KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Saturday, November 5, 2011

SENARAI CALON PKR BELUM DITETAPKAN, JANGAN ADA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN

KEADILAN Pahang telah dapat mengesan beberapa kes tentang beberapa individu yang mengutip dana kononnya untuk dana Pilihanraya Umum nanti dan mengaku sebagai calon yang mewakili parti. Kes ini sedang dipantau dan tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang mengaku sebagai calon parti untuk mengumpul dana dari orang ramai.

Untuk makluman, KEADILAN Pahang masih belum memutuskan sebarang calon bagi mewakili parti. Namun demikian, program parti tetap diteruskan dan usaha untuk mendapatkan dana pilihanraya adalah di atas inisiatif Ketua Cabang berkenaan dan semua AJK nya di atas nama parti bukannya di atas nama individu.

Sehubungan itu, sekiranya terdapat aduan dari mana-mana pihak tentang individu yang mengaku sebagai calon parti dan mengambil kesempatan untuk mengumpul dana bagi dirinya, parti akan menyiasat dan sekiranya terdapat bukti kukuh maka tindakan tegas akan diambil. Parti merasa bangga kepada Cabang-Cabang yang aktif mengadakan program bersama masyarakat dan berusaha untuk mendapatkan dana bagi parti. Semangat ini harus kita kekalkan dan kita tidak mahu mana-mana individu mengambil kesempatan.

Kepada mana-mana pihak yang meragui tentang sebarang kutipan dana dari individu tertentu, sila berhubung dengan Ketua Cabang atau menghubungi Ibu Pejabat Parti bagi mendapatkan pengesahan daripada Pengarah Pilihanraya, Sdr Zaidi Ahmad.

2 comments:

  1. Diharapkan semua anggota parti di Negeri Pahang akan akur dengan senarai calon yang akan diumumkan oleh Pusat. Setiap cabang menamakan tidak kurang dari 3 nama bakal calon, dihantar ke Negeri dan dihantar ke Pusat. Keputusan Pusat mengikat Negeri, Cabang dan Anggota.

    ReplyDelete
  2. susah juga nak jawap.bila kekawan tanya orang tu calon ker?masalah pukul canan harus dibendung sebelum parah.setuju dengan negeri,jangan ada yang ambil kesempatan. tindakan tegas harus ada.

    ReplyDelete