KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA, ONG KIM SWEE PATUT TERIMA GELARAN `DATUK'

Sekiranya kita masih berfikir atau berkira-kira siapakah lagi yang layak untuk dianugerah gelaran `Datuk' selain dari Zulkefli Noordin (MP Bebas - Kulim Bandar Baru), Karam Singh Walia dan Nalla Karuppan (jawatan Senator) yang telah pun memperolehinya atas `jasa-jasa besar' beliau kepada rakyat, maka tidak silap lagi jika kita berfikir tokoh yang layak itu adalah Jurulatih Bolasepak Harimau Muda Kebangsaan, Ong Kim Swee.

Skuad yang dipimpin oleh Ong Kim Swee di dalam Sukan Sea di Jakarta yang akan berakhir beberapa jam sahaja lagi telah berjuang habis-habisan dari awal hingga ke Final malam tadi dengan melalui saat-saat paling getir dan mencabar.  Dari awal setiap kali Skuad Harimau Muda melangkah ke dalam padang, tatkala lagu kebangsaan dimainkan terdengar suara hingar bingar dan ejekan dari para penonton yang sudah pastinya bangsa yang serumpun dengan kita iaitu Indonesia.

Kekuatan mental setiap pemain dan jurulatih amat teruji sekali dengan provokasi tahap melampau dan biadab dari segelintir para penyokong Indonesia.  Bukan mudah untuk menghadapi tekanan seumpama itu, dan tidak semua Jurulatih dan pemain mampu menghadapinya.  Namun, Ong Kim Swee dengan rakan-rakan yang membantu beliau serta semua pemain dapat kekuatan luar biasa sehingga skuad muda ini berjaya menutup kelancangan mulut penyokong Indonesia. Bahkan, pada Perlawanan Separuh Akhir Ong Kim Swee telah dihukum dan terpaksa berada di tempat duduk para penonton.


 


Perlawanan Akhir malam tadi, kita disajikan dengan perlawanan yang bukan sahaja untuk mempertahankan Pingat Emas, tetapi lebih penting adalah untuk kita mempertahankan maruah kita di bumi Jakarta.  Akhirnya, Malaysia memperoleh Pingat Emas dengan menewaskan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno melalui sepakan Penalti 4 - 3, setelah kedudukan seri 1 - 1 sehingga ke masa tambahan.  

Kemenangan Skuad Harimau Muda malam tadi telah menebus maruah kita setelah beberapa hari diejek dan dicemuh oleh segelintir penyokong fanatik Indonesia.  Justeru itu, amat wajar sekali Jurulatih Ong Kim Swee diberi anugerah yang sewajarnya kerana beliau telah membuktikan kesungguhan beliau bagi menyelamatkan maruah negara.  Mungkin jasa beliau tidak sehebat `jasa' Zulkefli Nordin, Karam Singh Walia mahu pun Nalla Karuppan tetapi rakyat tidak akan terkilan jika beliau menerima anugerah `Datuk' kerana maruah negara ini.

Keadilan Negeri Pahang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Skuad Harimau Muda kita dan syabas tidak terhingga kepada Jurulatih Ong Kim Swee yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan amat cemerlang sekali.  Semoga perjalanan skuad ini di dalam Pertandingan Kelayakan Olimpik selepas ini akan terus mendapat kejayaan.

No comments:

Post a Comment