KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, December 31, 2011

KENYATAAN MEDIA YB FUZIAH SALLEH - BIDAS KENYATAAN PENGARAH JAS PAHANG BERKAITAN ISU LYNAS


Kenyataan Media
MP Kuantan
31 Dis 2011

Surat Terbuka 
 

Kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang
Dr Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim

Tuan Pengarah,

Kenyataan Tuan Pengarah yang dilaporkan oleh akhbar Sinar sewaktu taklimat tertutup anjuran JASA pada hari khamis 29hb Disember berkenaan isu kilang Lynas, menggunakan fakta untuk menyelewengkan pandangan awam dan wajar di perbetulkan.

Selaku Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang pihak tuan harus bersifat lebih bertanggungjawab kepada rakyat. Apabila pihak tuan membuat kenyataan bahawa " kilang Lynas ialah kilang kimia dan bukan kilang radioaktif" ianya merupakan kenyataan 'separuh benar' yang berselindung di sebalik fakta.

Mengapakah pihak tuan selaku Pengarah JAS tidak boleh berterus terang dengan status sebenar kilang Lynas.
Iaitu:

1) Bahawa kilang ini ialah kilang kimia yang akan mengeluarkan sisa buangan bersifat radioaktif diparas 6bq|g. Menteri MOSTI didalam Dewan Rakyat pada 14 nov juga telah mengakui bahawa WLP (water leach purification) solid residue -sisa berbentuk pepejal ialah sisa yang diklasifikasikan sebagai radioaktif.

2) Bahawa Kilang Lynas juga merupakan logi pemrosesan 'rare earth' yang terbesar didunia di luar negara Cina apabila ianya beroperasi sepenuhnya kelak dan akan mengeluarkan sebanyak 30% keperluan 'rare earth' didunia.
Kilang Lynas menggunakan bahan galian yang dibawa dari Australia dan kemudian di proses di Gebeng dimana sisa radioaktifnya akan di buang di Malaysia.


3) Sisa pepejal bersifat radioaktif (WLP solid residue) yang akan di keluarkan nanti ialah sebanyak lebih dari 60,000 metric ton setahun dan setakat ini masih belum ada jalan penyelesaian yang ditemui oleh Lynas berkenaan dengan pengurusan jangka panjang sisa buangan radioaktif tersebut. Malah cadangan dari Lynas telah di tolak sekurang-kurangnya 3 kali oleh pihak AELB.

4) Bahawa Preliminary EIA untuk kilang Lynas diluluskan secara ekspres dalam masa 3 minggu oleh JAS Pahang. (Diterima 21 Jan 2008 dan mendapt kelulusan 15 feb 2008.

5) Bahawa Detailed EIA tidak pernah di pinta keatas Lynas oleh pihak JAS Pahang.

6) Bahawa pada 20 june 2011, pihak JAS telah pun meletakkan aktiviti seperti kilang Lynas ini diantara yang memerlukan DEIA. (Aktiviti memproses bahan radioaktif dan mengeluarkan sisa buangan radioaktif) - fakta ini menunjukkan bahawa aktiviti kilang ini termasuk didalam aktiviti yang memerlukan penelitian dan kajian terperinci berkenaan kesan pemrosesan di kilang ini terhadap alam sekitar dan kesihatan awam.


Kesemuanya ini wajib di terangkan kepada orang ramai. Mengapa JASA perlu adakan taklimat tertutup? JASA juga telah tidak membenarkan sebahagian dari meraka yang hadir dan wartawan untuk masuk ke Dewan Auditorium RTM. Mengapa perlu JASA mengatakan bahawa isu ini isu sensitif dan juga mengatakan bahawa ada pihak yang cuba manipulasi fakta.

Mengapakah Pengarah JAS perlu bersekongkol dengan JASA dalam taklimat tertutup? Bukan kah juga tanggungjawab Pengarah JAS ialah memberitahu perkara yang benar kepada rakyat dan tidak diperalatkan sebagai alat politik oleh pihak pemerintah yang mahu memutar belitkan fakta sebenar?

Demi Rakyat, saya tuntut Pengarah JAS Pahang menjelaskan kebenaran kepada rakyat berlandaskan fakta sebenar.

Fuziah Salleh
MP for Kuantan, Malaysia

AL FATEHAH - PEMERGIAN SEORANG ANAK MUDA DARI AMK PAHANG

AL FATEHAH

Dukacita dimaklumkan seorang Ahli AMK Indera Mahkota, Kuantan, saudara Rizalman Bin Majid yang menetap di Kg Sg Ular, Kuantan telah meninggal dunia semalam dan jenazah beliau telah pun selamat dikembumikan di Tanah perkuburan Islam Kg. Sg. Ular.

Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman mewakili seluruh pimpinan MPN Pahang serta ahli-ahli Keadilan Negeri mengucapkan Takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham.  Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Allahtarham serta di tempatkan di dalam golongan yang Soleh dan berjuang kerana Islam.  Sesungguhnya perjuangan Allahyarham sewaktu hidupnya di dunia ini untuk menegakkan keadilan tetap akan dikenang sepanjang masa.  Keadilan Pahang, khususnya AMK Pahang merasai suatu kehilangan besar di atas pemergian pejuang muda ini.

Sesiapa yang ingin memberikan boleh lah menghubungi saudara terdekat beliau 0199520608 (FARIZ).


Friday, December 30, 2011

CERAMAH KOBAT - LANGKAH BERMULA DI JENDERAK MALAM INI


Malam ini (30 Dis - Jumaat), Program Ceramah Pakatan Rakyat di Markas PAS, Felda Jenderak Utara bakal mencipta sejarah di Pahang apabila Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR akan disatukan dengan ANAK dan juga KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera dan Perajurit) PKR Pahang.

Wakil dari KOBAT yang juga seorang Blogger dan pengendali Blog PKR Pahang dikenali sebagai Blogger WFAUZDIN NS julung kali akan tampil di pentas ceramah untuk mempromosikan KOBAT sebagai salah satu Biro yang diwujudkan oleh PKR Pahang.

WFAUZDIN NS - Bekas Tentera dan Blogger

KOBAT bukan sahaja berperanan untuk menarik sokongan bekas-bekas tentera menyokong Pakatan Rakyat, tetapi berperanan juga untuk memberikan maklumat berkaitan isu politik semasa kepada warga tentera yang sedang berkhidmat.  Warga tentera sering terkeliru dengan peraturan dan undang-undang tentera yang tidak membenarkan mereka berpolitik.

Apa yang terkandung di dalam undang-undang dan peraturan itu adalah melarang warga tentera dari menjadi ahli mana-mana parti politik atau terlibat secara langsung dengan kerja-kerja mana-mana parti politik.  Tidak menjadi kesalahan buat mereka untuk mendapatkan maklumat samada melalui pembacaan, media ataupun program penerangan dari mana-mana parti politik.  Buktinya, mereka telah diberi hak untuk mengundi di dalam Pilihanraya, maka sudah tentu mereka dibenarkan untuk mendapatkan maklumat dari mana-mana parti sebelum mereka mengundi memilih parti yang mereka yakini boleh membantu nasib mereka dan juga rakyat keseluruhannya.

Apa yang berlaku, kebanyakan dari warga tentera ditakutkan dengan arahan-arahan yang tidak tepat.  Pada program malam ini, KOBAT akan menerangkan apakah matlamat Biro ini dan mengapa bekas-bekas tentera/Perajurit dan warga tentera harus bersama Pakatan Rakyat untuk mentadbir negara.  

Kepada bekas-bekas tentera, Polis atau pasukan keselamatan yang lainnya diseru untuk hadir pada program malam ini.  Kepada warga Felda pula, malam ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan maklumat berkaitan Felda yang isunya semakin lama semakin panas sekarang ini.  Penampilan Biro Masyarakat dan Orang Asal bersama ANAK akan menjawab segala persoalan berkaitan isu Felda.

MANGSA BANJIR DI PAHANG TURUT DIBANTU OLEH KERAJAAN SELANGOR


Walaupun Pakatan Rakyat masih belum memerintah di Putrajaya, namun di dalam keadaan tiada kuasa dan kewangan yang terhad, gabungan ini tidak pernah menjadikan alasan untuk tidak membantu rakyat yang memerlukan bantuan.  Keadilan Pahang sendiri telah melakukan sedaya upaya yang termampu dengan kerjasama dan bantuan dari berbagai pihak untuk meneruskan kerja amal ini.

Pada 28 Dis 2011 yang lalu, Keadilan Pahang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor di bawah program Anjuran PANTAS telah memberikan bantuan kepada anak-anak mangsa banjir di sekitar kawasan Rompin, Pekan dan Kuantan.  Penyampaian sumbangan dari PANTAS di dalam Program `Back To School' tersebut telah disampaikan oleh Exco Kebajikan Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail.  Turut serta menyampaikan bantuan tersebut adalah Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh dan Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman serta pimpinan Cabang di kawasan-kawasan yang terlibat.  

Di kawasan Rompin, bantuan diberi melibatkan kawasan penempatan Orang Asal dan sekitar Muadzam Shah. Turut serta adalah Ketua Cabang Rompin, Sdr Rabidin (Wak Rabidin).  Di Daerah Pekan iaitu kawasan PM Najib Tun Razak sendiri, bantuan telah diberikan kepada keluarga mangsa-mangsa banjir di sekitar Kg Tasik Mentiga, Kg Tanah Putih, Kg Batu Gong, Kg Paya Bangau dan Kg Belukar Nangka.  Turut hadir adalah Ketua Cabang Pekan, Sdr Ruslan Tahir. 

Penduduk Orang Asal yang menerima bantuan di Pekan

Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Sdr Zaidi menyampaikan taklimat berkaitan mangsa banjir kepada YB Rodziah (kiri) di Pekan

Kawasan banjir.  Beginikah keadaan rumah penduduk di kawasan Najib, PM Malaysia?

YB Rodziah dan Ketua Cabang Pekan, Sdr Ruslan Tahir bergambar bersama beberapa penduduk Orang Asal di Pekan

Amat mengejutkan, di Pekan walaupun kawasan tersebut merupakan kawasan Najib selaku Ahli Parlimen Pekan bahkan PM, rata-rata dari masyarakat di situ melahirkan rasa amat bersyukur di atas bantuan yang mereka terima dari Kerajaan Negeri Selangor kerana mendahului bantuan dari Kerajaan Pusat yang dipimpin sendiri oleh Najib.  Begitulah bertuahnya mereka yang memilih Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor kerana nikmat kekayaan negeri tersebut dapat dikongsi bersama oleh negeri-negeri lain walaupun dikuasai oleh Umno/Bn.  Bayangkan jika Pakatan Rakyat boleh memerintah negara ini.  Apakah Negeri Pahang tidak kaya dengan hasil balak, industri, perlombongan dan sebagainya?  Ke mana hasil itu semua sehingga Kerajaan Negeri Pahang terpaksa meneruskan `defisit' yang berlebihan setiap tahun?

Di Kuantan, YB Rodziah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar.  Turut kelihatan YB Fuziah Salleh dan Dato' Fauzi Abdul Rahman

Seorang Warga Emas, turut menerima bantuan

Semasa program berjalan, anak-anak turut diberikan makan ringan oleh petugas

Sebahagian dari keluarga mangsa banjir tekun mendengar ucapan dari YB Rodziah
Dari Rompin, kemudiannya Pekan program beterusan ke Daerah Kuantan pula.  Di Kuantan, kawasan-kawasan yang terlibat menerima bantuan adalah di Kg Belukar, Kg Kurnia dan Tanah Putih Barat (belakang Giant).  Pengagihan bantuan telah diadakan di Surau Kg Belukar, Kuantan.  YB Rodziah, YB Fuziah Salleh dan Dato' Fauzi telah menyampaikan bantuan kepada anak-anak mangsa banjir di kawasan yang terlibat. Turut serta adalah Ketua Pas Kuantan yang sebelum itu turut menyampaikan tazkirah rengkas kepada penduduk kampong yang hadir.

Program di Kuantan berakhir dengan sesi bergambar bersama YB Rodziah, YB Fuziah dan juga Dato' Fauzi Abdul Rahman

Keadilan Kuantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah PANTAS yang sudi memberikan sedikit sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.  Difahamkan, PANTAS akan turut menjelajah ke beberapa negeri lagi bagi memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.  Alhamdulillah.  Keadilan Negeri Pahang serta seluruh rakyat Pahang sentiasa mendoakan agar Selangor terus diberkati Allah dan akan terus kekal di bawah Pakatan Rakyat, InsyaAllah.

Thursday, December 29, 2011

SOKONGAN BUAT BOB LOKMAN, UMNO TIDAK LAYAK JADI PEMERINTAH

Diberitakan bekas artis terkenal Bob Lokman (foto) akan dipanggil oleh JAIPP untuk memberi keterangan kerana kesalahan memberi tazkirah agama tanpa Tauliah yang telah diadakan di Masjid Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan, Sabtu lalu.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman adalah bekas selebriti terkenal di dalam rancangan Raja Lawak Astro dan juga seorang pelakon yang sering membawa watak `Tok Lebai' di dalam drama-drama tempatan telah meninggalkan dunia penuh glamour tersebut dan kini berjuang di dalam usaha dakwah melalui PAS. 

Zaman kegelapan Bob Lokman

Dewasa ini cerita artis menyertai parti politik semakin popular, di mana terdapat juga artis-artis atau pelakon terkenal yang telah menyertai Umno.  Bezanya, artis-artis yang menyertai Umno akan terus bergelumang dengan dunia glamournya tanpa batasan halal-haram bahkan semakin diberi tempat dan ada yang mendapat anugerah atau gelaran.  Tetapi, Bob Lokman menyertai PAS mempunyai arah perjuangan yang jauh berbeza kerana beliau tahu dan insaf bahawa hiburan di dalam Islam mempunyai batas-batas tertentu.  Artis-artis yang menyertai Umno sentiasa mengajak masyarakat dan golongan muda ke arah yang melalaikan, berbeza dengan Bob Lokman yang setiap hari mengajak masyarakat untuk berubah dari kejahilan, keburukan kepada yang berilmu dan berbuat kebaikan.
Situasi begini, siapakah yang mahu menegur Bob Lokman?

Amat malang sekali, apabila negara ini diperintah oleh pemimpin yang anti Islam, maka usaha Bob Lokman dan mereka yang mahu menjalankan kerja dakwah sering ditekan.  Jalan dakwah disempitkan, di mana Tauliah adalah syarat utama untuk melakukan dakwah di dalam masjid.  Apakah sekadar untuk menasihati manusia supaya mengingati Allah dan beramal Soleh memerlukan Tauliah?  Bob Lokman bukan mengajar berbagai jenis Kitab Al-Quran, Tafsir, Hadith atau sebagainya kerana beliau bukan Ustaz jauh sekali Ulamak.  Beliau hanya insan biasa yang berugama Islam seperti kita yang diwajibkan menyampaikan kebaikan walaupun satu ayat. 

Timbul persoalan, mengapa Jemaah Tabligh begitu bebas menggunakan Masjid atau Surau untuk mereka berkumpul dan mendengar Tazkirah dari guru atau `Syeikh' mereka?  Tiada yang bertanya Tauliah kepada guru kumpulan Tabligh ini bahkan mereka kadangkala `berkampong' di dalam satu-satu masjid berminggu-minggu.  Kita tidak menentang usaha dakwah Jemaah Tabligh ini, cuma kita ingin tahu apakah bezanya ajaran yang dibawa oleh kumpulan Tabligh ini dengan jalan dakwah yang Rasulullah ajarkan?  Jika mereka menggunakan rujukan Al-Quran dan Hadith, begitu juga dengan tazkirah yang disampaikan oleh Bob Lokman.  Jadi, mengapa ada kelainan?

  
Bob Lokman akhirnya sedar selama ini beliau disesatkan oleh Iblis, tetapi ada pihak yang sekarang ini melakukan kerja Iblis dengan menghalang usaha dakwah yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam

Cukup mudah untuk dimengertikan, sebenarnya Bob Lokman itu adalah ahli dan penyokong PAS.  Itu sahaja.  Bagi Umno, Islam PAS tidak sama dengan Islam orang lain. Bukankah Umno sering beranggapan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS itu adalah `Hudud PAS'?  Tangkapan ke atas Bob Lokman bukannya kali yang pertama berlaku, namun sehingga kini mereka gagal membuktikan walau satu ayat pun yang dibicarakan oleh Bob Lokman di dalam tazkirahnya itu sesat dan bertentangan dengan Islam. 

Keadilan Negeri Pahang dengan ini membantah sekeras-kerasnya apa jua tindakan atau tekanan yang akan dikenakan kepada Bob Lokman.  Keadilan berpegang kepada Titah Tuanku Sultang Pahang selaku Ketua Agama negeri ini iaitu masyarakat hendaklah dididik untuk memakmurkan Rumah Allah.  Bagaimana Rumah Allah mahu dimakmurkan sekiranya kerja dakwah ditekan sedemikian rupa? 

Sekiranya Kerajaan Negeri tidak berupaya membebaskan negeri ini dari tertegaknya Pusat Judi terbesar di Genting atau beberapa tempat maksiat yang berselerak di negeri ini, jangan pula melakukan kerja menyekat manusia untuk beramal dengan `Amal Makruf, Nahi Mungkar'.  Apalah ertinya Pahang Darul Makmur jika tiadanya kemakmuran yang diredhai Allah.

WARGA FELDA DAN BEKAS TENTERA BERGABUNG DI DALAM PROGRAM CERAMAH DI JENDERAK UTARA 30 DIS INI


Pakatan Rakyat kawasan Temerloh akan mengadakan Program Ceramah di Markas PAS, Felda Jenderak Utara pada 30 Dis 2011 (Jumaat) jam 08.45 malam.

Penceramah yang bakal tampil pada malam tersebut adalah Sdr Mazlan Aliman (Jkuasa PAS Pusat dan Presiden ANAK), Sdr Tuan Haji Suhaimi Said (Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR dan Ketua Cabang K.Krau), Sdr Zabidi Abas (Naib Presiden ANAK) dan Sdr Rebin Berham (S/Usaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR).

Program tersebut turut memberikan sedikit ruang kepada Biro KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) yang diwakili oleh WFAUZDIN NS juga Blogger PKR Pahang untuk memperkenalkan misi dan perjuangan KOBAT di bawah PKR Pahang.  Difahamkan juga, Sdr Man Kadir@Pak Jabit turut diundang bagi menyampaikan ceramah.

Sehubungan itu, dijemput kepada semua warga tempatan dan sekitar kawasan Temerloh dari semua golongan termasuk para Peneroka Felda dan warga tentera/bekas tentera dan Perajurit sekeliannya untuk hadir bagi mendapatkan maklumat semasa dari penceramah jemputan.


Wednesday, December 28, 2011

YB FUZIAH SALLEH JAWAB ISU `HUTANG UBAHSUAI RUMAH BAPANYA'

 
Kenyataan Media
MP Kuantan
28 Disember 2011
 
Artikel Pahang Daily Online bertajuk " Kontraktor Kecewa", Fuziah Salleh Gagal Langsaikan Bayaran Ubah Suai Rumah Ayahnya Di Kuantan!" Adalah di rujuk. www.pahangdaily.blogspot.com

Saya ingin menjelaskan bahawa Kontraktor yang saya lantik untuk mengubahsuai kediaman kedua orang tua saya di Medan Tok Sira ialah GARIS CONCEPT yang juga merupakan arkitek yang melakar pelan ubah suai tersebut. GARIS CONCEPT ialah syarikat yang beralamat di Kuantan.

Setelah kontraktor mengalami masalah dengan beberapa sub kontraktor yang dilantik oleh kontraktor sendiri, maka akhirnya pengubahsuaian rumah hanya dapat disiapkan selepas memakan masa lebih setahun lamanya. Itupun masih banyak lagi masalah yang dihadapi seperti atap bocor dan sebagainya.

Saya tegaskan bahawa segala bayaran telah dilangsaikan dengan kontraktor utama, iaitu Garis Concept. Sekiranya kontraktor utama ada masalah dengan sub kontraktor, maka ianya di luar bidang kuasa saya, dan bukan di atas ketidakprihatinan saya untuk melangsaikan hutang.

Tindakan cuba memburuk-burukkan saya ini merupakan tindakan terdesak UMNO@BN yang cukup korup dan tiada hujah balas berkenaan isu rakyat Kuantan yang saya perjuangkan. Sebaliknya UMNO@BN menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan seseorang dengan fitnah. Ini sinonim dengan cara UMNO@BN selama ini - menggunakan fitnah dan politik longkang sebagai strategi, dan bukan dengan cara memperjuangkan isu rakyat.

Cukuplah menggunakan taktik politik kotor dan terdesak ini. Fokus lah kepada isu rakyat sebenar.

Yang hak dan yang benar akan terserlah jua. Rakyat tahu menilai.


FUZIAH SALLEH
MP for Kuantan, Malaysia.

BERAPA RAMAI YANG TELAH DICANTAS OLEH AZMIN?

Membaca artikel yang disiarkan di dalam Malaysia Today di SINI, jelas kelihatan serangan mereka terhadap parti Keadilan semakin tumpul.  Akhirnya, mereka cuba melaga-lagakan ahli-ahli Keadilan dengan cerita bahawasanya parti ini dikawal sepenuhnya oleh Anwar - Azmin.

Bagi menambahkan sedap cerita, mereka mendakwa Azmin selaku Timbalan Presiden kini sibuk dengan adegan `cantas mencantas' puak yang dahulunya tidak menyokong beliau sewaktu pemilihan di dalam parti.  Tujuan cerita ini dibawa adalah untuk melemahkan Keadilan dari dalam setelah berbagai usaha untuk menghancurkan parti yang bakal menabalkan Ketua Umumnya ke Putarajaya ini telah gagal dilakukan dari luar.  


Sebelum ini mereka berusaha untuk memecahbelahkan Keadilan dengan PAS dan DAP.  Mereka cipta fitnah untuk menjatuhkan imej DS Anwar, namun tetap gagal.  Mereka beralih kepada Azmin dengan berbagai tuduhan ke atas beliau seperti tuduhan memiliki kekayaan luar biasa dengan simpanan wang jutaan ringgit di luar negara.  Paling terdesak, mereka tampilkan seorang dari keluarga Azmin yang tidak diakui anak oleh bapanya untuk menfitnah abangnya sendiri.  Semua itu gagal dilakukan.

Akhirnya, mereka kembali kutip isu pemilihan yang lalu.  Benarkah dakwaan mereka Azmin kini mencantas atau meminggirkan mereka yang tidak menyokongnya sebagai Timbalan Presiden sewaktu pemilihan yang lalu?  Memetik seperti apa yang diluahkan oleh Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, merangkap Ketua Cabang K.Krau Tuan Hj Suhaimi Said, di dalam satu penulisan dan wawancaranya baru-baru ini beliau menyangkal samasekali Azmin bersikap sedemikian.  Buktinya, Cabang K.Krau adalah di antara dua tiga Cabang yang menyokong penuh Azmin sewaktu bertanding Timbalan Presiden.  Tetapi, sehingga kini Azmin tidak pernah berkunjung ke K.Krau tetapi Azmin telah berkunjung di beberapa Cabang yang tidak menyokongnya dahulu.
Tuan Hj Suhaimi Said, masih mengharap lawatan Azmin ke K.Krau

Ertinya, tuduhan yang menyebut Azmin meminggirkan mereka yang tidak menyokongnya adalah satu tuduhan yang direka cipta.  Di Pahang khususnya, tiada seorang pun yang dipecat atau terpinggir akibat tangan Azmin.  Justeru itu, kerjasama dan hubungan baik di kalangan pimpinan Keadilan berjaya dipertahankan.  Jika benar Azmin bertindak seperti yang mereka dakwa, nescaya Keadilan Pahang sudah lama berpecah belah kerana boleh dikatakan majoriti Cabang di Pahang ini tidak menyokong beliau ketika itu.

Sikap positif Azmin yang belajar dari pengalamannya di dalam Umno dahulu yang terkenal dengan sikap cantas-mencantas ini telah membantu beliau berhubung baik dengan semua ahli.  Sewajarnya kita sebagai ahli Keadilan khususnya tidak mudah terperangkap dengan berbagai strastegi musuh yang mahu menghancurkan Keadilan dari dalam.  Nawaitu kita hanya satu iaitu `Kuburkan Umno/Bn".

Tuesday, December 27, 2011

USAHA MENCETUSKAN HURU-HARA PADA 9 JANUARI 2012 - SATU LAGI USAHA FITNAH UMNO

KENYATAAN AKHBAR

SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT
 
Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggota KEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa UMNO.

Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

27 DISEMBER 2011

TIDAK MASUK PARTI, TIBA-TIBA KELUAR PARTI?

AMK nafi 500 anggota keluar parti

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR 26 Dis: Ketua Angkatan Muda KEADILAN Gombak, Jafrien Muhammad menafikan berita kononnya 500 anggota AMK Hulu Kelang keluar parti dan menyertai Umno.

Menurutnya, individu yang kononnya bertindak sebagai jurucakap kumpulan 500 orang itu, Mohd Jefry Sallehuddin, tidak pernah menjadi ahli KEADILAN.


 
 
 
“Saya menafikan berita ini. Ia dusta dan tiada 500 ahli KEADILAN keluar parti.

“Jefry bukan ahli parti dan dakwaan kononnya beliau pernah ditahan di ISA dan masuk penjara sebanyak 16 kali adalah satu pembohongan,” kata Jafrien.

Akhbar dalam talian MStar hari ini melaporkan 500 anggota AMK Hulu Kelang bertindak keluar parti dan menyertai Umno Gombak kononnya kecewa dengan KEADILAN yang tidak menepati janji.

Bercakap lanjut, Jafrien berkata Jefry sebelum ini hanya merupakan seorang sukarelawan parti dan selama ini juga beliau diketahui mempunyai perwatakan yang meragukan.

Jefry juga, katanya bukan penduduk asal Selangor tetapi berasal dari Sabah.

“Kami ada dengar akhir-akhir ini yang dia mendakwa boleh memberikan kad pengenalan kepada mana-mana pendatang asing yang mahu menyokong Barisan Nasional,” kata Jafrien.

Justeru, beliau mencabar Jefry agar mengemukakan bukti jika benar dia berjaya membawa 500 ahli AMK ke dalam Umno Bahagian Gombak.
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24835

BIRO MASYARAKAT FELDA DAN ORANG ASAL MAJU SETAPAK LAGI - PENUBUHAN JAWATANKUASA WANITA BIRO PADA 21 JAN 2011


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang diwujudkan oleh Keadilan telah menampakkan banyak impak kepada para Peneroka Felda di merata tempat sekarang ini.

Sudah tentu kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa usaha gigih tanpa rasa jemu dan penat yang dijalankan oleh semua Jawatankuasa Biro berkenaan di samping kejayaan merancang strategi yang efisyen setakat ini.  Sehubungan itu, Biro ini telah merancang untuk memperkasakan lagi peranan yang dimainkan setakat ini dengan mewujudkan satu sayap di dalam Biro yang sedia ada iaitu dengan penubuhan Jawatankuasa Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal.

Penubuhan Jawatankuasa Wanita Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR akan dilancarkan pada 21hb Januari 2011 jam 10.30 pagi di Ibu Pejabat Keadilan, N.Sembilan di Seremban yang akan dirasmikan oleh YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita Keadilan Pusat. 
 
Justeru itu, setiap Cabang yang mempunyai rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal dikehendaki menghantar minima 5 orang wakil wanita (termasuk Orang Asal).  Komitmen semua Ketua Cabang dan AJK masing-masing diperlukan bagi memperkasakan Biro ini.  Kegagalan Ketua Cabang berbuat demikian akan dianggap tidak serius untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang bila-bila masa akan diumumkan.

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pengerusi Biro Masyarakat dan Orang Asal PKR, Tuan Haji Suhaimi Said atau Sdr Rebin Berham, Setiausaha Biro.  Mohon kerjasama semua Ketua Cabang yang berkenaan.

Monday, December 26, 2011

WAWANCARA SIRI DUA - HAJI SUHAIMI MENGULAS ISU POLITIK DI PAHANG

 
Wawancara Siri Pertama bersama Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, merangkap Naib Pengerusi 1 MPN Pahang dan Ketua Cabang K.Krau, Tuan Hj Suhaimi Said telah disiarkan di SINI (Klik).  

Berikut adalah Wawancara Siri Kedua, di mana beliau akan mengupas beberapa isu politik semasa khususnya di Negeri Pahang ini. Wawancara ini dibuat tanpa sebarang edit/ubahsuai. Mudah-mudahan dapat dikongsi untuk kebaikan bersama.

--------------------------------------------------------------------------------------
 
Soalan: Bagaimana Tuan melihat persediaan dan harapan Pakatan Rakyat, terutamanya Keadilan sendiri di Negeri Pahang ini di dalam menghadapi PRU ke 13 nanti?
Saya nampak bahawa persediaan Keadilan di Negeri Pahang ini untuk berhadapan dengan Pilihanraya adalah jauh lebih baik daripada PRU-12 di tahun 2008.

Kalau di PRU-12 itu, Keadilan hanya menumpang kepada jentera PAS kecuali Kuantan, kini Keadilan sendiri sudah wujud jentera sendiri. Sehingga ke peringkat ini, Keadilan sudah berjaya menyediakan PACABAnya sendiri serta sukarelawan-sukarelawan yang akan menggerakkan kerja-kerja kempen di peringkat akar umbi.

Harapan untuk Keadilan memenangi beberapa kawasan Parlimen dan DUN yang ditandingi adalah jauh lebih cerah daripada 2008, tetapi kemenangan sebenarnya lebih bergantung kepada pimpinan Cabang yang boleh memberikan tumpuan yang lebih serius kepada kerja parti, kerja massa dan kerja-kerja turun padang; bukan sekadar kerja-kerja ceramah yang hanya boleh dijadikan sebagai usaha saikologi daripada kerja-kerja boleh menarik pengundi-pengundi.

Soalan: Selain dari program ceramah yang lazimnya kita adakan bagi menarik sokongan masyarakat, apakah kaedah lain yang Tuan fikirkan tidak kurang pentingnya bagi mendapatkan sokongan?
Kerja-kerja ceramah akan menjadi berkesan jika kerja-kerja itu didahului dengan kerja-kerja turun padang dengan setiap rumah di dalam kawasan ceramah itu mendapat edaran jemputan ceramah serta risalah-risalah parti.

Tidak ada makna jika ada ceramah besar-besaran yang dihadiri oleh ribuan orang jika ribuan itu sebenarnya datang dari seluruh pelusuk Negeri Pahang sedangkan penduduk tempatan hanya segelintir sahaja yang hadir. Kita kena belajar dari pengalaman yang bertahun-tahun dengan kehadiran ceramah berpuluh ribu tetapi semasa Pilihanraya undi PR tidak berubah bahkan ada di sesetengah tempat mengalami kemerosotan undi.

Soalan: Di samping gerak kerja yang Tuan sebutkan tadi, kerjasama padu di kalangan parti di dalam PR juga amat penting. Pada pandangan Tuan, setakat ini adakah kerjasama di antara parti di dalam PR khususnya di Negeri Pahang sekarang berada di dalam keadaan baik?
Saya kira hubungan di antara parti-parti PR di Negeri Pahang ini adalah jauh lebih baik dari sebelum ini, tetapi masih perlu diperbaiki lagi. Tetapi untuk diperbaiki kerjasama itu, Keadilan perlu menunjukkan kekuatan bukan sahaja dari segi keanggotaan yang ramai dan organisasi yang kompak tetapi kesungguhan pimpinannya di peringkat Cabang untuk turun padang dengan lebih meyakinkan. Jika tidak, parti-parti lain di dalam PR masih mengatakan bahawa Keadilan hanya bergantung kepada jentera mereka.

Soalan: Maksud Tuan?

Sejak 2008 dahulu, mari kita lihat di setiap Cabang. Sudahkah ranting-ranting bertambah? Sudahkah anggota-anggota bertambah? Cabang kita aktif atau pun tidak? Atau hanya bermain dengan saikologi khususnya apabila pemimpin besar turun memberikan ceramah seperti kehadiran Dato Seri Anwar Ibrahim dan kita dapati ribuan manusia hadir, manakala apabila pemimpin-pemimpin Cabang sahaja yang turun, kehadirannya hanyalah puluhan manusia sahaja.

Soalan: Bagaimana hubungan Tuan samada selaku Naib Pengerusi MPN atau Ketua Cabang dengan pimpinan-pimpinan lain di dalam parti?
Saya sebenarnya tidak ada perbalahan secara peribadi dengan mana-mana pemimpin Cabang. Yang aktif adalah rakan karib saya dan yang tidak aktif akan saya sentiasa tegur. Saya yakin dengan teori perpaduan-kritik diri-perpaduan, dan juga teori kritik dan kritik diri. Saya sanggup mengkritik dan saya sanggup kena kritik. Saya tidak suka kepada mana-mana pemimpin yang hanya pandai mengkritik tetapi tidak sanggup menerima kritik. Ada juga pemimpin yang cuba bersikap hipokrit yang secara terbuka sanggup dikritik tetapi tidak memperbetulkan apa yang dikritik.

Mungkin ada yang menghadapi "cultural shock" dengan sikap saya. Bagi saya, kritik-kritik diri-perpaduan ini saya telah belajar dari perjuangan PRM/PSRM yang menjadikan teori itu sebagai pegangan anggota-anggotanya dan pemimpin-pemimpinnya.

Soalan: Tidakkah terlalu banyak mengkritik boleh menimbulkan suasana yang tidak baik buat parti?
Saya mengkritik untuk kemajuan parti tetapi teori krtik ini jika tidak difahami boleh membawa kepada perpecahan, dan saya mengkritik pun adalah di bidang-bidang yang wajar sahaja iaitu di bidang yang sudah sepatutnya disempurnakan tetapi tidak disempurnakan.

Pergerakan rakyat yang menolak teori kritik-kritik diri-perpaduan-kemajuan akan terjebak kepada pimpinan yang ego dan tidak boleh ditegur dan akhirnya membawa kelemahan kepada parti.

Soalan: Benarkah seperti dakwaan sebuah portal, Keadilan di Pahang masih mempunyai `team' atau puak bermula dari Pemilihan Pimpinan peringkat Pusat yang lalu? Maksud saya, masih terdapat puak Azmin Ali dan puak Zaid Ibrahim walaupun Zaid kini tidak berada di dalam parti?

Memang betul bahawa semasa Pemilihan Pimpinan Pusat yang lalu, hanya saya, Sdr Haji Abas dan Sdr Zakaria sahaja yang memihak kepada Azmin Ali, dan lain-lain Cabang memihak kepada Zaid Ibrahim. Dari segi Cabang-Cabang di Pahang, majoritinya menyokong Zaid, tetapi dari segi undinya Azmin Ali mendahului jumlah undi yang besar di Pahang.

Saya memang bersungguh-sungguh untuk memenangkan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden pada waktu itu, dan rakan-rakan saya yang lain juga bersungguh-sungguh memberikan sokongan kepada Zaid Ibrahim. Bagi saya sokongan yang berbeza itu tidaklah bermakna wujudnya perpecahan di dalam parti kerana pada waktu itu Zaid Ibrahim adalah anggota parti, maka terserah kepada anggota-anggota parti untuk mengundi samada Sdr Azmin, Zaid Ibrahim atau Mustafa Kamal Ayub.

Soalan: Ini bermakna tiada berlaku perpecahan sejurus pemilihan tersebut? Bagaimana pula anggapan sesetengah pihak yang mendakwa kononnya penyokong-penyokong Azmin mendapat layanan istimewa dan sebaliknya kepada mereka yang pernah menyokong Zaid Ibrahim?

Saya sangat bergembira kerana selepas selesai pemilihan itu pimpinan Pahang telah kembali bersatu. Dan saya juga gembira kerana Sdr Azmin Ali tidak membeza-bezakan di antara Cabang-Cabang yang menyokongnya dengan Cabang-Cabang yang tidak menyokongnya.

Saya selaku penyokong kuat Azmin Ali tidak pula mendapat apa-apa keistimewaan daripada beliau. Sejak beliau menang selaku Timbalan Presiden beliau belum pernah membuat sebarang lawatan ke Kuala Krau bahkan beliau sudah pun melawat Cabang-Cabang yang memberikan sokongan kepada Zaid Ibrahim di Pahang ini.

Soalan: Mungkin mereka beranggapan sedemikian kerana Tuan dan beberapa orang yang menyokong Azmin kini mendapat kedudukan di MPP?

Ada juga sesetengah pihak di Pahang mempersoalkan kedudukan saya dan Haji Abas kerana kami dilantik sebagai Anggota MPP. Saya adalah Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR manakala Haji Abas adalah Pengerusi Biro Pendidikan.

Semua Pengerusi Biro di dalam Keadilan duduk di dalam MPP. Haji Abas adalah seorang bekas pendidik dan menjadi bekas Pegawai Pendidikan di Kementerian Pelajaran dan beliau adalah layak menjadi Pengerusi Biro Pendidikan. Saya tidak tahu samada saya ini layak atau pun tidak menduduki Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, tetapi jika ada mana-mana pihak yang memberikan tumpuan utamanya kepada masyarakat Felda dan Orang Asal melebihi daripada apa yang saya berikan tumpuan, saya lebih rela tidak dilantik sebagai Pengerusi Biro ini.

Maka untuk menyatakan bahawa saya dan Haji Abas dilantik menjadi anggota MPP kerana peranan kami memenangkan undi Azmin Ali di Pahang semasa pemilihan dulu adalah suatu pandangan yang menjijikkan.

Soalan: Tuan dilihat begitu aktif di dalam Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal. Bagaimana pula dengan prestasi Cabang K.Krau yang Tuan sendiri sebagai ketuanya?
Cabang Kuala Krau merupakan Cabang yang paling aktif di Negeri Pahang. Kini keanggotaanya sudah ramai dan ramai pula yang menganggotainya sekarang ini mempunyai kelayakan yang baik, tidak seperti semasa Cabang ini mula-mula dibuka dahulu.

Ramai yang layak menduduki Jawatankuasa Cabang termasuklah menjadi Ketua Cabang. Saya memang memahukan lebih ramai mereka yang layak berada di Cabang ini agar memudahkan peralihan pertukaran jawatankuasa apabila masanya diperlukan nanti.

Soalan: Bagaimana dengan perhubungan dan kerjasama ahli di Cabang K.Krau?

Saya sememangnya menekankan hubungan yang baik di kalangan anggota-anggota jawatankuasa tetapi kriteria saya adalah kepada mereka yang sanggup melakukan kerja parti dan kerja masyarakat. Saya suka tegur mana-mana jawatankuasa yang tidak berfungsi kerana saya tidak mahu jawatankuasa hanya memegang jawatan tetapi segan melakukan kerja.

Jawatankuasa Keadilan Cabang Kuala Krau sentiasa turun padang. Saya tidak membezakan di antara anggota biasa dengan pimpinan Cabang di dalam menjalankan kerja-kerja parti dan masyarakat. Mana-mana anggota jawatankuasa yang terlalu berat punggung memang sentiasa ditegur, dan jika anggota jawatankuasa itu merupakan jawatankuasa yang dilantik, saya memberikan beberapa kali teguran, dan jika tidak ada perubahan juga, saya akan gantikan dengan anggota yang lain.

Soalan: Difahamkan di Cabang K.Krau kerap berlaku pertukaran Ahli Jawatankuasanya. Mengapa ianya berlaku?

Sebab saya mahu setiap AJK itu aktif dan sentiasa bersemangat. Kepada AJK yang dipilih tidak bolehlah saya tukar-ganti, itu adalah hak anggota, hanya mesyuarat pemilihan MATC sahaja yang boleh menggantikan mereka.

Tetapi pengalaman saya menukarkan seorang Setiausaha Cabang yang tidak aktif telah mendapat tentangan daripada Setiausaha yang digantikan itu kononnya saya menggunakan kuasa veto. Habis keseluruh Negeri Pahang ini beliau jaja saya sebagai Ketua Cabang yang menggunakan kuasa veto menggugurkan beliau.

Soalan: Bagaimana Tuan memperjelaskan dakwaan tersebut?

Saya panggil Jawatankuasa Cabang dan memberikan pandangan bahawa saya mahu menukarkan Setiausaha itu dengan Setiausaha yang baru dan kesemua Jawatankuasa Cabang bersetuju. Dengan persetujuan itu, saya menghantar SMS kepada Setiausaha Cabang yang digantikan itu memberitahunya tentang pertukaran itu dan saya meminta darinya supaya menumpukan kepada tugas yang beliau pegang di dalam Cabang.

Rupa-rupanya, beliau telah menyerang saya dengan menalipon dan menghantar SMS kepada hampir semua Jawatankuasa Cabang bahawa beliau telah digantikan di atas kuasa veto (kuku besi) saya. Saya sangat kecewa dan kerana itu saya panggil semula mesyuarat Jawatankuasa Cabang dan saya pohon Setiausaha yang digantikan itu supaya hadir mesyuarat itu.

Soalan: Mengikut peraturan, jawatan Setiausaha adalah dilantik sendiri oleh Ketua Cabang tanpa memerlukan sokongan atau persetujuan dari sesiapa. Mengapa Tuan harus memanggil Mesyuarat semata-mata isu perlantikan Setiusaha ini?

Di mesyuarat itu saya bentangkan sekali lagi hajat saya menggantikan Setiausaha itu; tetapi Setiausaha itu tidak hadir, dan mesyuarat itu sekali lagi 100% bersetuju dengan perlantikan Setiausaha yang baru.

Sekali lagi Setiausaha yang digantikan itu menyerang saya dengan menyatakan bahawa hanya Orang-Orang Asal sahaja yang bersetuju dengan perlantikan baru itu.

Alhamdulillah, di dalam Mesyuarat JK Cabang berikutnya beliau hadir mesyuarat, dan di dalam mesyuarat itu saya bacakan peruntukan Perlembagaan PKR berhubungan perlantikan 5 jawatan utama di dalam parti dan juga Jawatankuasa tambahan bahawa Perlembagaan memperuntukkan kuasa kepada Ketua Cabang membuat perlantikan tanpa perlu merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Cabang.

Saya sengaja membawakan isu perlantikan itu di dalam Mesyuarat JK Cabang agar dapat diambil keputusan bersama. Rupa-rupanya bekas Setiausaha itu tidak pernah membaca Perlembagaan Parti.

Soalan: Adakah Cabang K.Krau mempunyai masalah untuk menyenaraikan calon di dalam PRU akan datang?

Mengenai calon Keadilan untuk DUN Jenderak, saya rujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Cabang. Walaupun nama saya dicadangkan sebagai calon tunggal untuk parti, saya tidak mahu memperakukan dan saya lebih suka kalau lebih ramai senarai calon dikemukakan kepada Ibu Pejabat Negeri dan seterusnya dibawa ke Pusat supaya dapat dibuat pemilihan oleh Keadilan Pusat.

Soalan: Apakah harapan Tuan kepada mereka yang telah disenaraikan sebagai calon ?

Saya menekankan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa agar mana-mana mereka yang tersenarai itu tidak menjadikan isu jika salah seorang daripada mereka di dalam senarai berkenaan terpilih sebagai calon.

Soalan: Adakah Tuan sendiri jika dicalonkan, bersedia untuk bertanding?

Saya telah berucap didalam MATC yang lepas bahawa saya tidak berhajat untuk menjadi calon, tetapi sanggup membantu calon yang terpilih agar calon Keadilan di DUN Jenderak memperolehi kemenangan.

Saya memberitahu Mesyuarat MPN Pahang bahawa saya memohon agar diri saya tidak disenaraikan di dalam senarai calon. Saya tekankan lagi semasa mesyuarat JPRN di Jengka 4 Maran, dan sekali lagi semasa mesyuarat JPRN di Raub.

Soalan: Mengapa Tuan bertindak sedemikian?

Saya telah berucap di dalam Mesyuarat JPRN Pahang di Raub baru-baru ini, di mana saya tegaskan di dalam ucapan saya lebih kurang, " Saya berharap perjuangan kita biarlah ikhlas, kita berjuang untuk parti dan rakyat, bukan untuk kepentingan diri kita sendiri. Saya adalah anggota MPP, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Naib Pengerusi 1 PKR Pahang dan Ketua PKR Cabang Kuala Krau. Ertinya, saya ada jawatan agak tinggi di dalam parti tetapi saya sanggup untuk tidak menjadi calon dan sanggup menyokong calon yang diputuskan oleh pimpiinan parti. Saya berharap tidaklah wujud perebutan di kalangan pimpinan parti untuk menjadi calon. Biarlah pimpinan parti membuat keputusan dan setiap anggota memberikan sokongan," Begitulah di antara isi ucapan saya.

Soalan: Bagaimana pandangan Tuan terhadap calon yang lebih muda?

Sebenarnya saya lebih suka melihat calon-calon yang lebih muda tetapi yang sanggup berkorban untuk parti.

Soalan: Pandangan Tuan pula tentang peluang Keadilan di beberapa kawasan?

Pandangan saya berhubung dengan peluang calon-calon Keadilan menang di dalam PRU-13, adalah berbelah bagi. Ada pimpinan Cabang yang kuat kerja tetapi kawasan yang diwakilinya adalah kawasan yang sangat konserbatif terdiri daripada pengundi-pengundi yang tegar sukar berubah. Mungkin ada pimpinan Cabang yang berat punggung, sukar turun padang, tetapi mewakili kawasan yang selesa dan mudah menang. Ada kemungkinan calon-calon yang rajin buat kerja akan kalah dan calon-calon yang berat punggung akan menang.

Soalan: Nampaknya Tuan seperti yakin ada kawasan yang `mudah menang' tetapi Tuan mungkin merasa kurang puas hati di atas gerak kerja di kawasan tersebut?

Apa-apa pun masa masih boleh digunakan untuk merubah keadaan, khususnya di kawasan-kawasan yang "mudah menang". Amat diharapkan supaya pimpinan mereka terutamanya yang akan menjadi calon sememangnya boleh menang di dalam PRU nanti dengan syarat mereka bertukar menjadi ringan tulang daripada berat punggung!

TAMAT


[Terima kasih kepada Tuan Hj Suhaimi di atas kerjasama dan melapangkan sedikit masa untuk wawancara ini. Selepas ini, tunggu Wawancara Khas seterusnya bersama beberapa pimpinan yang lain]

BOB LOKMAN DI KUANTAN - MENGAPA JALAN DAKWAH DISEMPITKAN?

Jaip siasat Bob Lokman ceramah di masjid
    
Khairil Abdul Rahim

KUANTAN, 25 Dis: Bekas pelakon dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman (gambar) yang pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor, semalam menerima  notis daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Youslydi Mohd Desa, berkata Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ditahan pegawai Jaip sebaik selesai menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini.

Katanya, selepas Bob Lokman berucap memberi beberapa nasihat, beliau didekati kakitangan Jaip lalu membawa Bob ke beranda masjid untuk disoal siasat.

“Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman pada ketika jemaah yang penuh sesak ketika itu menunaikan Solat Isyak dan Bob disiasat di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

“Bagaimanapun beliau tidak ditangkap malah Bob Lokman kemudiannya menyampaikan ceramah di Kampung Razali, Jalan Gambang,” katanya.

Youslydi percaya, terdapat orang politik yang membuat bantahan terhadap majlis melibatkan Bob Lokman sehingga Jaip bertindak.

Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 ialah peruntukan bagi “Mengajar Ugama yang salah” di mana jika sabit kesalahan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali./Harakahdaily

EZAM MASIH TIDAK BERKESAN DI DALAM UMNO ?

Ezam Mohd Noor di dalam akhbar Sinar hari ini, cuba menjadi `Panglima Perang' buat Umno apabila mahu mendedahkan kononnya surat DS Anwar kepada bank dunia pada tahun 2000.  Melucukan, pinjaman itu bukan untuk negara tetapi kononnya DS Anwar mahu Bank Dunia menyelesaikan masalah skandal seks kakitangan bank tersebut.

Memetik kenyataan beliau di dalam Sinar, "Menurutnya, pada awal tahun 2000, Anwar ada menghantar surat kepada bekas Pengerusi Bank Dunia, John Wolfensohn memohon bantuan kewangan untuk membantu menyelesaikan masalah skandal seks kakitangan bank dunia warganegara Lubnan yang dikenali sebagai Sahariza.

Ezam masuk Umno kononnya untuk basmi rasuah.  Tetapi kemasukannya, rasuah di dalam Kerajaan semakin meningkat

Sekali lagi `Ezam kotak' ini terlalu lembab untuk memberi perkhidmatan terbaik buat Najib.  Surat yang kononnya pada tahun 2000, Ezam mahu dedahkan sekarang?  Rakyat sudah jemu mendengar Ezam asyik dengan janji-janjinya untuk `menelanjangkan' DS Anwar dengan salah laku rasuah dan penyelewengan, dan setakat ini semenjak beliau melalak ke hulu ke hilir memburukkan bekas mentornya itu, sokongan terhadap DS Anwar semakin meningkat. 

Mengapa tidak didedahkan sewaktu DS Anwar bertanding di Permatang Pauh, sedangkan ketika itu adalah masa paling sesuai untuk Ezam `menelanjangkan' DS Anwar?  Mungkin beliau yakin waktu itu apabila Saiful bersumpah laknat sehari sebelum Penamaan Calon di Permatang Pauh, DS Anwar pasti tersungkur.  Malangnya tidak berlaku sedemikian, bahkan majoriti DS Anwar jauh meningkat.  Kemudiannya, berlaku pula beberapa Pilihanraya Kecil, Ezam masih tidak menjumpai surat yang dikatakan akan didedahkannya itu.

Ezam dan Umi, `seiring sejalan'

Pilihanraya Kecil di K.Terengganu dahulu, Ezam mengistiharkan akan `menelanjangkan' DS Anwar dengan satu surat yang kononnya surat bertulisan tangan DS Anwar yang kononnya memohon bantuan Dr Mahathir di dalam kes beliau.  Apabila beberapa hari sebelum mengundi, Ezam pun dengan penuh yakin mendedahkan surat tersebut.  Malangnya, tiada yang pelik dari surat berkenaan dan surat itu menjadi bahan ketawa orang ramai.  Akhirnya PAS menang besar di K.Terenganu. 

Ezam sudah terlalu banyak berjanji dengan orang ramai untuk mendedahkan salah laku DS Anwar, tetapi sehingga kini satu pun tidak menjadi bekas kepada DS Anwar.  Mungkin ini lah yang menjadikan Ezam merasa seperti `makan gaji' buta sebagai Senator di dalam Umno. 

"Tunjukkan pada saya, seorang  yang masuk Umno itu ikhlas?" - Ezam

Selepas ini, biarpun `Ezam kotak' atau `Ezam sesumpah' ini membongkar berpuluh-puluh kotak yang beliau ada, rakyat tidak lagi serius untuk mengetahuinya.  Rakyat kini mahu tahu apa Ezam buat terhadap isu `Fidlot' (lembu) keluarga Shahrizat?  Rakyat teringin mendengar apa komen Ezam terhadap kes Khir Toyo yang hanya dipenjarakan setahun?  Rakyat juga tertanya-tanya mengapa Ezam tidak bertanya kisah cincin RM24 Juta, Gelang dan beg ratusan ribu kepunyaan `First Lady Of Malaysia' yang didedahkan dan dibukukan oleh sahabat karib lamanya, Chegu Bard?

Jelas, Ezam kini terkunci mulutnya atau beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana beliau sendiri berada di dalam kotak Umno.  Mungkin tugas beliau di dalam Umno hanya satu sahaja iaitu cuba sedaya upaya untuk membunuh kerjaya DS Anwar, itu sahaja.

Sunday, December 25, 2011

WAWANCARA KHAS SIRI PERTAMA BERSAMA PENGERUSI BIRO MASYARAKAT FELDA DAN ORANG ASAL PKR/NAIB PENGERUSI 1 MPN/KETUA CABANG K.KRAU TUAN HJ SUHAIMI SAID

Tuan Haji Suhaimi Said

Soalan: Boleh Tuan ceritakan serba sedikit latar belakang Cabang Kuala Krau serta penglibatan Tuan di dalam arena politik?

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau adalah sebuah organisasi yang termuda di Negeri Pahang. Di dalam Pilihanraya Umum ke-12 dulu, PKR Cabang Kuala Krau masih belum berdaftar dan hanya berdaftar setelah PRU-12.

Saya menyertai semula PKR ini pada tahun 2007 di Cabang Temerloh. Penyertaan saya adalah hasil dari ajakan Sdr Anwar Ibrahim yang mengadakan Ceramah di Sungai Gau, Temerloh. Saya pada waktu itu adalah ahli UMNO dengan jawatan selaku Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Temerloh. 
 
Soalan:  Bagaimana asalnya tergerak di hati Tuan untuk menyertai Keadilan, sedangkan ketika itu Umno dilihat lebih kuat serta boleh menjamin kerjaya politik Tuan?

Sdr Ahmad Nizam telah menyampaikan pesanan daripada Dr Syed Husin Ali yang mengatakan bahawa "Amat tidak sesuai Suhaimi itu berada dalam UMNO kerana jiwanya tak selari dengan UMNO."   Akhirnya, diaturkan suatu perjumpaan dengan Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN, pada waktu itu di rumah Sdr Ahmad Nizam, Naib ketua PKR Cabang Temerloh pada waktu itu.  Saya dan 20 orang yang lain menyerahkan Borang kemasukan menjadi Anggota KEADILAN.  
 
Soalan:  Dikhabarkan Tuan asalnya dari Cabang Temerloh, tetapi bertukar ke K.Krau.  Boleh Tuan ceritakan serba sedikit puncanya?
 
Oleh kerana saya kurang selesa dengan sikap rakan-rakan di Temerloh yang menerima seorang rasis membentangkan kertas kerja di suatu perjumpaan PKR Cabang Temerloh dan pandangan rasis itu diterima oleh sebahagian daripada Jawatankuasanya, maka Sdr Sanusi Haji Abas, Timbalan Ketua PKR Cabang Temerloh telah memperotes dan meletakkan jawatan selaku Timbalan Ketua, dan saya mengambil langkah lain untuk membuka Cabang baru di Kuala Krau yang tidak mempunyai walaupun seorang pun anggota parti. 
 
Soalan:  Bagaimana awalnya Tuan menggerakkan Cabang K.Krau ketika itu?

Saya mengajak Sdr Razak Hussain, sekarang ini Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Krau, menjalankan kerja-kerja di Kuala Krau. Saya juga turut dibantu oleh seorang pemuda bernama Suhaimi Abdullah yang mempunyai hubungan tertentu dengan Orang Asal Kuala Krau.

Setiap minggu kami menyediakan lebih kurang 5000 edaran dan kami bertiga membuat kerja rumah ke rumah ke setiap rumah di kawasan DUN Jenderak. Kerja-kerja itu mendapat pandangan dari masyarakat setempat.

Pada waktu itu sehinggalah ke Pilihanraya Umum ke-12, PKR Cabang Kuala krau masih tidak mempunyai ranting-ranting dan keanggotaan kami tidak melebihi 50 orang dan kami telah menubuhkan Jawatankuasa Cabang dan di penghujung tahun 2007 kami telah menjemput Dr Syed Husin Ali merasmikan Jawatankuasa Penaja PKR Cabang Kuala Krau. Dr Syed telah hadir bersama-sama dengan Sdri Latifah Koya.

Soalan:  Bagaimana bermulanya Tuan boleh terlibat dan rapat dengan masyarakat Orang Asal?
 
Kami meneruskan kerja-kerja pengedaran dari rumah ke rumah. Melalui Sdr Suhaimi Abdullah, saya dapat berkenalan dengan beberapa orang Orang Asal, dan melalui perkenalan itu saya memulakan gerak kerja di perkampongan Orang Asal dengan tempat tumpuan asalnya di Kg Lubok Wong.

Ranting PKR Kg Lubok Wong merupakan yang pertama dapat ditubuhkan di DUN Jenderak. Berita penubuhan ini merebak ke kampong-kampong lain dan ruang yang terbuka kepada PKR Cabang Kuala Krau adalah semasa kawasan ini dilanda banjir. Kami menyampaikan bantuan-bantuan seperlunya seperti beras, ikan sardin, garam, gula, minyak masak, teh, kopi, dan tepung.

Wujudlah kemesraan diantara saya dengan masyarakat Orang Asal di sepuluh buah kampong yang didiami mereka.  Perjuangan PKR menuntut hak tanah untuk Orang Asal dijadikan usul utama di dalam kerja saya di perkampongan Orang Asal.

Soalan:  Apakah masalah utama yang Tuan dapat lihat di penempatan Orang Asal ini?
Orang Asal di perkampongan disini sudah kehilangan hak keatas tanah kerana kawasan tanah adat dan tanah rayau yang selama ini menjadi kebanggaan mereka dan tempat mereka mencari rezeki bukan sahaja sudah diceroboh dan mulai dimiliki oleh kaum lain.  Gazet Tanah Orang Asal pun sudah ditarik balik oleh Kerajaan dan digantikan dengan Rezab Perhilitan, menjadikan suatu kesalahan jenayah untuk Orang Asal di sini mencari rezeki di hutan sekeliling kawasan kampong mereka.  
 
Kejadian menangkap Orang Asal yang terlibat menebang kayu untuk mendirikan rumah mereka di sini menjadi pencetus kepada kemarahan mereka, dan mereka menjemput saya untuk memperjuangkan nasib mereka yang dihimpit oleh kekangan peraturan yang didatangkan oleh Kerajaan.

Soalan:  Bagaimana seterusnya perkembangan dan sambutan terhadap Keadilan di K.Krau selepas awal penubuhannya?
Dari satu kampong ke satu kampong yang lain, PKR Cabang Kuala Krau berjaya menapakkan kakinya. Kami telah menubuhkan Ranting yang kedua di Kg Pian, kemudian di Kg Pasu diikuti dengan Kg Penderas, Kg Terbol, merebak ke Kg Berdut, Kg Rekoh, Kg Mendoi, Kg Seboi dan Kg Paya Pelong. 
 
Hingga kini keanggotaan PKR Kuala Krau di kalangan Orang Asal sudah melebihi 600 anggota, dan pengaruh ini turut merebak ke Kg Paya Mengkuang di Cabang Temerloh dan Kg Sg Mai di Jerantut. Penduduk Kg Paya Mengkuang dan Kg Sg Mai adalah juga dari kaum Jahut, sama dengan penduduk perkampongan di Kuala Krau.

Soalan:  Bagaimana gerak kerja dilakukan?

Gerak kerja kami di perkampongan Orang Melayu dibantu oleh rakan-rakan dari Kuala Lipis dan Lanchang. Setiap minggu kami mengadakan edaran di kampong-kampong Orang Melayu dan di kawasan Rancangan Felda. Sebelum PRU-12, penduduk di Felda Jenderak Selatan telah menubuhkan Bilik Gerakan di kedai MARA, di sana ianya di ketuai oleh Sdr Nawi Ralit dan gerak kerja kami di Felda Jenderak Utara menumpang di Markas PAS.

Kerja rumah ke rumah dengan menyampaikan risalah menjadi kerja utama kami memandangkan bahawa tenaga kerja di kalangan Orang Melayu belum begitu meluas.  Akhirnya, kami berjaya menubuhkan Bilik Gerakan di persimpangan Kg Jenderak untuk masyarakat Kg Jenderak dan Kg Dato Shariff Ahmad dan kami berjaya menubuhkan sebuah Ranting merangkumi kedua-dua buah kampong itu.

Soalan:  Selain dari masyarakat Melayu dan Orang Asal, bagaimana pula Tuan boleh mendapatkan sokongan dari kalangan masyarakat India di sekitar K.Krau?

Masyarakat Orang India di Ladang Sg Tekal mulai menghubungi kami apabila Setiausaha Parti Gerakan di situ Sdr Balasubramaniam menghubungi kami untuk majlis penerangan. Pekerja-pekerja di estet itu menjadi golongan yang terbiar kerana mereka tidak mempunyai rumah atau tanah, dan walaupun mereka sudah ditemu-duga untuk mendapakan tanah Felcra (saham), tetapi yang dapat hanyalah pemimpin-pemimpin MIC Kuala Krau sahaja.

Mereka mendapat tawaran tanah tol dari Pejabat Tanah Temerloh tetapi tanah sekangkang kera itu diberikan syarat tidak boleh didirikan rumah sedangkan bayaran tol yang dikenakan amatlah tinggi di luar kemampuan mereka.

Akhirnya kami berjaya menubuhkan sebuah ranting di ladang Sg Tekal, dan semasa S. Manickavasagam hadir memberikan ceramah di luar kawasan ladang itu (ceramah tidak dibenarkan di dalam kawasan ladang) sejumlah besar daripada pekerja-pekerja estet itu turut hadir, dan merekalah yang menjadi anggota PKR di estet itu.

Soalan:  Bagaimana pula perkembangan Keadilan K.Krau selepas PRU ke-12?

Selepas PRU-12, sayap PKR di Kuala Krau berkembang lagi dengan berjaya menubuhkan ranting-ranting di Kg Paya Pelong, Kg Gong Halt dan pekan Kuala Krau.  Keanggotaan PKR Cabang Kuala Krau tidaklah begitu besar tetapi dapat mengatasi kebanyakan Cabang di Negeri Pahang.

Soalan:  Boleh Tuan ceritakan sedikit awal penglibatan Tuan dengan Peneroka Felda?

Saya sendiri telah terlibat dengan perjuangan membela nasib peneroka Felda sejak awalan 1980-an lagi. Ia bermula apabila saya kembali ke Temerloh dan melihat Surat Perjanjian di antara Peneroka Felda dengan Felda yang saya dapati amat berat sebelah.

Juga pada awalan tahun 80-an itu, pendapatan peneroka-peneroka Felda amatlah kecil. Mereka mengambil barang makanan mereka di kedai PNF dan pada hari balance (hari gaji) mereka mendapati pendapatan mereka hanyalah sekadar lingkungan RM10.00.

Soalan:  Apa masalahnya dengan Surat Perjanjian di antara para Peneroka dengan Felda yang Tuan dapat merasakan ianya berat sebelah?

Di dalam Surat Perjanjian, mereka tidak berhak untuk mendapatkan Hakmilik secara individu keatas tanah ladang mereka, tetapi setelah mereka berjaya menjelaskan titik pulang modal kepada Felda, Felda akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya Kerajaan Negeri mengeluarkan Suratan Hakmilik (geran tanah) kepada mereka didalam bentuk perkongsian seramai 20 orang di atas nama Koperasi. 
 
Saya mendapati syarat ini sangat menjijikkan dan menafikan hak Peneroka Felda memiliki tanah secara bersendirian, dan alangkah penatnya peneroka-peneroka Felda membanting tulang mengeluarkan keringat dan akhirnya tidak boleh memiliki tanah ladang yang mereka kerjakan itu menjadi harta peribadi mereka.

Soalan:  Apakah perkara lain yang dilihat tidak menyebelahi para Peneroka Felda?

Saya dapati bahawa pendapatan peneroka-peneroka Felda telah dipotong dengan berpuluh jenis potongan dari potongan baja, racun, pembangunan, jalan ladang, keceriaan kampong, khairat kematian, dan pelbagai item yang lain sehinggakan keseluruhan pembangunan di sesebuah rancangan Felda itu dikenakan kepada peneroka.

Peneroka Felda tidaklah seperti yang digambarkan bahawa mereka hanya "basuh kaki" sahaja untuk menjadi peneroka Felda. Sebenarnya, apa juga yang disediakan di rancangan itu adalah dikenakan sebagai hutang kepada peneroka dengan setiap daripada mereka dikenakan faedah. Ladang dan tanah kampong serta rumah yang disediakan dikenakan sebagai hutang dan dipotong daripada peneroka daripada pendapatan bulanan mereka.

Soalan:  Kita sering diwar-warkan di dalam media perdana bahawa para Peneroka Felda ini dianggap `anak emas' oleh Kerajaan dengan berbagai keistimewaan yang mereka perolehi.  Apakah Tuan bersetuju?

Saya dapati peneroka Felda sebagai penduduk yang tidak ada keistimewaan langsung, ladang, tanah kampong, rumah, baja, racun, jalan ladang, dan berpuluh jenis item lain dipotong daripada mereka termasuk yuran tahunan UMNO walaupun mereka tidak menjadi ahli berbeza dengan kedudukan orang kampong yang mendapat pelbagai subsidi dari kerajaan.

Soalan:  Apakah perjuangan Tuan terutamanya di dalam membela nasib para peneroka ini?

Saya perjuangkan hak peneroka-peneroka Felda, dan perjuangan itu membawa saya ke serata pelusuk Semenanjung dengan membawa mesej bahawa peneroka-peneroka perlu memiliki geran tanah secara persendirian, dan di waktu itu saya menuntut supaya peneroka-peneroka Felda diberikan pendapatan minima RM500.00 selain daripada barangan yang mereka boleh ambil dari PNF.

Saya juga perjuangkan supaya baja yang tidak ada kualiti yang diedarkan oleh Felda digantikan dengan baja yang berkualiti.  Isu perwarisan yang tidak mengikut hukum syarak dan terpisah dari peruntukan Kanun Tanah Negara juga menjadi bahan tuntutan saya supaya diperbetulkan.

Soalan:  Sewaktu Tuan di dalam PAS difahamkan Tuan juga aktif membela nasib para peneroka felda sehinggakan banyak cawangan-cawangan PAS tertubuh di dalam rancangan felda.  Adakah kerana itu Tuan dilantik menjadi Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal di dalam Keadilan sekarang?

Perjuangan bagi membela nasib peneroka-peneroka Felda ini saya teruskan di dalam Parti Keadilan Rakyat.  Sejak lebih 2 tahun lalu, Biro Politik PKR telah melantik saya sebagai Pengerusi Biro Felda dan Biro ini telah ditukarkan nama untuk merangkumi perjuangan untuk Orang Asal dengan nama baru Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, dan justeru kerana jawatan itu saya dipanggil untuk menduduki jawatan sebagai anggota Majlis Pimpinan Pusat.

Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal bergerak aktif di sesetengah negeri di mana pimpinan negeri itu melihat bahawa Biro ini mempunyai peranan penting bagi menggembeling tenaga peneroka dan generasi baru Felda.

Soalan:  Di seluruh negara, umumnya mengetahui bahawa aset atau `fixed deposit' undi buat Umno/Bn datangnya dari para peneroka felda.  Adakah Tuan berpendapat kita mampu memecahkan `fixed deposit' yang mereka pertahankan bertahun-tahun ini?

Lebih daripada 40 kawasan Parlimen di Negara ini melibatkan pengundi-pengundi dari rancangan-rancangan Felda dan hampir 20 lagi kerusi Parlimen yang memerlukan sokongan peneroka-peneroka Felda untuk menang.

Sehingga kini, Negeri Sembilan merupakan negeri yang paling lasak menggunakan tenaga Biro ini. Negeri Pahang dan Negeri Johor sudah mulai memberikan pandangan kepada Biro ini tetapi tidak semua cabang di Pahang dan Johor yang melihat peranan yang wajar dimainkan oleh Biro ini.

Soalan:  Setakat ini apakah kemajuan yang diperolehi oleh Biro ini?

Biro ini telah membuat lawatan-lawatan kerja ke Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.  Hasil daripada lawatan ini beberapa ranting PKR telah berjaya ditubuhkan di Negeri Sembilan, dan dengan kerjasama yang paling rapat daripada Jawatankuasa PKR Cabang Jempol, ranting-ranting PKR telah berjaya ditubuhkan di hampir kesemua rancangan Felda DUN Palong dengan kemasukan ahli-ahli UMNO yang paling ramai jika berbanding di rancangan-rancangan Felda di negeri-negeri lain.

Soalan:  Apakah isu lain yang mendapat perhatian dari golongan peneroka ini?

Disamping kerja-kerja parti, Biro ini juga memberikan tumpuan kepada kerja-kerja kemasyarakatan khususnya berhubung isu-isu yang melibatkan pendapatan peneroka-peneroka Felda yang dimanipulasikan oleh Felda terutamanya di bidang peratusan perahan KPG, harga kayu getah, wang dari dana tanam semula yang tidak dikembalikan oleh Felda, geran tanah yang tidak diproseskan oleh Felda walaupun sudah bertahun-tahun peneroka-peneroka sudah menjelaskan wang BK dan CAC. 
 
Soalan:  Apakah perjuangan PR yang dianggap memberi kesan kepada generasi ke dua dan ke tiga Felda? 

Isu yang paling menarik generasi ke-2 dan ke-3 Felda ialah tuntutan PR bagi memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah ladang itu kepada mereka bertentangan dengan dasar UMNO/BN yang mencagarkan Felda Plantation kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan di Bursa Saham. Di sini wujud perbezaan yang nyata bahawa PR berjuang untuk masyarakat Felda berbanding UMNO/BN yang berjuang untuk golongan korporat. 
 
Soalan:  Apa masalahnya sekiranya FGV di senaraikan di Bursa Saham?  Apakah kesannya nanti kepada para peneroka?
Kepentingan peneroka terhadap Felda Plantation akan menjadi pupus apabila saham Felda Global Ventures nanti akan terjual kepada korporat-korporat dalam dan luar negara.  Sikap UMNO/BN ini bukan sahaja bertentangan dengan prinsip PR tetapi juga dengan kumpulan Ketua-Ketua Peneroka dan GPW di peringkat nasional.  Secara diam-diamnya pegawai-pegawai dan kakitangan Felda juga turut menentang tindakan UMNO/BN mahu menyenaraikan harta Felda ini ke Bursa Saham, dan sudah ramai dari kalangan pegawai-pegawai menjualkan saham mereka didalam KPF untuk melabur didalam saham-saham yang mereka nampak boleh memberikan menfaat kepada mereka.

[Wawancara Siri Dua bersama Tuan Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal/Naib Pengerusi MPN/Ketua Cabang K.Krau akan disiarkan selepas ini.  Masih banyak isu-isu panas yang boleh diikuti di dalam wawancara seterusnya.  Di antara lain, beliau akan mengulas tentang harapan Keadilan di Negeri Pahang ini khususnya di dalam PRU akan datang di samping penjelasan beliau tentang beberapa `gossip' nakal yang bermain di kalangan pemerhati politik di negeri ini]

KEMATIAN ADUN TENDONG - TAKZIAH DARI KEADILAN PAHANG





 
AL FATEHAH. Seluruh kepimpinan Keadilan Pahang mengucapkan Takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham YB Dr Muhammad bin Daud, ADUN Tendong, Pasir Mas yang baru meninggal dunia semalam. Diberitakan beliau meninggal dunia di rumahnya akibat sakit jantung.

Keadilan Pahang mendoakan agar roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh dan berjuang demi agama Islam. Mudah-mudahan keluarga dan waris Allahyarham dikurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi menghadapi ujian Allah ini.

HASAN ALI AKHIR NYA AKUR KEPADA KONSEP NEGARA KEBAJIKAN


KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.

Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

“Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” katanya.

Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.

Saturday, December 24, 2011

MAHASISWA BERANI SAMAN NAIB KETUA PEMUDA UMNO, HEBAT !!


    
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican dituntut memohon maaf kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam tempoh 24 jam melalui akhbar Utusan Malaysia, ekoran kenyataan fitnahnya terhadap mahasiswa.

Sekiranya Reezal tidak memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, SMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap beliau melalui saluran perundangan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abd Razab berkata, tuntutan tersebut dibuat berikutan kenyataan fitnah Reezal yang mengatakan mahasiswa telah memijak bendera Perdana Menteri seperti yang disiarkan Utusan Malaysia pada 21 Disember lalu.

Menurutnya, kenyataan Reezal itu dilihat berniat jahat dengan cuba memburukkan SMM dan memberi persepsi negatif terhadap isu yang dibawa oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).

Katanya, realiti sebenarnya, bendera Perdana Menteri hanya diturunkan dalam tempoh masa kurang lima minit dan kemudian dinaikkan semula dalam keadaan baik.

"SMM juga melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin kerajaan dan pemimpin Umno terlalu dangkal kerana hanya bersifat sentimen sokongan terhadap Perdana Menteri.

"Kenyataan mereka itu tanpa mengulas langsung mengenai kebebasan akademik yang diutarakan oleh mahasiswa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Sementara itu, tegasnya, SMM mengecam sekeras-kerasnya pihak yang mengancam dan mengugut Adam Adli berikutan protes yang dilancarkan terhadap Perdana Menteri.

SMM melihat perbuatan tersebut sebagai tindakan tidak bertamadun dan menyalahi prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Katanya, SMM menghormati hak setiap pihak untuk mengkritik dan bersuara namun perbuatan mengugut sehingga ancaman bunuh bukanlah perkara yang wajar dan hanya mengeruhkan keadaan.

"SMM khususnya Adam Adli tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak memohon maaf kepada Perdana Menteri walaupun terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab terus memberi ugutan dan ancaman.

"Hal ini kerana tindakan menurunkan bendera PM pada 17 Disember lalu dilakukan dengan penuh sedar dan didasari dengan mesej yang jelas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.

SMM, tambahnya, menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap pihak yang mengugut Adam dengan ancaman bunuh bagi memelihara suasana demokrasi negara agar sentiasa dipagari kedaulatan undang-undang.

Sidang media itu diadakan selepas beliau menemani Adam memberikan keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selama sejam.

Turut menemani Adam, peguam Fadiah Nadwa dan pemimpin Bebas./Harakahdaily

Kutuk AIR KELANTAN, di PEKAN lebih meruncing



Pemimpin BN mengutuk Kelantan, kononnya gagal menyediakan air bersih dan macam-macam lagi. Tohmahan demi tohmahan dihunjam kepada Kelantan khususnya Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Namun ianya tidaklah seteruk apa yang berlaku di Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terletak di Parlimen Perdana Menteri, Pekan.

Sudah 2 minggu pelajar menghadapi masalah dan ianya berlarutan tanpa penyelesaian. Malu sungguh perkara seumpama ini berlaku di Pekan. Kalau ianya berlaku di Bachok, Yan, Gelugor atau Ijok sudah tentu TV pencacai dan surat khabar pengampu akan menggunakan kesempatan itu sepenuhnya menghentam negeri-negeri PR.

Tetapi bila perkara sebegini berlaku di Pekan, sudah mereka menikus takut untuk melaporkannya ...inilah nasib rakyat Malaysia yang berada di dalam sebuah negara yang penuh dengan ugutan dan penipuan.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UMP, Fazli Abdul Halim menulis dipetik dari Harakahdaily, bahawa krisis gangguan air yang semakin meruncing di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan sudah berlarutan masuk minggu kedua tidak menampakkan sebarang tanda-tanda yang krisis ini akan berakhir. Krisis ganguan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan air yang rendah akibat daripada UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar. Situasi ini cukup menyeksa dan menyukarkan urusan harian mahasiswa yang dalam masa yang sama ditambah dengan tekanan peperiksaan akhir semesta yang bakal berkunjung tiba. Krisis ini juga turut menjejaskan pihak pengusaha kafeteria yang secara langsung mengganggu pengoperasian dan urusniaga mereka dan menambah kesengsaraan mahasiswa dalam mendapatkan makanan.

Krisis air bukan isu baru

Permasalahan ganguan air yang dialami oleh mahasiswa UMP bukanlah satu perkara yang baru. Perkara yang sama turut berlaku dua tiga tahun yang lepas oleh mahasiswa UMP yang berada di Kampus Gambang. Krisis air ini bukanlah satu perkara yang asing oleh masyarakat Pekan dan Pahang khususnya.Tindakan segera amat diperlukan terutamanya peranan yang dimainkan oleh Jabatan Bekalan Air Pahang sebagai salah satu agensi kerajaan negeri agar mengambil perhatian serius terhadap permasalahan yang dialami oleh kami selaku mahasiswa agar memudahkan urusan pembelajaran kami di medan universiti ini.

Mohon perhatian Perdana Menteri

Mahasiswa UMP Pekan memohon agar kebajikan kami yang merupakan sebahagian daripada komuniti di sini agar diberi perhatian dan tumpuan yang sewajarnya oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri yang berazam untuk terus membangunkan Pekan, kawasan parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan sepertimana yang beliau ucapkan semasa Himpunan Anak-anak Pekan Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 Disember yang lepas./Sumber di sini

'BACK TO SCHOOL' PARLIMEN KUANTAN

Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman,  MP Kuantan YB Fuziah Salleh dan Wakil PAS Kuantan, Us Syed Anis
Sumbangan dari YB Fuziah Salleh
 
Di antara yang hadir pada program `Back To School'

Keadilan Cabang Kuantan telah mengadakan Program `Back To School' bagi semua penduduk sekitar Parlimen Kuantan pada 17 Dis 2011 yang lalu bertempat di Kedai Ikan Bakar, Tanjung Lumpur, Kuantan. 

Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Kuantan ini turut dihadiri oleh Pengerusi MPN Pahang, Dato' Hj Fauzi Abd Rahman serta wakil PAS Kuantan, Ustaz Syed Anis.  Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang akan memulakan alam persekolah tahun hadapan.