KLIK "STOP" UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

DENGAR RADIO KAMI?

SILA KLIK "STOP" PADA RADIO KOBAT FM UNTUK HENTIKAN SIARAN KAMI

Followers

Sunday, November 20, 2011

MAHU PERCAYA DR HUSIN ALI ATAU ZUL KULIM?

Oleh: Ketua Biro Komunikasi PKR Negeri Pahang

Nampaknya `Memoir Dr Syed Husin Ali' benar-benar `menikam kalbu' Ahli Parlimen Bebas, Kulim Bandar Baru dikenali sebagai Zul Kulim.  Buku tersebut banyak mengisahkan peristiwa bagaimana dan apakah puncanya beberapa orang kuat DS Anwar menjadi `katak' dan kemudiannya menjadi suara Umno untuk terus menghentam peribadi Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim.  


"Tunjuk pada saya, siapa yang masuk Umno itu ikhlas?" - Ezam Mohd Noor

Dinyatakan di dalam buku tersebut, Zul Kulim pernah meminta bayaran RM 60, 000 untuk mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru bagi memberi laluan kepada DS Anwar bertanding di situ sebelum Ketua Umum tersebut memilih untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isteri beliau, DS Wan Azizah Ismail.  


Buku tersebut juga turut mendedahkan bagaimana Ezam Mohd Noor merungut kerana ketiadaan wang apabila tugasnya di Indonesia ditamatkan. Ezam, menurut buku itu terang-terangan menyebut di hadapan Dr Syed Husin Ali bahawa beliau kena tunjukkan beliau bukan ahli Keadilan untuk mendapatkan kerja yang baik.  Akhirnya, Ezam, keluar dari Keadilan dan menubuhkan Gerak atas alasan untuk melawan rasuah.  Tetapi, kita semua lihat sendiri bagaimana Ezam kemudiannya menyertai Umno dan berada di dalam `satu kelambu' dengan Rafidah Aziz, Isa Samad, Ali Rustam, KJ dan ramai lagi pimpinan Umno yang semua tahu mempunyai rekod rasuah. Ezam lupa beliau pernah masuk penjara kerana dedahkan rasuah Rafidah Aziz, tetapi demi `impian Ezam yang tinggi' beliau sanggup bersama Rafidah sekarang. Kini, beliau dikenali sebagai Senator.


Begitu juga halnya dengan Zul Kulim.  Ramai yang tertanya atas dasar apa Zul Kulim memperolehi anugerah Datuk?  Mungkin itu hak yang memberikan anugerah, tentu ada sebab musabab dan keistimewaan Zul Kulim ini.  Mungkin pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru tahu apakah `keistimewaan' Zul Kulim.  Zul Kulim telah menjawab dakwaan Dr Husin Ali di dalam `Memoir' nya itu.  Jawapan Zul Kulim telah dipetik oleh sebuah blog di SINI.

Sekarang, terpulang kepada kita samada untuk mempercayai Dr Husin Ali atau Zul Kulim.  Jika ditanya pada saya, sepuluh yang Zul Kulim cakap, dua puluh saya tidak akan mempercayainya. 

No comments:

Post a Comment