KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, September 29, 2012

BUDGET PR VS BUDGET BN - ANWAR CABAR DEBAT LAGI


Datuk Seri Anwar Ibrahim today renewed his debate challenge on Datuk Seri Najib Razak, this time suggesting to take on the country’s number one by pitting Barisan Nasional’s (BN) Budget 2013 to Pakatan Rakyat’s (PR) alternative.

The opposition leader pointed out to how Najib had laced his Budget speech this evening with direct insults against PR and told the prime minister that if he was prepared to attack the opposition, he should do so in a debate.

“Debate me. If you are prepared to attack the opposition and the opposition leader, why can you not engage in a debate?

“Confine it to economic policies… or the Budget. I am now reiterating my earlier proposal that we debate ? that I debate Najib on the national Budget… PR versus BN’s Budget,” he told reporters after Najib tabled the government’s Budget 2013 in Parliament this evening.

Anwar had earlier described BN’s Budget handouts as mere “titbits” fed to the poor and middle income earners, pointing out that the move would do nothing to narrow the country’s income gap.
The prime minister hopeful said the fresh round of cash handouts in Budget 2013 to middle- and lower-income Malaysians was proof that the government was merely concerned with its chances at the ballot boxes in the coming months.

“The announcements of handouts to general Malaysians is just a small dosage for the elections… but the basic structural problem of the country, where the rich cronies and their family members amass millions of dollars of profits through improper means ? that is left intact,” Anwar said.

In his Budget 2013 speech, Najib took an indirect swipe at Anwar when he pointed out that among the leaders of the federal opposition were “those who were trusted as leaders to manage the nation’s wealth.”  Anwar was finance minister under the Mahathir administration.

“We recognise that the BN government is not without fault, but what differentiates us from the other is that they do not have the courage to accept mistakes. On the other hand, they make excuses and find fault in others.

“Ultimately, parties that offer an alternative must be evaluated on their merit,” Najib had said in his speech.  “The rakyat know them well. Among them, there are those who were trusted as leaders to manage the nation’s wealth.

“If today they make promises, the rakyat must ask why is this leadership, while in power, did not take any action. “When they had the opportunity; and did not implement what they promises, what guarantee is there that they will fulfil promises when they are in power?” he asked.

Najib pointed out that it was during the Asian financial crisis in the late 1990s when the country was “almost destroyed”.

Friday, September 28, 2012

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen

Kenyataan Media
28 September 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional.

Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN;

1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;


Nama pelik abjad istimewa 'apostrophe'


2. Cubaan UPPSPR untuk mendapatkan nama sebenar pemilik no kad pengenalan '781220135703' yang juga penama abjad istimewa 'apostrophe', dalam laman web yang disediakan JPN menemui jalan buntu apabila laman asal sistem pencarian telah diubah. Sistem carian kad pengenalan sebelum ini yang beralamat URL "http://www.jpn.gov.my/semakic/" - memaparkan nama dan status apabila dimasukkan nombor kad pengenalan tetapi URL laman tersebut gagal ditembus. Lihat contoh carian di bawah, ia adalah carian pada bulan Ogos 2011 ketika menemui nama pelik yang mempunyai 2 nombor kad pengenalan;


Sistem carian yang lama mempunyai ruangan nama


Alamat URL sistem carian yang lama gagal ditembus


3. Namun demikian, UPPSPR mendapati JPN telah menukar sistem carian baru di alamat URL "http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/" yang tidak memaparkan nama pemilik kad pengenalan setelah nombor KP dimasukkan. Perubahan yang dilakukan JPN seolah-olah dirancang untuk menggagalkan sebarang usaha untuk mengesan penipuan SPR. Ia jelas satu langkah ke belakang apabila saki baki ketelusan sebelum ini dinafikan sama sekali. Lihat laman yang diperbaharui dalam gambar di bawah;

Laman baru, apabila dimasukkan nombor IC, hanya tertulis status permohonan

4. Perkembangan ini sangat membimbangkan selain menggambarkan sebuah kerjasama hebat telah terjalin di antara SPR dan JPN untuk mengambus penipuan pilihanraya.

Justeru itu, SAMM mendesak agar JPN tampil menjawab apakah alasan dan tujuan mengubah sistem carian daripada yang lebih telus terperinci seperti sebelum ini kepada sistem carian yang menyembunyikan nama pemegang kad pengenalan.

SAMM melihat penemuan terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' membuktikan SPR tidak pernah berusaha membersihkan senarai pengundi sepertimana yang dituntut sejak tahun 2006. Ribuan nama pelik yang tidak dijustifikasi malah disusahkan lagi pencariannya dalam sistem carian JPN, berpuluh ribu nombor KP yang ada dalam senarai pengundi SPR tetapi tiada dalam sistem pangkalan data JPN, beratus ribu pengundi berada dalam kategori satu alamat diduduki ratusan pengundi pelbagai bangsa, semua ini masih tidak dibersihkan lagi oleh SPR dan tiada usaha konstruktif ke arah pembersihan senarai pengundi.

Apalagi yang boleh diharapkan dari SPR yang semakin hari semakin mengarut? Desakkan terhadap timbalan dan pengerusi SPR yang dikenalpasti sebagai ahli Umno supaya segera meletakkan jawatan tidak diendahkan. Jawatan tertinggi SPR sepatutnya diserah kepada individu lebih layak yang tidak menyertai mana-mana parti politik.

SAMM juga melihat SPR sebagai badan yang tiada kredibiliti lagi selain tidak berintegriti dalam memastikan ketelusan menjalankan kerja-kerja pengurusan pilihanraya. Rakyat yang mengimpikan demokrasi sudah hilang kepercayaan terhadap SPR.

Dengan ini, SAMM mendesak keras agar SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum parlimen dibubarkan. SAMM menyeru rakyat seluruh negara, NGO dan NGI bersama bergerak mendesak SPR dibubarkan. Tekanan hebat harus diberikan kepada SPR supaya menyerahkan tanggungjawab menjaga perihal pilihanraya kepada badan lain yang lebih profesional dan punya integriti dalam menjalankan tanggungjawab.

Ayuh semua, gerakan mendesak SPR dibubarkan sebelum parlimen Malaysia dibubar harus diperhebat demi menjamin demokrasi dan masa depan negara.

Sekian

Wednesday, September 26, 2012

Saham FGVH: Hutang RM3,640 dikira RM4,000

Khairil Abdul Rahim, 25 Sep 2012
BANDAR JENGKA: Harapkan dapat saham percuma, rupa-rupanya dikira hutang. Sudahlah begitu, jumlah hutang yang dicaj pula melebihi daripada harga sebenar.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, sepatutnya peneroka perlu membayar balik pinjaman untuk 800 unit saham Felda Global Venture Holding (FGVH) sebanyak RM3,640 (pada harga terbitan RM4.55), sebaliknya peneroka perlu membayar RM4,000.

Serentak dengan itu beliau menggesa Felda memberi penjelasan mengenai jumlah bayaran balik pinjaman untuk saham yang tidak mengikut harga sebenar atau berhadapan dengan saman peneroka.

“Setiap negeri membuat pinjaman melalui bank yang berbeza. Peneroka Felda di Johor contohnya melalui Maybank, mereka diminta membayar semula pinjaman sebanyak RM5,000. Bagi negeri Pahang pinjaman melalui CIMB yang dikenakan caj RM4,000

“Sekiranya setiap peneroka di negeri ini terpaksa membayar RM4,000 berbanding jumlah sebenar, ke mana perginya lebihan wang RM360 bagi setiap peneroka yang membayar baik hutang saham tersebut?

“Bayangkan sekiranya setiap peneroka membayar RM360, dengan andaian kira-kira 80,000 peneroka yang membeli saham tersebut secara hutang, ia bermakna terdapat lebihan berjumlah lebih RM28 juta,” katanya dalam sidang media di Jengka 19 di sini.

Turut hadir Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) Pahang Abdul Rahim Abdul Rahman, Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim dan Timbalan Pengerusi Anak Aris Fezul Ismail.

Tambah Mazlan, persoalannya mengapakah jumlah yang perlu dibayar tidak sama dengan hutang saham yang diterima dan siapakah yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada hutang saham peneroka.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, beliau mengetahui perkara tersebut melalui peguam Harris Abdullah yang menyerahkan dokumen berkaitan kepadanya yang menyatakan jumlah yang perlu dibayar peneroka kepada pihak bank dan ia ditulis menggunakan pen.

Katanya, pada awal proses mendapatkan saham itu, peneroka diminta menandatangani borang kosong dan kali kedua pula dengan mengisi borang biru.

“Kita sudah membuat road-show menasihatkan peneroka supaya tidak menandatangani borang kosong kerana ia berisiko dan terdedah kepada tindakan manipulasi, malangnya tidak ramai yang percaya.

“Masih ramai peneroka tidak sedar mereka sebenarnya telah tertipu, malah masih ramai yang tidak tahu perkara ini dan ada antaranya masih menganggap saham yang diberikan adalah percuma, sehinggalah mereka menerima surat tuntutan bayaran pinjaman semula ini,” katanya sambil menunjukkan surat tuntutan bank berkenaan.

Beliau berkata, kebimbangan yang diramalkan Anak selama ini menjadi kenyataan dan ia terbukti menerusi maklumat terbaru itu.

Dalam pada itu, Mazlan berkata jika tiada sebarang jawapan daripada Felda atau bank berkaitan tuntutan melebihi hutang Anak akan meminta peneroka membuat laporan polis kerana menganggap ia sebagai satu penipuan.

“Kami sebagai anak peneroka berasa simpati dengan nasib peneroka yang tertipu dengan janji kosong yang mengatakan mereka akan menjadi jutawan sebaik saja saham FGHV disenaraikan.

“Kini mereka terpaksa menanggung lebih banyak bebanan hutang selain terpaksa membayar semula wang pinjaman rumah dan kos penanaman semula sekitar RM50,000 hingga RM60,000,” katanya.

Mazlan berkata, kebanyakan peneroka kini berusia 70 hingga 80 tahun, namun masih dibebani dengan masalah hutang.

“Mereka tidak meminta untuk berhutang sebaliknya dipaksa untuk berhutang. Seandainya mereka ini mati nanti, bagaimana mereka mahu menghadap Tuhan dengan hutang yang masih belum dibayar?,” soalnya./Harakahdaily

Tuesday, September 25, 2012

YB Fuziah Salleh - Pembatalan Perjanjian Konsesi Air Pahang ke Selangor- Siapa yg Untung, siapa yg Rugi?

Kenyataan Media

Fuziah Salleh

Naib Presiden PKR
Ahli Parlimen Kuantan

25hb Sept 2012

Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob mengugut pada 23hb Sept di Bentong bahawa beliau akan membatalkan Perjanjian Konsesi Penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor sekiranya negri Selangor terus berdegil untuk tidak meneruskan projek Langat 2.

YB Fuziah Salleh - MP Kuantan
Di dalam Projek Langat 2 sejumlah RM60 juta setahun perlu di bayar oleh Selangor kepada Pahang untuk air mentah. Negri Pahang akan menerima 10 sen untuk setiap satu metre padu air mentah yang di bekalkan oleh Pahang kepada negri Selangor.

Kini, dengan membatalkan perjanjian membekalkan air mentah tersebut, MB Pahang telah membuat rakyat Pahang kerugian pendapatan berjumlah RM60 juta setahun. Malah mungkin juga negri Pahang perlu membayar penalti diatas pembatalan perjanjian tersebut. Didalam keadaan negri Pahang berhutang lebih RM2 billion kepada Kerajaan Pusat, keputusan ini akan menambah beban kewangan negri Pahang.  Sebaliknya sekira pihak negri Selangor yang membatalkan perjanjian maka Pahang mungkin boleh menuntut ganti rugi.

Menteri Besar Pahang juga tersilap pandang dengan menganggap bahawa Selangor kekurangan air mentah. Yang sebenarnya Selangor mempunyai cukup air mentah. Yang kurang diSelangor ialah air terawat, dan bukannya air mentah. Ini disebabkan oleh syarikat konsesi air SYABAS yang tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik. Juga merupakan asas kenapa Kerajaan negri Selangor bertegas mengambil alih pengurusan air di Selangor.

Maka dengan itu, negri Selangor langsung tidak akan merasai kerugian apa2 dengan Pahang membatalkan perjanjian membekalkan air. Sebaliknya Selangor lebih beruntung kerana tidak terbeban dengan terpaksa membeli air mentah dari Pahang yang tidak diperlukan.

Projek Langat 2 yang bernilai RM8.6 billion itu menimbulkan banyak kontroversi kerana Kerajaan Negri Selangor menolak projek tersebut dengan tegas bersandarkan alasan bahawa bekalan air mentah diSelangor adalah mencukupi untuk kegunaan rakyat Selangor.

Projek Langat2 tidak lain dan tidak bukan hanyalah merupakan usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi projek kepada syarikat kroni. Kerajaan negri Selangor juga mengandaikan bahawa harga air akan naik 100% selepas Langat 2 siap nanti, justeru itu merugikan rakyat negri Selangor. Jalan penyelesaian masalah air di Selangor ialah dengan pengstrukturan semula industri air di Selangor dan memastikan tiada air terawat yang dibazirkan.

Akan tetapi apabila Menteri Besar Pahang mengugut untuk tidak membekalkan air ke Selangor, didalam keadaan Selangor berdegil tidak mahu Langat 2, ianya menunjukkan ketidakwajaran dan silap perhitungan didalam keputusan MB Pahang. Rugilah rakyat Pahang sekiranya pemimpin Pahang terus menerus membuat keputusan yang tidak menyebelahi kepada rakyat seperti ini.



------------------
Fuziah Salleh
MP Kuantan, Malaysia.
PKR National Vice President

SMSL seeks suspension of the Temporary Operating Licence (TOL)

Press statement of Save Malaysia Stop Lynas (SMSL)
September 24th, 2012

Tomorrow on 25th September, SMSL will return to the High Court of Kuantan to apply for the TOL to be suspended until hearings for the two judicial review cases are completed.

Mr Tan Bun Teet, an applicant to revoke the TOL and a spokesperson for SMSL said “A responsible Government would NEVER have issued the TOL knowing full well that the court has accepted SMSL’s two judicial review applications.”

“Furthermore, neither the AELB nor MOSTI has responded to SMSL’s legal letter requesting for the TOL to be suspended by the due date of September 10th”

On the 28th August Justice Mariana Yahya accepted the following two judicial applications from SMSL:

1. To revoke the temporary operating licence granted by the Atomic Energy Licensing Board (AELB) on 30th January to the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) on the ground that no detailed environmental impact assessment (DEIA) was done and that a fresh radiological impact assessment (RIA) and a radioactive waste management plan (RWMP) should have been submitted to AELB for approval before the TOL was granted. This application was lodged on behalf of Kuantan residents Mr Tan Bun Teet, Encik Syed Talib Syed Sulaiman and Puan Hasimah Ramli by their lead counsel Bastian Vendargon.

2. To review the decision of the Minister of Science, Technology and Innovation (MOSTI) not to revoke the Lynas temporary operating licence following an appeal by a group of Kuantan residents who together with their legal representative and experts, appeared before the MOSTI panel with evidence of risks and harm of the project earlier this year on April 17th. This application was lodged on behalf of Kuantan residents Haji Ismail Abu Bakar and Tan Ah Meng by their lawyer R.S. Pani.

“Lynas has not found a solution for its waste. We are concerned with the risks of air and water pollution on top of it. Why should the TOL be issued under such uncertainties and risky situation?” Asked Haji Ismail Abu Bakar

The application will be before the Kuantan High Court in Bandar Indera Mahkota Court Complex. Stop Lynas supporters are urged to attend at 9a.m to show the Government that people do NOT want the Lynas rare earth plant.

“Tomorrow will be a good test of our judicial system in delivering justice. We wait in hope that the truth shall prevail and that justice will be dealt.” Concluded Mr Tan

For further comments, please contact:
- Mr Tan Bun Teet, spokesperson for SMSL, Hp: +60 17 973 0576
- Haji Ismail Abu Bakar – Hp 019 953 0921

-- 
Thank You Very Much.

"Save Malaysia, Stop Lynas !"

Best Regards,
Steve Hang 方宗良


Save Malaysia / Media & Communications



SMSL Hotline : +60129823302

Monday, September 24, 2012

FOTO SEKITAR MATC CABANG-CABANG KEADILAN PAHANG PADA 23 SEPTEMBER 2012

Pada 23 September 2012, sebanyak tiga Cabang KEADILAN Pahang telah mengadakan MATC mereka iaitu melibatkan Cabang Paya Besar, Cabang Bera dan Cabang Kuala Krau.  Manakala, AMK/Wanita KEADILAN Cabang Indera Mahkota juga turut mengadakan mesyuarat pada hari tarikh yang sama.

SEKITAR MATC CABANG PAYA BESAR BERTEMPAT DI IBU PEJABAT KEADILAN PAYA BESAR, BATU 8, JALAN GAMBANG, KUANTAN PADA JAM 11 PAGI

Perasmian Oleh SU KEADILAN Negeri, Tuan Hj Mohd Musa
Ucapan Ketua Cabang, Tuan Hj Zahari Mamat
Ahli Cabang Paya Besar, Sdr Jefri berucap
Selesai mesyuarat, jamuan ringan disediakan

------------------------------------------------------------------------------------------------
MATC CABANG KUALA KRAU BERTEMPAT DI KG PENDERAS JAM 04.00 PETANG

Setiausaha, Puan Nieta berjaya kendalikan mesyuarat dengan baik
Di antara ahli-ahli yang hadir mesyuarat
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MATC CABANG BERA BERTEMPAT DI KG PELAWAN, POS ISKANDAR JAM 02.00 PETANG

Timb Pengerusi KEADILAN Negeri, Sdr Ahmad Nizam Hamid merasmikan mesyuarat
Ketua Cabang Bera, Tuan Hj Abas sedang berucap
Di antara ahli yang hadir
------------------------------------------------------------------------------------------------
MESYUARAT AGONG WANITA/AMK CABANG INDERA MAHKOTA


Mesyuarat dirasmikan oleh Ahli MPP, Sdr Zakaria Abdul Hamid

Sunday, September 23, 2012

Gambar tipu untuk beri gambaran sokongan palsu terhadap Najib

(Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 21 September: Tindakan media arus perdana kawalan Umno BN mengubah suai gambar bagi memberi gambaran palsu sambutan terhadap Perdana Menteri, adalah suatu bentuk penipuan terhadap rakyat.

“Pendek kata, berita yang disiar akhbar pro-Umno perlu diteliti dahulu kerana bukan sahaja berita, tetapi gambar pun tipu.

“Ini mengesahkan pembohongan berterusan dijalankan media kawalan Umno demi survival politik bos mereka,” kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail kepada Suara Keadilan.

 
 
Beliau berkata demikian membidas perbuatan tidak beretika Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang mengubah suai gambar orang ramai pada acara melibatkan Datuk Seri Najib Razak di Pekan baru-baru ini.

Siti Aishah menyifatkan perbuatan terdesak media kawalan Umno itu membuktikan sokongan rakyat terhadap Najib Razak semakin merudum.

“Media kawalan Umno sangat terdesak untuk tampilkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin berpengaruh, sebaliknya rakyat yang hadir perlu dibayar dan diangkut.

“Umno takut memapar realiti sebenar sokongan rakyat kepada Najib. Inilah sikap mereka. Demi jaga Najib, rakyat dibohongi

“Rakyat terang-terang ditipu. Saya syorkan jangan lindungi situasi sebenar. Bertambah meluat lagi rakyat dengan Umno,” katanya./KeadilanDaily

MATC KEADILAN HARI INI (23 SEPT 2012) - CABANG BERA, KUALA KRAU DAN PAYA BESAR

Hari ini (23 Sept 2012) akan diadakan MATC di tiga Cabang Keadilan Pahang.  Cabang-Cabang tersebut adalah Cabang Bera, Kuala Krau dan Paya Besar.

Semua ahli diminta hadir pada MATC mengikut tarikh, masa dan tempat yang dipamirkan di pejabat-pejabat masing-masing atau mengikut notis MATC yang dikeluarkan.  Jadual MATC juga kami telah pamirkan di dalam blog ini sebagai panduan.

Walau bagaimanapun, tarikh sebenar perlulah dirujuk kepada Cabang masing-masing.  Kehadiran anda selaku ahli parti amat diperlukan bagi menunjukkan komitmen kita untuk menghadapi PRU ke 13 akan datang.  Selamat Bersidang.

Saturday, September 22, 2012

RAPAT PIMPINAN NASIONAL PADA 29 SEPTEMBER 2012

 
 
Salam perjuangan, 

Kepada semua Pimpinan MPN Negeri, dijemput hadir ke Program Rapat Pimpinan Nasional yang akan berlansung di :

Tarikh : 29 September 2012
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Shah Alam Convention Center
No 4, Jalan Perbadanan 14/9
40000 Shah Alam

Sila sahkan kehadiran dengan menghubungi saya no tel: 013-3678876 atau email: suk.pahang@keadilanrakyat.org secepat mungkin sebelum Isnin 24/9/2012 untuk tindakan selanjutnya.

Bagi Pimpinan yang memegang 2 jawatan atau lebih dalam satu masa bagi jawatan-jawatan MPP/MP/ADUN/MPWP/AMK PUSAT/MPN/KETUA CABANG/TIMB KETUA CABANG/SETIAUSAHA CABANG/KETUA WANITA CABANG/KETUA AMK CABANG/PENGARAH PILIHANRAYA CABANG, hendaklah menghantar proksi bagi mengisi kekosongan jawatan kedua dan seteusnya yang dipegang tersebut.

Kerjasama yang diberikan amatlah diharapkan.
 

ADNAN ABU
Setiausaha Kerja
Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang

Friday, September 21, 2012

ISU HINA NABI - KEADILAN PAHANG SERU UMAT ISLAM BANGKIT MENENTANG

Hari ini (21 September 2012) selepas Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur, Dewan Pemuda PAS Pusat akan bersama seluruh umat Islam akan berarak menuju ke Kedutaan AS bagi menunjukkan bantahan terhadap penerbitan sebuah filem yang menghina Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

KEADILAN Pahang membantah keras sebarang bentuk penghinaan terhadap Ugama Islam khususnya oleh mana-mana pihak samada di dalam mahu pun di luar negara.  Begitu juga, kami turut menentang sebarang penghinaan terhadap agama lain kerana ianya bakal menimbulkan suasana yang tidak baik sesama manusia.

Sehubungan itu, kami menyeru seluruh umat Islam untuk bangun membantah tindakan biadab mana-mana pihak yang menyentuh kemuliaan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan Islam dengan apa jua cara yang dibenarkan oleh undang-undang dan tidak secara keterlaluan sehinggakan mendatangkan keburukan kepada mereka yang tidak bersalah.

Thursday, September 20, 2012

PINDAAN TARIKH MATC SELURUH NEGERI PAHANG

Jadual Mesyuarat Agong Tahunan Cabang bagi seluruh Negeri Pahang seperti yang telah disiarkan sebelum ini telah dibuat pindaan sepertimana jadual terkini yang dipamirkan di dalam blog ini.

Lain-lain perkara tiada perubahan.  Kepada semua ahli diminta untuk hadir MATC di Cabang masing-masing mengikut jadual yang dinyatakan.  Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Ketua Cabang/Setiausaha Cabang masing-masing. 

Wednesday, September 19, 2012

TARIKH MATC KEADILAN NEGERI PAHANG

Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Pahang telah mengeluarkan Jadual Mesyuarat Agong Tahunan Cabang bagi seluruh Cabang KEADILAN Negeri Pahang.  Jadual tersebut juga telah dipamirkan pada halaman atas blog ini dan juga telah dimajukan kepada semua Ketua Cabang.

Bagi Cabang Pekan/Maran yang dijadualkan pada 29 September 2012, telah dibatalkan oleh Ibu Pejabat Pusat kerana terdapat program yang melibatkan seluruh pimpinan KEADILAN pada tarikh tersebut.  Sehubungan itu, Cabang yang berkenaan diminta berhubung dengan SUK Negeri bagi menetapkan tarikh baru.

Semua ahli diminta hadir semasa MATC berlangsung bagi mendapatkan arahan dan maklumat semasa dari Cabang masing-masing bagi menghadapi PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.

Bagi semua Ketua Cabang, sebarang pertanyaan atau masalah, sila berhubung dengan SUK Negeri dengan segera.  Kepada semua ahli, sila dapatkan maklumat lanjut berkaitan MATC di Ibu Pejabat Cabang masing-masing atau terus berhubung dengan SU Cabang atau Ketua Cabang sendiri.

Tentukan MATC dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.


Tuesday, September 18, 2012

Pemimpin BN songlap RM200,000 geran bantuan setengah juta?


Antara dokumen PBPM yang disertakan sebagai bukti


(Oleh Nazar Hashim)

KUALA LUMPUR 17 September: Satu laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan geran bantuan kebajikan Perdana Menteri (PM) sebanyak RM500,000 yang diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Laporan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard itu dibuat di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Ia berikutan pendedahan satu set dokumen membuktikan bagaimana geran bantuan tersebut diseleweng sebanyak RM200,000 untuk dibayar kepada orang tengah sebagai komisen.

Dokumen yang ditemui Chegu Bard di rumahnya di Nibong Tebal 12 September lalu itu menyebut pada 28 Mac 2012 bahawa Kementerian Kewangan telah memaklumkan kepada PBPM mengenai peruntukan sebanyak RM500,000.

Manakala surat maklum balas dari PBPM kepada kementerian mengenai penerimaan tersebut juga telah dinyatakan pada 6 April 2012.

Dokumen tersebut, jelas menyebut nama seorang pemimpin tertinggi BN yang membantu PBPM mendapatkan geran bantuan.

Dalam minit mesyuarat persatuan merekodkan bahawa PBPM perlu membayar RM200,000 kepada sebuah syarikat yang kononnya menjadi orang tengah bagi mendapatkan geran tersebut.

“Mesyuarat pertubuhan tersebut menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek pada 19 November 2012 berlaku pertemuan di mana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri,” dedah Chegu Bard dalam kenyataannya.

“Ini membuktikan korupsi dalam negara sudah semakin teruk, apabila bantuan geran kebajikan pun mesti melalui orang tengah untuk dibayar komisen,” kata beliau lagi.

“Pendedahan ini juga meyakinkan bahawa pemimpin BN yang terlibat membantu PBPM mendapatkan geran tersebut, menjelaskan amalan rasuah dan korup senantiasa menjadi rutin dalam kehidupan mereka.

“Pendedahan ini perlu segera diambil tindakan bagi mengheret mereka yang terlibat menjadi orang tengah serta menyalahgunakan kuasa bagi mendapat komisen dan rasuah dari mereka yang memerlukan,” tegas Chegu Bard./Keadilan Daily

RANTING KG GEMURUH, BERA DITUBUHKAN - SATU LAGI KUBU UMNO DITEMBUSI



Semalam (17 September 2012) pada jam 4.00 petang, satu lagi Ranting PKR telah ditubuhkan di kawasan Parlimen Bera.  Tiada sesiapa boleh menyangka Kg Bukit Gemuroh, Bera ini boleh tertubuhnya Ranting PKR kerana boleh dikatakan kampong ini terlalu pekat Umnonya sehinggakan seperti kata Sdr Bob Manolan selaku Timbalan Ketua PKR Cabang Bera. lebih kurang 70-80 % pengundi-pengundi di situ mengundi Bn di dalam PRU yang lepas.

Namun, berkat usaha yang berterusan akhirnya kubu kuat Umno ini berjaya ditembusi, dan paling menggembirakan sambutan daripada anak-anak muda kampong ini menaikkan semangat semua petugas parti di sini untuk terus berjuang.

Sdr Bob Manolan, Timb Ketua Cabang Bera sedang berucap

Mengikut jadual asal, Majlis Perasmian Ranting PKR Kg Bukit Gemuroh, Bera ini akan disempurnakan oleh Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman.  Namun atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan, beliau tidak dapat hadir dan Sdr Bob Manolan telah menjemput Tuan Hj Suhaimi Said, Naib Pengerusi PKR Negeri merangkap Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat juga Ketua Cabang Kuala Krau untuk merasmikan penubuhan Ranting PKR Kg Bukit Gemuroh.

Borang kemasukan ahli baru diserahkan kepada Tuan Hj Suhaimi Said sambil disaksikan oleh Sdr Bob Manolan

Tahniah dan syabas kepada PKR Cabang Bera, khususnya kepada Sdr Bob Manolan dan rakan-rakan yang telah bertungkus lumus merealisasikan hasrat pimpinan agar setiap Cabang perlu menambah seberapa banyak Ranting bagi mendapatkan sokongan rakyat terhadap parti.

Syabas juga diucapkan kepada semua ahli baru PKR di Kg Bukit Gemuroh, Bera yang akhirnya berani melakukan perubahan.  Selamat berjuang.

KEADILAN PAHANG MENGUTUK KERAS TINDAKAN SAMSENG DI PEKAN

KEADILAN Pahang merasa amat kesal di atas beberapa perlakuan ganas dan provokasi oleh pihak-pihak tertentu di dalam beberapa program politik yang dibenarkan oleh undang-undang negara ini.  Tidak mengira mana-mana parti politik samada dari Umno/Bn mahu pun dari Pakatan Rakyat atau mana-mana pertubuhan, perbuatan ganas serta provokasi mestilah ditentang keras.

Kami percaya dan penuh yakin, perbuatan jahat serta tidak bertamadun seperti ini boleh dikurangkan atau diatasi sekiranya pihak berkuasa di dalam aspek keselamatan negara ini lebih peka dan bertanggungjawab.  Khususnya kepada pihak Polis, kami berterima kasih kepada mereka yang telah bertindak profesional selama ini, tetapi tidak kurang juga yang masih menjadi pak turut kepada pihak-pihak tertentu.

Us Abu Kassim menunjukkan cermin kereta yang dipecahkan

Sebelum ini kita mendengar berita program-program ceramah politik diganggu dengan jerit pekik, dibaling batu dan sebagainya.  Paling popular sekarang adalah tektik menyimbah cat kepada kenderaan yang dimiliki oleh pimpinan dan parti Pakatan Rakyat.  Tidak cukup dengan itu, kenderaan-kenderaan milik persendirian pemimpin dan penyokong juga dianiayai.  Banyak kali juga berlaku kejadian mensabotaj Pejabat Parti.  Kesemua kejadian buruk ini telah pun dibuat laporan kepada pihak berkuasa, namun ianya seolah-olah tidak memberi kesan langsung bahkan semakin meningkat kejadian seperti ini.

Terbaru semalam, di Pekan, Pahang pula kereta kepunyaan YDP Pas Pekan, Us Abu Kassim telah dikhianati di mana cermin belakang keretanya telah dipecahkan.  Sehari sebelum itu, cermin kereta anak saudara YDP tersebut juga telah dipecahkan ketika kereta tersebut diletakkan di depan rumah.  Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.  Apakah ini sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan pimpinan PAS Pekan daripada meneruskan sebarang aktiviti penerangan yang semakin hebat dilaksanakan di kawasan Najib tersebut?

KEADILAN Pahang merasa khuatir sekiranya gejala ini tidak dibendung segera, akibatnya amat buruk di masa-masa akan datang.  Bagi kami dari KEADILAN Pahang khususnya, kami sentiasa menyeru kepada semua ahli dan penyokong KEADILAN agar tidak emosi dan berdendam dengan apa yang telah berlaku.  Kami masih yakin dengan kewibawaan pihak Polis di dalam mengatasi perkara ini.  

Kepada semua pimpinan di semua peringkat, sila tentukan aspek keselamatan paling maksima dilaksanakan di dalam apa jua program parti.  Tentukan terdapat sebarang langkah yang perlu bagi menghalang sebarang cubaan atau provokasi yang cuba dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan.  Di samping kita memerlukan kerjasama pihak Polis, namun kita jangan berlepas tangan di dalam aspek keselamatan ini. 

Sunday, September 16, 2012

SAMBUTAN HARI MALAYSIA - AMANAT PENGERUSI KEADILAN PAHANG

KEADILAN Negeri Pahang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia hari ini.  Pengerusi KEADILAN Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman mengajak seluruh rakyat di Negeri Pahang khususnya, dan seluruh negara amnya, kembali memperjuangkan satu semangat perpaduan kaum yang jitu di samping menolak anasir-anasir yang cuba memecahbelahkan perpaduan dengan bermain dengan isu perkauman serta sentimen agama untuk mereka mengekalkan kuasa.

Pakatan Rakyat menjanjikan sebuah negara yang aman dan sejahtera di mana hak rakyat sentiasa terjamin sekiranya diberi kuasa mentadbir Putra Jaya.  Empat perkara asas yang dijamin oleh Pakatan Rakyat adalah;

1.  Keselamatan nyawa setiap rakyat.
2.  Fahaman dan kepercayaan agama masing-masing seperti yang terjamin di dalam Perlembagaan.
3.   Moral setiap rakyat harus dipelihara.
4.  Harta benda rakyat terjamin.

Keempat-empat prinsip ini adalah merupakan asas yang Pakatan Rakyat cuba terjemahkan di dalam ' Maqasid Syariah', bagi melahirkan sebuah negara yang bertamadun dan rakyatnya sentiasa menghormati di antara satu sama lain. 

Justeru itu, Pakatan Rakyat sentiasa menentang cara yang kotor dan jijik, membelakangkan prinsip demokrasi oleh golongan yang takut kehilangan kuasa.  Merujuk kepada akhbar Sinar hari ini, tidak wajar samasekali PM, Dato' Seri Najib Tun Razak pada hari rakyat menyambut Hari Malaysia, beliau memberi amaran " Padah Tukar Kerajaan".  Kata-kata ini lazimnya digunakan oleh beberapa diktator sebelum mereka dijatuhkan oleh rakyat.  Ugutan seperti ini memperlihatkan ketidakyakinan beliau sendiri terhadap kepimpinannya.

Dato' Fauzi seterusnya menyeru rakyat agar bangkit melakukan perubahan demi masa hadapan rakyat dan negara ini.

Saturday, September 15, 2012

WALAUPUN 'TEGANG', SAMBUTAN TERHADAP ANWAR DI JOHOR LUAR BIASA


Inilah yang membezakan antara penyokong Pakatan Rakyat dan juga pencacai UMNO, Penyokong Pakatan Rakyat sanggup membayar untuk untuk menghadiri jamuan makan malam bersama tetapi pencacai UMNO pula perlu dibayar untuk hadir ke majlis pemimpin mereka.


Meskipun beliau merupakan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Najib terpaksa menggunakan berbagai kaedah kerahan tenaga bagi mengerah rakyat ke majlisnya.

Selain kaedah kerahan tenaga, berbagai imbuhan termasuk upah atau imbuhan terpaksa diberi kepada pencacainya untuk memeriahkan majlisnya.. contohnya sila lihat di ( SINI


Tetapi tidak begitu buat pemimpin dari Pakatan Rakyat..

Bertempat di padang letak kereta, Sutera Mall, Skudai Johor 8500 orang telah dilaporkan membeli tiket bagi memenuhi 850 meja yang telah dijual oleh PKR negeri Johor dan mendengar ucapan dari DS Anwar Ibrahim./ASD


JAWAPAN KEPADA DATUK MUKHRIZ: MEMAHAMI HARGA KERETA

Oleh:  RAFIZI RAMLI
 
Saya mengalu-alukan maklumbalas Datuk Mukhriz Mahathir berkenaan cadangan #turunkanhargakereta memandangkan beliaulah yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.

Beliau juga dijangka akan memenangi persaingan Ketua Pemuda Umno yang akan datang, jadi pandangan beliau mengenai isu-isu yang ada kesan besar kepada orang muda bakal memberi gambaran nasib orang muda kelak jika BN menang pilihanraya akan datang. Dalam banyak-banyak kepayahan ekonomi yang dialami orang muda, satu daripada isu paling hangat adalah harga kereta yang terlalu mahal. 
 
Sdr Rafizi Ramli - Pengarah Strategi PKR
 
Datuk Mukhriz bertanya satu soalan mudah kepada saya: bagaimana mungkin harga kereta boleh turun jika permit import kereta (AP) dilelong kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi?

Soalan itu begitu mudah hinggakan mula-mula saya mengesyaki beliau ada muslihat politik besar untuk memerangkap saya, bukannya kerana beliau mahu memahami kaedah menurunkan harga kereta yang kami cadangkan. Bila beliau terus sahaja mengulangi soalan ini dalam sidang media dan di laman Twitter, maka saya mula menyedari bahawa beliau betul-betul tidak faham.

Oleh itu, saya berlapang dada akan cuba menerangkan kaedahnya kepada seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.

Untuk memahami apa langkah yang wajar diambil untuk menurunkan harga kereta, kita perlu memahami terlebih dahulu apakah komponen-komponen kos yang dibayar oleh rakyat apabila dia membeli sebuah kereta.

Bagi kereta yang dikilang oleh syarikat automotif nasional atau kereta jenama asing yang dipasang di Malaysia, ada 2 kos komponen yang dibayar rakyat: kos kereta (termasuklah keuntungan kepada pengilang/syarikat automotif) dan cukai yang dikenakan kerajaan. Di bawah sistem cukai sekarang, cukai adalah separuh dari harga kereta yang dibayar rakyat – maknanya jika anda membeli kereta pada harga RM50,000, sebanyak RM25,000 daripada harga tersebut adalah bayaran cukai kepada kerajaan.

Kereta yang diimport dari luar negara juga mempunyai struktur kos yang sama, tetapi harganya lebih tinggi kerana ada 2 komponen kos tambahan. Setiap kereta yang diimport dikenakan cukai import 30% dan harga jualan kereta import melonjak gara-gara lesen AP yang diperlukan untuk mengimport.

Sebelum ini, lesen AP diberikan kepada individu/syarikat tertentu yang rapat dengan pemerintah. Oleh kerana tekanan dari rakyat yang berterusan, akhirnya sejak tahun 2009 kerajaan BN mula mengutip bayaran RM10,000 bagi setiap AP.

Namun, kos lesen AP telah dimanuipulasi dan digunakan untuk mengaut untung berlebihan yang mengakibatkan harga kereta import melambung tinggi. Untuk memahami perkara ini, saya mengambil contoh pengalaman YB Tony Pua membeli sebuah kereta import.

Beliau membayar hanya RM100,000 untuk mengimport kereta Nissan Juke menggunakan lesen AP yang beliau perolehi sebagai seorang ahli parlimen. RM45,000 adalah harga sebenar kereta dan bayaran penghantaran melalui kapal. Baki RM55,000 adalah bayaran kepada kerajaan akibat duti eksais pada kadar 85%, cukai jualan 10% dan duti import sebanyak 30%.

YB Tony Pua bernasib baik kerana beliau hanya perlu membayar RM100,000 untuk kereta itu. Jika beliau membeli kereta yang sama dari pengedar kereta tempatan, harganya ialah RM160,000.

Beza harga sebanyak RM60,000 adalah kesan sistem AP yang tidak telus hingga menyebabkan harga kereta naik melambung kerana pemegang lesen AP boleh sahaja mengaut keuntungan atas angin berlipat kali ganda.

Walau bagaimana pun, sebab sebenar yang menyebabkan harga kereta terlalu mahal dan menghambakan rakyat Malaysia dengan cukai kereta adalah cukai melampaui batas yang dikenakan ke atas kereta. Lagipun, hanya 10% dari kereta yang dijual setiap tahun diimport menggunakan AP; bakinya adalah kereta yang dikilang/dipasang di Malaysia yang tidak dipengaruhi sistem AP tetapi terbeban dengan cukai yang tinggi.

Justeru, satu-satunya cara untuk menghapuskan herotan harga kereta dan menghentikan kesengsaraan rakyat ialah dengan membatalkan cukai ini secara berperingkat agar harga kereta Malaysia berpatutan jika dibandingkan dengan harga di negara lain. Oleh kerana duti eksais dikenakan ke atas semua kereta, sudah tentu pembatalannya akan memberi kesan besar kepada harga semua kereta baik yang dipasang di Malaysia atau diimport.

Untuk memahami perkara ini dengan lebih mudah, kita perlu kembali kepada contoh YB Tony Pua membeli keretanya. Jika dia mengimport keretanya selepas dasar pembatalan cukai kereta dilaksanakan, beliau hanya perlu membayar sejumlah RM50,000 iaitu kos kereta, penghantaran dan cukai jualan sebanyak 10%.

Maka, beliau boleh menganggar berapa harga tertinggi yang beliau sanggup bayar kepada kerajaan untuk mendapatkan AP membawa masuk kereta itu. Oleh kerana Nissan Juke adalah sebuah kereta kecil yang tidak memakan minyak yang besar, kami mencadangkan bidaan untuk AP itu bermula pada harga RM10,000 sahaja (berbanding bidaan untuk AP membawa masuk sebuah Lamborghini yang memakan minyak besar misalnya, harga bidaan bermula dari RM30,000).

Sudah tentu YB Tony Pua akan membuat bidaan dengan mengambil kira kos keseluruhan yang perlu ditanggung dalam membeli keretanya itu. Jika belia sanggup membayar setakat RM90,000 bagi kereta tersebut, bidaannya bagi mendapatkan AP boleh mencecah RM40,000 memandangkan kos kereta hanyalah RM50,000 apabila cukai sudah dibatalkan.

Inilah bahagian yang Datuk Mukhriz nampaknya tidak faham hingga beliau mengeluarkan kenyataan yang memalukan beliau dan kementerian.

Melalui sistem bidaan terbuka untuk AP, kerajaan akan mendapat hasil yang meningkat kerana bayaran AP dibuat terus kepada kerajaan, bukannya tersekat di tangan orang tengah. Hasil ini akan digunakan untuk menampung kos menghapuskan cukai kereta yang menyebabkan harga kereta terlalu tinggi di Malaysia.

Apabila cukai kereta dihapuskan, secara automatik harga kereta akan jatuh sekurang-kurangnya 50% walaupun harga AP ditentukan secara bidaan terbuka, kerana sekarang pun setiap AP dijual pada harga RM40,000 hingga RM60,000 (sama dengan harga AP bila dibuat secara bidaan terbuka). Bezanya, sekarang ini hasil dari AP masuk poket orang yang berkepentingan dan menidakkan hak rakyat untuk membeli kereta pada harga yang rendah jika hasil itu digunakan untuk menghapuskan cukai kereta.

Ringkasnya, penurunan cukai kereta akan menghapuskan satu komponen kos paling besar yang menyebabkan harga kereta di Malaysia terlalu tinggi.

Saya harap penerangan ini boleh difahami dengan mudah oleh Datuk Mukhriz kerana jika perkara semudah ini pun beliau tidak memahami, apatah lagi perkara-perkara yang lebih rumit yang melibatkan industri dan perdagangan antarabangsa.

*Rafizi Ramli adalah Pengarah Strategi PKR. Beliau pernah mengaudit beberapa syarikat kereta.

Friday, September 14, 2012

MATC - PENTING UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA

Ibu Pejabat KEADILAN Negeri Pahang telah mengeluarkan notis dan secara lisan melalui beberapa mesyuarat MPN sebelum ini berkaitan keperluan Cabang-Cabang untuk mengadakan MATC masing-masing mengikut tarikh yang ditentukan.  

Sehubungan itu, setiap Cabang dikehendaki memastikan notis untuk mengadakan MATC dikeluarkan mengikut tempoh serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.  Tentukan notis ditampal pada tempat-tempat umum, pejabat parti dan juga diusahakan melalui apa jua cara agar setiap ahli mendapat maklumat jelas dan tepat tentang MATC yang bakal diadakan.

Pada tahun ini, tiada pemilihan atau pertandingan diadakan, namun kehadiran semaksima mungkin ahli parti amat penting untuk menunjukkan persediaan parti menghadapi PRU ke 13 yang mungkin diadakan di dalam tempoh dua ke tiga bulan akan datang.

Sebarang masalah berkaitan MATC ini sila berhubung dengan SUK Negeri.

Thursday, September 13, 2012

PAKATAN RAKYAT TIADA KAITAN BLOG 'SUARA PAKATAN RAKYAT'

Salam Sejahtera

Kenyataan Media Pakatan Rakyat pada 12 September 2012


Pakatan Rakyat telah dimaklumkan tentang kewujudan beberapa artikel yang dimuatnaik dalam laman blog http://suarapakatanrakyat.com/ yang cuba dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat di sini menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tiada kaitan apa pun dengan pengendali blog tersebut, dan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat turut mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk 'Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak' yang menyentuh soal tarian sumazau di Sabah, agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman, dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun.


Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

YB Tony Pua
Pengarah Publisiti Kebangsaan DAP

YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi KEADILAN

KES SUMBANG MUHRIM KONONNYA LIBATKAN PIMPINAN PKR, KEPUTUSAN UJIAN DNA TELAH DIPEROLEHI?

Pada penghujung bulan Ogos yang lalu, media perdana serta blog pro Umno hangat menyiarkan kisah kononnya pemimpin KEADILAN Pahang terlibat di dalam skandal "sumbang Muhrim' sehingga gadis di bawah umur melahirkan bayi.  Berita yang mengaibkan ini yang ketika itu masih belum disahkan kesahihannya menjadi modal terbesar media sepertimana juga mereka memainkan isu fitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali.

Kepimpinan KEADILAN Pahang awalnya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berkaitan isu yang mengaibkan seseorang, apatah lagi berita tersebut belum disahkan dan masih di dalam siasatan pihak berkuasa, namun untuk menjaga imej parti yang diserang dan cuba dikaitkan dengan isu ini, maka Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman telah membuat kenyataan media menafikan tuduhan dan fitnah tersebut.  Baca di SINI.

KEADILAN Pahang tetap dengan prinsip tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku ahli dan pemimpinnya di dalam soal moral, apatah lagi dengan skandal yang mengaibkan seperti yang didakwa. Tokoh yang mereka maksudkan itu, walaupun terbukti bukan lagi ahli atau pemimpin KEADILAN Pahang tetapi kami tetap menentang sebarang perbuatan mengaibkan seseorang individu apatah lagi berupa fitnah.  Namun apa yang dikesali media-media di bawah kawalan Umno ini tidak pernah merasa bersalah dan berdosa dengan menjaja keaiban orang lain terutamanya jika ianya boleh dikaitkan dengan Pembangkang.

Kami menyanjung keberanian mangsa yang dituduh untuk mempertahankan dirinya dengan tindakan untuk mengambil tindakan mahkamah kepada mana-mana pihak yang menuduhnya terlibat.  Difahamkan kes ini telah disiasat, dan dikhabarkan bahawa pemimpin dari sebuah parti (bukan dari PR) itu bukanlah orang yang bertanggungjawab, begitu juga bukan dari kalangan keluarganya.  Mengikut sumber yang hampir dengan beliau, ujian DNA telah membuktikan bahawa pemimpin politik tersebut atau anak lelakinya tidak terlibat.  Kami tidak berhajat untuk menceritakan keaiban orang lain dan siapakah yang terlibat kerana akhirnya kita akan tahu kisah sebenar di dalam kes ini.

Samada maklumat yang kami perolehi ini benar atau tidak, KEADILAN Pahang ingin menyatakan secara tegas bahawa;

1.  Hentikan budaya mengaibkan orang lain dengan berita-berita fitnah untuk kepentingan politik.
2.  KEADILAN Pahang samasekali tidak berkompromi dengan mana-mana ahli atau pemimpin kami yang terbukti melakukan salah laku dan moral.
3.  Fitnah yang dijaja oleh media atau blog tidak kira dari mana sekalipun berkaitan isu ini tiada kena mengena dengan KEADILAN.
4.  Menyokong penuh tindakan mempertahankan diri oleh mangsa yang dituduh, di samping menyokong penuh tindakan pihak berkuasa menyiasat kes ini demi keadilan kepada semua yang terlibat.
5.  Mencabar media-media yang pernah menyiarkan berita fitnah ini dengan mengaibkan seseorang dengan kes tersebut, jika terbukti orang yang dituduh itu tidak terlibat, mereka perlu berani memohon maaf kepada mangsa yang dituduh.

Amat jelas sekali, budaya fitnah sudah menjadi mainan pihak yang begitu takut dengan sokongan rakyat kepada Pembangkang.  Mereka ketandusan isu dan modal untuk menyerang Pakatan Rakyat, sebaliknya kita di dalam Pakatan Rakyat tidak melihat isu mengaibkan peribadi orang lain boleh menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan kita.  Perjuangan kita adalah isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat keseluruhannya seperti isu NFC, PKFZ, MRT, Penyenaraian FGVH, PTPTPN dan banyak lagi isu nasional yang lain.

Wednesday, September 12, 2012

Bukti Baru Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Boleh Disiasat Di Bawah Anti Money Laundering Act (AMLA)

KENYATAAN MEDIA
11 SEPTEMBER 2012

Berita penutupan restoran-restoran yang dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura memberi ruang kepada saya untuk meneliti kembali beberapa urusniaga dan transaksi (transaction) yang melibatkan dana rakyat yang disalurkan melalui NFC.

Walaupun berita penutupan itu perlu disambut dengan rasa lega, ia tidak bermakna bahawa penyelewengan dana rakyat RM250 juta boleh disembunyikan.

Saya ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mempunyai 3 syarikat utama yang beroperasi di Singapura melalui sokongan dana RM250 juta NFC, iaitu:

1.       Meatworks Singapore Pte Ltd yang mengendalikan restoran-restoran mewah
2.       Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang mengendalikan pasaraya
3.       Global Biofuture Pte Ltd yang mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal (trading)

Setakat ini, siasatan dan pendedahan KEADILAN banyak bertumpu kepada Meatworks Singapore Pte Ltd dan Farmhouse Supermarkets Pte Ltd sehingga menyebabkan operasi yang dikendalikan kedua-dua syarikat ini terpaksa ditutup.

KEADILAN kini mengalihkan pula tumpuan kami terhadap syarikat Global Biofuture Pte Ltd untuk memastikan operasinya juga disiasat dan segala pemindahan wang dari dana awam RM250 juta dihentikan serta merta.

Hari ini, KEADILAn tampilkan satu contoh transaksi yang melibatkan syarikat-syarikat yang dikawal oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Malaysia dan Singapura yang disyaki melakukan pemindahan wang yang bertentangan dengan mandat dan tujuan NFC.

Pemindahan wang sebegini perlu disiasat di bawah Anti Money Laundering Act (AMLA) yang menetapkan bahawa Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan perlu menyiasat sebarang transaksi yang disyaki, sama ada disyaki sumber kewangannya atau disyaki tujuan pemindahan wang dibuat.

Saya sertakan 3 dokumen seperti berikut:

1.       Email dari Donna Yong, kakitangan Meatworks Singapore yang bertanggungjawab terhadap operasi syarikat-syarikat milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura bertarikh 25 Oktober 2010 kepada Jabatan Kewangan NFC dan disalinkan kepada ketiga-tiga anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

2.       Borang permohonan penyediaan cek oleh National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil agar satu bayaran berjumlah US$990,402 (bersamaan hampir RM3 juta) dibuat kepada sebuah akaun bank di Singapura.

3.       Invoice bernombor V14/10 dari South East Asian Livestock Services Pty Ltd berpusat di Darwin berjumlah US$990,402 kepada Global Biofuture Pte Ltd berpusat di Singapura yang dimiliki dan dikawal oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Dokumen-dokumen ini mengesahkan perkara-perkara berikut:

1.       Pembelian lembu dari luar negara dibuat melalui sebuah syarikat broker Global Biofuture Pte Ltd yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

2.       Pembelian lembu berjumlah jutaan ringgit ini dibayar pula oleh syarikat NMLC yang menggunakan wang rakyat yang diberikan kepada NFC, sedangkan pembelian lembu-lembu tersebut dibuat oleh Global Biofuture Pte Ltd yang langsung tiada kena mengena dengan NMLC dan NFC.

Ini bermakna wang NFC telah dipindahkan secara haram melalui NMLC kepada Global Biofuture Pte Ltd yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil. Transaksi ini sepatutnya disiasat serta merta oleh Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa memandangkan ia berkemungkinan melanggar Anti Money Laundering Act (AMLA), apatah lagi ia membabitkan penyelewengan wang rakyat.

Pada masa yang sama, kehadiran Global Biofuture Pte Ltd sebagai orang tengah dalam pembelian lembu ini pada harga yang tinggi menimbulkan persoalan:

Apakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mengambil untung dua kali dalam pembelian lembu-lembu dari luar negara yang dibekalkan kepada NFC?

Apakah Global Biofuture Pte Ltd makan untung atas angin dengan mengenakan margin apabila ia menjual pula lembu-lembu tersebut kepada NFC?

Kenapakah NFC tidak boleh membeli terus lembu-lembu tersebut dari pembekal tanpa melalui orang tengah yang kebetulannya pula dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil?

KEADILAN merasakan bukti baru ini adalah mencukupi agar Bank Negara Malaysia dan pihak berkuasa menyiasat keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil atas kemungkinan melanggar Anti Money Laundering Act (AMLA).

Satu laporan baru akan dibuat pada hari Khamis ini untuk memastikan siasatan dapat dijalankan oleh pihak berkuasa secepat mungkin.

 
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

---
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya