KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Thursday, November 10, 2011

MASYARAKAT INDIA TIDAK DILUPAKAN DI PARLIMEN BERA

Pakatan Rakyat di Parlimen Bera semakin aktif di dalam menggerakkan kerja dan program bersama rakyat di kawasan tersebut.  Kerjasama erat di antara Keadilan dan PAS semakin terserlah di Parlimen tersebut bagi menyelesaikan beberapa masalah rakyat terutamanya di kalangan Peneroka Felda.

Pada 08 Nob 2011 baru-baru ini, satu dialog di antara masyarakat India di Felda Mayam, Bera dengan Pengerusi ANAK, Sdr Mazlan Aliman telah diadakan.  Turut serta di dalam program tersebut adalah Timbalan Ketua Cabang PKR Bera, Sdr Bob Manolan Mohd, Bendahari PAS kawasan Bera Dr Salim Musa dan juga Naib Ketua AMK Pusat Sdr Saravanan.  

 Penyerahan Borang Felda Plantation Oleh Sdr Mazlan Aliman



Program tersebut diadakan sempena dengan lawatan kerja Sdr Mazlan Aliman ke kawasan Felda seluruh Parlimen Bera.  Di Akhir program tersebut, Sdr. Mazlan Aliman telah menyerahkan borang permohonan tanah Felda Plantation kepada wakil peneroka berketurunan India di Felda berkenaan. 

No comments:

Post a Comment