KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, November 17, 2011

PENGERUSI KPF - ISA SAMAD IKUT PINTU BELAKANG

   |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 16 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius dakwaan bahawa pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebagai tidak sah dan ‘ikut pintu belakang’.

“Bagi DPP Malaysia, isu ini sangat berat dan perlu disiasat segera kerana dianggap sebagai mengkhianati amanah rakyat khususnya peneroka Felda,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Tambahnya, DPP Malaysia mempersoalkan mengapa perlu campurtangan Perdana Menteri sedangkan KPF mempunyai Ahli Lembaga Pengarahnya sendiri dan mereka mempunyai ahli jawatankuasa yang dilantik dalam mesyuarat agung melalui saluran yang betul.

Sepatutnya, kata beliau Perdana Menteri atau mana-mana menteri yang lain menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Agung KPF yang telah melantik Datuk Dzulkifli Wahab sebagai pengerusi.

Tambahnya, Isa  tidak perlu dilibatkan dalam hal itu kerana beliau tidak ada kena mengena dalam isu KPF dan beliau tidak layak menjadi ahli KPF kerana bukan peneroka dan bukan kakitangan Felda.

“Mengapa kerajaan tidak memikirkan seorang tokoh lain yang ada kaitan rapat dengan Felda untuk diangkat sebagai Pengerusi Felda dan KPF?” soalnya lagi.

Tindakan itu, ujarnya mungkin boleh mengelakkan pertikaian banyak pihak.

Bagi DPP Malaysia, katanya campurtangan politik dalam sesuatu urusan yang berkaitan dengan agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) amat menyusahkan organisasi tersebut.
“Ia juga mengundang keresahan rakyat jelata. Inilah yang menyebabkan banyaknya birokrasi, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, tidak telus, kronisme, campurtangan ‘orang luar’ dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau menambah, dalam keadaan banyak skandal pemimpin negara dibongkarkan termasuk penyelewengan dana projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) serta pembelian kondominum mewah bernilai RM9.8 juta, dan banyak lagi isu lain, DPP Malaysia mengingatkan agar PM mengambil iktibar dan pengajaran berharga.

“Biarkan Felda dan Koperasi Permodalan Felda diuruskan oleh mereka yang benar-benar berhak dan layak bagi menjaga kepentingan semua pihak,” ujarnya./Harakahdaily

No comments:

Post a Comment