KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Kami telah memulakan siaran 24 jam mulai 02 Julai 2013.

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, April 27, 2012

BERSIH 3.0 - DISAMBUT DI BUMI MEKAH DAN MADINAH

Rakyat Malaysia di Mekah & Madinah lancar Bersih 3.0

KUALA LUMPUR: Menjelang dua hari perhimpunan Duduk Bantah, Bersih 3.0 dilancarkan Mekah dan Madinah – dua kota suci bagi penganut Islam..

 

Di Mekah, pelancarannya dibuat depan restoran D’Saji milik Malaysia yang terletak di bangunan perniagaan di depan Masjidil Haram, lapor Harakah Daily petang ini.

Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat dalam pelancaran dengan hampir semua memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0, selain menaikkan kain rentang.

Di Madinah, pelancaran dibuat di perkarangan Masjid Nabawi dengan kira-kira 30 rakyat Malaysia yang memakai baju Bersih 3.0 berhimpun bawah payung gergasi pusat ibadat itu./KeadilanDaily

Bersih: Berhimpun di 6 lokasi sebelum ke Dataran Merdeka


Peserta perhimpunan Aman Bersih 3.0 pada Sabtu ini diarah berhimpun di 6 lokasi sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Enam lokasi ialah Central Market, Masjid Negara, KLCC, Brieckfield, Jalan Sultan dan Masjid India. 
Demikian dijelaskan Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah.  Selain itu, katanya, perhimpunan Hijau di KLCC juga akan menyertai Duduk Bantah Bersih 3.0.

Menurut beliau, Himpunan Hijau tidak terpisah dengan Perhimpunan Aman Bersih 3.0 kerana kesemua mereka yang menyertai kedua-dua perhimpunan itu mempunyai tujuan yang sama, iaitu untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya dengan bersih, adil dan telus di negara ini.

Wednesday, April 25, 2012

CERAMAH AZMIN DI K.KRAU - SAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN
















Ceramah Pakatan Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau pada 23 April baru-baru ini dengan kehadiran 2000 orang merupakan perjumpaan politik terbesar yang pernah berlangsung di Pekan Kuala Krau.

YB Tian Chua yang sepatutnya memulakan ucapan pada jam 8.45 malam tidak sampai ke tempat ceramah yang diadakan di perkarangan Pejabat PKR Kuala Krau.

Menurut kisahnya beliau telah terlepas Exit Tol Temerloh dan telah menuju ke Bandar Jengka sebelum berpatah balik ke Tol Temerloh dan sampai di Pejabat PKR Kuala krau jam 10.00 malam di ketika YB Ng Suee Lim sedang berucap.

Sebaik saja YB Ng selesai berucap, Majlis menjemput YB Tian berucap dan beliau berucap sekadar 10 minit sahaja kerana beliau terpaksa belepas ke Kuala Lipis untuk Majlis Ceramah disana.

Majlis Ceramah itu dimulakan oleh Sdr Adly Zahari, Pesuruhjaya PAS Melaka, ucapannya mirip YB Nizar, mantan Menteri Besar Perak.

YB Ng atau dengan nama yang lebih popularnya YB Sekinchan yang berucap selama 45 minit dengan cara ucapannya yang yang kelakar tetapi menyentuh isu-isu kegagalan UMNO/BN khususnya di Negeri Selangor memukau para hadirin.

YB Azmin Ali berceramah dengan cara yang serius membongkar penyelewengan-penyelewengan
UMNO/BN dan SPR yang melakukan penyelewengan didalam scale yang besar bagi memanipulasikan daftar pemilih untuk memberikan kemenangan UMNO/BN didalam PRU akan datang dengan cara yang tidak sah.

Satu ceramah yang betul-betul hidup dan bersemangat, tahniah kepada semua yang terlibat.
 

PENDEDAHAN PENIPUAN - RAKYAT WAJIB TURUN BERSIH 3.0

GEMPAR!! JPN Kantoi 2 Kali Dalam 1 Kenyataannya!! (WAJIB SEBAR!!)





Ok lihat kenyataan di atas seperti yang dilaporkan Malaysiakini. JPN menjelaskan kebimbangan IC yang mempunyai tarikh luput. Malangnya, rancangan busuk Umno-JPN-SPR-dan sekutu-sekutunya untuk menipu di PRU13 terbongkar!!

1. JPN maklumkan bahawa kad pengenalan tersebut dikeluarkan pada tahun 2001 kerana ketika itu tiada banyak jenis kad seperti hari ini.

PERSOALAN: Tahun 2001 bermakna hayat kad pengenalan seperti gambar di bawah hampir 12 tahun... Cuba lihat kad pengenalan anda semua, bagaimanakah rupanya fizikal kad pengenalan yang telah dikeluarkan lebih 10 tahun dulu?
 


2. JPN mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Ini bermaksud semua kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tidak boleh mengundi atau dengan kata lain - tidak mempunyai rekod di SPR

PENDEDAHAN: Lihat lagi satu pendedahan IC bertarikh luput di bawah - Pemegang kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput ini BOLEH MENGUNDI !!!
 


Inilah sebabnya mengapa kita harus tempuh segala halangan dan dugaan untuk sampai ke Dataran Merdeka 28 April 2012!! Tidak hairanlah jika TG Nik Aziz juga sanggup mengatakan kehadiran anda yang cintakan tanahair ini adalah WAJIB!
Ingatlah... Jika anda terasa berat untuk bersama di Dataran Merdeka 428 nanti hanya kerana kemungkinan berdepan bahaya dan kesakitan yang sementara, maka kita semua akan selamanya terperangkap dalam sebesar-besar ketidak-adilan!!

Percayalah negara kita sedang digadai!! Ibu Pertiwi kita sedang diperkosa oleh gerombolan yang tamak kuasa!! Ayuh semua ke Dataran Merdeka 284!!! Pastikan Aziz dan SPR LETAK JAWATAN!!!

Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah !

Sumber: Edyes

Tuesday, April 24, 2012

MENTERI PERTAHANAN YANG TIDAK BOLEH `BERTAHAN'

Scorpene: Zahid Hamidi cuba berlagak hero, kini buat U-Turn

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 23 April: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan cuba membuat pusingan U, apabila sebelum ini memberi jaminan akan memberi keterangan di mahkamah Perancis, jika diminta berbuat demikian.

Bagaimanapun, Zahid Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan hadir atau menghantar wakil dalam perbicaraan berkaitan rasuah pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Zahid cuba berlagak hero sebelum membuat ‘U-Turn’ dengan kenyataan terbarunya.

“Dulu bukan main berani. Kenapa sekarang takut? Ini menunjukkan Zahid sudah buat ‘U-turn’. Itu lah, nak jadi Hero sangat. Sekarang tak berani pergi pula,” katanya.

Zahid pada 11 Mei tahun lalu berkata, beliau sedia memberi keterangan untuk membuktikan ketelusan kerajaan dan supaya mahkamah menentukan kebenaran dalam kes itu.

Mengulas lanjut, Tian berkata, Zahid cuba mengambil alih kesalahan yang dilakukan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan.

“Takkan dia (zahid) nak pergi (sebagai saksi) atas kesalahan orang lain? Sebenarnya, memang bukan tanggungjawab Zahid pun, tapi Menteri Pertahanan ketika urusaniaga pembelian Scorpene dibuat, iaitu Najib Razak,” jelas Tian.

Khamis lalu, Paris Tribunal Grande Instance menerima senarai saksi yang dicadangkan Suaram, antaranya Najib selaku menteri yang bertanggungjawab ketika pembelian Scorpene pada 2002 dan Zahid yang kini menjadi menteri pertahanan./KeadilanDaily

Sunday, April 22, 2012

HIMPUNAN BERSIH 3.0 - MASYARAKAT FELDA DAN ORANG ASAL TURUT SERTAI

BERSIH 3.0 yang akan diadakan pada 28 April 2012 bertempat di Dataran Merdeka, KL semakin mendapat sokongan dari berbagai pihak.  Selain dari berpuluh-puluh NGO yang akan turut serta pada Perhimpunan `Duduk dan Bantah' itu, perhimpunan itu juga bakal menyaksikan penyertaaan dari ribuan para Peneroka Felda di seluruh Malaysia.

Kenyataan resmi dari Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Tuan Hj Suhaimi Said menunjukkan komitmen seluruh Peneroka Felda untuk bersama-sama rakyat membantah sebarang bentuk penipuan di dalam Pilihanraya.  

Sehubungan itu, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal menyeru seluruh warga Peneroka Felda untuk hadir beramai-ramai di Dataran Merdeka pada 28 April ini nanti dengan memakai T-Shirt `BANTAH' yang digunakan sewaktu menyerahkan memorandum di Pejabat PM di Putarajaya baru-baru ini.

Saturday, April 21, 2012

EZAM MOHD NOR DICABAR BERDEBAT, JANGAN GUNA SAMSENG

 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap oleh samseng upahan di bawah kelolaan Waris Malaya, ke atas mahasiswa yang berkampung di Dataran Merdeka untuk menuntut pendidikan percuma.

Merujuk kepada sekumpulan samseng telah bertindak merosakkan khemah-khemah di kawasan tersebut dan mencederakan mahasiswa yang mempertahankan kedudukan mereka di kawasan terbabit. SAMM segmentasi mahasiswa kesal dengan tindakan tidak bertamadun dan memalukan tersebut. SAMM beranggapan bahawa sebarang bentuk keganasan dalam kejadian yang berlaku pada malam tersebut harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh regim UMNO/BN. Baru-baru ini Waris Malaya juga dilancarkan oleh Presiden Umno.

Seharusnya jika terdapat di kalangan pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan kumpulan mahasiswa tersebut, hendaklah bertindak dengan cara yang lebih melambangkan kekuatan ilmu dan hujah bukan dengan menggunakan kekerasan.

Seraya itu, SAMM memberi cabaran kepada pihak terbabit (Waris Malaya) supaya tampil kehadapan dan nyatakan dengan prinsip mengapa tindakan tersebut dilakukan. SAMM juga mencabar wakil kepada Waris Malaya untuk berdebat secara ilmiah di Dataran Merdeka dengan mahasiswa dihadapan umum supaya rakyat dapat menilai perjuangan pihak mana yang lebih benar.

Jika Dataran Merdeka menjadi soalnya, maka kita memilih Daratan Merdeka sebagai tempat yang paling sesuai untuk wacana debat diadakan. Pilihlah walau Ezam Md Noor sekalipun untuk berdebat, kami mahasiswa dari SAMM dan kumpulan mahasiswa lain yang bernaung di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia sedia untuk menghantar wakil. Sila nyatakan tarikh dan masa.

Akhir sekali SAMM beraharap pihak berkuasa khususnya Polis Di Raja Malaysia PDRM melakukan siasatan dengan segera ke atas kumpulan yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut dan jangan biarkan sistem polis diperalatkan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik.

Penulis ialah Penyelaras Segmentasi Mahasiswa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)/Sumber: Harakahdaily

Friday, April 20, 2012

SAMSENG - NAJIB DAN HISHAMUDDIN MEMBISU?



Hazayani Zakaria, 19 Apr 2012

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengecam tindakan sekumpulan samseng menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka awal pagi tadi yang disifatkan sebagai biadab.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun terdapat perbezaan pendapat yang ketara, budaya samseng tidak boleh diamalkan.

"Saya dan teman-teman mengutuk keras tindakan biadab gerombolan penjahat yang menyerbu dan menyerang anak-anak kita di Dataran Merdeka.

"Saya ingin mengingatkan beberapa perkakas mereka yang seolah-olah menyokong tindakan ini. Kita boleh bebeza pendapat, kita boleh menganggap anak-anak itu bersalah, kita mungkin tidak bersetuju keras dengan mereka tapi ingat, jangan guna kuasa rakus mereka untuk memukul anak-anak.

"Siapa yang beri hak kepada mereka? Apakah samseng boleh mengatasi undang-undang?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mempersoal sikap berdiam diri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein walaupun sudah beberapa kali kejadian sedemikian berlaku.

"Ini bukan kali pertama. Ketika saya diserang cermin kereta dipecahkan, Nurul Izzah diserang dan sebelum ini di Lembah Pantai Adam Adli diserang.

"Apa negara ini (menerima) budaya samseng? Apa Datuk Najib tidak rasa bertanggungjawab sedikit? Bukankah dia seorang ayah? Apakah Menteri Dalam Negeri lepas tangan begitu sahaja? soalnya.

Justeru beliau meminta semua pihak menerima perbezaan pendapat tanpa menggunakan kekerasan.

"Apa kata kalau seorang penyokong Umno diserang begitu, terus jadi isu besar. Ini bukan soal politik. Ini soal jenayah.

"Kita harus belajar berbeza pendapat dan harus menghormati hak masing-masing," katanya yang juga Ketua Pembangkang.

Kira-kira jam 2.30 pagi tadi, sekumpulan lebih kurang 40 samseng berpakaian serba hitam menyerang perkhemahan mereka dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video./Harakahdaily

Thursday, April 19, 2012

MAHU BESARKAN `RELA' TAPI PENDATANG HARAM BERTAMBAH?


Kadang2 saya rasa jurublog yang menyokong UMNO ini terdiri dari orang tongong. Mungkin itu sebab nya, Dr Mahathir kata yang tinggal dalam UMNO orang bingung dan half past six. Adakah munasabah jika saya hendak menentang UMNO dan BN, saya tidak di beri bercakap mengenai Dato Najib dan Dr Mahathir atau mana mana pimpinan UMNO? Bukankah mereka ini semua manusia- kalau kentot pun, busuk juga?

Ini macam mengajak saya bergocoh tapi nak ikat tangan saya di belakang. Bolehlah kamu belasah orang yang tangan diikat di belakang. Geng dan gerombolan UMNO ini apa yang tidak mereka kata kepada Nik Aziz, Haji Hadi, Guan Eng, Kit Siang dan Anwar Ibrahim? Saya rasa istilah dalam kamus perkataan jijik dan kotor pun sudah tidak ada. Kita kena buat kamus special untuk pendukong UMNO.
Kalau nak ikut membontot orang- Dato Najib lah yang berada di depan sekali- bukankah dia jadi naib ketua UMNO Malaysia dahulu dengan membontot di belakang Anwar?

Kita ini semua nak berlawan berhujjah. Menyampaikan buah fikiran dan pandangan kepada pembaca dan pengundi. Biarlah mereka yang melakukan pengadilan. Pendukong UMNO dan penyokong UMNO tulislah sepuas hati dalam blog mereka sendiri. Tentu mereka ada pembaca setia dan audiens. Tidak perlu bersusah payah membaca Sakmongkol. Mereka mengunjung juga ke blog Sakmongkol sebab mereka tahu, kalau pandangan mereka saya siarkan, mereka mendapat respectability. Dalam blog geng2 mereka, siapa nak membaca nya? Penuh dengan caci nista, maki wa hamun dan pandangan2 yang dangkal. Kalau apa yang kita kemukakan kepada pembaca dan pengundi tidak betul, mereka akan menolak kita.

Kalau kita faham rukun berbeza pendapat, semua orang akan puas hati. Bila UMNO kalah dalam PRU nanti mereka akan puas hati dan di kalangan Pakatan Rakyat yang menang, kita akan puas hati jugak.
Yang orang UMNO takut sangat desakan kita mahukan daftar pengundi disemak dan di bersihkan kenapa? Bukan kah kita mengkhianati negara jika kita beri mykad segera kepada Mat Myanmar, Mat Nepal, Mat Bangla, Indon dan lain2 PATI?

Sebab itu saya kata, apa perlunya kita membesarkan anggota RELA? nak jaga keselamatan siapa? Semua PATI kita terima dengan tangan terbuka. Kita sambut dengan nyanyian dan tabur bunga rampai. Kita kata lagi- selamat datang, ahlan wa sahlan. Sebab bila Sabah dan Sarawak tidak lagi jadi simpanan tetap, gerombolan UMNO menjadikan FELDA dan PATI sebagai simpanan tetap. UMNO hanya menang dengan cara menipu.

PM kata nak jadikan Malaysia demokrasi terbaik. Maka jangan sekat semua parti politik di beri masa udara untuk menyampaikan pandangan. BN ada semua alat sibaran am- TV dan radio dan entah apa lagi- mana mungkin tidak terdaya berlawan hujjah dengan pihak pembangkang?

Kita guna dakwat kekal untuk mengelak penipuan. Kalau tak, ada orang boleh undi 4-5 kali. Dan kita mantapkan kaedah undi pos. ini tuntutan yang valid dan sahih. Yang UMNO berlagak macam parti yang reaksioner tidak mahu mengujudkan rukun demokrasi yang baik, kenapa?

Jadi Dato Najib jangan ek lah nak bercakap mengenai demokrasi terbaik dalam dunia dan bongkak pula menyatakan pemansuhan ISA sebagai pengorbanan kepada rakyat. Bukankah kita ada institusi perundangan dan penghakiman dan kepolisian? Atau mungkinkah PM dari UMNO ni pun turut sangsi tentang integrity institusi yang di ujudkan oleh kerajaan nya?

Saya hendak semua orang faham- bahawa semua jawatan dan kedudukan politik bersifat TOL. PM duduk di Putrajaya atas aturan TOL. Lesen Pendudukan Sementara bukan hak milik kekal. Semua nya bergantung keatas sokongan rakyat dan rakyat berhak menilai semual setiap 5 tahun.

Pihak keselamatan mesti menjaga keselamatan rakyat bukan keselamatan UMNO. Jika identity penyerang penuntut di kenali tangkap mereka dan dedahkan siapa mereka. Baru kita tahu siapa yang mendalangi serangan tersebut. Dimana kah pihak polis ketika samseng2 mengasari pelajar yang bermukim di dataran merdeka? Pelajar bermukim untuk menuntut pemansuhan PTPTN bukan nak buat bonfire. Ini kerja matlaon UMNO dan agent provocateurs lain.

Apalah sangat pemansuhan PTPN di bandingkan dengan kemaafan yang di berikan kepada Tajudin Ramli? Apalah sangat jumlah pembiayaan PTPTN di bandingkan dengan sabsidi yang di beri kepada syarikat pengendalian TOL, IPP dan sebagai nya? Jika kita menyuruh pelajar2 memulangkan balik pinjaman PTPTN- maka kita mesti juga menyuruh Mirzan Mahathir memulangkan kembali 1.8 billion duit Petronas yang di pakai nya untuk menyelamatkan syarikat perkapalan nya suatu ketika dahulu. Petronas bukan nya lender of last resort dan harta peribadi keluarga Dr Mahathir.

Saya hendak ibu bapa, saudara mara dan sahabat handai pelajar2 yang di kasari dan di pukul, ingat baik baik kezaliman ini. terjemahkan kemarahan anda semua dengan mengundi UMNO dan BN KELUAR dari tampuk kuasa. Mengundi mereka bererti memberi lesen kepada mereka untuk membuli anak anak kita. Budak2 yang kena pukul ini tidak ada ibu bapa kah untuk di perlakukan sedemikian rupa?

Artikel saya sebelum ini menulis mengenai tebiat Dr Mahathir. dialah orang yang paling takut jika UMNO dan BN kalah. Bila UMNO jalah kita akan bongkar segala onar dan mungkar yang di lakukan oleh UMNO dan BN sejak 1981. TOL jalan raya, pelabuhan, IPP- semua wajib di bongkar supaya rakyat tahu.

Dan insitincts saya mengidentifikasikan Dr Mahathir ternyata tepat. Sekarang ini dia sibuk berkempen on line menggesa pengundi memilih UMNO dan BN. untuk apa Dr? untuk memberi lesen kepada UMNO terus merompak dan melanun rakyat Malaysia dan memperkudakan orang Melayu? Kita heran kenapa Dr Mahathir mahu mempertahankan parti yang rotten to the core dan parti yang mengetuai kerajaan yang korap dari yang paling tinggi hingga ke pemimpin peringkat cawangan? Kenapa kita mahu beri mandate kepada UMNO dan BN?

Jika tidak kerana manipulasi persempadanan kawasan parlimen, UMNO dan BN telah lama berkubur. Sekarang dalam saat hendak lemas dan nazak, UMNO menggunakan segala kumpulan reaksioner untuk membuli rakyat. Maka benarlah seperti yang di nyatakan oleh Pendita Zaaba-

Rakyat Malaysia dan bangsa Melayu…mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah2 yang pada zaman dahulu itu- iaitu pemerintah2 dari bangsa mereka sendiri…/Sakmongkol

Bukan 19,000 tapi 31,000 pengundi dipindahkan SPR- Fuziah

(Oleh: Rusnizam Mahat)


KUALA LUMPUR 17 April: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan analisa KEADILAN, bilangan pengundi yang dipindahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah dua kali ganda daripada yang diakui Suruhanjaya itu.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengakui 19,000 pengundi dipindahkan di kawasan atau lokaliti berbeza.

“Berdasarkan analisa kita, bilangannya bukan 19,000 tetapi dua kali ganda iaitu 31,294. Kita dapati ada soalan saya yang tak boleh dijawab.
Contohnya Pusat Tanahan Bukit Jalil, ia terletak di kawasan Serdang tetapi mengundi di Lembah Pantai,” kata Fuziah.

Ketika memberikan taklimat kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat 16 April lalu, Abdul Aziz juga berkata pemindahan itu bukan hanya melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tetapi juga membabitkan 19,342 pengundi.

“Alasan SPR ada asas tetapi tidak konsisten. Contohnya pemindahan Tan Sri Khalid di Seksyen 16 (Petaling Jaya) dikatakan dibuat mengikut persempadanan semulajadi iaitu jalan yang memisahkan antara Petaling Jaya Selatan Lembah Pantai.

“Tapi apabila saya tunjukkan kem tentera Batu 9 di Kuantan, di mana ia tak sepatutnya masuk di kawasan parlimen Pekan, SPR tak boleh jawab,” katanya.

Beliau juga memberikan contoh Pusat Bekalan Polis Shah Alam iaitu lokasi secara fizikal terletak di DUN di Seri Setia di Parlimen Kelana Jaya, tetapi seluruh pengundi mengundi di Subang.

Begitu juga kawasan Saujana Resort dalam DUN Seri Setia dipindahkan ke DUN Kota Damansara dan parlimen Subang,

“Jadi logik yg digunakan tidak boleh pakai sebab jelas kedudukannya ialah di dalam Seri Setia,” katanya.

 
 
Menurut Fuziah, KEADILAN juga bimbang SPR cuba untuk menutup penipuan mereka apabila tidak mempamerkan senarai 106,255 pengundi yang telah meninggal dunia dari Disember 2010 hingga September 2011.

“Kalau tak pamer, macam mana kita nak tahu mereka sudah mati? Lagipun data yang kita ada ialah 70,000. SPR tak jelaskan status dan mengatakan tiada kuasa untuk memotong nama mereka. Pada saya tindakan SPR tidak telus langsung,” ujarnya.

Sebab itu katanya, himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah satu-satunya jalan untuk mendedahkan penipuan SPR kepada rakyat.

“Kita mahu timbulkan kesedaran kepada seluruh dunia berkenaan SPR tidak ada kesungguhan untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih. PSC tidak ada komitmen untuk membersihkan daftar pemilih. Bersih bertujuan untuk timbulkan kesedaran kepada rakyat supaya bangun untuk menuntut hak mereka,” kata beliau./KeadilanDaily

Tuesday, April 17, 2012

FAKTA SIAPA HINA RAJA-RAJA MELAYU SEBENARNYA?

(UMNO pernah tabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan & Utusan Meloya laporkan dengan megahnya di muka hadapan.. apakah Melayu sudah lupa?)

Senarai Kebiadaban Umno Terhadap Raja-Raja Melayu :

Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana. 


Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”.

Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.


1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?

8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993) 


(UMNO menggelar Sultan Terengganu atau Yang DiPertuan Agong ketika itu sebagai BINATANG.. apakah Melayu sudah lupa?)

9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu.

10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil?

12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11 Jun 1993.)

13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009.

15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?

16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.

17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu.

Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993.

Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno. Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu.

Oleh Idris Ahmad - HarakahDaily

MENGAPA WUJUD 'GABUNGAN TUKAR MB PAHANG' ?

Lee Chean Chung
Oleh:  Lee Chean Chung
 
Gabungan TUKAR bertujuan untuk menukarkan Menteri Besar Pahang sekarang iaitu Dato’ Seri Adnan Yaakob atas tiga sebab berikut:


1. Di bawah pimpinan Adnan Yaakob, masalah rasuah, penyalahgunaan kuasa serta ketidakadilan pentadbiran kian berleluasa. Walaupun negeri Pahang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia yang dikurniakan dengan sumber-sumber semulajadi yang kaya, negeri ini telah membentangkan Bajet defisit berturut-turut selama 12 tahun.Ini membuktikan bahawa sepanjang Adnan Yaakob memegang jawatan Menteri Besar, beliau gagal membawa pembangunan kepada negeri Pahang dan rakyat negeri Pahang. Beliau juga gagal membawa kemajuan dalam persekitaran politik yang lebih telus dan demokrasi.

2. Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas. Adnan seringkali mengeluarkan hujah yang bertujuan mengugut rakyat Pahang. Sebagai contoh, beliau memberitahu bahawa kawasan perindustrian Gebeng akan ditutup seandainya rakyat masih menentang projek Lynas. Di samping itu, hujahnya juga mengelirukan dan mengandungi maklumat yang tidak tepat. Sebelum ini, Adnan pernah memberitahu media bahawa radiasi nadir bumi lebih selamat berbanding dengan jalan asfalt. Adnan juga memberitahu kita bahawa Kilang Nadir Bumi Asean Rare Earth (ARE) hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak memproses nadir bumi. Hujah-hujah yang bercanggah ini adalah amat tidak bertanggungjawab serta menggadaikan nyawa rakyat.

3. Adnan Yaakob juga mudah naik marah dan sering mengeluarkan perkataan yang kurang bersopan, termasuk tindakan baru-baru ini yang berkasar menolak kamera wartawan serta menggunakan perkataan "Bodoh" untuk memarahi wartawan. Sifat kasar yang digambarkan ini tidak harus ditunjukkan oleh Menteri Besar yang merupakan pemimpin tertinggi negeri Pahang yang sepatutnya menjadi teladan rakyat. Malahan, tindakan seumpama itu sungguh memalukan kita sebagai rakyat Pahang.

BAGAIMANA JADI BEGINI? SPR PERLU DICABAR

Apakah jenis- jenis penipuan yang boleh dijangkakan di dalam Pilihanraya Umum akan datang? Setelah beberapa kajian dibuat dan disertakan dengan fakta dan bukti, di antara jenis-jenis penipuan yang dirancang dan sedang dilakukan adalah seperti berikut:

1. Potong Nama Pemilih Tanpa Di Pamer Di Dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT).
- Dari Dis 2010 hingga Sept 2011, terdapat seramai 106, 255 pemilih awam yang dipotong nama dari Daftar Pemilih Induk tanpa di pamer. Mereka mungkin sudah mati, tetapi bagaimanakah untuk kita mengetahuinya kerana ianya tidak dipamerkan? Tidak mustahil sebenarnya mereka masih wujud.

2. Nama Ditambah Tanpa Dipamer.
- Dari Dis 2010 hingga Sept 2011, terdapat 6,705 pemilih seluruh negara yang ditambah ke dalam Daftar Pemilih Induk tanpa dipamer.

3. Pemilih Yang Ramai Dalam Satu Alamat.

- MIMOS Bhd setelah membuat semakan audit, di dalam taklimatnya kepada PSC berkata terdapat kira-kira 200, 000 pengundi yang mencurigakan.

- Antaranya;

> 820 kes - 100 pengundi menggunakan satu alamat.

1259 kes - 51 - 100 pengundi satu alamat.

3254 kes - 21 - 50 pengundi satu alamat.

6002 kes - 11 - 20 pengundi satu alamat.

4. Pemilih Tiada Alamat.

- Terdapat 2, 425, 045 pemilih di seluruh negara yang langsung tiada alamat.

- Hanya ada lokaliti.

- Di khuatiri di sini terdapatnya `Pengundi Hantu'.

5. Penambahan Pemilih Secara Mendadak

- Subang (27, 765)

- Kapar (21, 606)

- Kuala Langat (17, 172)

- Selayang (16, 189)

- Gombak (15, 467)

- Gelang Patah (17, 356)

- Bukit Katil (16, 206)

- Hulu Selangor (15, 481)

- Pekan (18, 000)

6. Pindah Pemilih Dengan Alasan Perbetulkan Sempadan

- Terdapat 31, 294 pemilih di seluruh negara yang terlibat di dalam cara penipuan ini.

- Alasan yang diberikan ialah membetulkan sempadan kawasan pilihanraya. Penting untuk diketahui, apabila sesuatu lakaran baru dibuat ke atas kawasan pilihanraya, ianya bererti sempadanan semula kawasan pilihanraya telah berlaku,dan ianya mesti dilakukan melalui kelulusan di Parlimen 2/3 majoriti terlebih dahulu.

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad mengatakan bahawa terdapat peruntukan di bawah Seksyen 7, Akta Pilihanraya yang membenarkan SPR berbuat demikian. Terbukti beliau berbohong kerana ini melibatkan melukis semula sempadan kawasan Pilihanraya yang memerlukan kelulusan 2/3 Dewan Rakyat.

Membetulkan sempadan lokaliti dan Daerah Mengundi dibenarkan oleh Akta akan tetapi selagi ianya tidak melepasi sempadan kawasan Dun atau Parlimen. Disebut;

4. Prinsip-Prinsip Membelah Bahagi

4.6 Sempadan Bahagian Pilihanraya.

"Urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah ditumpukan dan terhad dalam satu-satu Bahagian Pilihanraya Negeri sahaja. Oleh itu, urusan belah bahagi daerah-daerah mengundi adalah TIDAK BOLEH SAMA SEKALI melampaui sempadan Bahagian Pilihanraya Negeri apatah lagi Parlimen termasuklah urusan untuk tujuan mencantumkan 2 daerah mengundi yang kecil atau sebahagiannya yang terletak di sempadan 2 Bahagian Pilihanraya yang berlainan"

7. Daftar Undi Pos Pemilih Berumur 30 Tahun Ke Atas

- Modus Operandi

- Suku ke 3 dipamer potong nama atas alasan masuk tentera/polis.

- Suku ke 4 diberi Kad Pengenalan Tentera.

- Kemudian diwartakan sebagai Tukar Alamat Tentera.

- Ada `Slash' "/" di dalam nombor Kad Pengenalan Tentera bermaksud mungkin boleh mengundi di dua kawasan.

8. Seluruh Kem Dipindahkan Kawasan Mengundi Ikut Suka
- Contoh, Pusat Bekalan Polis Shah Alam. Kedudukan dalam peta di DUN Seri Setia dan mengundi di Subang.

9. Daftarkan Pengundi Yang Memang Sedia Jadi Pemilih

- Suku Ke 4 2011 sahaja terdapat 1969 pengundi didaftarkan semula.

- Dipamerkan 1689 pengundi yang telah sedia berdaftar sebagai pengundi baru.

- Kemudian didaftarkan semula menggunakan "/" dihujung nombor Kad Pengenalan untuk membezakan no Kad Pengenalan asal agar boleh diterima masuk melalui sistem komputer.

- Kebanyakan ialah di dalam Pengundi Pos.

- Dikhuatiri oleh sebab tiada dipamer pemotongan di dalam Rang, maka akan dibiarkan status pengundi sah di dua tempat.

BAGAIMANA JADI BEGINI? SPR PERLU DICABAR
- SYSTEM - Kemungkinan ada System B yang ada akses kepada Database SPR melalui Remote Station.

- PROSEDUR - Jelas tidak diikuti. SPR buat ikut suka dan beri alasan untuk melepaskan diri.

- DATABASE - Daftar Pemilih SPR hilang kredibiliti dan perlu ada inkuari/Lembaga Siasatan Bebas.

WUJUD `TASK FORCED" BEROPERASI DI PEJABAT PM?

Pendedahan oleh Naib Presiden PAS, YB Mahfuz Omar amat mengejutkan. Sehingga kini pihak kerajaan gagal menafikannnya secara jelas. Pakatan Rakyat menuntut Siasatan Bebas diadakan atas dakwaan YB Mahfuz ini kerana ianya bukan sahaja melibatkan soal penipuan di dalam pilihanraya, lebih serius lagi melibatkan soal keselamatan negara. Bayangkan, bagaimana suatu hari nanti Pendatang Asing boleh menentukan dasar dan pemimpin negara ini.

JENTERA PARTI PERLU BEKERJA KUAT

Melihat kepada fakta yang diberikan di atas, secara lojiknya bukan mudah untuk kita menuju ke Putrajaya walaupun kita sedar sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat amat melonjak sekali. Di Pahang, sokongan peneroka Felda dan Orang Asal jauh berbeza dari PRU yang lalu.

Masyarakat bandar dan mana jua kawasan yang maju, Umno/Bn tidak usah bermimpi untuk beroleh sokongan. Sehubungan itu, semua jentera parti mesti bergerak dari sekarang dengan menjadikan apa jua maklumat tentang penipuan pilihanraya sebagai panduan. Paling penting, lakukan semakan dengan teliti pada Senarai Daftar Pengundi di kawasan masing-masing bagi mengenalpasti sebarang penipuan atau keraguan.

Petugas-petugas juga perlu dilantik untuk melakukan siasatan mengikut alamat di dalam Senarai Daftar Pemilih yang terkini sekiranya terdapat keraguan. Arahan dari Pengarah Pilihanraya Negeri atau Cabang dari masa ke semasa mesti dipatuhi.

Monday, April 16, 2012

PROGRAM `GEMPUR KAWASAN NAJIB' BERTERUSAN MALAM TADI

Kapt (B) Ayatuddin





Malam tadi (15 Apr), bertempat di Markas PAS Shahbandar, Langgar, Pekan telah diadakan satu program ceramah kelompok anjuran PAS Kawasan Pekan.  Program malam tadi menampilkan tokoh utama iaitu Pengerusi MPN PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman.  

Meskipun Parlimen Pekan adalah kawasan kubu kuat PM, Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno, namun Pekan sekarang ini adalah satu kawasan yang sering menjadi tumpuan program ceramah dari Pakatan Rakyat setiap minggu.  Turut berceramah malam tadi adalah Setiausaha Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Pahang, Us Youslyiddy Desa, Naib Ketua PAS Kawasan Pekan, Kapt (B) Ayatuddin dan juga Ketua Wanita KEADILAN Cabang Pekan, Puan Sitarunnisah.

Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN PKR Pahang) bersama pimpinan PAS
Di dalam satu ceramah kelompok, kehadiran dianggarkan tidak kurang dari 100 yang hadir di kalangan penduduk setempat merupakan satu kebanggaan, apatah lagi kampung berkenaan berada di kawasan Parlimen Pekan.  Ucapan dari Us Youslyiddy Desa, Setiausaha Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Pahang menarik perhatian.  Beliau telah menyampaikan ucapan beserta dengan slide sebagai bahan penerangan beliau.

Beliau menumpukan kepada isu `Siapakah Pengkhianat Kepada Raja-Raja Melayu".  Penerangan beliau malam tadi menyanggah samasekali tuduhan dan fitnah Umno terhadap Pakatan Rakyat yang kononnya tidak menghormati Institusi Istana.  Fakta dibentangkan melalui slide, menunjukkan pemimpin Umno sejak dari dahulu lagi mempunyai rekod menghina Institusi Raja.  Ucapan-ucapan Tun Mahathir dan beberapa pimpinan Umno termasuk di dalam Parlimen sendiri adalah bukti Umno terlibat dari awal menghina Raja-Raja Melayu.

Beliau turut membuktikan betapa pemimpin Umno juga mengkhianati orang-orang Melayu melalui penggadaian tanah-tanah rezab orang Melayu kepada bangsa lain dan pencabulan hak orang-orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan termasuk di dalam isu pemberian biasiswa.
 

Ketua Wanita KEADILAN Cabang Pekan - Puan Sitarunnisah





Us Youslyiddy Desa - S/Usaha Penerangan & Dakwah PAS Pahang

Ketua Wanita KEADILAN Cabang Pekan, Puan Sitarunnisah pula banyak mendedahkan bagaimana Daftar Pemilih yang dikeluarkan oleh SPR terlalu banyak keraguan.  Sebagai contoh, di Parlimen Pekan sahaja sekarang ini terdapat lebih dari 18,000 pengundi baru yang didafarkan.  Beribu-ribu pengundi di Pekan juga dikenalpasti sebagai Pendatang Asing dari Kemboja dan tidak lojik terlalu ramai pengundi yang dilahirkan dari beberapa negeri seperti Kedah dan Perak menetap di Pekan.

Namun demikian katanya, semua petugas-petugas parti mesti berada di tahap siapsiaga dengan sebarang penipuan menjelang hari mengundi nanti.  Beliau turut memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat kini telah bersedia untuk melakukan apa sahaja di hari pengundian nanti sekiranya didapati terdapat orang-orang asing yang tidak berhak mengundi hadir untuk mengundi.


Pengerusi MPN - Dato' Fauzi Abd Rahman


Pengerusi MPN PKR Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman tampil dengan membawa sejarah lampau Umno.  Beliau yang juga bekas pemimpin Umno dan bekas Timbalan Menteri di dalam kabinet Tun Mahathir menjelaskan bagaimana pemimpin Umno sebelum era Tun Mahathir banyak berkorban diri demi memperjuangkan dasar Umno. Pemimpin-pemimpin dahulu kala bergolok bergadai untuk membela nasib orang-orang Melayu dan rakyat di negara ini. 

Malangnya, di zaman Tun Mahathir Umno mulai rosak.  Umno diharamkan dizaman Tun Mahathir demi meneruskan kekuasaannya.  Kerakusan Tun Mahathir terserlah apabila beliau menubuhkan Umno (Baru) dan beliau terus memimpin parti yang baru beliau tubuhkan itu.  Dari saat itu, Umno ciptaan Tun Mahathir berubah menjadi parti yang mementingkan diri para pemimpin dan kroni mereka.  Oleh kerana beliau bukan dari berbangsa `Melayu Tulen', maka beliau tidak mengendahkan tatasusila dan adat resam Melayu termasuk kedaulatan Raja-Raja Melayu.  Di zaman beliau, kuasa Raja-Raja Melayu dihakis melalui pindaan perlembagaan.

Orang-orang Melayu dan umat-umat Islam di negara ini mula berpecah belah di zaman Tun Mahathir sehinggalah sekarang akibat sikap pemimpin Umno yang rakus dan zalim.  Perangai Najib berterusan diwarisi oleh pemimpin Umno kemudiannya.  Isu NFC, komisyen kapal selam, penyelewengan, rasuah yang semakin meningkat, budaya fitnah dan mengaibkan orang lain serta berbagai salah laku pemimpin Umno membuktikan benarlah kata Tun Mahathir bahawa Umno kini sudah `busuk hingga ke usus'.  Cuma, Tun Mahathir lupa busuknya Umno bermula di zaman beliau lagi.

Dato' Fauzi menyatakan keyakinan pimpinan Pakatan Rakyat yang disahkan oleh beberapa sumber di dalam Jabatan Kerajaan sendiri termasuk dari beberapa pegawai keselamatan, harapan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya selepas PRU ke 13 nanti amat cerah.  Di Pahang, harapan untuk menawan negeri ini hanya memerlukan 6 % sahaja lagi undi dan sokongan dari Peneroka Felda.




Di antara orang ramai yang hadir




Ada yang hadir duduk mendengar dari jauh





Kawasan rumah orang kuat Umno berdepan dengan Markas PAS
Berhadapan dengan Markas PAS, terdapat sebuah rumah kemungkinan orang kuat Umno yang dipenuhi bendera Umno di pagar rumahnya.  Jalan di hadapan rumah tersebut sengaja diletakkan `Kon' untuk tidak membenarkan orang ramai yang hadir malam tadi meletakkan kenderaan di situ.

Program malam tadi berjalan dengan lancar.  Pihak penganjur berjanji akan lebih kerap lagi untuk mengadakan program ceramah di setiap PU kawasan Parlimen Pekan. 

Sunday, April 15, 2012

MAJALAH TERKEMUKA MULA TONJOL ANWAR SEBAGAI BAKAL PM?






Dunia luar semakin mengiktiraf Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.  Terbaru, majalah Asia 360 meletakkan tajuk "Malaysia's Next PM Finally?" terpapar wajah beliau menghiasi kulit majalah popoular berkenaan.

Rakyat Malaysia harus bersama dunia luar yang mahukan perubahan di negara ini dari terus dicemari dengan berbagai isu rasuah, penyelewengan dan kronisme yang tidak pernah putus.  Bangkit dan tumbangkan Umno/Bn di dalam PRU ke 13 akan datang.

Bersih pertikai larangan berarak ke Dataran Merdeka


KUALA LUMPUR 13 April: Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mempersoalkan kenyataan polis yang melarang peserta perhimpunan Bersih 3.0 berarak ke Dataran Merdeka.

“Anda fikir peserta akan menaiki helikopter? Mereka harus berjalan kaki, atau memandu,” katanya.

Katanya lagi, Bersih akan menetapkan laluan untuk membantu peserta ke Dataran Merdeka, dan peserta mesti mematuhinya bagi mengelakkan sebarang masalah.

Beliau juga menyangkal dakwaan perhimpunan itu akan mencemarkan status Dataran Merdeka sebagai warisan sejarah.

“Setiap minggu, pelbagai pihak mengadakan acara dan aktiviti di Dataran Merdeka, jadi mengapa hanya kami yang mendapat halangan?

“Adakah hanya kerana pihak berkuasa tidak suka dengan apa yang kami suarakan?” soalnya lagi.

Ambiga juga menyuarakan keyakinan perhimpunan kali ini akan berjalan dengan lancar dengan kerjasama polis.

“Seperti juga semasa perhimpunan sebelumnya, kami bertegas akan menyerahkan sendiri mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan kepada pihak berkuasa,” katanya lagi.

Bersih menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 dengan tema ‘Duduk Bantah’ di Dataran Merdeka 28 April ini, ekoran tidak berpuas hati dengan laporan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk Pembaikan Pilihan Raya yang tidak memenuhi lapan tuntutan mereka.

Selain Dataran Merdeka, Bersih 3.0 juga akan diadakan di beberapa lokasi lain di Malaysia, dan 33 buah bandaraya di seluruh dunia./KeadilanDaily

Saturday, April 14, 2012

MAHASISWA BANGKIT - SIMBOL "KEMATIAN" UNTUK NAJIB

" Najib Altantuya", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan berbagai lagi jeritan dilaungkan oleh para mahasiswa yang berhimpun di Ibu Negara tengahari tadi.  Walaupun tuntutan utama mereka adalah pemansuhan pinjaman PTPTN yang mencekik darah para peminjam, namun mereka tidak dapat mengawal perasaan mereka terhadap Najib dan Rosmah.

NONEPelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.

Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.  NONEKumpulan siswa itu turut kain rentang yang bertulis 'Free education now!', 'Mahasiswa bukan robot' dan 'Mansuh PTPTN'.

Simbol `kematian' di mana gambar Najib selaku PM yang terkenal dengan dasar "flip flop"nya dan Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dikalungkan bunga dan dibawa berarak oleh para mahasiswa.  "Demokrasi telah mati", itulah anggapan para mahasiswa yang kini telah bangkit menentang kepimpinan Najib.

Dua orang MP PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar turub berucap ketika pelajar berkenaan berhimpun di hadapan Sogo.  Pakatan Rakyat telah berjanji untuk memansuhkan PTPTN, dan akan menggantikan dengan biasiswa percuma kepada rakyat negara ini yang layak diberi bantuan sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.  Janji Pakatan Rakyat ini dipersendakan oleh pemimpin Umno dengan hujah dangkal mereka iaitu negara akan bankrap jika para pelajar ini dibantu.

Apakah para pelajar ini bodoh seperti mereka?  Apakah negara ini telah bankrap walaupun hilangnya RM250 Juta kepada sebuah keluarga Menteri yang gagal membela lembu, tetapi berjaya membeli kondo, tanah dan kereta mewah?  Bankrap kah negara ini apabila hutang kroni, Tajuddin Ramli berjumlah lebih RM500 Juta itu dilupuskan?  Bagaimana pula dengan isu pembalakan oleh dua beradik di Sabah iaitu Musa Aman serta Anifah Aman dan dikatakan melibatkan juga Peguam Negara berjumlah lebih kurang RM400 Juta?  Mengapa untuk membantu Mahasiswa maka timbul isu negara akan bankrap? 

Kebangkitan mahasiswa hari ini adalah satu tanda bahawa Umno tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat terutamanya golongan muda.  Percayalah, Umno bakal dikuburkan oleh golongan ini di dalam PRU ke 13 akan datang.

YB KHALID SAMAD JAWAB DR HASSAN ALI DI LEPAR MALAM INI






Sebelum ini, ramai yang terkeliru dengan isu bekas Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya PAS, YB Dr Hassan Ali yang telah dipecat oleh PAS.  Difahamkan Dr Hassan Ali atau kini lebih dikenali sebagai `Hassan Jati@Akidah' telah mengadakan beberapa `road show' beliau di Negeri Pahang ini untuk menyerang PAS terutamanya dan peribadi Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Benarkah dakwaan Dr Hassan Ali bahawa PAS kini telah tersasar dari perjuangannya?  Benarkah PAS kini dikawal oleh beberapa `parasit' sehinggakan kuasa Majlis Syura Ulamak di dalam PAS tidak mampu berbuat apa-apa?  Bolehkah dipercayai bahawa Dr Hassan Ali sememangnya ikhlas berjuang di dalam anti murtad?

Orang yang paling layak untuk menjawab hujah Dr Hassan Ali adalah Ahli Parlimen Shah Alam, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS sewaktu Pesuruhjaya disandang oleh Dr Hassan Ali iaitu YB Khalid Samad.  Beliau lebih layak untuk menjawab semua hujah Dr Hassan Ali ini.

Sehubungan itu, malam ini (14 April - Sabtu), bertempat di No. 305, Felda Lepar Hilir 2, Kuantan (kawasan Parlimen Paya Besar) jam 09.00 malam, KEADILAN Cabang Pekan akan mengadakan program ceramah dengan menampilkan tokoh-tokoh berikut:

1.  YB Khalid Samad - (AJK PAS Pusat/MP Shah Alam)
2.  YB Fuziah Salleh - (Naib Presiden PKR - MP Kuantan)
3.  Tuan Hj Zahari Mamat - (Ketua Cabang Paya Besar)
4.  Sdr Kamarzaman Yunus - (Pen. SU PKR Pahang/Penyelaras Dun Lepar)

Orang ramai dijemput hadir.  Mohon hebahkan.

Friday, April 13, 2012

ISU FGVH - DURIAN RUNTUH ATAU DURIAN REPUT?

KEADILAN memandang serius kenyataan PM Najib bahawasanya kesemua 112,634 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA dan 22,468 pekerja FELDA akan mendapat durian runtuh terbesar yang mereka tidak pernah impikan sehingga mereka akan “tersandar, rebah dalam kejutan” hasil tawaran awam permulaan atau “initial public offering” (IPO) FELDA Global Venture Holdings (FGVH) yang dijangka selesai penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada lewat Mei atau awal Jun 2012.

2. Dengan “gula-gula” pilihanraya semanis ini, kami menjangkakan para peneroka dan pekerja FELDA akan menerima saham FGVH secara percuma di samping sejumlah wang tunai sagu hati insentif penyenaraian tersebut.

3. Malangnya, jangkaan tersebut ternyata meleset kerana menurut sumber yang boleh dipercayai, para peneroka dan pekerja FELDA tidak akan menerima saham percuma atau wang tunai insentif penyenaraian.

4. Sebaliknya, KEADILAN difahamkan bahawa:

4.1 Para peneroka dan pekerja FELDA diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH meskipun segelintir daripada mereka mungkin mempunyai simpanan untuk membiayai permohonan membeli saham IPO tersebut

4.2 Walaupun margin pinjaman adalah 100%, tempoh pinjaman adalah untuk 6 bulan sahaja yakni para peneroka dan pekerja terpaksa membayar balik keseluruhan pinjaman dengan simpanan sendiri semasa menerima borang merah jambu/biru ATAUPUN menggunakan hasil jualan saham FGVH di pasaran terbuka nanti untuk membiayai pembayaran balik pinjaman sebelum atau pada tamat tempoh 6 bulan

4.3 Walaupun “stamping fee” diketepikan, para peneroka dan pekerja FELDA masih perlu membayar kepada bank fi dan caj sebanyak RM200 apabila pinjaman dengan rasminya dikeluarkan atau RM100 sebagai rebat jika pinjaman dilunaskan awal semasa borang merah jambu (bagi pekerja) atau biru (bagi peneroka) diterima

4.4 Kadar faedah “daily rest” pada paras 5% setahun yakni lebih 2.5 kali ganda kadar faedah pinjaman mudah bagi National Feedlot Centre (NFC) pada paras 2%

5. Jelas sekali apa yang disifatkan oleh PM Najib sebagai “lonjakan berganda” ini sebenarnya lebih cenderung ke arah membuka peluang niaga baharu dan memberi kesempatan kepada institusi kewangan terbabit mendapat hasil atas titik-peluh dan keringat peneroka dan pekerja FELDA, terutamanya 5 bank pelaburan yang dilantik menyelenggara kesemua perkara berkaitan penyenaraian, 7 bank yang dipilih untuk memberi pinjaman membiayai pembelian saham, dan beberapa syarikat pembrokeran saham yang dilantik untuk menjalankan urusniaga jual-beli saham di pasaran terbuka. Yang paling ketara adalah bil yuran dan caj tinggi yang perlu ditanggung oleh FGVH atas khidmat nasihat dan pengurusan gerak-kerja penyenaraian oleh 2 bank pelaburan domestik dan 3 asing iaitu Maybank Investment, CIMB Investment, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank ke atas FGVH.

6. Malah, pendekatan sebegini juga akan menyebabkan kecairan pada pegangan ekuiti Bumiputera dalam FGVH seusai peneroka dan pekerja FELDA menjual saham mereka di pasaran terbuka untuk melunaskan hutang kepada bank. Walaupun KPF dijangka akan kekal sebagai pemegang saham terbesar di samping Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala syarikat asing hanya ditawarkan sebahagian kecil saham dalam IPO FGVH, tiada apa yang menghalang mana-mana pelabur (Bumiputera dan bukan Bumiputera) dari membeli saham FGVH di pasaran terbuka.

7. Lebih malang adalah nasib anak peneroka daripada generasi kedua dan ketiga setelah harapan mereka untuk menjadi peneroka baharu dengan mengusahakan tanah ladang kelapa sawit seluas 360,067 hektar tanpa peneroka milik FELDA Plantations Sdn Bhd berkecai kerana telah dicagar kepada FGVH selama 99 tahun bagi tujuan penyenaraian.

8. KEADILAN menggesa agar PM Najib menghentikan “umpan undi” atau “rasuah politik” seumpama ini dengan serta-merta, dan menerangkan kepada umum perangkap yang tersirat di sebalik ‘durian runtuh’ ini. PM wajib menjawab kepada setiap satu mekanisme di atas bagi meleraikan kebimbangan ramai, lantas benar-benar memberi fokus yang sewajarnya atas hak dan kepentingan mereka yang kurang bernasib baik!

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap
Naib Presiden KEADILAN

Wednesday, April 11, 2012

SATU LAGI RANTING KEADILAN DITUBUHKAN DI KUANTAN

KEADILAN Pahang telah berjaya menubuhkan Ranting di Kg Padang, Kuantan semalam (10 Apr) yang dirasmikan oleh Naib Presiden, YB Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu.  Majlis telah diadakan di Warung Taman Impian, Kuantan pada jam 07.45 petang.

Sdr Lee Chean Chung - Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota
Penyerahan Borang Keahlian.  Turut bersama YB Tian Chua adalah Sdr Ahmad Nizam (Timb Pengerusi KEADILAN Pahang)

Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Sdr Ahmad Nizam Hamid yang mewakili Pengerusi MPN, Dato' Fauzi Abd Rahman yang tidak dapat hadir.  Sdr Siew, Naib Presiden KEADILAN juga turut hadir bersama-sama Sdr Lee Chean Chung, Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota, Ketua Ranting Kg Padang Sdr Adam Taib dan Sdr Arumugam.

YB Tian Chua

YB Tian Chua juga telah dibawa ke Pekan Gambang, Kuantan lebih kurang jam 10.30 malam untuk bertemu dengan masyarakat kaum Melayu, India dan Cina di beberapa kedai makan di pekan tersebut.  Selain dari Sdr Siew, Sdr Lee Chean Chung, turut menyambut kehadiran beliau adalah Ketua Cabang Paya Besar, Tuan Hj Zahari Mamat.


YB Tian Chua berkunjung ke Pekan Gambang, Paya Besar

Sejurus selepas itu, YB Tian Chua bergegas pula ke program ceramah di Markas PAS Chini 3, Pekan.


Tuesday, April 10, 2012

HARI INI (10 APR) - PROGRAM CERAMAH YB TIAN CHUA DAN BEKAS TOKOH UMNO






Hari ini (10 April) terdapat dua program ceramah yang hebat dengan menampilkan beberapa tokoh yang akan mengulas beberapa isu politik semasa di dua tempat berasingan.

Program Pertama:

Jam: 07.45 Mlm

Tempat:  Warung Taman Impian, Kuantan

Penceramah:  YB Tian Chua (Naib Presiden KEADILAN/Ahli Parlimen Batu)
                    Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi MPN KEADILAN Pahang)
                    Sdr Lee Chean Chung - Pemangku Ketua Cabang Indera Mahkota
                    Sdr Arumugam - AJK Kongress Hijau
                    Sdr Adam Taib - Ketua Ranting Kg Pahang

Program Kedua:

Jam:  09.00 Mlm

Tempat:  Markas PAS Cini 3, Pekan

Penceramah:  

YB Tian Chua (Naib Presiden KEADILAN/Ahli Parlimen Batu)
Dato' Ariff Sabri (Bekas Adun P.Manis/Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan)
Us Ariffaizal ( Timb. Presiden ANAK)
Hj Wak Sarjoni ( Pengarah MTD PAS Chini)

Semua dijemput hadir.  Mohon hebahkan.


KEADILAN BENTONG - JANGAN BENARKAN PISANG BERBUAH DUA KALI

Apabila menjejakkan kaki ke Bentong malam kelmarin, terasa sedikit gusar dihati kerana memikirkan adakah Program Ceramah yang bakal dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Markas PAS Chegar Medang, Jalan Benus, Bentong tidak akan mencapai sasaran kehadiran yang dikehendaki.  Kegusaran ini turut dikongsi oleh Ketua Cabang Bentong, Sdr Mohd Noor walaupun segala usaha dan tenaga para sukarelawan dan petugas parti telah dicurahkan bagi menjayakan program tersebut.

Ketua Cabang Bentong, Sdr Mohd Noor 

Cabang Bentong tidak merasa sedikitpun tertekan dengan notis singkat yang diberikan kerana bagi Sdr Mohd Noor, KEADILAN Bentong sentiasa bersiapa siaga menghadapi tarikh PRU seperti yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan.  Cuma, kegusarannya adalah kerana keadaan cuaca pada awal program tidak begitu selesa dengan keadaan hujan lebat di sebelah petangnya dan berlanjutan renyai-renyai.  Saya yang hadir dari Kuantan juga turut merasa bimbang dengan keadaan itu.  Adakah kehadiran malam itu akan mendukacitakan?  

Terlalu banyak kisah di Bentong yang boleh dikaitkan sekiranya program malam kelmarin gagal.  Itu semua amat disedari oleh Ketua Cabang Bentong, namun beliau yakin dengan kebolehan sukarelawan dan para petugas yang sayang kepada parti.  Memang ada beberapa tanda provokasi dari pihak Umno beberapa hari sebelum program ini.  Beberapa banner dan bendera telah dikoyak dan dicabut, namun para petugas bertindak pantas memasangnya semula.  Golongan muda di sini mulai merasa tercabar dengan provokasi dari pihak Umno.  Namun mereka bersikap profesional selagi program malam itu tidak diganggu secara melampau.  Golongan wanita pula, mereka boleh dikatakan setiap malam berjaga melaksanakan beberapa tugas yang diamanahkan untuk mereka di rumah.


Kejayaan Program Ceramah Dato' Seri Anwar - KEADILAN Bentong berjaya sahut cabaran

Bagi Sdr Mohd Noor, beliau tidak bimbang sangat dengan provokasi dari pihak Umno.  Beliau lebih khuatir jika ada tindakan sabotaj dari dalam parti untuk menggagalkan program berkenaan.  Alhamdulillah, malam itu keadaan cuaca semakin baik dan hujan mulai berhenti pada masa yang tepat.  Tiada provokasi dari pihak luar namun para petugas keselamatan sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. 

Ketibaan Dato' Seri Anwar Ibrahim diiringi oleh sekumpulan golongan muda yang penuh bersemangat.  Melihat kepada kehadiran yang dianggarkan tidak kurang 3,000 malam itu yang terdiri dari berbilang kaum, jelas terbukti dakwaan yang menyebut beberapa kontroversi di Bentong akan melemahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN Bentong samasekali tidak benar.

Semua tahu, suatu ketika KEADILAN Bentong ibarat tidak wujud dan penyokong-penyokongnya ibarat `ayam kehilangan ibu'.  Namun, berkat usaha kepimpinan KEADILAN Negeri dan komitmen beberapa ahli di Bentong itu sendiri maka KEADILAN Bentong mulai dipulihkan dengan semangat baru sempena dengan Pembukaan Pejabat KEADILAN Cabang Bentong tahun lalu.  Di bawah Sdr Mohd Noor dengan kerjasama beberapa ahli yang lain, KEADILAN Bentong berjaya dipulihkan.  Boleh dikatakan imej baru KEADILAN Bentong bermula di bawah Sdr Mohd Noor dan barisan kepimpinannya.

Mengapa dikatakan berlaku kontroversi sesudah parti ini mula dihidupkan kembali?  Sukar untuk memberikan sebabnya kerana sudah menjadi kelaziman, tidak ramai yang suka meneroka hutan yang semak samun tetapi lebih suka datang disaat hutan telah bersih untuk mereka menumpang bercucuk tanam.  Lebih malang lagi, usaha mereka yang bertungkus lumus meneroka hutan yang suatu ketika dahulu hutan belantara tidak dihormati langsung.  

Bagi Sdr Mohd Noor, beliau tidak merasa sesal dengan apa yang terjadi.  Bagi beliau, KEADILAN Cabang Bentong lebih penting untuk dipertahankan dari beberapa individu yang menawarkan habuan untuk kepentingan diri sendiri.  Mengapa di saat menjelang Pilihanraya maka wujudnya masalah ini?  Mengapa tidak berlaku diwaktu parti ini hampir berkubur di Bentong?  Jawapannya adalah kerana adanya sikap yang mementingkan diri sendiri sehingga lupa kepada adab dan susila.

Program malam kelmarin amat melegakan kita.  Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan sendiri bagaimana KEADILAN Bentong boleh menyaingi beberapa program di tempat lain walaupun notis yang diberikan agak singkat.  Namun, menyedari bahawa ianya merupakan satu ujian kepada KEADILAN Bentong di dalam menghadapi PRU ke 13 akan datang, maka komitmen melebihi seratus peratus telah diberikan oleh ahli-ahli KEADILAN Bentong di bawah Ketua Cabang, Sdr Mohd Noor.

Apakah penilaian yang boleh kita berikan kepada program malam kelmarin?  Memang benar, sambutan orang ramai di dalam sesuatu program belum tentu boleh menjamin kemenangan, tetapi jika program itu gagal, usahlah bermimpi untuk mencapai kemenangan.  Adalah menjadi harapan kita semua agar KEADILAN Bentong benar-benar mantap seperti yang digambarkan malam kelmarin.  Hentikan usaha bermain `tarik tali', hentikan usaha untuk mengkucar-kacirkan KEADILAN Bentong kerana bukan mudah untuk memulihkannya kembali setelah kesemuanya ini nanti musnah dan rosak.  Jangan benarkan `pisang berbuah dua kali".

Tahniah dan Syabas buat KEADILAN Cabang Bentong.  Bersatulah demi rakyat!!