
PKR: Suami Shahrizat 'guna' dana NFC untuk umrah
PKR
hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka
sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan
kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

Saifuddin juga mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.
Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri.

Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua syarikat dari Singapura itu./Malaysiakini
No comments:
Post a Comment