Pejabat PKR Negeri Pahang hari ini telah dapat mengesan perbuatan khianat orang tertentu yang telah mencuri 5 buah kipas (motor) penghawa dingin yang dipasang di luar bangunan pejabat tersebut. Kejadian mula disedari sewaktu saya selaku Ketua Biro Komunikasi PKR Pahang juga Blogger PKR Pahang memasuki pejabat hari ini (28 Nov 2011) lebih kurang jam 10.30 pagi.
Di antara kesan perbuatan khianat kecurian kipas penghawa dingin di Pejabat PKR Negeri
Kehilangan peralatan tersebut menyebabkan tiada satu pun penghawa dingin di Pejabat PKR Negeri yang berfungsi. Perbuatan khianat itu mungkin dilakukan diwaktu malam memandangkan pejabat tersebut tidak mempunyai Pengawal Keselamatan yang bertugas diwaktu malam. Walau bagaimanapun, semua kunci pagar dan kunci pejabat berada di dalam keadaan baik, dan tiada kehilangan harta benda yang berada di dalam pejabat.
Terdapat kerusi yang mungkin digunakan oleh pencuri tersebut dan kesan potongan getah pada wayar kipas penghawa dingin yang dicuri
Dipercayai pengkhianat tersebut hanya mencuri kipas (motor) penghawa dingin sahaja kerana terdapat kesan potongan wayar di samping kerusi berhampiran tempat pemasangan kipas berkenaan. PKR Negeri Pahang akan membuat laporan Polis terhadap kejadian ini.
No comments:
Post a Comment