi kehendak setiap orang daripada kita semua. Kita harus kembali kepada keputusan parti dan bersedia menerima sesiapa jua yang diputuskan oleh parti dan wajib kita membantu ke arah mencapai kemenangannya. Suka diingatkan, kita tidak mampu bersendirian untuk menentang Umno/Bn. Kita perlukan rakan-rakan untuk membantu kita sebagaimana juga kita bersedia untuk membantu mereka. Itulah kekuatan PR yang amat ditakuti oleh Umno/Bn.

Begitu juga di Rompin nanti, KEADILAN Pahang khususnya bersedia untuk digerakkan bersama PAS. Terlalu banyak isu di Rompin yang boleh kita kongsikan bersama PAS bagi menerangkan kepada pengundi-pengundi di Rompin bahawa selama ini mereka silap besar apabila memilih Umno/Bn di Rompin. Isu-isu Felda dan nasib Orang Asal pastinya menjadi modal utama kita sepanjang kempen itu nanti.

Kita tidak melihat perbezaan pendapat sedikit sebanyak di antara kita di dalam PR boleh membantu Umno/Bn untuk menang mudah di kedua-dua Kerusi berkenaan. Jika kita bersatu sewaktu bertempur, nescaya Umno/Bn kehabisan modal untuk memecahbelahkan kita.