Tertarik dengan ulasan yang disiarkan di dalam Pahang Daily Online (PDO) di SINI, yang mengulas tentang perletakan jawatan dan keluar parti Ketua Cabang Keadilan Bukit Gelugur, Lim Boo Chang baru-baru ini.
Tidak mahu mengulas mengapa dan kenapa Lim Boo Chang mengambil tindakan sedemikian, tetapi alasan yang diberikan olehnya iaitu `hilang keyakinan' terhadap parti adalah merupakan alasan yang paling popular digunakan oleh mereka yang melompat parti. Saya cuma mahu mengulas apa yang disebut oleh PDO di dalam mengulas bisu ini;
"Umum mengetahui Azmin amat memusuhi "team Zaid" dalam PKR. Sekarang adalah masa untuk beliau memulakannya. Lantaran itulah kita tidak hairan lama kelamaan lebih ramai lagi akan tinggalkan PKR gara-gara kecewa dengan "permainan licik" Azmin Ali ini]." (PDO).
Ramai yang melihat sebelum ini PDO menulis tentang pimpinan PAS Pahang yang gagal bertindak ke atas orang kuat PAS yang didakwa terlibat dengan projek Lynas, namun akhirnya orang yang disebut-sebut itu menafikannya. Diulas juga oleh PDO sebelum ini tentang berlakunya kemelut di Parlimen Indera Mahkota yang didakwa menjadi rebutan di kalangan pimpinan Keadilan Pahang iaitu Dato Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN), Zakaria Abd Hamid dan juga YB Azan Ismail. Disebut juga oleh PDO, samada campurtangan YB Azmin boleh menentukan siapakah calon di Parlimen tersebut.
Apakah yang disebut oleh PDO berkenaan YB Azmin Ali di atas ada kebenarannya? Hakikatnya tidak pernah berlaku dan tidak mungkin akan berlaku kerana sehingga kini kesemua pimpinan Keadilan di Pahang masih berada di dalam keadaan stabil, baik tanpa gangguan dari luar. Cabang-Cabang yang dahulunya pernah mencalonkan Zaid Ibrahim menentang YB Azmin, kini masih kekal stabil dan tiada penyingkiran yang berlaku yang dibuat oleh YB Azmin. Tiada seorang pun Ketua Cabang yang dicantas oleh YB Azmin di Pahang, malahan sokongan terhadap Timbalan Presiden kini semakin kuat setelah Zaid Ibrahim menunjukkan belangnya apabila keluar dari parti.

Justeru itu, cakap-cakap yang menyebut `kuasa' YB Azmin menganggu perjalanan parti, tidak pernah berlaku di Pahang walaupun ramai yang menyebut Pahang suatu ketika adalah negeri yang mempunyai ramai pengaruh Zaid Ibrahim. Apa yang pasti, hanya seorang Ketua Cabang di Pahang yang keluar parti menyertai Zaid, bukannya dicantas oleh YB Azmin.
Kepimpinan di Pahang tidak mudah untuk diresapi atau dipengaruhi oleh orang luar kerana Keadilan Pahang mempunyai cara tersendiri di dalam menentukan kepimpinan di negeri ini. Dakwaan PDO bahawa YB Azmin Ali mempunyai `permainan licik' adalah suatu dakwaan yang tidak disertakan dengan hujah dan bukti yang kukuh sepertimana juga dakwaan PDO terhadap kepimpinan PAS Pahang.
No comments:
Post a Comment