KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, November 1, 2011

PARLIMEN PEKAN BUAT KEJUTAN - LEBIH 400 PENEROKA FELDA CINI BAKAL SAMAN FELDA


Penyerahan borang lantikan Peguam bagi kes Peneroka Saman Felda diserahkan kepada Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Tuan Hj Suhaimi Said

Mengangkat tangan menandakan para Peneroka kini bersedia untuk melakukan perubahan

Petang semalam, 31 Okt 2011 bertempat di Markas PAS Felda Cini 3 di kawasan Parlimen Pekan, Cabang PKR Pekan di bawah Ketua Cabang yang baru Sdr Roslan Tahir telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Dialog dan Penyerahan Borang Perlantikan Peguam Peneroka Saman Felda.


Sekitar proses pendaftaran dan mengisi borang


Majlis yang bermula jam 4.00 petang itu telah mendapat sambutan di luar jangkaan kerana pada awalnya sasaran borang yang mungkin diterima adalah sekitar 300 sahaja, tetapi petang itu lebih dari 400 borang telah dikemukakan. Bahkan, ketika majlis hampir selesai pun masih ada peneroka yang mengisi borang setelah mereka yang kebanyakannya ahli Umno memahami isu sebenar setelah mereka mendengar penerangan dan taklimat yang diberikan.


Pengarah Pilihanraya PKR Negeri, Sdr Zaidi selaku Pengerusi Majlis. Kelihatan Tuan Hj Suhaimi Said sedang menyampaikan taklimat dan penerangan berkaitan isu saman Felda. Barisan duduk di hadapan terdiri dari (dari kiri) Tuan Hj Suhaimi, Sdr Rebin, Sdr Roslan (Ketua Cabang Pekan) dan Sdr Wak Rabidin (Ketua Cabang Rompin).

Majlis penerangan dan dialog yang diPengerusikan oleh Sdr Zaidi Ahmad selaku Pengarah Pilihanraya PKR Negeri turut menampilkan ahli panel iaitu Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Tuan Hj Suhaimi Said dan Setiausaha Biro sdr Berham Rebin. Turut berucap adalah Ketua Cabang Pekan Sdr Roslan Tahir dan Ketua Cabang Rompin Sdr Wak Rabidin. Wakil dari PKR Cabang Palong turut hadir memberikan sokongan.


Sdr Roslan, Sdr Wak Rabidin dan Sdr Rebin turut berucap

Tuan Hj Suhaimi Said secara panjang lebar menjelaskan mengapa Peneroka perlu bangkit menuntut hak mereka yang dirampas atau ditipu oleh pihak kerajaan melalui Felda. Beliau turut mengingatkan para Peneroka bahawa mereka tidak boleh merasakan bahawa Peneroka kini hidup mewah atau senang lenang berbanding sebelum mereka menyertai Felda sedangkan benda yang paling berharga di dalam diri mereka iaitu hak mereka dirampas sewenang-wenangnya.



Sekitar yang hadir di dalam Markas PAS Felda Cini 3

Mereka harus sedar bahawa berbelas tahun mereka tertipu dengan jumlah pendapatan sebenar yang sepatutnya menjadi hak mereka. Ini terbukti beberapa kes Peneroka saman Felda telah dimenangi oleh Peneroka sekaligus membuktikan bahawa sememangnya wujud unsur penipuan yang dilakukan terhadap mereka. Sehubungan itu, Tuan Hj Suhaimi Said mahu agar para Peneroka bertindak lebih berani memperjuangkan nasib mereka dan generasi Felda akan datang dengan melakukan perubahan di dalam Pilihanraya Umum akan datang.



Barisan kepimpinan termasuk wakil dari PKR Cabang Palong mengangkat tangan menandakan mereka bersedia berjuang untuk nasib Peneroka

Tahniah kepada Cabang Pekan yang berjaya mengumpulkan kehadiran para Peneroka di Felda Cini di kawasan Parlimen Pekan ini. Syabas juga buat Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang tidak pernah berputus asa untuk menyedarkan masyarakat Felda yang dahulunya merupakan aset penting buat Umno/Bn di dalam Pilihanraya. Jika momentum ini dapat dikekalkan, tidak mustahil Najib akan tumbang di Parlimen Pekan dan Pahang bakal diterajui oleh Pakatan Rakyat, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment