KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, September 28, 2013

MALAM INI (28/9/13-SABTU) - CERAMAH ISU TPPA DAN ISU-ISU PANAS OLEH CHEGU BARD DI BALOK



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil pendirian tegas bahawa pentingnya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa Perjanjian TPPA yang bakal dipersetujui Kerajaan ini boleh mengheret negara ke kancah penjajahan moden dalam bentuk ekonomi.

SAMM tidak sesekali membenarkan kedaulatan tanahair diperjudikan menyedari TPPA adalah perangkap sebagaimana ia dirahsiakan dari pengetahuan umum. Bukan sekadar orang biasa malah menteri dan ahli parlimen juga ramai yang tidak mengetahui apa itu TPPA. Di samping itu, SAMM juga menentang kehadiran Presiden Barrack Obama yang memang diketahui sebagai mengamalkan dasar ketenteraan bersikap 'samseng antarabangsa', kejam dan berpaksi kepada zionis, Obama tidak harus masuk ke Malaysia.

Bantahan terhadap kehadiran Obama tetap diteruskan di KLCC pada 11 Oktober 2013. Malam sebelumnya, Kemuncak Jelajah #BantahOBAMA #TolakTPPA juga akan berlangsung di KSS Kg Baru, memberi ruang kepada dua tokoh ternama Tun Mahathir dan DS Anwar untuk berada sepentas bersama menentang Perjanjian TPPA. Petisyen jemputan telah diserahkan kepada kedua-dua belah pihak melalui serahan tangan dan fax.

Di atas dua aspek penting ini lah, maka SAMM Pahang menyahut seruan SAMM Kebangsaan untuk mengadakan Ceramah Penerangan berkaitan kedua-dua isu tersebut. Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir malam ini di Markas PAS Putra Balok, Kuantan bagi mendapatkan maklumat berkaitan isu ini daripada para penceramah hebat yang diundang.

Mustapha juga meminta supaya kehadiran Presiden Barrack Obama tidak disambut dengan protes besar-besaran sepertimana yang sedang disusun melibatkan pelbagai pihak.

SAMM ingin menegaskan bahawa pentingnya jelajah ini diteruskan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa Perjanjian TPPA ini bakal mengheret negara ke kancah penjajahan moden dalam bentuk ekonomi. Penjajah era baru tidak lagi membawa kereta kebal dan senjata perang, tetapi hanya dengan pena bersama kertas perjanjian. 

Kerajaan juga tidak memberi gambaran sebenar potensi TPPA yang mampu menggadai negara. Adalah dengan itu jelajah ini menjadi medan umum bagi menyampaikan maklumat yang terbocor dari 'perjanjian rahsia' TPPA.

SAMM tidak sesekali membenarkan kedaulatan tanahair diperjudikan menyedari TPPA adalah perangkap sebagaimana ia dirahsiakan dari pengetahuan umum. Bukan sekadar orang biasa malah menteri dan ahli parlimen juga ramai yang tidak mengetahui apa itu TPPA.

Perjanjian TPPA boleh ditandatangan di mana jua dan bila-bila masa selagi rundingan dari wakil MITI masih berjalan. Majlis metrai tandatangan yang sepatutnya berlaku pada Oktober lalu hanyalah ditangguhkan. Tidak semestinya ia berlaku ketika Presiden Barrack Obama hadir ke Malaysia, ia juga boleh dimetrai di luar negara.

Namun dalam masa sama SAMM tetap bertegas kehadiran Obama ke Malaysia harus ditentang. Presiden Barrack Obama memimpin negara yang mengamalkan dasar ketenteraan bersikap 'samseng antarabangsa', kejam dan berpaksi kepada zionis, Obama tidak harus masuk ke Malaysia.

Bantahan terhadap kehadiran Obama tetap diteruskan di KLCC pada 11 Oktober 2013. Malam sebelumnya, Kemuncak Jelajah #BantahOBAMA #TolakTPPA juga akan berlangsung di KSS Kg Baru, memberi ruang kepada dua tokoh ternama Tun Mahathir dan DS Anwar untuk berada sepentas bersama menentang Perjanjian TPPA. Petisyen jemputan telah diserahkan kepada kedua-dua belah pihak melalui serahan tangan dan fax.

Jelajah #BantahOBAMA #TolakTPPA kini memasuki siri ke 5 berlangsung di Taman Meru, Ipoh malam ini. Orang ramai dijemput hadir ke semua lokasi jelajah yang berbaki 9 daripada 14 lokasi di seluruh negara.
- See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/2013/09/jelajah-bantahobama-tolaktppa.html#sthash.AmNjZqAy.dpuf

Thursday, September 26, 2013

KEPULANGAN ALMARHUM US AZIZAN KE RAHMATULLAH - TAKZIAH DARI PKR PAHANG


 
 
Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Negeri Pahang serta mewakili seluruh ahli KEADILAN negeri ini mengucapkan Takziah kepada keluarga Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, mantan Menteri Besar Kedah yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 11.10 pagi tadi.

Pengerusi MPN, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman yang juga MP Indera Mahkota berkata, pemergian Almarhum Ustaz Azizan merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada parti PAS tetapi juga dapat dirasai oleh seluruh ahli dan penyokong di dalam PR kerana beliau dikenali sebagai seorang yang komited dengan perjuangan PR sehingga nafas yang terakhir.

Kesihatan beliau mulai merosot dalam kempen menghadapi PRU13 dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani pembedahan dan kaki beliau terpaksa dipotong.  Namun, kesihatan beliau mulai pulih sehingga beliau dibawa pulang ke Kedah, namun dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Alor Setar. 
 
Semoga Roh Almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang Soleh dan mendapat kerahmatan Allah.  AL FATIHAH.

Menteri dedah kos sambutan raya rumah PM RM2.9 juta

KUALA LUMPUR 24 SEPTEMBER: Sebanyak RM2.88 juta kos yang dibelanjakan bagi menjamu 80,000 tetamu yang melawat kediaman Perdana Menteri semasa sambutan rumah terbuka Aidilfitri lalu, dedah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

 
 
Perbelanjaan itu didedahkan dalam sidang Parlimen hari ini.

Dalam jawapan bertulis, Shahidan juga mendedahkan, katerer Kuzie Catering telah menyediakan makanan untuk tetamu dengan kos RM36 seorang.

Ahli Parlimen Seremban, Anthoney Loke yang bertanya soalan itu kemudian berkata, beliau tidak dapat memberikan komen yang adil kerana tidak tahu sama ada jumlah itu berbaloi atau tidak.

“Bagaimanapun, saya mahu umumkan angka yang saya peroleh ini, jadi rakyat, terutama yang berkunjung ke rumah Perdana Menteri dan isterinya, sebelum makan, mereka tahu sama ada RM36 itu berbaloi atau tidak,” katanya, dipetik Malaysiakini.

Monday, September 23, 2013

WAKIL PEMBANGKANG/NGO DI DALAM PERTEMUAN BERSAMA SPRM PAHANG

 
Oleh:  YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (MP Indera Mahkota)
 
Pada petang tadi (Ahad-22 September 2013) jam lebih kurang 3.00 petang hingga jam 6.00 petang, saya bersama YB Fuziah Salleh, MP Kuantan dirai oleh Dato' Hisham Nordin, Pengarah NKRA Memerangi Rasuah dan Pengarah serta Tim Pengarah SPRM Pahang di pejabat baru mereka di Indera Mahkota, Kuantan.

Wakil-wakil dari NGO dan parti politik turut serta dalam satu taklimat. Perbincangan berjalan dengan sangat positif dan kesemuanya menyokong SPRM dalam mencegah rasuah dan sekaligus menyelamatkan negara ini dari bangkrap akibat perbuatan pihak-pihak yang tidak bertanggung jawap khususnya yang memiliki kuasa.
Kami bersama bersetuju bahawa pertemuan seperti ini akan kerap dilakukan demi kebaikan rakyat dan negara.

Tetamu juga telah dijemput bersama dalam upacara perasmian Pejabat baru SPRM ini namun saya beserta YB Fuziah akan bergegas ke KL untuk sidang Parlimen esok.  Semoga SPRM berjaya, dan setiap kita wajib memainkan peranan proaktif dalam membenteras rasuah!!

Waspada; "Evil will triumph if good citizens do nothing!".  Rasuah akan membawa negara ke arah kebangkrapan yang akhirnya semua akan rugi kecuali perasuah yang telah terlepas bersama harta rasuah mereka ke negara luar, dan rakyat akan merana selama-lamanya.

Bangkitlah wahai Raayat,
Perasuah adalah pengkhianat,
Jika mereka dibiar berleluasa,
Anak cucu kita kan sengsara......

Friday, September 20, 2013

BUKAN DIALOG UMNO - PKR, TETAPI BN DAN PAKATAN

Pakatan ulangi sedia dialog dengan BN isu rakyat

KUALA LUMPUR 19 SEPTEMBER: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengulangi kesediaan untuk berdialog dengan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan isu rakyat yang kian runcing.

Perkara itu diputuskan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam persidangan majlis itu semalam.

“Kami sekali lagi menyatakan kesediaan untuk mengadakan dialog dengan Barisan Nasional, bertujuan menyelesaikan masalah-masalah negara yang kian runcing seperti bebanan hutang kerajaan yang menggunung, harga barang meningkat mendadak, jenayah dan rasisme menular yang menggugat hubungan baik di kalangan masyarakat,” kata mereka dalam kenyataan hari ini.

Anwar semasa mengemukakan kesediaan Pakatan pada 30 Ogos lalu berkata, dialog itu merupakan usaha terbaru membantu rakyat yang memberikan undi majoriti kepada Pakatan Rakyat yang mahukan perubahan.

Beliau turut menggariskan beberapa perkara yang menjadi asas perbincangan.

Antaranya soal kaum dan agama yang dimanipulasi, ekonomi yang kian merudum, peningkatan kadar jenayah dan tata kelola kerajaan yang baik./KD

Monday, September 16, 2013

Perutusan Hari Malaysia - Presiden PKR

15 SEPTEMBER 2013

Perutusan Hari Malaysia

16 September adalah catatan sejarah untuk Malaysia iaitu tarikh keramat untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di mana 14 negeri ditadbir dibawah satu kerajaan persekutuan yang berpegang kepada prinsip dan system demokrasi berparlimen. 
 
 
Setelah 50 tahun , sudah pasti kita semua punyai impian untuk melihat negara yang kita cintai ini diterajui oleh kepimpinan yang benar-benar memartabatkan kehidupan dan hak rakyat.

KEADILAN mengimpikan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang membuka ruang kepada setiap individu warganya menikmati pendidikan percuma, kesihatan, keselamatan dan pengurusan yang ikhlas dan membela rakyat.

Sejajar dengan apa yang telah dideklarasikan di Permatang Pauh pada 12 September 1998 bahawa “Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang”.

Selamat Hari Malaysia.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Sunday, September 15, 2013

MESYUARAT MPN PAHANG - MENYUNTIK SEMANGAT BARU

Petang semalam, Sabtu (14 Sept 2013) Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Bulanan bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Indera Mahkota, Kuantan.  Mesyuarat tersebut telah diPengerusikan oleh YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Kesemua Ahli MPN telah menghadiri mesyuarat tersebut melainkan beberapa pimpinan yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Di dalam mesyuarat tersebut, Pengerusi telah fokus kepada beberapa perkara penting yang perlu diambil tindakan oleh kesemua pimpinan dan setiap Cabang.  Di antaranya adalah;

YB Dato' Fauzi sedang mempengerusikan Mesyuarat MPN


1.     Memperkuatkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihanraya pada bila-bila masa.

2.     Menggariskan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian di dalam aspek pembahagian Kerusi samada Kerusi Parlimen/Dun bagi memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti di dalam PRU 13 yang lalu.

3.     Memperkasakan semula AMK dan Wanita.

4.     Merancang program di setiap Cabang terutamanya bagi menarik sokongan dan menambah keahlian di kalangan anak muda.

5.   Memperkemaskan semula semua Cabang sebagai persediaan menghadapi MATC yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.

6.      Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung membantu parti di dalam PRU 13 yang lalu dan juga yang telah menyumbang kepada kejayaan Himpunan Black Out 505 peringkat Negeri Pahang.

7.     Mesyuarat juga berbincang tentang isu-isu semasa.

Majlis Pimpinan Negeri Pahang juga mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang juga Ketua Cabang K.Krau, Tuan Hj Suhaimi Said yang kini masih mendapat rawatan di HUKM, Ceras.  Doa juga turut dipohon buat Sdr Rabidin Kasmawi, Ketua Cabang Rompin yang kini menghidapi penyakit Batu Karang.
 

Saturday, September 14, 2013

TAKZIAH BUAT DR SYED HUSIN ALI DAN KELUARGA - PKR PAHANG

KEADILAN Negeri Pahang merakamkan ucapan Takziah buat mantan Timbalan Presiden Parti, YB Senator Dr Syed Husin Ali dan keluarga di atas pemergian isteri beliau yang tersayang, Puan Sabariah Abdullah yang telah meninggal dunia jam 7.40 malam tadi. Semoga Dr Syed Husin dan keluarga sentiasa tabah, sabar dan redha. 
 
 

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Wednesday, September 11, 2013

JAWAB DENGAN HUJAH, BUKAN ANGKUH - BIDAS ANWAR

Anwar Ibrahim bidas Idris Jusoh isu hantar anak ke luar negara

KUALA LUMPUR 10 SEPTEMBER: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh supaya ibu bapa yang tidak bersetuju terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), perlu menghantar anak mereka ke luar negara.

Katanya, Idris perlu menjawab isu berkenaan dengan hujah dan fakta bukan memberi kupasan angkuh berhubung perkara itu.

 
 
“Jawab dengan hujah bukan angkuh,” tulis Anwar sebagai maklum balas terhadap rakan twitternya yang berkongsi laporan kenyataan Idris itu.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut dilapor berkata, kerajaan tidak akan menghalang mana-mana pihak mengambil keputusan menghantar anak mereka ke luar negara kerana tidak meyakini sistem pendidikan di Malaysia.

Tekan beliau, tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk menghentikan rancangan kerajaan meneruskan pelaksanaan PPPM kerana ia telah dirasmikan.

“Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang,” katanya kepada pemberita hari ini.  Pelan berkenaan menerima reaksi negatif daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zhong dan juga Pakatan Rakyat.

Dong Zong yang dianggotai 77 persatuan Cina sebelum ini dilapor berkata, tidak menolak kemungkinan untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah memandangkan pelan berkenaan dakwa mereka mengancam bahasa ibunda mereka.

Pakatan pula melihat terdapat enam aspek PPPM yang dilancarkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu bukan platform menyeluruh.

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Rakyat berkata, ketiadaan maklum balas daripada Kementerian Pendidikan terhadap pendedahan spesifik sistem pendidikan gagal memberi keyakinan bahawa PPPM akan dilaksanakan dengan berkesan dan cekap.

Keadilandaily

Tuesday, September 10, 2013

Isu Lynas: Perjuangan yang belum selesai


 

Menyelusuri ruang pejalan kaki di Teluk Cempedak, Kuantan pada cuti Syawal lalu benar-benar mendamaikan. Ditemani bunyi desiran ombak, diiringi suara kanak-kanak berkejaran, cukup menghiburkan hati.

Pusat peranginan terkenal itu tetap dikunjungi pelbagai lapisan pengunjung yang mengambil peluang bermandi-manda, selain sekadar mengambil angin petang biarpun ketika itu hari keempat di bulan Syawal.

Di tengah-tengah keriuhan pengunjung yang tidak putus-putus beriadah bersama keluarga, mata penulis terpandang seorang lelaki warga emas yang menggamit penulis agar mendekatinya.

Melihat sahaja logo pada baju yang dipakainya, serta sekeping fail dan flyers di tangannya, penulis terus maklum tujuan lelaki berbangsa Cina itu menggamit.

Tanpa bertanya, penulis terus mengambil fail dari tangan lelaki berusia lingkungan 60-an itu, lantas menurunkan tandatangan ke atas ruang yang ada di fail tersebut.

Rupanya, dalam kesibukan umat Islam menyambut Syawal dan orang ramai bersantai di tepian pantai, lelaki itu mengambil peluang untuk mendapatkan tandatangan pengunjung bagi membantah operasi kilang Lynas yang mula beroperasi di Gebeng, Kuantan.

Penulis ingin melihat sudah berapa ramai yang menandatangani bantahan tersebut, namun terhalang ekoran anak kecil penulis yang berusia dua tahun sibuk menarik tangan penulis untuk meneruskan perjalanan santai petang itu.

Apa yang sempat penulis lihat pada lembaran tersebut, nama penulis berada di nombor lima dan empat nama di atas, telah ditandatangani oleh rakyat Malaysia berbangsa Cina.

Mungkin pada lembaran sebelumnya, sudah ramai yang bertindak menurunkan tandatangan sebagai tanda bantahan terhadap projek kontroversi itu.

Hakikatnya, sudah sekian lama penulis tidak mendengar perkembangan berkaitan badan anti-Lynas, iaitu Himpunan Hijau tentang kempen mereka.

Kesibukan menghadapi pilihan raya umum ke-13 lalu, turut menyebabkan penulis tidak mendapatkan perkembangan terbaru berkaitan kempen kumpulan ini.

Begitu juga apabila pengerusinya, Wong Tack diumumkan sebagai calon DAP di Parlimen Bentong, penulis cuba menghubunginya, namun gagal.

Seketika, isu Lynas tidak mendapat perhatian penulis sepanjang kempen pilihan raya lalu. Sehinggalah selepas pilihan raya, isu berkaitan Lynas sesekali terlintas di fikiran penulis.

Lalu, pertemuan penulis dengan aktivis anti-Lynas di Teluk Chempedak itu mengingatkan kembali tentang perjuangan Lynas yang belum selesai.

Penulis cuba mendekati aktivis itu kembali untuk berbual-bual dengannya, namun ketika itu beliau sedang melayani panggilan telefon untuk beberapa ketika.

Hasrat penulis tidak kesampaian apabila anak kecil penulis terus-terusan berusaha menarik tangan penulis untuk meneruskan perjalanan pada petang itu, sambil tercari-cari kelibat ayah dan abang-abangnya.

Penulis terpaksa meninggalkan Teluk Chempedak tanpa sempat berbual dengan aktivis Himpunan Hijau memandangkan hari sudah mula gelap, ditambah dengan cuaca yang agak mendung.

Sekembalinya penulis dari cuti Syawal, penulis mendapatkan maklumat berkaitan kempen mereka, khususnya tentang kempen mengumpul tanda tangan.

Kumpulan anti-Lynas sedang giat menjayakan kempen mereka di seluruh negara untuk mendapatkan sejuta tanda tangan dengan menempatkan beberapa aktivis mereka di kawasan-kawasan sasaran seperti pasar, padang permainan, malah di tempat awam.

Di Dataran Merdeka, kumpulan mereka yang diketuai sendiri Wong Tack sudah berkampung sejak 19 hari lalu. Biarpun pada peringkat awalnya kehadiran mereka diganggu beberapa anggota penguatkuasa DBKL, ia tidak mematahkan semangat mereka.

Malah, bandaraya Kuala Lumpur yang kebelakangan ini sentiasa dibasahi dengan hujan, turut tidak menjadi alasan untuk mereka meninggalkan kawasan tersebut.

Ketika penulis menghubungi Wong Tack, baru-baru ini, beliau yang pernah berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur, ketika kempen kumpulan itu Julai tahun lalu, tetap ceria dan bertenaga.

Ceritanya, hujan lebat dan angin kuat yang melanda Kuala Lumpur merupakan perkara kecil baginya untuk meninggalkan lapangan tersebut, malah turut teruja bercerita sikap beberapa penguatkuasa DBKL yang turut menurunkan tanda tangan mereka.

"Mula-mula dulu, memang mereka minta kami beredar. Tapi, lama kelamaan mereka sudah tidak kisah kerana kami tidak mengganggu sesiapapun. Malah, mereka juga turut 'sign'," cerita beliau sambil ketawa kecil.

Ketika penulis berbual dengannya, beliau berkata aktivis Himpunan Hijau telah berjaya mengumpulkan lebih 600 ribu tanda tangan yang menyokong perjuangan mereka menentang operasi kilang memproses nadir bumi itu.

Menjelang hari Malaysia, 16 Sept ini, Wong Tack berkata kumpulannya akan menyerahkan tanda tangan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan sokongan dan meminta campur tangan Agong.

"Pada tarikh itu, kami mengajak rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini untuk turut bersama-sama kami ke Istana Negara. Kami anggap ia satu majlis keramaian untuk menyatakan bantahan terhadap kilang Lynas ini. Mereka yang turut tanda tangan kempen ini juga dijemput bersama," kata beliau sambil mengingatkan penulis agar turut serta turun ke Dataran Merdeka untuk menandatangani kempen sejuta tanda tangan itu.

Apabila penulis mengatakan penulis sudah berbuat demikian di Teluk Chempedak, Wong Tack berulang-kali mengucapkan terima kasih dengan nada penuh ceria dan bertenaga.

Sememangnya, isu Lynas dan isu-isu alam sekitar begitu dekat di hati penulis, memandangkan isu alam sekitar selalunya berkait-rapat dengan soal kesihatan dan kemusnahan alam.

Kilang bernilai RM700 juta yang dibina di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang didakwa boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Kontroversi tersebut berterusan apabila kerajaan meneruskan dan membenarkan operasi kilang tersebut, biarpun beberapa siri demonstrasi diadakan bagi membantah kilang Lynas tersebut.-HD

Friday, September 6, 2013

NAJIB DIHENTAM TERUK DI DALAM FACEBOOK

Rakyat hentam Najib di laman Facebook, gesa letak jawatan

KUALA LUMPUR 5 SEPT: Langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus mendapat kecaman dari rakyat Malaysia yang berang dengan keputusan tersebut.

Terbaru, di laman Facebooknya, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal di atas kenaikan harga bahan bakar tersebut yang dilihat menjerut leher mereka.

 
 
Malah ramai antara mereka meminta perdana menteri itu meletak jawatan kerana gagal menguruskan ekonomi ketika negara kini menanggung hutang lebih RM 622 bilion.

Tidak kurang yang mencadangkan agar gaji dan elaun beliau dan barisan kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor

Pengendali laman tersebut pada awalnya meminta rakyat Malaysia menyampaikan idea bagi pembentangan Belanjawan 2012 dengan menghantar idea berkenaan di laman 1Malaysia.com.

Bagaimanapun, kiriman status itu menerima kritikan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan diambil kerajaan, Isnin lalu.

Ada antaranya juga menyesal kerana memilih BN pada Pilihan Raya Umum akan datang, selain tidak kurang juga yang menyindir pengundi BN kerana memilih parti itu, pada PRU lalu.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 1200 menulis komen di ruangan tersebut dengan 99 peratus mengecam keputusan kerajaan.

Berikut sebahagian daripada komen pengguna FB berkenaan yang sempat dipetik:

Azahar Md Said: Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je bukan nye rakyat… Puih!!!

Mohd Talha: Bayar hutang negara la Najib, malukan Malaysia je”

Jibam Jb: Kurangkan gaji dan elaun perdana menteri serta menteri2 kabinet malaysia…minyak isi pakaiduit poket sendiri…..ini minyak free jer rakyat plak yg kena tanggung kos korang

Mohd Ridhuan: Najib penipu! perompak! mu ingat semo rakyat mcm mu ko ??? mu ingat rakyat semua kaya mcm kroni2 mu ko??? mcm ni ko jnji ditepati dan rakyat didahulukan??? mu meme gilo Najib

Carrot Susu: Kurangkan perbelanjaan Rosmah Mansor

Muhammad Ezwan Hj Masuri: Turunkan harga minyak dan semua brg akan turun… Naik 20sen trun 15sen sama je tetap naik… Malaysia ade minyak sendiri… Knp harga minyak masih mahal?

Zaini Jai: Jgn la bebankn rakyat….kami dr BN akn sokong PR

Mohd Faizal Zali: Naikkan gaji pekerja swasta minima 1200 bkn 900 , kata nk jd negara berpendapatan tggi! Hrga myk naik brg nik sume naik , gaji kecik!!

Koo Cai: Mohon letak jawatan segera…

Juliana Adila: Mls nk layan bg cdgan pun bkn nk dgr… p duk naik lg hrga….. rasa tertipu sbg rakyat… sedihhhh sedih… semga ALLAH membalasnya. ..

Cik Ida Damia Isabella: Agak terkilan dengan keadaan skrg..rmai lagi yang susah..negara je maju..rakyat sengsara..harap dapat menyelami kehidupan kami rakyat biasa..

Puteri Joy Lim: Sila naikkan lagi harga minyak, harga barang runcit dan apa lagi mahu naik, naik la. 5 yrs later u tarak chance lagi dah. Sekian terima kasih.

Tuesday, September 3, 2013

BUNG MOKHTAR MENGHINA ORANG-ORANG KAMPONG?

Apabila Najib mengumumkan kenaikan harga petrol Ron 95 dan Diesel sebanyak 20 sen se Liter semalam yang berkuatkuasa tengah malam tadi, jelas membuktikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa rakyat pasti akan menerima akibatnya jika mereka terus berada di bawah Kerajaan Umno/Bn.

Paling mendukacitakan, kenaikan harga Petrol yang menjadi kegunaan rakyat bawahan sekaligus akan menjadikan harga barang bertambah naik, kenyataan MP Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin jelas memperlekehkan rakyat biasa di kampong-kampong.  Itulah jenis pemimpin yang diangkat oleh rakyat bawahan di ceruk-ceruk kampong pendalaman yang akhirnya langsung tidak mengenang budi.

MP Kinabatangan - Bung Mokhtar

"Minyak petrol naik (harga), pastinya tidak memudaratkan rakyat kerana yang ada kereta besar adalah orang-orang besar dan berkemampuan, (sedangkan) orang kampung ada tidak berkereta," kata anggota Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin" (Malaysiakini).  Kenyataan beliau ini menggambarkan beliau langsung tidak peka terhadap nasib rakyat bawahan terutamanya di pendalaman yang banyak mengundi Bn di dalam PRU 13 yang lalu.  Akibat kekurangan maklumat dan takut kepada ugutan, rakyat di pendalaman tetap setia mengundi Bn.  Tetapi inilah balasan yang mereka terima daripada pemimpin Bn ini.
 
Adakah Bung Mokhtar merasakan orang-orang kampong di Semenanjung sama dhaifnya seperti di tempat beliau wakili sekarang.  Mungkin di Sabah dan Sarawak tidak dinafikan kebanyakan kawasan kampong dan pendalaman memang dhaif tanpa bekalan api dan air.  Mereka juga tidak memerlukan kereta kerana jalan ke kampong mereka pun amat teruk bahkan ada yang masih menaiki bot, sampan atau feri lagi untuk ke seberang.  Tetapi berbeza di Semenanjung, di merata-rata kampong termasuk di kawasan Felda, kereta sudah menjadi salah satu pengangkutan atau kemudahan bagi rakyat.  Hampir sertiap rumah pasti memiliki kereta atau paling kurangnya motorsikal yang juga menggunakan petrol.
 
Kereta sudah menjadi satu keperluan di zaman sekarang bukan hanya untuk orang-orang kaya seperti 'beristeri dua'.  Jika Bung Mokhtar mampu beristeri lebih dari satu kerana beliau bukan rakyat biasa, tetapi bagi orang kampong kereta adalah keperluan utama mereka berbanding beristeri lebih.

Amat malang sekali rakyat kini ternyata tertipu dengan janji-janji manis Umno/Bn setelah mereka berkuasa.  Pakatan Rakyat tidak akan membiarkan Umno/Bn terus melakukan sesuka hatinya walaupun telah berjaya membentuk "Kerajaan 47%" yang dibantu oleh SPR itu.
 

Sunday, September 1, 2013

SEKITAR RUMAH TERBUKA MP INDERA MAHKOTA DAN SESI DIALOG BERSAMA ANWAR IBRAHIM

Pada 31 Ogos 2013 (Sabtu), jam 4.00 petang bertempat di kediaman Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman telah diadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri serta Ambang Merdeka yang telah dihadiri oleh Ketua Umum, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Majlis tersebut telah dihadiri lebih dari 1,000 tetamu dari berbagai kaum terutamanya yang tinggal di sekitar kawasan Kuantan dan Indera Mahkota.  Meskipun Majlis bermula jam 4.00 petang, namun terdapat tetamu yang datang lebih awal sehingga jam 06.00 petang.  Lebih kurang jam 04.15 petang, Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba disambut oleh tuan rumah YB Dato' Fauzi Abdul Rahman serta pimpinan negeri.  Turut hadir adalah Adun Semambu, YB Lee Chean Chung, MP Kuantan YB Fuziah Salleh, Adun Beserah YB Andansura Rabu, pimpinan PR serta Ketua-Ketua Cabang.

Dato' Seri Anwar Ibrahim diberi kesempatan untuk berucap ringkas bagi menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua di samping itu juga beliau menerangkan erti sebenar kemerdekaan yang dihajati oleh rakyat Malaysia.  Negara ini tidak dilihat sempurna kemerdekaannya jika negara terus dipimpin oleh pemimpin yang rasuah, zalim dan suka melakukan fitnah, ujarnya.

Sejurus beliau menikmati jamuan yang disediakan, beliau telah berkenan untuk menerima memorandum yang telah disampaikan oleh sebuah pertubuhan (NGO) mewakili kaum Cina.  Selesai program jamuan hari raya, lebih kurang jam 05.30 petang, beliau bergegas pula ke satu program lain iaitu program Hi-Tea bersama anak-anak muda dan para pelajar serta golongan profesional di Seri Manja Boutique Hotel, Indera Mahkota, Kuantan.

Menanti kehadiran beliau di sana untuk sesi dialog dan minum petang tidak kurang dari 400 anak-anak muda yang hadir.  Kebanyakan mereka adalah dari para pelajar termasuk dari Universiti atau kolej yang berhampiran.  

Sepanjang program Jamuan Hari Raya di kediaman YB Dato Fauzi Abdul Rahman, Radio Kor Bekas Angkatan Tentera (KOBAT) iaitu KOBAT FM telah mengadakan siaran langsung di bawah kendalian DJ Wfauzdin NS dan DJ Kak Em.  Radio tersebut boleh diikuti melalui TUNEiN pada Anroid telefon bimbit/Tablet dan juga melalui blog KOBAT FM iaitu di http://kobatfm.blogspot.com 

Pada sebelah malam pula, lebih kurang jam 08.30 malam Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bersama rakyat di sekitar Temerloh dan Mentakab di dalam Jamuan Hari Raya yang diadakan di perkarangan Pejabat KEADILAN Temerloh, Taman Saga, Mentakab.

SUASANA RUMAH TERBUKA DI KEDIAMAN YB DATO' FAUZI ABDUL RAHMAN

Orang ramai menikmati jamuan yang disediakan
DJ KOBAT FM menemubual Adun Semambu, YB Lee Chean Chung
YB Dato' Fauzi berucap ringkas
Dato' Seri Anwar Ibrahim menikmati jamuan yang disediakan
Memberikan ucapan ringkas
Menerima memorandum dari NGO
DJ KOBAT FM bersama Krew
DJ Kak Em dari KOBAT FM
Kesempatan bergambar bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

SEKITAR MAJLIS HI-TEA BERSAMA ANAK-ANAK MUDA/PROFESIONAL

Forum dan sesi soal jawab
Kesempatan mendapatkan tandatangan Dato' Seri Anwar Ibrahim

Ikuti program MP Indera Mahkota selanjutnya di http://datofauzi.com