Dalam satu siri lawatan kerja Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Pahang pada 16 Dis 2011 bermula di Temerloh seterusnya ke Kuantan telah mendapat sambutan hangat dari rakyat di negeri ini.
Siri kunjungan Dato' Seri Anwar Ibrahim berthemakan `Demi Rakyat - Menuju PRU ke 13" bermula di Temerloh dengan program `Minum Petang Bersama Rakyat' yang diadakan di Shakira Cafe, Batu 1, Temerloh di bawah anjuran Cabang Temerloh.
Bersantai minum petang bersama pimpinan Pakatan Rakyat. Turut kelihatan Ketua Cabang Temerloh, Sdr Ahmad Nizam |
Kehadiran Ketua Umum PKR tersebut disambut dengan lebih dari 1,000 rakyat berbagai kaum yang ingin bertemu muka serta mahu mendengar maklumat semasa dan amanat dari Ketua Pembangkang ini. Dato' Seri Anwar turut menyampaikan ucapannya pada program tersebut. Turut hadir adalah pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat.
DS Anwar sedang berucap |
Sebahagian dari orang ramai yang tekun mendengar pidato DS Anwar di Temerloh |
Sejurus selesai program di Temerloh, Dato' Seri Anwar bergegas pula ke Kuantan untuk menghadiri Program ceramah anjuran Keadilan Kuantan bertempat di Restoren Sekilau Seafood, Kuantan.
Sementara menanti ketibaan Dato' Seri Anwar Ibrahim, orang ramai yang dianggar lebih kurang seribu orang memenuhi ruang di dewan restoren tersebut bagi mendengar ucapan yang disampaikan oleh Adun Teja, YB Chah Lih Kang. Beliau menyampaikan pidatonya dengan isu-isu politik semasa di dalam Bahasa Melayu dan Mandarin. Meskipun cuaca di Kuantan sejak petang dengan hujan yang lebat dan beberapa kawasan di bandar ini ditenggelami air, namun tidak menghalang kehadiran orang ramai yang majoritinya terdiri dari berbangsa Cina.
Adun Teja, YB Chah Lih Kang |
DS Anwar bersama Dato' Fauzi, YB Fuziah dan Sdr Sim |
Ketibaan Dato' Seri Anwar Ibrahim disambut oleh Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman, Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh, dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di samping pimpinan-pimpinan Keadilan negeri.
DS Anwar penuh semangat sedang berucap |
Baju `Stop Lynas' ditandatangani oleh DS Anwar untuk dilelong |
Memandangkan Dato' Seri Anwar mempunyai program seterusnya di Kemaman, beliau diberi ruang berucap lebih awal sejurus ucapan Adun Teja. Di dalam ucapannya yang mengambil masa sejam lebih, beliau menyeru agar rakyat melakukan perubahan di dalam PRU ke 13 akan datang kerana negara ini telah semakin rosak di bawah Umno/Bn. Umno ternyata gagal membela nasib rakyat kecuali dengan sekadar memberi upah untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Pemberian RM100 untuk bantuan persekolahan dan RM500 untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) samasekali gagal menjawab tentang `lesap'nya wang rakyat sebanyak RM250 Juta yang diberikan kepada keluarga Shahrizat Jalil di dalam isu Fedlot (NFC). Bagaimana mungkin rakyat boleh merasa bangga dengan RM500 sedangkan ada individu di dalam Umno menerima RM250 Juta dengan pembelian kondo, hartanah dan bebas melancung? Kebenaran di dalam isu NFC ini terbukti apabila beberapa pimpinan di dalam Umno dan Bn sendiri mula gelisah dan menyeru agar Shahrizat meletakkan jawatan.
Berbagai kaum hadir memenuhi dewan |
Beliau juga turut membandingkan negeri-negeri di bawah Umno/Bn dengan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat yang terbukti berupaya menunaikan janji-janji yang ditawarkan kepada rakyat. Sekali lagi beliau tegaskan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, harga minyak petrol akan dikurangkan dan langkah ini akan membantu mengurangkan harga barang yang semakin tinggi sekarang ini. Beliau juga memberi amaran, sekiranya beliau dipenjarakan akibat fitnah Liwat II yang akan diputuskan pada 09 Jan nanti, rakyat tetap akan bangkit menentang kezaliman dan ketidak adilan.
Satu lelongan baju anti Lynas yang ditandatangani oleh Dato' Seri Anwar turut diadakan. Baju tersebut berjaya dilelong dengan harga RM150 sehelai.
Selesai pidato Dato' Seri Anwar, beliau terus bergegas ke Kemaman untuk satu lagi program ceramah di sana. Selepas itu, pentas ceramah di ambil alih oleh Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh. Beliau banyak menjelaskan tentang isu yang popular di kawasan Parlimen Kuantan iaitu isu Lynas. Sekali lagi, beliau tegas menyebut bahawa beliau tidak gentar jika senarai kontraktor atau mereka yang bekerjasama dengan projek Lynas didedahkan. Samada pihak yang bekerjasama dengan Lynas itu terdiri dari anggota Pembangkang atau sesiapa sahaja, Lynas tetap merbahaya kepada rakyat, jelas beliau.
YB Fuziah Salleh |
Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman menjadi pemidato terakhir malam tadi. Beliau yang baru kembali dari menunaikan Haji bersama Datin, banyak menceritakan pengalaman beliau sewaktu di Tanah Suci. Beliau juga menceritakan hampir 80 % Jemaah Haji yang beliau temui di sana meluahkan rasa tidak senang hati dengan pemerintahan Umno/Bn sekarang. Isu fitnah terhadap DS Anwar juga banyak mendatangkan simpati kepada Jemaah-Jemaah Haji di sana.
Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman |
Beliau turut memberi ingatan kepada semua pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat agar terus bekerjsama dan kurangkan pergeseran sesama sendiri bagi merealisasikan hasrat untuk menawan Negeri Pahang. Setakat ini beliau amat berpuas hati dengan kerjasama yang terjalin di antara rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan ini harus dipertingkatkan.
Tahniah kepada Keadilan Cabang Temerloh dan Kuantan yang telah berjaya mengatur program lawatan Dato' Seri Anwar ke Pahang semalam. Kerjasama semua pihak yang menjayakan program tersebut amat dihargai.
No comments:
Post a Comment