KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, November 13, 2011

SYABAS SAVE MALAYSIA STOP LYNAS - PROPAGANDA TV 3 TIDAK LAKU

Program Anjuran NGO "Save Malaysia Stop Lynas" Berjaya Juga Di Adakan Biar Pun Ada Gangguan !!

 

KUANTAN, 13 Nov - Program "1311 Demi Keluarga Kita" yang dianjurkan oleh Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) di Taman Gelora hari ini berjaya biarpun mendapat berbagai gangguan oleh pihak kerajaan. 
 
Program yang bermula sekitar jam 7.30 pagi itu bagaimana pun tidak dapat disertai oleh lebih ramai rakyat kerana gangguan sekatan jalanraya yang dilakukan oleh pihak polis. Difahamkan polis mengadakan sekatan jalanraya dari semua arah laluan masuk ke lokasi bagi menghalang orang ramai hadir. 
 
Walau bagaimana pun kehadiran masih membanggakan dimana hampir 2,000 berjaya meloloskan diri untuk hadir, walau pun masing-masing terpaksa meletakkan kenderaan agak jauh dari lokasi. Hampir 100 orang anggota polis yang terdiri dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU), trafik, Cawangan Khas (SB) dan yang lainnya dilihat sejak awal lagi telah bersiap sedia mengawal keadaan disitu. 
 
Difahamkan juga, pada masa yang sama satu lagi program sukan yang melibarkan agensi kerajaan telah dianjurkan secara "ad hoc" di lokasi terbabit. Ia ditambah lagi dengan persembahan hiburan dan lain-lain acara yang berkaitan. Program berkenaan dipercayai untuk menganggu aktiviti SMSL di kawasan itu. 
 
Apapun, penganjur SMSL telah mengubah program ke kawasan padang tenis di lokasi terbabit. Pihak polis yang memantau juga telah mengarahkan penganjur tidak menggunakan alat pembesar suara dan lain-lain yang berkaitan. Anehnya bagi acara sukan anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dilokasi yang sama pula mereka membiarkan dentuman alat pembesar suara dengan sewenang-wenangnya. Tiada halangan dan tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap aktiviti terbabit. 
 
Apapun, program SMSL itu akhirnya berjaya diadakan tanpa sebarang adengan yang tidak diingini telah berlaku.


Sebagai tanda sokongan terhadap bantahan itu, mereka membawa beberapa ‘pinata’ iaitu objek yang diperbuat daripada cebisan kertas dan memukulnya secara simbolik. Menurut pengerusi penganjur bantahan itu, Tan Bun Teet, pihak polis sejak awal pagi memantau keadaan sekitar taman itu dan orang ramai yang hendak ke taman awam itu terpaksa mendaftarkan diri mereka. 
 
Selain itu, dakwanya, mereka juga diingatkan supaya tidaak menyertai perhimpunan haram itu. Walaupun, Tan mengakui, pihaknya tidak mempunyai permit, namun katanya, Taman Gelora adalah kawasan awam, di mana orang ramai tidak boleh dihalang daripada pergi ke sana.


Sumber: Ihsan PDO

No comments:

Post a Comment