KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Friday, November 4, 2011

SEKITAR PIKET MTUC DI KUANTAN PADA 03 NOV 2011


Semalam (03 Nov 11) , Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengadakan piket serentak di seluruh negara. Piket yang berslogankan "Membantah Akta Kerja 1955 Yang Menafikan Hak Pekerja" adalah bagi membantah memberikan kuasa kepada kontraktor menggantikan majikan yang akan menjejaskan hak dan kebajikan pekerja.




Di peringkat Negeri Pahang, piket telah diadakan berhampiran Padang MPK bersebelahan dengan Masjid Negeri, Kuantan bermula jam 5.00 petang. Selepas waktu Asar, kelihatan sikit demi sedikit orang ramai mula berkumpul meskipun di dalam keadaan hujan renyai-renyai. Awalnya beberapa kumpulan yang baru berkumpul telah diarahkan bersurai oleh pihak Polis yang lebih awal mengawasi tempat berhimpun.



Namun, para peserta piket telah memilih suatu kawasan di hujung padang tersebut untuk berkumpul dan memegang sepanduk sambil menyanyikan lagu menaikkan semangat. Situasi ini diperhatikan oleh pihak Polis di mana para peserta melaungkan kata-kata "Hidup Union, Hidup MTUC'. Ketua kumpulan piket yang dikenali sebagai `Mamat Panchor' memberi jaminan kepada pihak Polis bahawa piket akan berjalan aman dan mengambil masa yang tidak begitu panjang memandangkan perhimpunan petang semalam tidak mempunyai permit.



Suasana piket MTUC petang semalam. Kelihatan Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Pahang, Sdr Zaidi Ahmad (baju belang) sedang memberikan komen beliau kepada media terhadap tuntutan MTUC. Kelihatan `Mamat Panchor' (bertopi) yang mengetuai protes.

Turut hadir memberikan sokongan kepada piket MTUC ini adalah wakil dari PKR Negeri, Sdr Zaidi Ahmad Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Pahang yang turut memberikan komen beliau terhadap tuntutan MTUC itu. Beliau juga mengucapkan Tahniah kepada wakil MTUC yang mengetuai perhimpunan itu kerana berani menyatakan hak mereka. Turut bersama juga adalah pemuda dari AMK, pimpinan PAS dan DAP dan para penyokong PR. Tidak ketinggalan memberikan sokongan dan semangat adalah wakil SAMM Kuantan yang diketuai oleh Sdr Hatta.



Walaupun jangkaannya piket akan berakhir jam 6.00 petang, namun kerana menghormati arahan pihak berkuasa piket bersurai lebih kurang jam 5.30 petang. Syabas dan tahniah kepada MTUC dan semua yang menyokong piket semalam.

No comments:

Post a Comment