KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, November 27, 2011

Saifuddin : Keahlian PKR Melonjak Aktif

TV Selangor

Peningkatan keahlian secara aktif dalam parti akan menjadi pemangkin paling besar yang bakal menjana kemenangan besar PKR dalam pilihanraya akan datang.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Saifuddin Nasution Ismail berkata keahlian PKR setakat ini adalah 547,326 ahli diseluruh negara.

Katanya berdasarkan komposisi kaum pula 50% Melayu, 23% India, 17 % Cina dan lain-lain suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau setakat ini terdapat 218 cabang diseluruh negara dan empat cabang penaja.Manakala cabang Kota Raja di Selangor merupakan cabang keahlian paling ramai.

Sepuluh cabang yang paling aktif dalam penambahan keahlian baru pada 2010 pula terdiri dari Tenom (812), Kuala Kubu Baru (790), Kuala Langat (731), Serian (673), Kapar (446), Kota Marudu (425), Gombak (405),Permatang Pauh (395), Kalabakan (310) dan Hulu Selangor (304).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata kongres kali ini merupakan yang terakhir sebelum pilihanraya umum akan datang.

Katanya, Johor yang merupakan kubu kuat umno merupakan antara negeri yang diberikan tumpuan untuk ditawan dalam usaha menumbangkan regim Barisan Nasional.

“Telah puas kami mencari lokasi untuk diadakan kongres ini tetapi kesemuanya tidak sanggup memberi ruang dan hanya Pulai Spring Resort ini sahaja yang sanggup membenarkan kita mengadakan kongres ini.

“Walaupun Johor kubu paling kuat Umno, tetapi keterbukaan demokrasi disini gagal diterjemahkan oleh mereka. Sudah pastinya Johor negeri tumpuan untuk kita tawan,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung di Kongres Nasional Keadilan ke-8 disini.

Turut serta dalam majlis perasmian kongres tersebut ialah Ketua Umum Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dif kehormat dari Kesatuan Eropah, Jepun, Filipina, Palastin dan pemimpin-pemimpin parti politik dari Indonesia.

Majlis perasmian Kongres Nasional Keadilan ke-8 ini dihadiri 2,534 perwakilan selain 1055 pemerhati./anwaribrahim.blog

No comments:

Post a Comment