KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, April 26, 2016

PRN Sarawak: Pengerusi DAP S’wak gesa terus sokong calon KEADILAN

KUCHING 26 APRIL: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen mahu penyokong parti itu menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) khasnya di kawasan DAP tidak meletakkan calonnya.

 
 
Jelasnya ini kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini mempunyai misi untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbandinguntuk kepentingan parti semata-mata tetapi

“Ini (PRN) adalah pertarungan proksi untuk Najib. Ini kerana kerjaya dan masa depan politik beliau amat bergantung kepada keputusan pilihan raya Sarawak, tambahan ini adalah pilihan raya pertama selepas pelaksanaan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan),” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau mengemukakan borang penamaan calon untuk kerusi Kota Sentosa di pusat penamaan calon, Perpustakaan Awam Kota Sentosa dekat sini, semalam.

Chong, 45, bakal bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN) Wilfred Yap daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak PRN Ke-9 (2006).

Sementara itu, dalam perkembangan serupa, Pengerusi KEADILAN negeri, Baru Bian turut mahu rakyat negeri itu bersatu dalam usaha menyerang dan menumbangkan BN dengan terus meraih sokongan rakyat.

“Kami nyatakan sekali lagi bahawa musuh kita yang utama ialah Barisan Nasional.

“Kami gesa warga Sarawak untuk mengundi dengan bijak dan memilih calon yang telah bekerja keras selama ini dan mempunyai peluang lebih cerah untuk menang,” katanya dalam satu kenyataan media.
 

Sunday, April 3, 2016

JELAJAH MELAYU BERMARUAH PERINGKAT NEGERI PAHANG PADA 09-10 APRIL INI

Program Jelajah Melayu Bermaruah Peringkat Negeri Pahang akan diadakan selama dua hari melibatkan Lima kawasan Parlimen iaitu Bentong, Temerloh, Bera, Paya Besar dan Maran.  Program yang dianjurkan oleh KEADILAN Pusat ini bertujuan untuk memberi penerangan khususnya kepada orang-orang Melayu di pendalaman termasuk di kawasan Felda bahawa Parti KEADILAN adalah parti yang terbukti lebih baik dan diyakini di dalam menjuarai kepentingan kaum-kaum Melayu berbanding parti Umno.


Meskipun KEADILAN sebuah parti berbilang kaum, namun parti ini samasekali tidak pernah mengkhianai kepentingan orang-orang Melayu terutamanya hak-hak keistimewaan mereka yang terkandung di dalam Perlembagaan.  Di dalam memperjuangkan nasib kaum Melayu yang semakin jauh ketinggalan, KEADILAN juga tidak pernah mengabaikan hak kaum-kaum lain dan ini terbukti di Negeri Selangor malahan di mana jua negeri yang diperintah oleh Pembangkang.



Umno terbukti gagal membela nasib orang-orang Melayu bahkan pemimpin Umno terlibat dalam banyak isu dan skandal yang memalukan kaum Melayu itu sendiri.  Melayu yang bermaruah adalah Melayu yang berpegang teguh kepada Islam sebagai agamanya yang melarang dari perbuatan mungkar, rasuah atau penyelewengan.  Sehubungan itu, KEADILAN di dalam Program Jelajah Melayu Bermaruah di seluruh negeri akan menerangkan kepada kaum Melayu khususnya bahawa mereka perlu memberi kepercayaan kepada parti ini yang telah terbukti tidak mengecewakan di dalam memperjuangkan nasib kaum Melayu.

Program Jelajah Melayu Bermaruah Peringkat Negeri Pahang akan bermula pada 09 April 2016 (sabtu) di kawasan Bentong, Temerloh dan Bera,  manakala pada 10 April 2016 (Ahad)  akan diadakan di kawasan Paya Besar dan Maran.  Program akan bermula dari pagi hingga ke program ceramah di sebelah malam.  Program di sebelah siang meliputi program sarapan pagi, ramah mesra, bertemu penduduk, Minum petang dan sebagainya.  Manakala di sebelah malam akan diadakan program penerangan yang dihadiri oleh pimpinan-pimpinan utama Pusat dan Negeri.  Jadual terperinci program akan dihebahkan kemudian.

Justeru itu, orang ramai dijemput hadir di dalam semua program yang diatur bagi mendapatkan penerangan jelas tentang berbagai isu semasa khususnya yang berkaitan dengan kepentingan orang-orang Melayu terutamanya di luar bandar.  Program ini terbuka kepada semua kaum kerana kami mahu agar kaum-kaum lain juga memahami tentang perjuangan KEADILAN.