(Harakah Daily) - Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli terpanggil
 untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat 
peribadi yang didakwa dibuat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Ini, katanya memandangkan Ketua Wanita Umno itu langsung tidak 
menunjukkan tanda-tanda insaf setelah PKR membuat pelbagai pendedahan 
mengenai penyelewengan dana NFC.
Rafizi mendakwa pada 9 Disember 
2009, keluarga Shahrizat menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta
 untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga 
RM534,622.
Beliau juga mendakwa, dana sebanyak RM3,363,507 telah 
disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya 
iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya.
“Kebarangkalian 
tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya 
adalah tipis,” ujarnya dalama satu kenyataan.
Jelasnya, semakan 
bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB 
Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan
 berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS).
Menurutnya,
 siasatan PKR menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang 
menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan 
Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ )
Dakwanya
 lagi, antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah 
RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah).
Ini,
 jarnya menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang 
sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan 
pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan.
“Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?” soalnya.
|  TARIKH |   NO CEK |   JUMLAH (RM) |  
|  8 Jan 2010 |   001376 |   1,524 |  
|  13 Jan 2010 |   001406 |   1,709 |  
|  26 Jan 2010 |   001465 |   28,476 |  
|  24 Feb 2010 |   001540 |   12,743 |  
|  24 Feb 2010 |   001543 |   3,076 |  
|  9 Mac 2010 |   001587 |   22,400 |  
|  9 Mac 2010 |   001590 |   26,572 |  
|  9 Mac 2010 |   001592 |   5,776 |  
|  31 Mac 2010 |   001671 |   45,428 |  
|  22 April 2010 |   001735 |   27,853 |  
|  13 Mei 2010 |   001789 |   45,235 |  
|  25 Mei 2010 |   001825 |   3,196 |  
|  18 Jun 2010 |   001848 |   120,521 |  
|  16 Julai 2010 |   001922 |   89,800 |  
|  16 Julai 2010 |   001923 |   21,114 |  
|   |   JUMLAH |   455,423 |  
Menurutnya,
 pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik 
Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri.
“Tindakan 
ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa 
bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana 
daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura.
“Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?” tanya beliau.
Justeru,
 katanya Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan sama ada menjelaskan satu
 persatu perbelanjaan-perbelanjaan itu di Perhimpunan Agung Umno dalam 
masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam 
kancah skandal peribadi beliau.
Rafizi menambah, pihaknya akan 
mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk
 mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan
 terbaru itu./MT

No comments:
Post a Comment