Penggulungan Fitnah II bermula hari ini
(Oleh: Ahmad Fadli KC)
KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II bersambung semula hari ini selepas ditangguhkan sebanyak dua kali. Perbicaraan itu yang kini memasuki peringkat penggulungan sepatutnya
bersambung pada 8 dan 9 Disember lepas tetapi ditangguhkan ke 12 dan 13
Disember.
Sebelum itu, ia sepatutnya mula bersambung semula pada 23 dan 24 November tetapi ia ditangguhkan ke 12 dan 13 Disember.
Menurut
peguam Anwar, Sankara Nair, perbicaraan itu ditangguhkan kerana peguam
Anwar memerlukan lebih masa untuk menterjemah transkrip pakar yang
mengandungi istilah-istilah perubatan.
“Ada banyak perkataan dan jargon saintifik berkaitan kesihatan dalam
keterangan pakar yang memerlukan masa untuk penterjemahan,” kata
Sankara.
Penggulungan hari ini dijangka akan dimulakan oleh pasukan peguam
bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia kemudian diikuti
oleh penggulungan dari pasukan pendakwa raya.
Kronologi Fitnah II: Umno campur tangan, Najib hina mahkamah
12.53 tengah hari: Mahkamah ditangguh ke jam 2 petang
12.51 tengah hari: Karpal selesai menggulung hujah
selepas berhujah selama 44 minit. Beliau mendesak mahkamah memanggil
semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan penuduh Saiful Bukhari
bagi memastikan keputusan perbicaraan dapat dijatuhkan dengan adil.
12.30 tengah hari: Persoalan kedua yang perlu diberi perhatian oleh Hakim Zabidin, kata Karpal, adalah keterangan pembelaan yang dibuat Anwar dari kandang tertuduh. Menurutnya, ia perlu diambil kira dalam penghakiman kerana ia mengandungi rujukan terhadap bukti-bukti yang dibentangkan di mahkamah sepanjang perbicaraan.
12.43 tengah hari: Karpal menyifatkan Saiful ibarat
seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan yang kononnya datang
daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat. Menurutnya, Saiful
mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat
demikian. Justeru, mahkamah perlu mengkaji semula kredibiliti Saiful
sebagai saksi, kata Karpal.
“Kredibiliti SP1 (Saiful Bukhari) perlu dikaji semula oleh mahkamah kerana ia amat penting dalam keseluruhan kes,” kata Karpal.
12.25 tengah hari: Karpal turut menarik perhatian
mahkamah kepada Saiful yang berulang kali memfitnah kononnya beliau
diliwat secara paksa namun, kata Karpal, keterangan beliau di mahkamah
membuktikan sebaliknya.
Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat, kononnya kejadian berlaku untuk menyelamatkan diri, katanya.
12.17 tengah hari :
Karpal berkata antara persoalan utama yang perlu diambil kira Hakim
Zabidin dalam penghakimannnya kelak adalah kesaksian tertuduh, Saiful
Bukhari Azlan. Ini kerana, saksi kedua pembela, Dr Mohd Osman Abdul
Hamid mengesahkan Saiful pernah memasukkan objek plastik keras ke
duburnya sendiri.
12.10 tengah hari: Peguam Karpal Singh memulakan
hujah penggulungan. Menurutnya, ulasan Najib terhadap keterangan Anwar
dari kandang tertuduh pada Perhimpunan Agung Umno lalu adalah campur
tangan berat terhadap proses keadilan. Najib, kata Karpal, perlu didakwa
kerana menghina mahkamah.
12.07 tengah hari: Mahkamah mula bersidang.
12.04 tengah hari: Ketua AMK, Shamsul Iskandar dan penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di galeri awam mahkamah. Mahkamah padat dengan orang ramai.
11.55 pagi: Galeri awam hampir penuh dengan wartawan, ahli-ahli politik Pakatan Rakyat dan orang awam.
Fitnah II: Hubungan Saiful dan ‘Kekasih PW1′ jejas perbicaraan
KUALA
LUMPUR: Karpal mahu Farah Azlina dan Saiful Bukhari dipanggil semula
memberi keterangan di mahkamah bagi memastikan perbicaraan berlangsung
dengan adil.
“Mahkamah ini perlu ditangguh untuk membolehkan PW1 dipanggil semula
dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan
untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini,” kata Karpal.
Menurut Karpal, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua.
“Peguam Negara hanya menjelaskan kedudukan Farah Azlina pada 11
November 2011 selepas peguam bela menamatkan hujah pada 18 Oktober
2011,” kata Karpal.
Hubungan antara Farah dan Saiful menurut Karpal, membolehkan Saiful mempunyai akses kepada kertas pendakwaan.
‘Hak istimewa’ Papagomo naik Scorpene bukti Umno dalang video seks fitnah
Membenarkan
blogger upahan Umno, PapaGomo menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak
membuktikan Umno terlibat dalam ‘Video Fitnah Seks’, kata Naib Presiden
KEADILAN, N Surendran.
Ini kerana katanya, blogger itu tidak mungkin dapat menaiki kapal selam itu tanpa memiliki hubungan akrab dengan pimpinan Umno.
“Mana
mungkin blogger upahan itu dibenarkan naik jika tidak memiliki hubungan
akrab dengan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Datuk
Ahmad Zahid Hamidi?
“Isu keselamatan negara tidak boleh dikompromi kerana tindakan Umno
membenarkan blogger upahan menaiki kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia
membuktikan tidak sensitifnya Umno terhadap keselamatan negara,”
katanya.
Pada 10 Disember lalu, blogger upahan itu menulis diblognya beserta gambar beliau memasuki kapal selam itu.
Peliknya, pada masa sama, media lain dihalang membuat liputan
mengenai Kapal Selam itu yang turut terkait dengan rasuah melibatkan
Najib.
Awal tahun ini, blogger upahan itu mendapat rakaman eksklusif ‘Video
fitnah Seks’ milik Kumpulan Datuk T, yang merupakan antara taktik jahat
Umno menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Betapa hinanya Umno, BN dan pentadbiran Najib yang memiliki hubungan
akrab dengan blogger yang memaparkan bahan lucah dan kata-kata keji di
blognya.
“Ini menunjukkan betapa Umno bergantung kepada tentera upahan jahat
seperti Papagomo untuk menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat,” tegasnya.
Surendran juga mengajak pentadbiran Najib agar berdebat secara adil dan bebas dalam apa jua isu berbanding menabur fitnah.
Kronologi Fitnah II: Polis, Saiful menipu dalam mahkamah
2.40 petang:
Sankara percaya jeli pelincir KY yang dibawa ke dalam kes ini oleh
polis adalah satu penipuan (hoax). Ia diperkenalkan agar konspirasi
fitnah ini lebih tersusun memandangkan pemeriksaan klinikal mendapati
tiada koyakan atau trauma pada dubur Saiful.
Justeru, jika kejadian liwat yang difitnah itu kononnya berlaku
dengan bantuan pelincir, maka konspirasi fitnah ini akan kelihatan lebih
masuk akal, kata Sankara.
2.28 petang: Sankara mempertikai kesaksian pegawai
penyiasat, DSP Jude Pereira mengendalikan siasatan kes Fitnah II. Beliau
memfokus kepada pengendalian barang bukti oleh Jude Pereira yang
bercanggah dengan Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).
Jude sebelum ini mengaku tidak mengendalikan barang bukti dengan
teliti apabila menyimpan calitan putik kapas daripada tubuh Saiful pada
suhu bilik dan bukan dalam peti sejuk
2.21 petang: Saiful juga menipu apabila mendakwa
pintu kondominium tempat kejadian ditutup dan dikunci dengan rapat, kata
Sankara. Menurutnya, jika benar ia dikunci rapat, siapakah yang
menghidang kopi dan karipap yang didakwa dimakan Saiful dan Anwar
selepas kejadian yang difitnah didakwa berlaku.
“Bagaimana karipap dan kopi boleh ada di dalam unit itu, jika benar
pintu kondominium ditutup dan dikunci rapat seperti didakwa Saiful,”
kata Sankara yang yakin Saiful mereka-reka cerita ‘luar biasa’ apabila
mengaku mendapat nombor Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu
mencuri dengar perbualan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk
Seri Najib Razak.
“Mustahil TPM tiada nombor Ketua Polis Negara,” kata Sankara.
2.11 petang: Mahkamah bersidang semula. Sankara
menggulung hujah bagi pasukan peguam bela. Dalam penggulungannya,
Sankara menyifatkan Saiful sebagai seorang penipu besar.
Kronologi: ‘Cap jari PM ada di mana-mana dalam kes ini’ – Peguam
5.07 petang:
Peguam Karpal Singh mohon mahkamah disambung pada jam 1.30 petang esok
kerana Ahli Parlimen perlu menghadiri upacara angkat sumpah Yang Di
Pertuan Agung yang baru. Hakim Zabidin bersetuju dan mahkamah akan
bersidang semula jam 1.30 petang esok.
3.35 petang: Peguam Ramkarpal Singh sekarang mengambil tempat untuk menggulung hujah.
3.25 petang: Sankara percaya Najib terlibat dalam
kes Fitnah II dan menyifatkan penglibatan Najib amat jelas kerana ‘cap
jari beliau kelihatan di mana-mana sahaja di dalam kes ini.’
“Pertama, pertemuan di antara Najib dan tertuduh. Kedua, kenyataan
Najib yang bercanggah sepanjang perbicaraan berlangsung,” kata Sankara
yang turut mempertikai keengganan Najib dan Datin Seri Rosmah untuk
hadir di mahkamah.
“Jika mereka tiada apa-apa untuk disorok, kenapa ketepi sapina,” kata
Sankara yang juga mempertikai penglibatan bekas Ketua Polis Melaka,
Datuk Rodhwan Yusof dalam kes ini.
“Atas kapasiti apa Rodhwan berjumpa Saiful? Beliau tidak ada urusan dalam kes ini,” katanya.
3.15 petang:
Sankara percaya Saiful tidak pernah berada di dalam kondominium tempat
kejadian didakwa berlaku. Malah, pendakwa raya juga gagal membuktikan
Saiful berada di tempat kejadian.
“Apa yang pendakwa raya ada cuma rakaman CCTV yang tidak jelas,” kata
Sankara yang menyatakan bukti cecair pelincir KY Jelly juga tidak boleh
diguna pakai dalam kes ini.
“Bukti KY Jelly tidak boleh digunakan kerana ia tidak pernah langsung diuji,” kata Sankara.
2.44 petang: Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong tiba di galeri awam mahkamah.
Sumber: Keadilan Daily
No comments:
Post a Comment