KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Tuesday, November 29, 2011

INGATAN BUAT PIMPINAN PARTI, JANGAN BERGERAK SECARA `ONE MAN SHOW'

KEADILAN baru sahaja selesai mengadakan Kongres Nasional Ke-8 di Pulai Spring Beach Resort, Johor baru-baru ini.  Sudah tentu semua perwakilan dan pemerhati pulang ke kawasan masing-masing dengan penuh semangat dan iltizam yang satu iaitu Umno/Bn mesti dikuburkan dan Pakatan Rakyat mesti mara ke Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Cita-cita untuk ke Putrajaya bukan suatu angan-angan kerana ramai pemerhati juga berpendapat pada PRU kali ini Umno/Bn berada di dalam keadaan sungguh genting, manakala seorang Penganalisa serta pakar kajian Dr Hasbullah meramalkan beberapa negeri yang dikatakan kubu kuat Umno akan tumbang termasuk Negeri Pahang ini. 

Namun demikian, Keadilan Pahang tidak boleh merasa lega dengan teori yang diberikan kerana tanpa usaha gigih misi untuk menawan Pahang sudah pasti akan gagal.  Usaha yang gigih bukan sahaja bermakna rajin bekerja, rajin mengatur program atau rajin turun ke akar umbi tetapi apa yang lebih penting usaha gigih itu mestilah dilaksanakan secara bersepadu, bermuafakat dan penuh strategi.  

Walaupun nama calon belum diumumkan oleh parti, itu bukan alasan untuk tidak mahu bekerja kerana tanggungjawab perlu dilakukan oleh setiap pemimpin  samada di peringkat atasan mahupun di setiap cabang.  Ketua Cabang bukan lesen untuk terpilih sebagai calon, namun mereka perlu bekerja keras untuk parti dengan mengembeling segala tenaga dan buah fikiran sesama ahli Cabang masing-masing.  Terdapat rungutan didengari adanya Ketua Cabang yang suka `syok sendiri' dan bekerja secara `One Man Show'.  Lebih mendukacitakan lagi, pemimpin ini lebih senang dan selesa berhubung rapat dengan parti lain dari Pakatan Rakyat daripada mendahulukan ahli-ahli parti Cabangnya sendiri.

Memang benar, kerjasama dengan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat samada dari PAS atau DAP itu penting, namun paling utama pemimpin itu mestilah mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan ahli-ahli parti sendiri.  Apabila seorang Timbalan Ketua Cabang, Setiausaha ataupun AJK-AJK Cabang itu sendiri tidak tahu program Ketua Cabang, ini bererti Cabang tersebut mempunyai masalah.  Bagaimana ahli-ahli parti yang lain boleh bekerjasama dengan pemimpin mereka sedangkan AJK-AJK Cabang sendiri pun di kebelakangkan.  Sikap ini harus dikikis kerana Keadilan bukan lagi parti yang masih mentah, kita mampu untuk bekerja sendiri secara muafakat.

Apalah ertinya jika kita sebagai calon menang di dalam Pilihanraya, tetapi kita tidak mendapat sokongan padu dari ahli-ahli parti sendiri?  Mungkin kita boleh mendabik dada kerana parti rakan kita sanggup membantu kita berkempen namun kita jangan lupa ahli-ahli yang melihat kita begitu angkuh dan sombong akan menolak kita suatu masa nanti.  

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu bekerja dengan gigih dan penuh keikhlasan agar teori yang dikatakan itu menjadi kenyataan.  Jalinkan hubungan yang baik sesama ahli di semua peringkat, mantapkan kerjasama dan persefahaman di antara kita dengan rakan kita di dalam PAS dan DAP.  Jangan suatu masa nanti kita diperlecehkan dengan dakwaan kemenangan yang kita perolehi semata-mata atas kekuatan jentera rakan kita bukan dari jentera kita.

No comments:

Post a Comment