KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, December 17, 2011

HARI INI - CERAMAH DI KUANTAN DAN PERASMIAN RANTING BARU

 Ceramah Demi Rakyat Di Kuantan

Malam ini (Sabtu - 17 Dis 2011) sekali lagi Keadilan Kuantan akan mengadakan program ceramah `Demi Rakyat - Ubah Sebelum Parah' bertempat di Restoren Tan Jong, Jalan Haji Ahmad, Kuantan mulai jam 08.30 malam.

Malam tadi di Restoren Sekilau, berdekatan lokasi yang sama juga telah diadakan program ceramah `Demi Rakyat - Menjelang PRU Ke 13' yang telah dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (laporan malam tadi akan disiarkan kemudian).  

Program malam ini akan menampilkan pemidato yang terdiri daripada Sdr Surendran (Naib Pengerusi Keadilan), Sdr Ahmad Nizam Hamid (Timb Pengerusi Keadilan Pahang), YB Fuziah Salleh (MP Kuantan), YB Sivarasa (MP Subang) dan YB M.Ravi (Adun Port Dickson).   

Semua dijemput hadir dan mohon hebahkan.   

Perasmian Ranting Keadilan Felda Jengka 24, Pahang 

Keadilan Pahang hari ini (Sabtu - 17 Dis 2011) akan membuka satu lagi Ranting bertempat di Jengka 24 yang mana akan diresmikan oleh Pengerusi Keadilan Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman pada jam 02.30 petang.

Kesemua pimpinan Cabang serta semua ahli dijemput hadir pada Majlis Perasmian tersebut.  Mudah-mudahan dengan tertubuhnya Ranting di kawasan ini akan merancakkan lagi program dan aktiviti parti bagi memperjuangkan nasib para Peneroka khususnya di Negeri Pahang ini.  Tahniah diucapkan.

No comments:

Post a Comment