KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Monday, March 20, 2017

KONVENSYEN WARGA FELDA - DAP TURUT BERSAMA PERJUANGKAN NASIB WARGA FELDA

 
 
SHAH ALAM: Warga peneroka Felda harus mengetepikan kepentingan diri sendiri, sebaliknya perlu berani melakukan perubahan politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk membantu orang Melayu dan negara, kata Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Anggota Dewan Rakyat penggal pertama dari DAP ini berkata, sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan peneroka Felda penyebab Umno masih mempunyai pengaruh kuat ke atas mereka.

“Mereka (warga Felda) mempunyai segala-galanya, mereka mempunyai 10 ekar tanah untuk membina sebuah rumah dan boleh membina sebuah banglo, walaupun penduduk bandar orang tidak boleh membina sebuah banglo,” kata beliau di Konvensyen Warga Felda di sini hari ini.

Raub merupakan salah satu kerusi Parlimen yang terletak di kawasan Felda.

Mohd Ariff, bekas ahli Umno mengetengahkan pendirian ini ketika timbul hujah sesetengah pihak bahawa nasib peneroka Felda dan orang Melayu akan terjejas jika Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP mengambil alih Putrajaya dalam PRU14.

Beliau juga berkata, para peneroka, yang majoritinya merupakan orang Melayu tidak perlu bimbang kerajaan nasib mereka dan institusi bernama Felda tetap akan terpelihara jika kerajaan Barisan Nasional (BN) digantikan oleh Pakatan Harapan.

“Usah bimbang kehidupan orang Felda, peneroka Felda dan institusi Felda tidak akan hilang,” tambah beliau.

Malah katanya: “Kita tukar kerajaan pada PRU-14 nanti. Dunia orang Melayu takkan tamat.”

Sehubungan itu, Ariff meminta warga Felda untuk menolak momokan kononnya pembangkang, orang Cina dan DAP mahu mengancam institusi Felda, yang kini katanya dilanda kemelut wang, kerana lebih baik untuk semua jika Felda diperbetulkan.

“Itu yang kita nak buat. Usah takut. Kita takkan memusnahkan institusi-institusi yang membantu orang Melayu,” katanya.

Konvensyen Warga Felda yang dianjurkan Pakatan Harapan.